Keadaan Dunia Dan Jiwa

Apa yang terjadi di atas muka bumi ini, semuanya bukan kebetulan.

sebagaimana seorang seorang anak kecil yang keluar dari perut ibu saat kelahiran , kejadiannya bukan kebetulan.

 

Ianya hasil usaha ibu dan ayahnya , sehingga pertemua dua benih itu menghasilkan gumpalan di dalam rahim si ibu , dan dari situ , sempurna sifatnya , ditiupkan roh yang umpama eletrik yang menghidupkan alat-alat eletrik.

 

Begitulah kehidupan kita di atas muka bumi ini , tiada satu pun yang terjadi disebabkan kebetulan.

Kita mengetahui kebaikan dan beramal dengannya adalah sesuatu yang amat menyenangkan.

Apabila mengetahui kebaikan tanpa mempedulikan apa itu kejahatan, ianya lebih membuatkan kita jatuh ke lembah kebinasaan berbanding kebaikan.

 

Sebagai contoh , seseorang tidak tahu berkaitan riya (menunjuk-nunjuk) amalan , agar ianya dipuji.

Pak Samjori mengetahui bersedekah adalah amalan yang baik , tapi sayang , beliau tidak belajar tentang riya. Alhasil , apa sahaja sedekah yang dibuatnya pasti akan dihebohkan pada satu kampung , agar manusia mengetahui kebaikan yang dibuatnya dan memuji-muji dirinya.

Semakin hari , apa yang difikir oleh Pak Samjori adalah mengejar populariti di kalangan masyarakatnya bahawa dialah juara sedeqah , tiada yang boleh menandingi dirinya dalam bab sedeqah.

Beliau satu hari demi hari , menuju ke arah kebinasaan.

 

 Realiti hari ini

 

Begitulah hari ini , dalam kita sibuk mengajak manusia kepada kebaikan , membangunkan ummah , untuk kembali kepada khilafah , kembali kepada muamalat sebenar melalui duit sebenar , maka dalam masa yang sama kita perlu mengetahui semua kejahatan yang ada di sekeliling agar kebaikan itu tidak dibinasakan oleh kejahatan yang bermaharajalela.

 

Dalam menyusuri sirah Nabi Muhammad dan para sahabat , mereka adalah bulan dan bintang kita dalam menyuluh malam yang kelam.

 

Dari ramai-ramai sahabat , ada seorang pemegang amanah Nabi – itulah Huzaifah alYamani.

Pada beliau semua kunci keburukan dan kejahatan disimpan.

Beliau menjadi rujukan sahabat dalam mendepani kejahatan tersembunyi.

Kerana beliaulah , mayat yang meninggal di Madinah tidak disolatkan oleh Umar Alkhattab , jika beliau tidak solat pada mayat tersebut.

Beliau mengetahu munafiq sebenar zamannya.

 

Maka hari ini, ramai dari kita terjebak ke dalam kebinasaan hanya disebabkan sikap tidak acuh dan menganggap enteng keburukan , kefasadan dan kejahatan yang ada di sekeliling.

 

Perkara mengetahui jalan cerita, cara bekerja golongan pemusnah , golongan kejahatan ini hampir tidak diketahui oleh golongan kebaikan.

Alhasil , para pembikin kejahatan semakin bermaharajalela dengan kejahatan kerana si pembaik pulih sudah sama-sama mengikut kejahatan.

 

Allah , sejak dari awal , mengingatkan kita tentang beberapa golongan yang ada di kalangan kita.

 

Golongan yahudi dan nasrani (kristian) .
Golongan yang membaca kitab , tapi usaha menokok tambah dan membuang ajaran.

Golongan pemerintah yang menguasai manusia.

Kisah sihir yang berleluasa.

Golongan pemerintah dengan sihir yang tidak dapat dipisahkan.
Iblis yang sentiasa menghantar askar-askarnya.

Riba yang berakar umbi.

 

Semua kisah kehidupan yang ada dalam alquran , sifat-sifat manusia, ada disebut di dalamnya , tetapi sangat sedikit yang benar-benar mengambil pengajarannya.

 

Hari ini, kita berhadapan dengan satu golongan , yang mana mereka ada persekutuan muslim , kristian dan yahudi dalam memartabatkan satu cita-cita.

Sedangkan yahudi dan kristian tidak pernah berbaik ribuan tahun, hanya pada saat ini, mereka saling membantu.

 

Kerana apa?

Sedangkan di dalam alquran (almaidah : 82) , yahudi itu tersangatlah kuat permusuhan pada orang beriman , manakala nasrani adalah yang paling dekat kasih sayangnya dengan orang beriman.

Pada saat ini, semua ini terbalik.

ada sesuatu yang tidak kena.

Allah tidak pernah menipu , dan tidak sesekali , dan apa yang Allah katakan adalah benar.

 

Tidak akan redha kepada kamu yahudi dan nasrani sehingga kamu mengikuti agama mereka (2:120).

Hari ini, perseteruan Yahudi dan Nasrani (golongan pemimpin dan pelobi pimpinan) , adalah di tahap optimum , terhadap manusia beriman.

Perseteruan ini dibantu oleh segolongan pimpinan orang islam , terhadap mereka.

 

Kalian lihatlah , apa yang ada di Arab Saudi , tempat dan pusat ketenteraan untuk alatan perang Amerika paling besar diluar Amerika , dan paling besar di Timur tengah.

 

Umat islam dibiarkan jadi sepeti buih, mengikut telunjuk bangsa-bangsa yang rakuskan kekayaan bangsa muslim.

Lihatlah perseteruan bangsa pimpinan orang Islam di dalam NATO , PBB , IMF .

Mereka dengan mudah memperkotak katikkan bangsa muslim dengan kuasa VETO mereka , mereka dengan mudah mengambil EMAS negara Muslim dengan persyaratan di dalam IMF bahawa 1/3 emas simpanan negara perlu disimpan pada mereka.

 

Ini tidak lain melainkan memiskin ummah dari semua aspek kehidupan.
Miskin harta , miskin pengharapan , miskin ideologi , miskin kekuatan , miskin keyakinan , miskin usaha.

Dan semua kemiskinin ini dijadikan modal untuk menarik ummah dari terus menyebut Tiada Tuhan Selain Allah , atau dibiarkan terus menyebut Tiada Tuhan Selain Allah tapi dijadikan manusia yang menyebutnya hina di pandangan mata manusia.
Semua itu tidaklah memberikan kebaikan kepada bangsa muslim , melainkan kemusnahan dan kerosakan yang membarah.

 

Dan hari ini , kita melihat , satu demi satu negara bangsa muslim diratah serakus mungkin.

 

Lihatlah apa kata mereka ,

 

Iraq , Syria , lebanon , Somalia , Iran , Lybia , Sudan.

Jika kita melihat peta di bawah , tanda-tanda merah itu adalah semuanya yang berdekatan dengan tanah haram israel.

Saat menjadikan Israel sebagai satu kuasa besar dunia semakin dekat.

 

Apa yang mereka buat sehingga boleh mengeluarkan belanja besar menakluki seluruh kawasan tanah arab?

 

Arab saudi adalah sekutu terbesar US.
Turkey terikat dengan NATO.
Owh, masihkah kita tidak mahu boikot barangan mereka dengan semua kerosakan yang dibuat?

 

Sama-sama kita berfikir dan merenung.

Penanda Merah

Penanda Merah

 

Hidangan Syurga Di Atas Meja

Rumman , kurma , madu

Rumman , kurma , madu

 

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang memberikan kenikmatan yang melimpah-limpah kepada hamba-hambanya walau hambanga itu seringkali leka dan alpa , tetapi kasih sayang yang dicurahkan Allah tidak pernah terhenti disebabkan kealpaan yang terjadi.

 

Ya Allah, ampunilah dosa kami.

 

Menghitung Nikmat dan Kemewahan

 

Apabila kita melihat dunia yang ada pada hari ini, hampir setiap perkara kita hampir ditutup penglihatan kita dari melihat realiti jika tidak kerana ‘nur’ yang Allah berikan pada hati kita.

 

Pernahkah kita menghitung nikmat sebenar yang kita peroleh dalam satu hari atau dalam satu waktu solat?

 

Bagaimanakah kita mendefinisikan kemewahan?

Apa yang kita faham mengenai nikmat?

 

 

 

Jika kita menghitung kemewahan, contoh terbaik adalah dari kehidupan Nabi Muhammad keselamatan dan kesejahteraan ke atas baginda dan para sahabat , bagaimana kehidupan sebenar mereka.

 

Rumah dibeli mengikut kemampuan , tidak berhutang. Jika sengaja memilih membeli rumah secara hutang , maka itulah kemewahan yang berlebihan.

Apabila rumah tidak mampu dimiliki, maka sewa menjadi pilihan.

 

Rumah yang disewa atau dimiliki, cukup untuk ahli keluarga diami , 3 buah bilik bagi sebuah rumah.

 

Makanan di atas pinggan, tidak melebihi 1 jenis lauk. Jika berupaya melebihi 1 jenis lauk di dalam satu hidangan, bersyukurlah dan waspadalah , jangan terlalu berlebihan kerana ianya cukup bagi mengisi ruang perut.

 

Baju yang dipakai, pagi baju lain, petang baju lain.

 

Maka, apabila 3 jenis hidangan yang disebutkan di dalam alquran di atas meja tersedia , alhamdulillah , nikmat ini terasa sudah melebihi dari secukupnya.

 

————————————————————-

*berusaha untuk kembali menulis , in sya allah.

Penampilan dan Realiti Hari Ini – Siri 1

Segala pujian bagi Allah , Tuhan yang Maha Kaya dan Maha Melihat , yang memberikan kita nikmat iman dan islam yang dengan keduanya membuka ruang cahaya untuk jatuh terus ke dalam hati kita.

Cahaya yang membuatkan kita dalam melihat dunia dengan pandangan yang sebenar, yang seringkali mata tertaipu dengan pandangan kasar dunia.

Mata hati yang hanya dapat melihat melalui ”nur” atau cahaya yang Allah pancarkan ke dalam hati hamba-hambanya, yang hampir sama sifatnya dengan Mata fizikal yang hanya dapat melihat melalui cahaya dari matahari , lampu atau apa sahaja pancaran.

Pandangan mata seringkali hanya melihat apa yang ditampilkan di hadapannya.

Sebagaimana seekor gajah yang dilihat dari hadapan, pasti akan dikatakan bahawa ianya mempunya dua kaki , belalai yang panjang dan telinga yang lebar , manakala mereka yang melihat dari kiri , akan mengatakan bahawa haiwan ini mempunyai satu telinga yang lebar, dua kaki yang besar dan satu ekor yang kecil.
Bagi yang melihat gajah dari belakang, akan lebih menakjubkan jawapannya. Haiwan ini sangat ajaib, mempunyai dua kaki dan satu tali yang dengannya mengimbangkan badannya (yang sebenarnya ekor) dan tidak mempunyai kepala.

Ataupun tiga ornag buta yang dibiarkan di tiga bahagian gajah , seorang di bahagian kepala, seornag dibahagian badan , dan seorang lagi dibahagian ekor.

Persepsi setiap orang buta itu lain berkaitan realiti seekor gajah.

Maka , bagi manusia yang melihat gajah dari arah hadapan, tepi dan belakang akan dapat melihat gambaran jelas dan teliti terhadap realiti seekor gajah.

Itulah pandangan mata yang membuatkan kita terbit tanggapan yang dengan tanggapan ini apabila diulang-ulang mengubah menjadi satu kepercayaan.

Dari pengajaran ini, juga kita dapat mengertikan bahawa pandangan mata itu sangat terhad, ianya boleh dihalang oleh sesuatu dibalik tabir.

Melalui pandangan mata ini, sesiapa yang memahami bagaimana mata berfungsi akan dengan mudah mengexploitasi cara pandang seseorang terhadap sesuatu.

Sebagai contoh yang lain, sebuah minuman atau makanan bertin – yang dikatakan mempunyai khasiat tertentu dan ditulis padanya semua ramuan di dalamnya di bahagian luaran , walaupun secara realitinya, tidak semua yang dibubuh di dalam ramuannya itu ditulis sepenuhnya.

Maka, di sini, seseornag itu memerlukan satu lagi mata bagi melihat realiti yang ada.

Bagi manusia itu, diberikannya dua mata , mata fizikal dan mata hati , atau mata roh.

Mata hati tidak akan berfungsi melainkan adanya cahaya padanya.Cahaya yang mampu membuatkan ia menembusi pandangan kasar mata.

Penampilan dan Realiti

Pada zaman ini, penampila dan realiti adalah sesuatu yang sangat bertenteangan satu sama lain. Jika seseorang menghukum atau mengadili sesuatu perkara hanya berdasarkan kepada pemerhatian luaran dan rational akal, maka dia akan ditipu dan tertipu dan akan membayar harga di atas kesimpulan awal atau fatwa atau pengadilan yang salah atau silap.

Pengetahuan itu adalah sesuatu yang mungkin, tetapi ianya bukanlah hanya lahir dari otak atau akal yang belajar sahaja, ianya juga datang hadir kepada hati yang hidup.

Ingat, selain dari pengetahuan yang didapati dari cara luaran iaitu dengan membaca, melihat, mendengar dan apa-apa yang didapati dari luaran , di sana juga adanya ilmu atau pengetahuan yang hadir dari dalaman, yang hadir dari pancaran cahaya kedalam hati.

Bagi ilmu yang hadir ke dalam hati, hanya diperoleh melalui kebenaran, yang akan menerangi pandangan hati.

Bagi merealisasikan hidupnya pandangan dalaman , pandangan batin atau pandangan hati , seseorang itu pertama sekali perlu memeluk Islam , kebenaran. Selepas seseorang itu memeluk kebenaran, dan kebenaran itu perlu melalui perjalanan dari satu-satunya lidah dan terus masuk meresap ke dalam hati.

Maka resapan itu dikenali sebagai iman , yang dirasai oleh seluruh anggota badan.

Bagi memasuki ke ruang rohani atau batin , seseorang itu perlulah menghidupkan kebenaran yang dipeluknya dengan penuh keikhlasan dan mendekatkan dirinya kepada orang-orang yang dekat dengan Allah.

Allah mengisahkan siapa mereka yang dekat dengan Allah :

”Lelaki-lelaki yang mana perniagaan atau jual beli yang dilakukan mereka tidak membuatkan hati mereka dari terus mengingati Allah ”

Inilah golongan yang dekat dengan Allah, tiada perkara yang membuatkan hati mereka terus subur mengingati Allah, golongan inilah yang dekat dengan Allah.

Tiada sistem ekonomi mahupun wang apapun yang boleh memesongkan manusia sebegini dari menjadi golongan kebenaran , yang mana golongan inilah yang mempunyai cahaya di dalam hati , jiwa mereka.

Buta Mata Hati

Pandangan mata hati adalah pusat bagi manusia. Allah mengishtiharkan di dalam surah alHaj (haji) ayat ke 46 –

”sesungguhnya, bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang terletak di dalam dada (sadr) ”


Kisah antara Nabi Musa dan seorang hamba Allah yang diberi ilmu di dalam surah Alkhafi (Gua) banyak memberikan pengajaran kepada kita.

Apabila Nabi Musa melihat gurunya , merosakkan kapal/sampan dengan melubanginya padahal sampan yang sama telah berbuat baik pada mereka kerana mereka menumpanginya , dipertanyakan kepadanya , mengapakah dirosakkan sampan itu.

Hakikatnya adalah, kapal itu milik orang-orang miskin, yang pemerintah mereka suka merampas kapal-kapal @ sampa-sampan yang masih elok. Dan dijadikan milik raja .

(pemerintah dunia hari ini, seringkali merampas harta masyarakat di atas nama cukai yang pelbagai. Di atas pelbagai nama dan sebab.)

Mata fizikal seringkali menutup dari realiti yang hadir.

”Maka kerana itulah , Nabi Musa , bermunajat kepada Allah , berbunyi – surah Thaha ayat 25 – Wahai Tuhanku , luaskanlah dadaku (sadri)”

Apabila kita memahami di dalam bahasa Arab, ”sadr mahlis” adalah bermaksud pusat perjumpaan atau pertemuan. Maka pusat bagi persepsi atau pusat bagi tanggapan , penglihatan atau pengertian adalah sadr (dada).

Di sini, jika kita cuba fahami maksud doa ini , boleh cuba diterjemahkan dalam bahasa kita

” Wahai Tuhanku , luaskan cara pandanganku ”

”Wahai Tuhanku, luaskanlah persepsi aku”

Kita diajar satu doa yang realitinya , doa yang cukup besar kesannya terhadap hidup kita pada hari ini, yang mana membuatkan kita boleh hidup dalam zaman yang penampilan dan realiti hampir-hampir bertentangan antara satu sama lain.

Tujuan Pencarian Mata Hati atau keRohanian

Tujuan dari pencarian keRohanian melalui ingatan kepada Allah adalah untuk melihat apa sahaja yang tidak boleh dilihat melalui mata kasar. Dengan kata lain, salah satu dari tujuan hidup adalah untuk mendapat ilmu rohani.

Ilmu rohani hanya datang apabila ilmu yang diperoleh melalui luaran dan ilmu dalaman/pandangan hati secara harmoninya bergabung satu sama lain.

Allah telah mengarahkan agar Nabi Musa untuk berjalan sehingga ”pertemuan dua laut” dan di sana baginda akan bertemu dengan hamba Allah yang diberikan ilmu. (surah alkahf)

Pertemuan dua laut itu adalah pertemuan lautan ilmu yang datang dari penglihatan kasar dan lautan ilmu yang hadir dari pencahayaan mata hati.

Apabila dua lautan ilmu ini secara harmoninya atau selaras bertemu didalam satu badan/jiwa individu ,ianya menghasilkan seorang yang paling terpelajar.

Kebiasaan dari semua manusia, penglihatan mata seringkali menutup kita dari realiti.

Para Nabi banyak menunjukkan tauladan, dalam menghadapi dunia – adalah dengan mengasingkan diri kita dari dunia buat seketika.

Pengasingan ini akan menutup pintu bagi pancaindera fizikal kita dan seterusnya membuka pintu hati atau dalaman kita kepada elemen atau dunia yang tidak terjangkau kepada kita.

Inilah cara kita membuka pintu ilmu kepada hati kita, yang pembukaan itu menyalurkan cahaya yang menyuluh kepada ruang kegelapan yang seringkali menutup pancaraindera kita seterusnya meluaskan persepsi atau cara pandang kita.

Ilmu Bagi Hati

Hati (Qalb sebenarnya jantung) – merupakan organ yang sangat kompleks.

Satu riwayat mengatakan ” sesungguhnya lisan/lidah seorang mukmin (yang beriman) adalah refleks bagi hatinya”

Ini bermaksud, bahawa lidah merupakan penterjemah bagi hati kerana ianya mengatakan sesuatu apakah yang terletak di dalam hati.

Di dalam Fisiologi bangsa Cina, disana tertulis bahawa adanya hubungan terus dari lidah ke hati. Mereka mengatakan bahawa apa yang dibuat oleh lidah sangat memberi kesan kepada hati (jantung) , walaupun gerakan lidah itu sudah cukupo memberi kesan kepada hati.

Melalui hadis, hati merupakah ”sumber ilmu”

Golongan yang secara terus ingat Allah (Ahl Zikr) adalah golongan yang memegang atau memiliki cahaya suci atau nur di dalam hati/jiwa mereka yang mereka dpati dari guru-guru yang bersambungan sanad ilmunya.
Cahay dari Allah ini @ nur di dalam hati mereka ini membolehkan mereka untuk melihat realiti berbanding ilusi , dan seterusnya menyuluh dan menunjukkan jalan kepada manusia untuk kembali kepada jalan yang benar.

Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam bersabda ” takutlah @ berhati-hatilah dengan firasat (pandangan hati) seorang mukmin , kerana beliau melihat dengan nur (cahaya) Allah”

Seorang Mulism itu adalah seorang yang melihat dengan dua mata, dan boleh melihat realiti dunia moden ini selayaknya ia.

Kita tidak akan sesekali dapat mengenali dan memahami dunia hari ini selagi kita tidak memahami bahawa segala penampian dunia ini dan yang berkaitan dengan dajjal , adalah bertentangan dengan satu sama lain.

Dan selagi kita tidak menggunakan mata dalaman (mata hati) bersama-sama dengan mata luaran, nescaya akan tertipu dan ditipu dan tidak akan dapat memahami dunia hari ini.

Ianya tidak lain, kita sendiri, yang perlu memulakan dan mengatasi segala penipuan zaman ini.

Ingat , Dajjal di dalam bahasa arab, bermaksud – penipu yang agung.

Ianya bermula dengan pilihan.
Pilihan untuk melihat dalam ke dalam cerminan diri , cerminan yang akan memaksa kita untuk bertanya : bagaimana aku boleh mula perbaiki diri dan dunia sekeliling aku?

Ingat, kita melihat cermin adalah ingin memperbetulkan ketidak baikan yang ada pada diri kita.

Seorang muslim adalah cermin bagi saudaranya.
Dengan kata lain, seorang muslim itu adalah tempat dia melihat kekurangan dirinya, bertanyakan tentang kekurangan dirinya bagi memperbaikinya untuk sesuatu yang lebih baik.

bersambung…

Madu

Sebagai permulaan setelah sekian lama, ingin saya kongsikan, sekadar berkongsi untuk sama-sama kita mengambil pengajaran terutama diri saya.

Di Moscow ni, dalam busuk-busuk kota yang penuh dengan fitnah ini, ada kebaikan yang dicurahkan pada mereka yang mahukan.

Ada sebuah kedai madu , di dalamnya penuh dengan madu-madu yang dikumpul dari serata Rusia , dan dikumpulkan. Setiap jenis mempunyai rasa dan warna tersendiri.

Tempat memilih madu

Tempat memilih madu

MADU ITU MANIS tapi tidak ramai yang menggemarinya. Beruntunglah siapa yang dapat merasainya kerana ia adalah ubat bagi banyak penyakit.

Dalam masyarakat kita, madu ini ada dua jenis maksud.

Yang pertama , madu itulah sejenis cecair yang dihasilkan oleh kumpulan lebah-lebah. Madu jenis ini – ubat bagi segala penyakit.

Di dalam Alquran – disebutkan bahawa – lebah-lebah ini memang sengaja membuat madu lebih dari keperluan mereka agar manusia dapat manfaatnya.

Yang Kedua pula, Madu dalam bahasa melayu kita, adalah seorang lelaki yang mempunyai beberapa orang isteri – dan hubungan isteri lelaki itu dengan isterinya yang lain di panggil juga madu.

Madu jenis ini, hanya benar-benar menjadi madu apabila ianya diamalkan oleh ahli-ahlinya sebagaimana yang diberikan contoh oleh Rasulullah kepada ummatnya. Madu jenis ni juga, boleh menyembuhkan banyak jenis penyakit masyarakat hari ini.
Siapa yang mahukan MADU dan menjadi diri madu di dunia, in sya allah, Allah berikannya madu yang dirasai berpanjangan dunia akhirat.

Bagi orang yang diamanahkan menjaga Madu-madu ini, ada perkara yang perlu diambil tahu dari pesanan Nabi Rasulullah.

Mana-mana lelaki yang mempunyai dua orang isteri dan dia tidak berlaku adil kepada keduanya. Maka dia akan hadir pada hari Kiamat dengan bahunya senget sebelah. (Tirmidzi, Abu Daud, Nasaie, Ibn Majah dan Darimi)

Antara jenis madu yang ada

antara jenis madu yang ada

Kedua-dua jenis madu ini, mungkin tidak sempat untuk disimpulkan dalam perkongsian kali ini. Mungkin cukuplah sekadarnya saya kongsikan Madu jenis pertama , iaitulah madu dari lebah.

Kaitan Madu dengan Nabi

Dari Aisyah radiallahu anha  mengatakan : bahawa Rasulullah sollallahu alaihi wasallam sangat menyukai makanan yang manis-manis dan madu. Adalah kebiasaan beliau, setelah selesai solat Asar , baginda akan melawati isteri-isteri baginda dan mendekati mereka ,. Maka satu kali baginda menemui (ummul Mukminin) Hafsah dan berada di sisinya lebih lama dari kebiasaan beliau pada hari-hari normal.

Maka segera aku tanyai beliau mengapa di rumah Hafsah sekian lama tidak seperti hari-hari biasa.

Baginda menjawab ” Ada seorang wanita kaumnya menghadianya sebekas madu lantas ia memberi minum Rasulullah sollallahu alaihi wasallam….  sehingga akhir. (Sahih Bukhari , hadis  ke 6457)

Dari Hadis yang lain :

Dari Aishah (ummul mukminin) ; Rasulullah sollallahu alaihi wassalam menyukai halwa (manisan) dan madu. (bukhari : 5011)

 

Usman bin Affan telah membawa kepada Nabi manisan (diperbuat dari kanji, air dan madu) dan Nabi bersabda ”apakah ini , wahai hamba Allah?”

Usman menjawab ‘ Engkau lebih bererti dari ayah dan ibuku , kamu meletakkan mentega dan madu di dalam periuk masak yang diperbuat dari batu  , diletakkan ianya di atas batu dan direbuskan. Kemudian kami mengambil bahagian terbaik dari gandum ketika ianya dikisar , dan panggangnya di (dalam) atas mentega dan madu yang di dalam periuk. Ianya kemudian digaul sehingga ianya benar-benar masak dan hasilnya apa yang kamu lihat.” kemudian Nabi bersabda ” makanan ini adalah baik”

(riwayat dari ihya ulumuddin , dari Ibn Saad , op. cit. III Part I)

Satu ketika yang lain, seorang sahabat membawa sebuah bekas berisi madu dan susu dibawakan kepada Nabi , tetapi nabi menolak untuk meminumnya – kerana ianya 2 makanan di dalam satu bekas , dan ianya termasuk di dalam berlebihan. barangsiapa yang merendah diri kepada Allah, akan disanjung dirinya oleh Allah. (rujuk ihya ulumuddin , di dalam jilid ke 20 )

Untuk kelebihan -kelebihan madu, tidak terkira banyaknya telah dijelaskan ramai orang.

dan perkongsian saya kali ini, madu memang terbaik untuk kesihatan dan makanan sehari-hari.

Amalan saya – setiap pagi – sekurang-kurang 3 senduk (saya guna chopstik) atau sudu teh dimakan/diminum.

dan malam sebelum tidur – juga sekitar 3 senduk/sudu.

In sya allah, bila ianya menjadi amalan, badan akan rasa sesuatu yang sihat. in sya allah.

(darah tinggi saya alhamdulillah, sembuh dengan amalan madu dan buah tin setiap hari)

stok madu di rumah

stok madu di rumah

Sekian Lama

 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang tidak pernah putus menurunkan rahmatnya ke atas manusia yang beriman kepadanya.

Beberapa bulan ini, minta maaf, tidak banyak perkongsian yang dibuat.

Alhamdulillah, kini berusaha sedikit demi sedikit semula untuk meneruskan perkongsian.

Baru dikurniakan seorang anak lelaki, sudah berusia hampri tiga minggu.

Lahir tika malam 25 ramadhan , atau secara ikut bulan masihi, 24 ogos , 11.05 malam.

Anak yang kini saya berikan padanya nama Umar Alfaruq atau di dalam surat beranak Umar Faruq disebabkan kerenah birokrasi yang ada.

Alhamdulillah, ucapan untuk segala rasa syukur , ketenangan dan kebahagiaan yang hadir.

Nasihat Buat Pemuda-Pemuda Yang Masih Belum Bernikah

Saya melihat kawan-kawan saya semua, teman-teman fb nya, terdiri dari ramai orang.

Terdiri dari pelbagai latar belakang, status dan jantina.

 

Walau kita masih hanya berhubung melalui alam separa nyata ini, bisikan syaitan itu sering menipu manusia.

 

DI sini, saya menyeru, teman-teman lelaki yang masih belum bernikah, segerakanlah pernikahan kalian jika kemampuan, yang golongan wanita, berhati-hatilah dengan setiap ayat dalam komen kalian di dalam alam ini, elakkan gambar-gambar profile kalian yang mengundang fitnah dan bisikan syaitan.

 

———–————–

 

Ukaf datang kepada Rasulullah SAW, ia belum mahu kahwin padahal telah mampu, lalu Nabi bertanya kepadanya,

 

Apakah engkau telah beristeri wahai Ukaf?”

Jawab Ukaf “Belum.”

 

Sabda Rasulullah, “Tidakkah engkau mempunyai budak (hamba) perempuan?”

Jawabnya, “Tidak.”

 

Sabda baginda lagi, “Bukankah engkau sihat dan mampu?”.

Jawabnya, “Ya, alhamdulillah.”

 

Lalu nabi bersabda, “Kalau begitu engkau termasuk teman setia syaitan. Kerana engkau mungkin termasuk golongan pendeta Nasrani, oleh kerana itu bererti engkau termasuk dalam golongan mereka. Atau mungkin engkau termasuk golongan kami, sehingga kerana itu hendaklah kamu berbuat seperti yang menjadi kebiasaan kami. Kerana kebiasaan kami adalah beristeri. Orang yang paling durhaka di antara kamu ialah orang yang membujang, orang yang paling hina di antara kamu ialah para bujangan. Sebab itu, sungguh celakalah kamu wahai Ukaf, oleh kerana itu, kahwinlah!”

 

Lalu Ukaf berkata, “ Wahai Rasulullah, aku tidak akan mahu kahwin , sebelum engkau yang mengahwinkan aku dengan orang yang engkau sukai.”

Lalu Rasulullah bersabda, “Kalau begitu aku kahwinkan engkau dengan nama ALLAH dan dengan berkahNYA kepada Kultsum al-Humairi, seorang wanita yang berbudi mulia“.

 

(HR Ibnu Atsir dan Ibnu Majah)

 

——————————

‎”Ambillah isteri, kerana beristeri lebih membuka pintu rezeki bagi kamu” (HR At-Thusiy)

 

(Rujukan: Drs Kasmuri Selamat, Panduan Perkahwinan-Kunci Syurga yang Terbuang, Jasmin Enterprise, cetakan keempat, 1999)

 

Kiraan Inflasi Duit Ringgit Melalui Gaji Guru 1907 dan 2011 dan Harga Beras

Hari ini, kita belajar mengira inflasi duit kertas yang ada hari ini apabila ianya tidak lagi disandarkan kepada emas atau perak atau sebarang komoditi berharga.

Dahulu, duit kita adalah emas dan perak , tapi hari ini, duit kita hanya helaian kertas yang dicop nilainya.

Takpe, kita kira dulu buat perbandingan.

Sebelum tu, sila rujuk gambar 1 ringgit tahun 1907 dalam gambar di link bawah ini.

http://coincollecting.a-z-series.com/one-dollar-1907-1909-king-edward-vii-straits-settlements-coins/

Berat  1 ringgit = 27 gram perak 90%  atau = 24.3 gram perak tulen

Ketika tahun itu 1907 , gaji guru di Penang dan harga beras dilakarkan seperti berikut

http://viweb.freehosting.net/vir_Shaida.htm

“Their salary (teacher) was about $80 a month. Rice was sold at 8 gantang for a ringgit”

Kita terpaksa ambil skala gaji paling tinggi Guru (RM 5000) bagi disesuaikan dengan taraf V.I (Victoria Institution) ketika itu.

Sekarang kita memasuki fasa baru, iaitu timbangan.

Apa itu gantang?

Kita merujuk manusia pada zaman itu .

rujukan kita : http://www.sizes.com/units/gantang.htm

Other sources say , in the Straits Settlement a gantang was 32 imperial gallon.

1 imperial gallon (about 4.56 liters or 1.2 U.S. gallons)

** sumber lain mengatakan , di Straits Settlement , 1 gantang bersamaan 32 imperial gallon.

1  imperial gallon = 4.56 liter ,

32 imperial gallon = 145.92 liter

Melalui ujikaji yang dibuat oleh seorang sahabat saya , beliau menggunakan beras jenama “AAA Beras Bukit” yang bila ditimbang

1 liter = 820g ;

4.56 liters x 0.82kg = 3.739 kg

1 gantang straits settlement = 3.74kg (of rice) x 32 = 119.65kg (beras)

Ingat , 1 ringgit tahun 1907 boleh beli 8 gantang beras.

119.65kg x 8 gantang = 957.22kg

1 ringgit boleh membeli 957.22 kg beras.

Gaji guru pada tahun 1907 adalah 80 ringgit.

80 ringgit x 957.22 kg  = 76 576kg beras.

Secara kasar , gaji seorang guru sebulan adalah 80 ringgit atau 76 576 kg beras.

Mari kita mengira gaji guru-guru kita pada hari ini. (secara perabndingan )

Ni kita ambil gaji guru yang bekerja di sekolah, atau institusi swasta, gaji kasar RM 5000 sebulan.

Harga beras hari ini, 1 kg = RM 3.20

RM 5000 / 3.20 = 1562.5 kg beras.

Maksudnya, gaji guru kita satu bulan hari ini = 1562.5 kg beras.

Cuba kalian letak beza antara gaji guru tahun 1907 dan hari ini.

1907 – 80 ringgit  = 76 576 kg beras

2011 – RM 5000   = 1562.5 kg beras

Ada beza tak?

Tahun 1907 – 1 ringgit boleh beli 957 kg beras.

Tahun 2011 – RM 1 boleh beli  – 0. 312 kg beras sahaja .atau 312 GRAM sahaja.

Gantang Yang Kecil Sedikit

Kalau kita tengok logik dari kiraan di atas, macam keterlaluan jika kata 1 ringgit boleh beli 1 tan beras!

Melampau betul.

Ok-ok..kalau kalian rasa macam melampau, kita kira balik guna sukatan gantang selepas merdeka.

Gantang selepas merdeka ni kecil sket.

ni kiraan saya melalui laman ini punya info

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gantang

1 gantang = 4 cupak = 2.8kg

1 ringgit = 8 gantang = 22.4kg beras

80 ringgit = 1792 kg beras.

perbandingan dengan gaji guru Cikgu biasa 2011-  RM 5000 – 1563 kg.

jadi, sebenarnya inflasi ringgit itu bersamaan :

1 ringgit 1907 = 22.4 kg beras

22.4 kg beras 2011 = RM 71.68

kehilangan nilai ringgit 1907 kepada 2011 adalah

1 ringgit 1907 boleh beli = 22.4kg beras , 80 ringgit = 1792 kg beras

1 ringgit 2011 boleh beli = 312 gram beras ,RM 5000 = 1562.5 kg beras

RINGGIT SUSUTNILAI 99%!

nilai Ringgit berbanding beras susut sebanyak 98.6071% i.e.

[ (0.312 kg – 22.4kg )/ 22.4kg ] x 100%.

Perhatikan bahawa jika koin Ringgit perak (27 g) dijual sebagai “raw silver” pada harga “runtuh” RM3.00 per gram; maka koin tersebut bernilai = 27g x RM3.00/g = RM81.

Katalah 1 kg beras = RM3.20 ;

maka koin Ringgit perak setara dengan 25.31 kg beras i.e RM81/RM3.20; hampir sama dengan kesetaraan pada tahun 1907 (22.4kg).

Bukankah ini bukti bahawa koin perak menyimpan nilai belinya walaupun masa berlalu 104 tahun.

Kalian lagi suka gaji dibayar dengan duit kertas lagi?

Inilah yang terjadi bila duit tak guna barang bernilai sebenar.

Kalian ingat lagi kan kisah duit daun pisang zaman jepun?

Sekarang ni, waktu untuk kembali kepada duit emas (dinar) dan duit perak (dirham).

Kalian nak tunggu duit kertas kalian tak bernilai baru terhegeh-hegeh?

Bila kita tak ikut Allah dalam urusan kehidupan kita, beginilah jadi kepada kita, setiap tahun kita dimiskinkan dan semakin susah.

Cepat sebelum terlambat.

Kesan Riba Dalam Masyarakat

Hari ini, kita diberikan pelbagai berita yang tidak mengenakkan pandangan, yang menyakitkan telinga jika didengar, dan menyesakkan dada apabila diketahui.

Persoalan hari ini tidak boleh dibaca apakah sebenarnya penyakit yang melanda kita, bangsa dan ummat yang dikatakan akhir zaman.

Kali ini, apa yang perlu kita fahami, adalah reality sebenar kehidupan masyarakat awal sebelum semua penyakit yang ada hari ini yang suatu ketika dahulu tidak pernah didengari ayah-ayah dan ibu-ibu kita.

Pada permulaan kehidupan manusia, masyarakat yang difahami adalah, ‘’bersama-sama, permuafakatan, bersatu’’ yang mana maksud masyarakat itu diambil dari bahasa arab ‘’syin ro kaf ‘’ iaitu bersama.

Ini bertepatan dengan suasana dan kehidupan masyarakat , di mana segala bidang kehidupan mereka saling bersatu dan memerlukan satu sama lain, sebagai contoh – baju.

Barang-barangan di rumah, bukan semua benda di dalamnya itu, bersumber dari satu orang semata-mata. Bahkan ianya hasil dari permuafakatan komuniti dalam bekerjasama membantu mencukupkan keperluan masing-masing.

Ikan, beras, ayam, sayur , periuk, belanga, pakaian, atap, kayu arang. Yang jika dihitungkan, ianya dari pelbagai sumber.

Manusia zaman awal Islam dan tamadun asas manusia, apabila ingin membuat rumah atau satu pasangan baru mendirikan rumah tangga, mereka akan dibantu oleh komuniti masyarakat bagi membina rumah mereka. Gotong royong dilakukan, dengan masing-masing dari anggota kecil masyarakat membantu menyediakn keperluan unit kecil masyarakat yang baru dibina ini.

Zaman berlalu, perkampungan yang dibina semakin hari semakin membesar dengan perkembangan zuriat masing-masing ditambah dengan kehadiran imigran dari luar yang melihat dan tertarik dengan kemakmuran yang ada menyebabkan ianya berkembang menjadi Bandar.

Pada zaman ini, seseorang yang memerlukan sesuatu benda seperti kambing, maka mereka jika tidak punyai wang ( syiling emas atau perak) maka mereka akan memberikan satu barang lain yang dilihat sebagai berharga sebagai suatu cagaran , agar nanti jika sesuatu terjadi kepada mereka yang menyebabkan mereka tidak boleh mengganti semula kambing yang diambil, maka barang yang dicagarkan itu akan dijual dan duitnya akan digunakan oleh pemilik kambing asal.

Konsep ini menyebabkan kebanyakan dari anggota masyarakat hampir-hampir sebenarnya tidak berhutang.

Pada permulaan perkembangan Bandar ini, satu institusi asing dibuka, ianya dinamakan ‘’bank’’, tempat yang pada permulaannya, diperkenalkan untuk mengajak masyarakat menyimpan duit mereka di situ.

Pada permulaan bank ini diperkenalkan, masayrakat tidak menyambut baik institusi ini.

Ini kerana, kemakmuran dan sikap saling mempercayai sesama jiran tetangga dan kurangnya kecurian , rompakan dan sekian banyak jenayah lain, hampir tidak ada di dalam masyarakat disebabkan undang-undang Tuhan yang ada, menjadikan mereka hidup harmoni.

Permulaan institusi perbankan ini, mereka banyak focus pada mengajak masyarakat menyimpan duit dengan mereka, dan sebagai ganjaran masyarakat mempercayai mereka sebagai pemegang amanah harta mereka, pihak bank akan memberikan ‘’saguhati tahunan’’ berdasarkan kadar tertentu – dalam istilah kita – dividen . Bagi golongan marhain, bagi mereka , cukup simpanan dirumah kerana ianya selamat.

Mereka menggiatkan acara mereka dengan masuk ke setiap sekolah-sekolah menawarkan kemasukan permulaan simpanan serendaah RM 10.

Anak-anak diajar menyimpan ”wang” dengan mereka.

Setelah beberapa lama, ramai golongan bangsawan atau golongan masyarakat yang hidup agak mewah , mereka banyak menyimpan di institusi yang dinamakan perbankan ini.

Pihak perbankan melihat, perkembangan ini tidak berapa memuaskan, mereka mahukan semua anggota komuniti masyarakat mempercayai mereka.

Dari para penyimpan ini, pihak bank melihat, kebanyakan yang menyimpan, hanya 5% sahaja dari para penyimpan akan mengeluarkan semula duit mereka, bakinya hampir langsung tidak diusik.

Maka, apa yang dibuat, mereka mula membuatkan iklan-iklan, yang mengatakan bahawa mereka bukan sekadar pemegang amanah bagi menyimpan duit masyarakat bahkan tempat paling dipercayai untuk membuat pinjaman.

Syarat suatu pinjaman, mudah. Setiap peminjam, hanya perlu menambah sedikit bayaran , tambahan 1% setiap bulan lebih dari nilai asal yang dipinjamkan.

Kadar ini, Nampak seperti sangat rendah, sebenarnya sangat tinggi. Jika dihitungkan , 1 tahun – 12% perlu dibayar lebih dari nilai asal.

Tetapi, pihak perbankan ini, bijak, dalam meletakkan iklan-iklan pinjaman ini,mereka membuat sekali ayat-ayat yang manis ‘’ seseorang itu dikira baik, jika tidak menyusahkan orang lain’’ , ‘’apa perlu anda mencari orang lain, jika kami dapat menyelesaikan masalah anda?’’ dan ayat-ayat sebegini sering dimainkan di dalam akbar-akbar dan papan-papan iklan.

Dalam masa yang sama, mereka membuat pengishtiharan, bahawa penyimpan duit dengan mereka, dinaikkan saguhati tahunan mereka (dividen).

Dividen ini sebenarnya, bukanlah dari aktiviti perniagaan, tetapi hasil dari duit tambahan (interest) yang dikutip dari duit yang dipinjamkan kepada orang lain.

Apa yang pihak bank buat, adalah, mereka mengambil duit penyimpan, dan diberikan kepada orang yang mahu berhutang, kemudian, orang yang berhutang akan membayar lebihan sebanyak 12% dari pinjaman, dan 2% dari pinjaman ini, akan diberikan kepada orang yang menyimpan dengan nama saguhati/dividen.

Secara pandangan kasarnya, sebenarnya mereka yang menyimpan duit di bank, adalah menyuruh bank mencari peminjam dan berikan kepada mereka semula duit yang dipinjam itu dengar kadar lebih tinggi.

Aktiviti ini tidak diketahui di dalam masyarakat.

Dengan iklan-iklan yang sering dimainkan, tawaran-tawaran yang hebat, simpan duit pun boleh dapat lebih, masyarakat mula berfikir, bahwa mereka boleh mendapat sesuatu yang lebih jauh selesa dari kehidupan sedia ada.

Rumah besar, kenderaan hebat, semua boleh dapat dengan mudah, dan lebih cantik dari keadaan asal yang mana masyarakat akan bergotong royong membantu.

Unit terkecil di dalam masyarakat adalah keluarga.

Satu keluarga asas itu terdiri dari pasangan suamiJ dan isteri.

Anak merupakan tambahan dari asas, suatu anugerah untuk perkembangan unit kecil kepada lebih besar.

Keluarga asas ini, diketuai oleh suami, manakala isteri adalah pembantu.

Memang dalam unit asal ini, suami bertugas mencari rezeki untuk keluarga. Memberikan perlindungan , keselamatan dan makanan kepada ahli keluarga.

Zaman awal ini, rumah yang ada, adalah milik sepenuhnya keluarga ini. Sang suami , keluar mencari rezeki , kebiasaanya, cukup untuk seisi keluarganya. Para isteri cukup duduk di rumah tanpa perlu memikirkan tentang urusan rezeki , dan focus mereka hanyalah keluarga, mereka berasa lebih selamat di rumah.

Apabila zaman berlalu, melalui system perbankan, rumah-rumah dan kenderaan yang ada, adalah hasil dari hutang/pinjaman dari pihak bank, para suami kini keluar rumah dengan kadar sekali ganda dari sebelumnya dengan niat mencari rezeki untuk keluarga,  makan dan minum dan bayar balik pinjaman dan interest/riba/tambahan dari hutang.

Janji asal dalam syarat pinjaman dengan bank  ini, adalah, jika berlaku kelewatan atau penangguhan terhadap bayaran, maka akan dikenakan denda ataupun ditarik semula rumah yang ada.

Ini membuatkan kepala lelaki, ketua keluarga, suami kini ditumpukan keringatnya sepenuhnya untuk membayar semula hutang. Ini yang dikatakan komitmen.

Dalam masa yang sama, hutang yang ada, membuatkan lelaki/ketua keluarga memikirkan bahawa jika berlaku sesuatu pada mereka, maka rumah itu akan kembali kepada pihak bank dan anak-anak dan isteri mereka akan dalam kesusahan.

Ini menjadikan mereka melebihkan usaha dan tenaga mereka pada kerjaya, penumpuan ini membuahkan hasil pada rezeki yang ada lebih, tetapi waktu untuk keluarga mereka disingkatkan.

Dalam keadaan lain, ada sebilangan keluarga, sang suami ‘pergi’ dahulu meninggalkan dunia, meninggalkan isteri dan anak-anak, dan rumah hutang. Isteri yang ditinggalkan terpaksa keluar mencari rezeki, bekerja meninggalkan anak-anak tanpa perhatian sepenuhnya untuk membayar baki hutang yang ada.

Sedangkan dalam masyarakat asal islam, anak-anak yang ditinggalkan, menjadi tanggungjawab keluarga suami untuk  memberikan perlindungan, makanan sehingga mereka boleh berdikari sendiri.

Manakala sang isteri/janda yang ditinggalkan, menjadi tanggungjawab keluarganya semula, ayah atau adik beradik lelakinya untuk memberikan perlindungan , dan makan minumnya.

Ini menjadikan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan suami yang meninggal, tidak hidup di dalam masalah. Bagi si ibu, kerja mereka 100% perhatian sepenuhnya membesarkan anak-anaknya dengan didikan dan kasih sayang.

Sistem asal ini menjadikan masyarakat awal hidup penuh tenang dan harmoni.

Apabila sang isteri yang kematian suami, terpaksa keluar mencari rezeki, ianya meninggalkan kesan besar pada jiwa anak-anak mereka, bahawa jika besar nanti, perlu cari duit banyak-banyak, agar dapat rumah selesa dan keluarga tidak perlu runsing-runsing dalam masa yang sama, ianya meninggalkan kesan kepada jiwa anak-anak perempuan, bahawa lelaki kini sudah tidak mampu memberikan mereka keselesaan dan perlindungan yang sepatutnya.

Maka, anak-anak perempuan yang sebelum ini lebih selesa di rumah, diajar dan disuruh untuk belajar tinggi-tinggi dan kerja besar-besar.

Permulaan ini, pada mulanya hanya di tempat-tempat tertentu, anak-anak perempuan diajar ditempat berasingan dengan lelaki. Apabila guru-guru sudah mula tidak mencukupi, maka sekolah-sekolah yang ada mula dibuka dengan integrasi melalui percampuran lelaki dan perempuan di dalam satu kelas.

Anak-anak perempuan mula diajar bergaul dengan laki-laki, duduk berselang seli dengan lelaki-lelaki.

Suasana ini mula berkembang.

Semakin ramai anak-anak perempuan keluar dari rumah mereka, mencari sesuatu yang dinamakan ilmu mencari duit.

Mereka disuruh keluar jauh-jauh, sehingga ke luar negeri, tanpa ditemani dari ahli keluarga lelaki, atau tanpa suami, seorang diri.

Dalam masa yang sama, kilang-kilang pembuatan mula dibanjiri oleh anak-anak perempuan kita. Mereka ditempatkan di tempat yang satu masa dahulu hanya lelaki ditempat tersebut.

Anak-anak perempuan ini, ditempatkan berselang seli dengan lelaki, dikatakan agar mereka boleh cepat mengetahui dan mengembangkan ilmu mereka.

Ini membuatkan suasana percampuran lelaki dan wanita dianggap biasa, bahkan dikatakan ianya suatu keperluan.

Perkembangan ini tidak terhenti setakat itu sahaja, anak-anak perempuan mula merasakan bahawa pakaian sedia ada banyak membataskan pergerakan mereka.

Jubah, tudung labuh, niqab, pakaian longgar , semua ini dirasakan sebagai halangan untuk terus berkembang.

Sebahagiannya kini mula mengetatkan pakaian mereka, tudungnya kini mula dipakai rapat dan ketat, menampakkan bentuk tubuh yang sebelum ini asing dari pandangan mata-mata lelaki.

Bagi sebahagian yang lain pula,terus memakai seluar dan baju kerja yang sebelum ini, hanya lelaki sahaja yang memakainya. Budaya mengetatkan pakaian ini, berkembang kerana ianya dikatakan memudahkan kerja dan pergerakan.

Pergaulan antara lelaki dan wanita ini, mengembang satu idea baru dalam masyarakat, persentuhan lelaki dan wanita tidak mengapa, asalkan tiada diserikan dengan syahwat dalam masa yang sama juga, berkembang dengan sebahagian lelaki dan perempuan merasa biasa dengan pergaulan ini, dan berkembang di dalam bilik-bilik rahsia lelaki dan perempuan, budaya bersama tanpa ikatan yang sah, asalkan tidak mengandung.

Sangkaan-sangkaan yang timbul itu, tidak lebih memburukkan lagi keadaan.

“Sesungguhnya nanti akan benar-benar terjadi; akan ada suatu kaum dari Umatku (Islam) yang mengatakan halalnya perzinaan, pakaian sutera, arak dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik).” (Riwayat Thabrani)

Dari Abu Dzar r.a berkata,Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala”;- (Riwayat Thabrani dan Hakim).

Waktu berlalu, pergaulan, pertemuan, ramah mesra lelaki wanita tanpa batasan ini membuatkan sebilangan dari golongan lelaki yang sentiasa melihat dan bercampur gaul dengan wanita, melihat reality sebenar seorang perempuan, membuatkan hatinya sedikit demi sedikit hilang perasaan inginkan seorang wanita sebagai teman hidup.

Apa yang terjadi adalah, hatinya sedikit demi sedikit lunak dan cenderung dengan golongan sejenisnya. Baginya, dirinya adalah sepatutnya seorang wanita. Bukan lelaki. Dan dia memerlukan golongan lelaki mendapampingi sebagai teman hidup.

Pakaiannya, bentuk tubuhnya dikekalkan, hanya ketertarikan sifat fitrah itu yang bertukar arah.

Manakala satu golongan lelaki pula, terus bertukar 360’ , bentuk tubuhnya , pakaiannya, lenggok jalannya. Semuanya diubah bagi meraih cinta kaum sejenisnya.

Begitu juga yang terjadi kepada sebilangan wanita yang bergaul bebas dengan lelaki.
perasaan fitrah yang Allah tanamkan pada diri setiap insane untuk bersama kaum lawannya sebagai teman hidup kini beralih arah.

Cintanya, haluannya , semua ditumpukan mencari kasih kaum sejenis. Baginya, dirinya adalah sepatutnya lelaki, bukan wanita lemah.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki.


(Riwayat Abu Nu’aim)


“Demi Dia yang mengutuskan daku dengan kebenaran, bumi ini tidak akan hancur sehingga penghuninya ditimpa tanah runtuh, ditimpa hujan batu dan berubah menjadi binatang.” Orang bertanya, “Bilakah terjadi demikian wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apabila kamu melihat wanita menunggang di atas pelana, penyanyi berleluasa, saksi-saksi memberi keterangan palsu,  menjadi kebiasaan dan lelaki meniduri lelaki dan wanita meniduri wanita.” – [ Kitab al-Fitan].

Inilah yang sedang berlaku hari ini.

Kesan riba bukan semata-mata individu, bahkan masyarakat seluruhnya dirosakkan dan dicarik barik semua ikatan fitrah.

Realiti yang kita lihat, setiap satunya muncul hadir bukan dengan sengaja, tetapi ianya adalah kesan langsung pengishtiharaan manusia berperang dengan Allah. Maka kerosakanlah yang melanda manusia.

Perang dengan Allah, tidak pernah dan tidak akan sekali-kali manusia akan menang.

Jadilah kita manusia yang cenderung kepada taqwa. Jauhi riba seboleh mungkin.

Bukakan mata hati, kebenaran sentiasa ada.

Bahaya perbankan termasuk yang berlabel islam dan riba yang hadir dalam masyarakat sangat jelas dengan pengharaman Riba.

Allah, Allah, Allah.

Aku berserah kepada Allah.

Allah , Allah , Allah.

Wahai orang-orang yang beriman, Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu (jangan tuntut riba yang masih ada pada orang yang berhutang) , jika benar kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak melakukan (masih menuntut riba) maka ketahuilah, kamu mengishtiharkan perang dengan Allah dan Rasulnya, dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu (harta yang boleh dituntut dari hutang) . (dengan demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Lembu – 278-279)

Membeli dan Menyimpan Aset dari Produk Emas dan Perak – Tips dan langkah-langkah

Artikel ni saya tujukan kepada member-member semua.

Saya menyimpan, membeli, menjual dan cuba menggunakan dinar dirham dalam urusan muamalat.

———————————————————————————

Harta Sebenar

Harta Sebenar

Sekarang ini, kita melihat, harga emas dan perak dunia, semakin hari, semakin mahal mengikut nilaian duit kertas yang kita pegang.

Dan dahulu kala, orang kata,emas waktu 1 gram harga RM 36 (lebih 10 tahun dulu), orang kata mahal.

Lepas tu, harga RM 70/gram pun masih mahal.

Tup tap tup tap, hari ni, RM 145/gram , pun masih mahal.

Entah bilakah akan murah emas ni ye?

Kalian masih ingat tiga tragedi Besar yang melanda bangsa kita di Tanah Melayu?

Di Malaysia ini.

Sebelum merdeka, duit kertas British mula perkenalkan. Depa sandarkan dengan emas.

Lepas Jepun datang, duit kertas British yang orang melayu pegang habis tiada nilai.

Berjuta-juta tan emas orang melayu rugi sebab duit kertas British tak laku, tak leh tukar dengan emas balik.

British bawa balik bertan-tan emas free-free je ke negara depa. Orang tanah melayu kena tipu.

Lepas tu, Jepun datang dengan duit daun pisangnya.

duit daun pisang zaman jepun - masih boleh guna lagikah sekarang?

duit daun pisang zaman jepun - masih boleh guna lagikah sekarang?

Masa depa memerintah, ada la laku sekejap tapi waktu depa memerintah juga duit daun pisang tu lingkup.

Orang Tanah Melayu rugi. Bertan-tan Emas.

Tahun 1997, krisis ekonomi Asia, Malaysia lingkup dan hampir lingkup.

Kertas ringgit hilang separuh nilainya dari nilai asal.

Yang kaya jadi miskin , yang miskin terus lingkup.

Tapi, dari tiga-tiga peristiwa ni, orang yang simpan emas dan perak, merasa selamat.

Sebabnya, harta mereka tersimpan dan aset mereka terjaga.

Lepas habis setiap tragedi tersebut, yang simpan emas perak, meneruskan kehidupan macam biasa.

Depa pi pajak, jual emas perak depa, dapat barang.

Itu Cerita RIngkas.

Hari ni, pakat pulun ramai orang makin celik, bab simpan harta ni.

Dari banyak-banyak aset, emas perak paling ramai yang dok bisik-bisik.

Biasa emas ni, orang ada banyak duit kertas sket, boleh beli.

dan Perak pula, orang biasa dan duit takat-takat ada, mudah dan boleh beli.

Dan sekarang ni, dah makin banyak orang sibuk cakap pasal dinar dirham, berjual beli dengan emas dan perak.

Beli barang pasar (barang-barang kecil), guna dirham (syiling perak).

Beli barang besar (rumah, kereta, motor, kambing, lembu dll) guna dinar (emas).

Sibuk cakap pasal beli ni, bila masa nak simpan?

Harga dirham sekarang ni, RM 24 untuk 1 dirham ( 3 gram perak).

Masa saya mula beli dulu, 8 bulan lepas, harganya RM 13 untuk 1 dirham.

Tapi… kalau kalian lihat harga perak dunia dan semasa, sepatutnya harga dirham boleh dapat rendah lagi. Dalam RM 17 untuk 1 dirham?

Ok, cuba tengok harga semasa untuk 10 dirham kelantan (29.75 gram) = RM 240.

Harga untuk 1 auns syiling perak (31.1 gram atau 10 dirham ) dunia (australia, amerika, rusia dll) di pasaran malaysia = RM 140-150.

Kita nampak beza kan?

Dirham beratnya lagi kurang dari syiling auns yang dicetak oleh kebanyakan negara tapi lagi mahal.

Jadi, saya bagi kesimpulan sikit.

Dirham ni, disebabkan dia mudah cair (boleh terus guna), jadi elok untuk kegunaan dan simpanan jangka pendek.

Jumpa kedai, tanya terima dinar dirham tak, kalau terima, boleh terus guna untuk nilai tersebut (nilai semasa dirham) , kalau kedai tak terima, boleh simpan balik. atau cari orang yang minat dirham, jual kat dia.

Untuk syiling auns ni,harganya murah tapi orang nak buat urus niaga tu, kalau yang betul-betul faham sahaja yang terima syiling auns ni sebagai buat jual beli barang.

Tapi, dalam banyak hal, ianya tetap syiling yang mempunyai perak. Dan penyimpan nilai terbaik.

1 dirham ( 3 gram perak ) 1400 tahun dulu boleh beli seekor ayam, hari ni, 1 dirham boleh beli 1 ekor ayam juga.

Jadi, 2 kesimpulan nampak kan?

Bahagikan duit simpanan kalian kepada dua bahagian ,ikut dan terpulang % masing-masing.

1- Kalau nak terus guna, beli dirham, simpan dalam dompet. sentiasa  bawa, jumpa kedai, tanya, terima dirham tak, kalau terima, alhamdulillah, terus guna beli barang.

2 – Kalau mahu simpan untuk jangka panjang, (melebihi 9 bulan sehingga berpuluh tahun) , maka eloklah beli perak syiling atau jongkong yang paling murah dan paling tulen (Ag 999 @ Au 999 ), beli dan simpan, lepas setahun, keluar zakat ( 2.5% dari seluruh emas/perak yang ada).

Kalau nak tukar ke duit kertas, hubungi kepada penjual yang kita beli perak dulu tu, dia nak beli balik tak perak yang dia jual dulu?…

Kalau nak guna terus pun boleh, in sya allah, sekarang ni, dah ramai orang sedar pasal emas perak, dinar dirham ni, jadi dalam masa setahun ni, akan ada perubahan besar berlaku.

Eh, eh…korang tahu kan apa yang pakar-pakar ekonomi barat cakap pasal ekonomi dunia pada 2012 nanti?…

(bukan nak meramal atau nak jadi tukang nujum ke apa ke, tapi depa cakap berdasarkan fakta. Penunjuk arasnya, harga emas perak tahun lepas dan awal tahun ni, naik antara paling tinggi dalam sejarah)

Kalau dah ada emas dan perak, ce cerita kat kawan-kawan lain ajak simpan sama.

Tempat simpan, jangan bagitau orang :)

Sekian,

perkongsian dari pokwe.

From russia with love.

:)

Memahami isu Sebenar Berat Dinar dan Dirham – 24 karat atau 22 karat atau 72 butir gandum/barli?

Bismillahir rahmanir rahim.

Mudah-mudahan, apa yang dibincangkan disini memberikan kita lebih ruang untuk berbincang.

* saya merupakan seorang yang mempunyai dirham, pernah menyimpan dinar, pernah dan berusaha bermuamalah dengan dinar dirham, dan di antara pengedar dirham/perak/ dan dinar.

————————————

Kita sedang melalui zaman, dimana, masyarakat muslim dan dunia semakin hari semakin sedar akan tuntutan Allah, yang kafir semakin cenderung kepada Islam.

Kit melihat masjid-masjid semakin dihidupkan, majlis-majlis ilmu dipenuhkan, ilmuan semakin dihormati.

Dan mutakhir ini, kita melihat dan menyaksikan umat islam kita kembali menghidupkan sunnah yang hampir pupus dalam muamalah, iaitu mengembalikan dinar dan dirham dalam sistem masyarakat , urusan muamalah sehari-hari.

Dalam perkembangan da merebaknya percetakan dinar dan dirham di nusantara ini (terutama Malaysia, Indonesia, dan Brunei). Kita melihat di sana punya pertembungan atau ketidaksamaan dalam berat dan ketulenan dinar.

Hari ini, kita melihat kepelbagaian jenis dinar yang telah berjaya dicetak dan berada di dalam masyarakat kita :

Dinar 24 karat ( 999)

    • Dinar Nabawi , Dinar Syari: 4.5 gram
    • Dinar GCP , Dinar Negeri Perak , Dinar Logam Mulia : 4.25 gram

Dinar 22 Karat (916 / 917)

    • Dinar kelantan , Dinar Muslim , Dinar Kedah, Dinar Darul Takzim, Dinar Darul Ehsan , Dinar Putra semuanya 4.25 gram

Dan dari pelbagai jenis dinar ini, masing-masing memberikan hujah masing-masing berkenaan isu berat dinar ini dan ketulenan.

Hari ini, kita cuba selami dari sudut sejarah dan dalil-dalil berkaitan berat sebenar Dinar dan Dirham yang sepatutnya di dalam masyarakat.

Bermulanya Sejarah

Pada permulaan islam, diakui, zaman Nabi, yang beredar di dalam masyarakat adalah Dinar dari Parsi dan Rom, yang tika itu adalah dua kuasa besar dunia yang diakui timur dan barat.

Maka di zaman Nabi Muhammad keselamatan dan kesejahteraan ke atas baginda, dan zaman khalifah Abu Bakar, tiada dinar yang yang dicetak sendiri oleh kerajaan Islam.

Tika zaman Umar, satu standard dinar telah ditetapkan bagi memudahkan umat Islam dalam membayar zakat, ini kerana, kerajaan Islam sudah semakin membesar dan melebar, sebahagian dari kerajaan Rom telah jatuh ke tangan umat Islam dan Kerajaan Parsi telah runtuh ke tangan tentera islam.

Penduduk Islam sudah semakin melebar dan meluas. Jika tiada standard yang khusus , masyaarakat akan sukar untuk mengeluarkan zakat harta mereka yang terdiri dari emas dan perak.

Umar alKhattab selaku Khalifah Umat Islam, telah menetapkan :

”(berat) 7 dinar perlu bersamaan 10 dirham”

Kemudian, tika zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, barulah kerajaan Islam mula mencetak sendiri Dinar dan Dirham, dan diukirkan padanya kalimah tauhid padanya, Tiada Tuhan Selain Allah, satu-satunya, tiada sekutu bagi-NYA.

Kemudian zaman berlalu, perkara dinar dirham ini memang sebati di dalam masyarakat Muslim.

Ibnu Khaldun menulis di dalam kitabnya Muqaddimah , dan Allamah Muhammad bin Abdurrahman

Addimasyhqi di dalam Fiqih 4 Mazhab menyatakan :

”…… Ketahuilah bahawa terdapat persetujuan umum (ijma) sejak permulaan islam dan masa Para Nabi dan Rasu, masa Nabi Muhammad, Khulafa’ur rasyidun, sahabat-sahabat serta tabiin, tabiit tabiin bahawa dirham yang sesuai syariah adalah yang sepuluh kepingnya seberat 7 mistqal (dinar) emas. Berat 1 mistqal emas adalah 72 butir gandum, sehingga dirham yang nilainya 7/10 setara dengan 50 dan 2/5 butir. Ijma telah menetapkan dengan tegas seluruh ukuran ini….”

<span>

أما وزنه بالحبوب:

فقد قدر أكثر الفقهاء وزن الدينار الشرعي بزنة اثنتين وسبعين حبة شعير متوسطة لم تقشر وقطع من طرفيها ما امتد</span>

Dari sini, ada poin penting.

1 – berat 10 dirham = 7 dinar

2 – 1 dinar = 1 mistqal = 72 biji barli dipotong hujungnya

3 – berat 1 dirham = 50.4 biji barli

Kita mengetahui bahawa berat 72 biji gandum itu boleh dihitung, tetapi bagaimanakah kita mengetahui secara dekat apakah itu mistqal?

Mistqal apabila dirujuk kepada Al-Maqrizii , ianya adalah 22 qirat (karat). (rujuk Ighatah Imam Al Maqirizi )

Maka, didapati berat sebenar dinar ,

1 dinar = 1 mistqal = 72 biji gandum = 22 qirat (karat)

Mengira berat Dinar.

1 – Beratnya perlu 1 mistqal atau 22 karat

Karat merupakan satu unit berat. Karat juga merupakan satu kiraan mengenai ketulenan emas.

Pertama : Jika ianya merujuk kepada unit berat, maka hari ini, yang diketahui umum, dalam perkiraan antarabngsa, 1 karat itu bersamaan 200 mg dan ada pendapat lain 1 karat bersamaan 198 mg.

Maka 22 karat x 200 = 4400 mg = 4.400 gram

atau 22 karat x 198  = 4356 mg = 4.356 gram

Kedua : jika maksud 1 dinar itu perlu punyai 1 mistqal emas atau 22 karat emas , maka , kita boleh buat simpulan awal. 4.400 gram itu adalah nilai emas yang ada di dalam dinar itu perlu 4.400 gram.

Berapa berat dinar?

Maka , berat dinar sepatutnya adalah :

4.400 g = 22/24 , maka

4.400 x 24/22 = 4.8 gram

Mengikut perkiraan pertama , kita bertemu dua kesimpulan awal untuk berat 1 dinar.

A – 4.356 gram atau 4.400 gram 1 dinar 24 karat,

atau 4.356 gram atau 4.400 gram 1 dinar 22 karat

b – 4.752 gram 22 karat (mempunyai 4.356 gram emas)  atau

4.8 gram 1 dinar 22 karat ( mempunyai 4.400 gram emas)

2 – Berat 72 butir gandum @ barli yang dipotong hujungnya

Satu kajian berat telah dibuat oleh pihak pengurusan Islamic Mint Nusantara (rujuk http://islamhariini.wordpress.com/, menggunakan gandum/barli yang sederhana besarnya, dan dipotong sedikit demi sedikit hujungnya.

Setiap kali dipotong, maka berat akan dihitung.

Sehinggalah hujungnya benar-benar tiada.

Ianya dilakukan secara berulang-ulang.

Didapati, berat minimum 72 butir gandum/barli yang boleh dicapai, hanyalah 4.377 gram , manakala berat maksimum mencecah 4.62025 gram.

Maka, setelah mengira sendiri dan membuat rujukan terhadap tulisan-tulisan khaazanah ulama terdahulu, pihak Islamic Mint Nusantara berpusat di Jakarta, telah berijtihad, untuk mencetak dinar dan dirham seperti berikut :

1 dinar = 4.4432 gram 24 karat

1 dirham = 3.1103 gram 99.99

(apa yang menarik dan ruang yang didapati dari ijtihad dan fatwa mereka (IMN) ini, menjadikan semua syiling coin untuk 1 auns emas semua negara dunia yang dikeluarkan adalah bernilai 7 dinar dan 1 auns perak = 10 dirham )

Di manakah Isunya?

Kita ketahui, hari ini, dua buah Kerajaan negeri di Malaysia telah mengeluarkan Dinar masing-masing yang sama berat berbeza ketulenan.

Apa yang menjadi persoalan, adalah, ini merujuk kepada kerajaan Negeri Kelantan, Dinar yang dicetak oleh kerajaan negeri ini, adlaah mengikut spesifikasi WIM (World Islamic Mint) yang menggunakan 4.25 gram 22 karat bagi satu dinar.

Persoalan yang hadir adalah, WIM melalui tulisan Pengasasnya , Prof. Umar Vadillo :

”There is no place for ijtihad regarding the weight, the weight is the mithqal. But what is the mithqal? WIM says 4.25 gr. Since we could not measure 72 grains of barley accurately, we took our weight from non circulating original Dinars that are still preserved in museums. We took the best coins and average their weights. The result: 4.25 gr. ”

Bagi WIM, ijtihad yang dibuat, adalah berdasarkan kepada Dinar yang tersimpan di museum-museum, bukan berdasarkan kepada berat timbangan sendiri biji barli.

Bagi kami, ijtihad ini boleh jadi benar dan boleh jadi silap.

Kesilapan pertama bagi kami, mereka menyatakan bahawa kita tidak boleh menyukat/menimbang 72 biji barli secara tepat , sedangkan di dalam islam, semua aturan yang dibuat adalah dibawah kuasa manusia.

Kebijaksanaan kita manusia dalam menimbang dan mencari biji barli yang sesuai dan sederhana itulah yang dibawah kuasa kita.

Di dalam islam, tiada yang mustahil.

Ini kerana, bagi kami, ijtihad dibuat setelah semua usaha yang boleh dibuat sudah dilakukan, dan bertemu titik penghujung, iaitu membuat keputusan dari semua yang dilakukan. Dalil, hujah sejarah, nas. Semuanya dimasukkan ke dalam perhitungan, maka ijtihad dilakukan.

Professor Tariq Kahn mengulas isu ini :

ProfTariq Kahn: This is more correct in lieu of the weights and measures established in the early period (4.44gr 24K). The mithqal is the unit of weight not quantity. Thus a 22 carat, 4.25 gram gold coin need approx 22 dinars, not 20, in order to reach correct nisab. Most Abbasid, as well as early Ummayad coins before the AbdulMalik coin, was at 4.5, some even 4.6.grams of pure gold. Thus 20 dinar would easily achieve nisab. A modern coin at 22 carat based on AbdulMaliks coin simply dont suffice, and indicate the lack of proper research, lack of consultation, and oversights of history, when the entire matter is simply handed over to “divine intervention”…….. ”’

Mengapa kita Bertegas Isu berat Dinar ini?

Perbincangan kita yang ada hari ini, dan kebanyakan yang hadir di dalam internet, bukanlah perbincangan atau ingin menegakkan hujah siapa yang akan menang, tetapi hanyalah kerana kita ingin mendapatkan keredaan Allah dengan mengembalikan semula nilai dinar dirham ke dalam masyarakat dan melalui zakat yang akan dikeluarkan.

Dinar dan dirham ada kaitan dengan zakat dan hukum-hukum Allah, maka apabila beratnya dikurangi, tiang agama Islam yang keempat, tidak akan tertegak bahkan lagi, hukum-hukum Allah (hudud) akan menjadi pincang.

Islam itu berdiri dengan 5 perkara, apabila satunya tidak tertegak, bangunan Islam tidak akan bangun, kerana itu kita keluarkan isu ini untuk perbincangan.

Apabila kita bersungguh-sungguh untuk menegakkan semula agama Allah, maka Allah akan permudahkan jalan dan membantu kehidupan kita dunia akhirat.

Apabila dinar dan dirham dicetak dengan pelbagai jenis ketulenan dan berat ini  tanpa ada penyatuan di antara pihak-pihak yang mencetak, maka riba akan mudah mengalir di kalangan masyarakat.

Pertukaran dinar yang tidak sama jenis adalah riba yang nyata. Ini isu besar. penelitian perlu dibuat.

Saranan Kita?

Apa yang kita mahukan, hanyalah, kerajaan Negeri Perak dan Kelantan, melalui wakil mereka, yang kita ketahui, adalah ilmuwan yang unggul, menguji dan menimbang sendiri 72 biji barli ( حبة شعير ) , kemudian buatlah perbandingan yang sesuai dan berijtihadlah.

Kami rakyat akan mengikut jika kalian benar.

——————————————————

Tulisan ini tidak berniat memperlekehkan usaha-usaha yang telah dibuat , dinar-dinar yang telah dihasilkan.

Saya menulis di atas, ada meletakkan sekali, bahawa, isu utama adalah berat, bukan ketulenan.

jika masalah ketulenan, maka, antara 24 karat dan 22 karat, saya cenderung dipilih 22 karat.

dalam masa yang sama, jika ketulenan 22 karat, maka berat emas yang perlu ada di dalamnya juga perlu 22 karat iaitu sama ada 4.40 gram atau 4.356 gram atau berapa saja berat 72 biji gandum yang telah ditimbang. bukan 4.25 gram.

asasnya, seruan saya, adalah WIM membetulkan berat dinar dan dirham mereka.buat masa ini, saya masih menggunakan Dinar dan dirham WIM dan IMN, hanya zakat, saya tidak mengikut WIM.

Membayar zakat guna standar WIM perlu 22 dinar bukan 20 dinar disebabkan nilai emas di dalamnya yang kurang.

Jika saya benar, berdoalah agar Allah memberikan kita kekuatan untuk membantu menegakkan agamanya.

Jika saya silap, betulkanlah, agar tidak terpesong.

——————————————————

Rujukan :

1 – (11) فتح البلدان453، مقدمة ابن خلدون 453، مواهب الجليل2/290، بلغة السالك 1/217، مغني المحتاج 1/389، المصباح المنير 1/200

، شرح المنتهي 1/402، كشاف القناع 2/229

2 – ucapan Prof Umar Vadillo

http://muamalahcouncil.com/component/content/article/109-world-islamic-mint-role-purpose-objectives.html

3 – Islamic Mint Nusantara – fatwa http://islamhariini.wordpress.com/2011/01/02/standarisasi-ukuran-dinar-dan-dirham-dalam-perspektif-sejarah-dan-fiqih-islam/

Penyingkapan Penampilan dan Realiti

Ilmu yang diterima secara luaran (pemerhatian, pendengaran) adalah teramatnya penting.

Dengan memerhati segala isu semasa yang berlaku di dalam ekonomi,politik, sistem kewangan, dan kejatuhan matawang us dollar amerika yang kita sudah jangkakan selama ini.

 

Pemerhatian yang teliti yang disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memahami dan membuka apa yang tersirat dalam isu-isu politik dan ekonomi melalui mata fizikal/ penglihatan kasar adalah teramat penting.

 

Tetapi, di sana juga teradapatnya keperluan bagi memahami semua ini melalui kefahaman dalaman, melalui kefahaman hati atau gerak hati atau pandangan hati bagi mentafsir apa yang diperhati secara luaran dan bagi melepasi apa yang terselindung di sebalik apa yang tersurat dari pandangan mata.

 

Kita tidak akan sesekali dapat mengenali dan memahami dunia hari ini, kecuali atau sehingga selagi mana kita tidak dapat mengenali dan membezakan antara penampilan dan realiti , dan semua yang berkaitan dengan Dajjal, yang mana ianya semua bertentangan antara satu sama lain.

 

Pertentangan antara penampilan dan realiti, suatu yang mesti difahami pada hari ini dalam membaca dunia yang sebenarnya ”neraka” bagi manusia beriman.

 

Yang mana, apabila kita memahami realiti hari ini, memegang agama ibarat memegang bara api yang panas.

 

 

Dan selagi mana kita tidak menggunakan mata hati bersama-sama dengan pandangan mata luaran, kamu akan terus tertipu dan ditipu, dan tidak akan dapat memahami dunia hari ini.

 

Kita memerlukan satu teori pengetahuan dan kajian bagi dan untuk berhadapan dengan sebuah zaman yang penuh dengan penipuan besar dan pembohongan yang keterlaluan. (yang sebenarnya sudah diungkap dalam alquran dan hadis-hadis nabi)

 

Pernahkah kita terfikir, apakah masyarakat yang begitu takjub terhadap kebendaan pada hari ini tercipta secara kebetulan?

 

Sementara kita terus memerhatikan dunia kita terus berevolusi kehadapan, dan kita melihat apakah manusia ini semakin mundur ke belakang?

 

Dengan setiap detik berlalu, kita merasakan kehidupan dan waktu kita berlalu bergerak dengan semakin pantas.

 

Pernahkah kita berhenti seketika dan cuba cerminkan diri sendiri?

 

Berfikir?

Menyoal?

 

Untuk apakah aku hidup ini?

 

Bagaimana kita boleh sampai ke tahap sebegini?

 

Dunia yang ditadbir oleh sebuah sistem.

Sebuah sistem yang penuh dengan seliratan (berselirat) mekanikal yang dibina sebagai sebuah penjara halimunan.

 

 

Yang mana, ianya telah mengexploitasi keselamatan dan rasa selamat kita.

Menghalang matlamat kita.

 

Apakah matlamat utama kita telah dialihkan?

Demi mencapai sebuah impian sementara yang tidak akan dapat diperoleh?

 

Telahkah kita hilang kesedaran diri kita?

 

Apa sebenarnya yang kita kejar selama ini?

Atau semuanya hanya khalayan?

 

Di dalam bahasa Arab, Dajjal bermaksud penipu agung atau dalam bahasa kita pembohong besar, atau dengan istilah kita ”putar alam”.

 

Cuba soalkan pada diri kita, siapakah bangsa terbaik di atas muka bumi ini?

 

Cuba soalkan pada anak-anak kecil.

Jika di zaman mahathir, itulah bangsa JEPUN yang dibanggakan.

 

Bagi zaman ini, itulah BARAT , Amerika, Eropah.

American Idol, pop kuiz, berita harian, tv3 , utusan malaysia , bollywood, hollywood…dan senarainya berpanjangan.

 

Apakah kita sudah mula menerima semua penipuan ini?

 

Apakah benar kita kini hidup di dalam zaman yang penuh dengan penipuan besar?

 

 

Pertanyakan pada seseorang di jalanan, apa fungsi bank?

 

Apakah kita menerima apa yang kononnya dikatakan ”kebahagiaan”, ”kejayaan”, dan ”kebenaran”?

Kebahagiaan itu terletak pada kereta yang hebat, rumah yang besar. Dan ianya tidak dapat dicapai kecauli melalui hutang.

 

Apakah kita telah ditipu untuk mempercayai yang palsu dan menolak yang benar?

Berita-berita mengkhabarkan apa yang sebenarnya tidak berlaku.

Gambar yang sama, tetapi diceritakan apa yang bukan realiti.

Sebagai contoh, Ditunjukkan melaratnya kemiskinan, dan diberikan hujah-hujah kemalasan pada mereka yang miskin, tetapi realitinya, pusat zakat tidak membuat kerja yang sepatutnya, pemimpin-pemimpin negara bermewah dengan harta negara, saban tahun harga barang semakin mahal dalam duit kertas dan gaji dibiarkan hampir sama.

 

Senarainya berpanjangan.

 

Itulah yang sebenarnya.

Itulah helahnya.

”Anas meriwayatkan bahawa beliau mendengar Utusan Allah bersabda : Diantara tanda-tanda Hari Terakhir (Kiamat) adalah dengan terangkatnya ilmu (ilmu dicabut), sejumlah besar ketidakpedulian (kejahilan, kebodohan) ,…………………………………………………………. “

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Cuba untuk hidup sederhana, MEREKA bencikannya.

 

Belajar untuk berkata ” tidak mengapa, kamu boleh simpannya saja” MEREKA bencikannya.

 

Kekal di atas jalan berTuhan. Ini MEREKA bencikan.

 

Cuba bebaskan diri dan minda kalian dari belenggu penjara ini.

 

Lihat ke atas atau ke bawah?

 

Apa yang perlu bagi kita adalah, kita perlu melihat kepada arkitek sebenar kerajaan.

Dan ianya bukanlah di dalam diri perdana menteri, atau pada negara kita semata, tetapi ianya termaktud di dalam sebuah rancangan global.

 

Matlamatnya hanya satu, menjadikan 99% penduduk bumi, semua golongan bawahan ini bekerja bagi kepentingan 1% golongan atasan.

 

Jika kalian memahami sistem penciptaan wang kertas, US dollar, ringgit, perbankan, politik, ekonomi , kalian akan nampak satu arus dan aliran gerak kerja manusia ini.

 

Dan punca mengapa golongan bawahan ini rela hati bekerja untuk mereka adalah kerana mereka menggunakan segala jentera yang ada menggoda kalian dengan segala kenikmatan yang kalian hajati.

 

Barangan elektronik terbaru yang dicipta tidak henti-henti, pakaian ber”stail”, cara hidup ”moden” , lambakan hiburan, makanan murah tanpa kualiti …

 

 

Di dalam sebuah lagu rap, seorang penyanyi bernama T.I berkata : ”Kamu boleh memiliki apa saja yang kamu mahu!”

 

Rakyat amerika suka pepatah ini.

Rakyat nusantara menuju ke arah ini.

Bangsa muslim cuba menggapai arah ini.

 

Iklan di jalanan, semua wanita tanpa pakaian.

Shampoo dengan wanita tanpa pakaian.

Iklan kereta bersama pelacur jalanan tanpa pakaian.

Iklan makanan ringan dengan pelacur yang tanpa pakaian.

 

Rumah mewah.

Kereta mewah.

Gaya hidup mewah.

Hanya dnegan kad kredit.

Kad Hutang.

 

 

 

Semua anda mampu milik.

Hanya dengan hutang.

Yang sebelumnya, perkataan hutang ini adalah salah satu mimpi ngeri bagi bangsa muslim.

 

Tidak punya wang tidak mengapa, bawakan slip gaji, dan perolehi rumah idaman anda dengan menjadi hamba bank selama 30 tahun.

Separuh hayat menjadi hamba bank.

Hampir tidak mampu untuk tidak bekerja.

Isteri dipaksa keluar rumah bagi menampung beban ini.

Gaya hidup mewah dengan lambakan anak-anak luar nikah,pelacuran, dadah, hilangnya seri keluarga, hilangnya harmoni keluarga, waktu bersama keluarga menjadi semakin sedikit.

 

Timbul perkataan, waktu kualiti bersama keluarga.

Yang sebelumnya hampir tidak pernah didengari.

 

Hanya untuk mengaburi manusia, bahwa, waktu yang panjang dengan keluarga hampir sudah tidak bermakna, yang penting kerja dan kerja, dan bayar hutang dan usaha lagi untuk menambah hutang dengan bekerja lebih berat lagi.

 

Dan tumpukan sedikit perhatian pada keluarga.

 

 

 

Jika benar kita ingin mengetahui realiti sebenar dunia ini, yang sebenarnya ”penjara”, ambillah sedikit masa, carilah kebenaran apa sebenarnya duit kertas, inflasi, bank, globalisasi, industri muzik,industri pengkhabaran,media,surat khabar, industri pelacuran,industri pemprosesan makanan/industri supermarket, berleluasanya arak, judi, dan pelbagai hiburan.

 

Letakkan setiap satu itu sambung dengan sebelahnya,apabila kalian dapati ada kaitan walau sedikit.

Dan sambungkannya, sehingga semua itu bersambung.

 

Kalian akan dapat melihat, realiti sebenar penjara ini dan kemana mereka mahu membawa kalian.

 

”Anas meriwayatkan bahawa beliau mendengar Utusan Allah bersabda : Diantara tanda-tanda Hari Terakhir (Kiamat) adalah dengan terangkatnya ilmu (ilmu dicabut), sejumlah besar ketidakpedulian (kejahilan, kebodohan) , berleluasanya perzinaan, berleluasanya minuman arak, sedikitnya jumlah lelaki dan besarnya jumlah wanita, sehinggakan untuk setiap 50 orang wanita hanya punyai seorang lelaki yang menjaga mereka. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa Ada Pada Urusan Dinar Dirham

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang memberikan kekuatan pada hamba-hambanya untuk terus memperjuangkan agamaNYA.

 

Minta maaf pertamanya, lama tidak memasukkan perkembangan terbaru.

 

Beberapa buah buku dengan 10 Dirham

Membeli beberapa buah buku dengan 10 Dirham di kota bharu

Sebalang coklat dengan 1 dirham

Sebalang coklat dengan 1 dirham di Kota bharu

membeli barangan rumah di Bandung, Indonesia dengan dirham

membeli barangan rumah di Bandung, Indonesia dengan dirham

Jika sebelum dari ini, untuk memahami riba, dan urusan ekonomi, hampir mustahil untuk difahami disebabkan saya tidak berada di dalam perkara ini.

Harga 2 biji burger dengan 1 dirham (Moscow)

Harga 2 biji burger dengan 1 dirham (Moscow)

Apabila Allah memberikan ruang untuk membantu manusia memiliki harta sebenar ( iaitu saya sendiri berada di dalam ruang ekonomi, saya melihat sendiri urusan jual beli, saya sebagai peniaga/penjual) , maka dari situ , tiada daya dan upaya melainkan dari Allah, seolah-olah suatu ruang ilmu terbuka dalam memahami isu riba, isu jual beli, isu ekonomi yang sebenarnya.

 

Alhamdulillah, dari situ, Allah permudahkan jalan dan usaha yang dilakukan.

 

Isu dinar dirham bukan disebabkan kita cinta dan gilakan emas dan perak.

Bahkan tidak sekali-kali.

 

Hanya kerana isunya, isu riba yang jauh lebih besar, isu cintakan Allah, isu cintakan Nabi, maka kerana itu kita berusaha untuk mengingatkan manusia bahawa isu dinar dirham ini adalah isu sejagat.

 

Ada perbezaan besar apabila saya membeli barangan menggunakan dirham dan menggunakan duit kertas.

 

Perasaan yang berbeza.

Menggunakan barangan yang dibeli dengan dirham, demi Allah, perasaan keberkatan itu terasa dan nikmat hidangan itu dirasa.

 

Perjuangan dinar dan dirham ini masih jauh, jika dilihat secara kasar tetapi ianya sangat dekat sebenarnya dengan masyarakat.

 

Perlukan banyak lagi usaha dalam mencelikkan masyarakat berkaitan perkara ini.

 

Tetapi hari akhirat itu sangat hampir.

 

In sya allah, sedang cuba meneliti beberapa perkara yang mudah-mudahan Allah lancarkan semuanya, akan saya kongsikan jika diizinkan Allah.

Dinar Dirham dan Inflasi. Hubung Kait Kepimpinan dan Sistem Kemasyarakatan

Pada hari ini,umum manusia menilai kemajuan atau ketinggalannya sesuatu negara itu adalah berdasarkan dua aspek :

1 – banyak atau sedikitnya sumber kekayaan

2 – tahap kecanggihan alat-alat pengeluaran

Akan tetapi, kedua-udanya bergantung pad akonsep pemikiran yang mengoalahkan cara-cara memperoleh kekayaan dan membelanjakannya sekali.

Apabila konsep ini berdiri di atas aturan syariat Tuhan , maka kehidupan ekonomi akan maju dan kemakmuran melata.

Konsep pertama (cara memperoleh kekayaan) mengarakan cara-cara memperoleh kekayaan serta membelanjakannya pada sektor-sektor umum dan peranan orang yang bertugas pada sektor ekonomi adalah sebagai pengumpul sekaligus pengedar.

Adapun, apabila konsep ini bertentangan dengan cara-cara aturan Tuhan, maka kehidupan ekonomi akan menjadi sebaliknya dan krisis melanda dimana-mana.

Kosep kedua mengarahkan cara-cara memperoleh kekayaan dan membelanjakannya pada sektor-sektor kemaslahatan individu, peranan orang-orang yang bertugas pada sektor ekonomi adalah sebagai perampas dan penimbun.

Mereka merampas apa sahaja yang dimiliki orang dengan cara yang curang

1 – menaikkan harga barang

2 – menaikkan cukai-cukai , pajak, ufti yang sebelumnya tidak pernah dikenali namanya.

Kemudian mereka menimbunkan harta buat diri sendiri lalu membelanjakannya untuk memenuhi keinginan nafsunya.

Oleh kerana itu, Allah melalui ucapannya di dalam Alquran secara terperinci mengarahkan manusia supaya memerhatikan cara-cara memperoleh kekayaan yang halal dan membelanjakannya pada perkara-perkara yang halal juga, serta menunanikan perintah Allah yang harus ditunaikan.

Sungguh, mencampur adukkan antara kedua-dua konsep yang disebut merupakan sumber kekacauan dan kepincangan yang terjadi dalam masyarakat Islam pada masa-masa kemundurannya, keadaan ini mewarnai kehidupan ekonomi masyarakat Islam pada masa sebelum dan sesudah serangan tentera Salib.

Pada masa tersebut, cara-cara memperoleh kekayaan sangat bertentangan dengan kaedah-kaedah agama.

Negara mengenakan berbagai-bagai cukai dan ufti hingga orang-orang yang hendak pergi haji sekalipun diwajibkan membayar cukai yang sangat tinggi keapda negeri yang dilaluinya, sebagimana yang telah dilakukan oleh pemerintahan Fatimiyah terhadap calon haji Morokko yang melalui Mesir, dan barangsiapa yang tidak mampu membayarnya akan ditahan hingga selalu ada yang terlambah wuquf di Arafah. *1

Di tengah-tegah berlangsungnya amalan kotor dan jijik ini, para petugas pentadbiran kerjaaan berlumba-lumba memperkayakan diri.

Inilah yang disebut oleh Ibn khilkan tentang kekayaan yang dimiliki oleh Perdana Menteri Fatimiyah , Badrul Jamali , telah meninggal dunia pada tahun 515 H, berkata :

Dia meninggalkan 600 juta dinar, 250 irdab (kira-kira 14900 kg), 75 000 baju sutera, 30 pelana unta diperbuat dari emas, bejana dari emas yang di dalamnya terdapat mutiara seharga 12 000 dinar, 100 paku emas yang berat masing-masing paku 100 misqal (1 misqal = 1.5 dirham = 4.6 gram) terletak di sepuluh tempat duduk dan setiap tempat duduk terdapat sepuluh paku, di atas setiap paku terdapat sehelai sapu tangan yang disulam emas, 500 peti baj, dan dia juga meninggalkan kuda, budak-budak, baghal, kenderaan, minyak wangi, perhiasan dan make up dengan jumlah yang sangat besar, lembu, kerbau,dan domba banyak sekali sehingga manusia malu menyebutnya, yang air susunya pada tahun meninggalnya itu senilai 30 000 dinar. Dan di antara peninggalannya pula 2 peti besar, di dalamnya paku-paku emas banyak sekali dengan bergambarkan perempuan. *2

Para pedagang juga acap kali menaikkan harga, khususnya ketika kemelesetan, seperti yang terjadi pada tahun 428H , diriwayatkan secara ringkas oleh Ibn Taghri Bardi :

…dan seorang lelaki menjual rumahnya di Kairo yang sebelumnya ia membeli seharga 900 dinar (harga rumah 900 dinar) , dengan harga 20 ritl tepung (1 ritl = 8 auns) , sedangkan sebutir telur berharga 1 dinar dan 1 irdab gandum ( 1 irdab = 576 auns = 17.913kg) berharga 100 dinar, kemudian setelah itu gandum itu tidak ada sama sekali.

…pada tahun 449 H, harga sebiji delima mencapai 1 dinar, begitu juga timun dan bunga teratai. (harga sbeiji timun = 1 dinar).

..Pada tahu 511 H, harga makanan naik sangat tinggi dan bhaan makanan utama habis, sehingga harga satu takar tepung gandum mencapai 300 dinar. *3

Adapun kekayaan hanya berputar pada orang-orang kaya semata-mata.

Mereka dikelilingi harta dan befoya-foya sehingga pada batas yang sukar digambarkan. Contoh-contoh boleh kita dapati dari kisah yang diriwayatkn oleh ibn Katsir.

Ibn Katsir meriwayatkan satu kisah dari kehidupan Abu Nashr bin Marwan kurdi, gabenor (menteri besar) negeri Bakr dan Mayarifin, meninggal tahun 453H berkata,

…Dia memiliki 500 gundik ditambah budak-budak perempuan melayani mereka, 500 pelayan lelaki dan banyak sekali penyanyi wanita, setiap penyanyi dia beli dengan harga 5000 dinar atau lebih. Di tempat peristirehatannya terhadap pelbagai alat muzik dan bejana-bejana emas sehingga 200 000 dinar. *4

Kemudian Ibn katsir meriwayatkan lagi tentang sebuah kisah bagaimana pernikahan seorang puteri Sultan Maliksyah pada tahun 480 H ,

.. Pada bulan Muharram di tahun itu juga, perlengkapan puteri Sultan Maliksyah dibawa ke istana khalifah dengan iringan 130 unta berhiaskan kain sutera buatan romawi yang membawa berbagai bejana dari emas dan perak, 34 baghal berhiaskan kain sutera, kalung dan loceng baghal-bagahl itu diperbuat dari emas dan perak, di antaranya 6 ekor baghal membawa 12 peti dari perak yang di dalamnya terdapat bermacam perhiasan dari intan dan permata, Di depan iringan baghal-bagha; terdapat 33 kuda yang menarik kereta emas yang berhiaskan kain sutera, di atasnya terdapat beberapa pedang berlapiskan emas dan bertatahkan mutiara. *5

Pada tahun 516 H, ketika perdana menteri Sultan mahmud Saljuqi yang bernama Abu Thalib Sumairi terbunuh, telah keluar isterinya diiringi oleh 100 dayang yang menunggang kereta-kereta berlapiskankan emas, maka ketika khabar pembunuhannya sampai kepadanya, mereka semua kembali pulang dengan wajah penuh kesedihan setelah baru sahaja bersenang-senang.

pada tahun 517 H, permaisuri khalifah Murtasyid Billah mengadakan perayaan khatan anaknya. Maka kota Baghdad dihias, di puntu kosa masuk kota Nawa didirikan kubah yang dihiasi dengan kain sutera dan mutiara yang sangat menakjubakn, dan pada pintu masuk kota Sayyid Alwi dihiasi dengan beragai-bagai perhiasan yang sangat indah. *6

Dua peristiwa ini, pemerintah yang bermewah-mewah serta golongan bangsawan yang berlebihan ini melahirkan satu generasi kepimpinan yang tidak memerhatikan masalah umum.

Dalam hal ini, Ibn Jauzi dan Ibn Katsir telah menulis beberapa contohh kehidupan para syeikh mazhab ketika memangku jabatan kehakiman dan wakaf, mereka turut bersubahat , mengumpulkan beberapa gundik, membeli alat-alat muzik, dan alas tempat tidur dari sutera.

Mereka sama sekali tidak memerhatikan masalah umum, salira/ tali air yang tidak diuruskan dan pertanian yang dibiarkan, sehingga seringkali terjadi banjir, yang mengakibatkan rosaknya berbagai-bagai kemudahan umum.

Begitu juga jalan-jalan umum dan keamanan, sama sekali tidak mendapat perhatian, sehingga para pencuri selalu mengambil kesempatan merampas pasar-pasar dan rumah-rumah.

Ditambah pula orang-orang badui Arab seringkali menyerbu perkampungan dan merampas semua kekayaan, di samping merompak romboingan haji dan pedang.

Akibat semua ini, kaum Muslimin dari kalangan rakyat jelata seringkali menderita kelaparan. Terdapat ramai ornag yang tinggal di tepi sungai dan saliran, dimana mereka dapat memungut dedaunan hijau yang jatuh.

Kelaparan dan wabak penyakit melanda di mana-mana. Sehingga disebabkan kelaparan yang lama menimpa keluarga, dan mereka tidak mendapatkan cara lain untuk mengatasi kepedihan lapar itu, mereka terpaksa memakan salah seorang teman atau anaknya sendiri, atau anggota keluarga yang meninggal.

Riwayat seperti ini tidak hanya disampaikan oleh satu orang, semua ahli sejarah yang hdiup pada masa itu meriwayatkannya, seperti Ibn Jauzi, Ibn Katsir , Ibn Taghri bardi dan lain-lain.

Ibn Taghri Bardi menceritakan kelaparan yang melanda tahun 428 H. (rujuk harga makanan 1 biji telur = 1 dinar di atas)

Banyak sekali orang-orang yang meninggalkan negeri mesir kerana wabak penyakit dan kelaparan melanda di mana-mana, di tambah pula harga makanan sangat mahal, suatu musibah yang belum pernah terjadi di dunia. Banyak sekali rakyat mesir meninggal dunia, sebahaginnya memakan sebahagian yang lain. Mereka menyembelih banyak sekali anak-anak kecil dan perempuan lalu dimasak dan dimakan atau dijual. Segala macam haiwan dimakan tanpa terkecuali, seekor anjing dijual dengan harga 5 dinar sedang kucing 3 dinar.

Pernah berlaku, orang-orang Sudan masuk ke perkampungan lalu menculik para wanita, diambil dagingnya lalu dimakannya. Ada seorang wanita dari kampung Qanadil, mesir, berjaya menyelamatkan diri, dia adalah wanita yang gemuk. Wanita itu ditangguhkan penyembelihannya, kerana mereka ingin memakan yang kurus terlebih dahulu. Di saat mereka duduk berkerumun, sedang asyik makan daging-daging manusia, wanita tersebut berjaya melarikan diri dari rumah itu dan berteriak meminta pertolongan. Penuasa daerah datang dan menyerbu rumah penyembelihan itu. Dalam rumah tersebut didapati banyak sekali mayat. Dan orang-orang sudah itu akhirnya dibunuh. *8

Pada tahun 440 H, wabak penyakit melanda daerah Maushil, al-Jazair dan iraq yang menelan korban sebanyak 300 00 orang. Solat mayat dilaksanakan secara besar-besaran. Iaitu sekali solat untuk 400 orang. *9

Antara tahun 448H hingga 449 H , wabak penyakit dan kemelaratan telah melanda banyak negeri seperti Mesir, Iraq, Syam, dan negeri-negeri lain, sehigga tidak sedikit penduduknya yang memakan haiwan dan menggali kubur manusia. Orang-orang kaya pula membeli buah delima dan bunga teratai dengan harga satu dinar. *10

ada tahu 470H , wabak penyakit melanda di daerah-daerah subur Iraq dan negeri Syam. *11

Tahun 511H pla, harga makanan melambung tnggi, bahan makanan utama susah didapati, sehingga satu takar gandum mencapai 300 dinar dan akhirnya bahan makanan tersebut tidak langsung ada di pasar. Pada masa itu, banyak orang yang meninggal dunia kerana kelaparan dan tidak sedikit dari mereka memakan anjing dan kucing.

Kemiskinan melanda di mana-mana, berbagai-bagai musibah dan penyakit datang dair tahun ke tahun, semuanya itu menjadi ciri-ciri khas bagi kehidupan masyarakat Islam pada masa-masa tersebut dan merupakan salah satu faktor utama ketidakuatmaan kita mengahdapi segala masalah dan bahaya musuh dari luar.

Pengajaran :

1 – Bukan bermaksud apabila penggunaan dinar dirham sudah meluas, sistem masyarakat dibiarkan begitu sahaja, kepimpinan dibiarkan bermaharaja lela bermewah-mewah, golongan bangsawan menyimpan emas dan perak dalam bentuk selain dinar dirham.

2 – Harga barang di dalam sistem dinar dirham tertakluk pada sumber barangan, jika permintaan tinggi, barang tiada, harga naik, barang melimpah, barangan akan stabil walau 1000 tahun berlalu.

3- Bagi menjamin sistem dinar dirham berjaya, bukan semata aspek memberi kefahaman terhadap nilai emas dan perak, bahkan aspek memberi faham tentang kepimpinan, kejujuran dan aspek-aspek ruhiyah hubungan manusia dan Tuhan, hubungan manusia sesama manusia, hubungan manusia dan alam diberikan penekanan sewajarnya.

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan [ayat-ayat Kami] itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. (Al-a’raf – 96)

—— —– ——— —— – —– – – – – – - – – - – - – - -

Sumber :

1 – Ibn Katsir , albidayh wanNihayah , Juz 12 hlmn 299

2 – Ibn Khilkan , wafayatul a’yan, juz 2 hlmn 160-163 dan ibn Qadli syuhbah, alkawakibud Durriya hlmn 88-89

3 – Ibn taghri Badri , Annujumuz Zahirah Juz 5 , hlm 17

4 – Ibn Katsir , Al-Bidayah juz 12 hlm 87

5 – Ibid , hlm 132

6 – Ibn Qadli Syuhbah , alkawakibud durriyah , hlm 88-90

7 – Majid Arsan Bardi , Annujumuz Zahirah I akhbari misra wal qahirah , juz 5 , hlm 213

9 – ibid hlm 44

10 – ibid hlm 15-17

11 – Obn Katsir , albidayah wan nihayah , juz 12, hlm 117

12 – Ibn taghri Bardi, Annujumuz Sahirah , juz 5 , hlm 213

Dikeluarkan dari kitab karangan Dr. Majid Irsan Kaylani ”Kebangkitan Generasi Salahuddin dan kembalinya Al-aqsa ke pangkuan Islam)

Riba , Duit Kertas dan Hukum Jual Beli Emas Perak (sedikit perbincangan hukum )

Memahami Riba

 

 

Riba merupakan satu isu yang besar. Isu yang melibatkan antara syurga dan neraka.

Antara redha Allah dan laknat Allah.

 

 

Antara keberkatan atau kemurkaan Allah.

 

 

Riba bukan semata-mata isu pemberi hutang meminta 110 dari hutang 100, bahkan ianya sampai kepada tahap menipu orang yang tidak mengetahui harga pasaran juga adalah disebut sebagai pemakan riba yang nyata.

 

http://umaralfateh.wordpress.com/2010/10/11/memahami-kepelbagaian-jenis-riba-siri-memahami-dinar-dirham-siri-3/

 

 

Jika kita sudah fahami bahawa riba itu adalah penindasan, penipuan, kezaliman , penangguhan , penambahan , maka dari sini kita akan melihat bagaimana riba boleh terhasil , dari jual beli asalnya, bertukar kepada riba.

 

 

Apa yang perlu diletakkan dalam minda kita, riba bukan jual beli, jual beli bukan riba.

 

Riba adalah pengisyhtiharaan perang dengan Allah.

 

 

 

 

Dari Mana Asalnya Riba?

 

 

Yahya meriwayatkan kepadaku dari malik bahawa Abuz Zinad mendengar Said ibn Almusayyab berkata , ” Di sana riba hanya terjadi pada emas atau perak atau apa yang ditimbang atau disukar dari makanan atau minuman. ” (kitab Muwatta, Imam malik)

 

Emas , perak, dan bahan makanan atau minuman disebut sebagai bahan ribawi, yang mana pada bahan-bahan ini mempunya beberapa etika/adab dalam berjual beli dengannya.

 

Dari bahan-bahan ini, riba terhasil. Bagaimana?… kita teruskan perbincangan kita.

 

 

 

Asal Hukum Jual Beli Emas dan Perak

 

 

 

 

Dari AlBarra bin Azib dan Zaid bin arqam , keduanya berkata , ” Kami adalah dua orang pedagang pada maza rasulullah sollahu alaihi wassallam. Pada suatu ketika kami bertanya keapda Rasulullah sollallhu alaihi wasallam perihal sorf (tukar barang /jual beli/pengurup wang).

Sabda baginda ” Jika dilakukan tangan dengan tangan (tunai / cash/ serah terima waktu yang sama) , tidak mengapa (boleh), dan jika dilakukan dengan tidak tunai, tidak baik.”

 

(Hadis bukhari Jilid 2 , hadis 1013 )

 

Dari Abu Said alKhudri radiallahu anhu katanya, ” Dinar dengan dinar dan dirham dengan dirham. Dikatakan orang kepadanya bahwa Ibnu Abbas tidak ada mengatakan seperti itu.

 

Kata Abu Said ” Telah kutanyakan kepadanya. Tanyaku ” Apakah engkau dengar dari nabi sollallhu alaihi wasallam ataukah engkau dapati dalam kitab Allah?”

 

Jawab Ibnu Abbas , ” yang demikian itu bukanlah kataku. Sedangkan kamu lebih tahu daripadaku tentang Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda ” Tidak ada riba melainkan pada yang nasiah (bertangguh bayaran/melewatkan).

 

(hadis Bukhari , jilid 2 , hadis no 1071)

 

Dari Barra bin Azib dan Zaid bin Arqam radiallahu anhuma, keduanya ditanya orang tentang pertukaran. Masing-masing mengatakan ” Orang ini lebih baik (pengetahuannya) daripadaku. ”

 

Keduanya berkata ” Rasulullah sollallahu alaihi wasallam melarang menjual emas dengan perak secara berhutang. ”

 

(hadis bukhari, jilid 2 , no 1072)

 

 

Yahya meriwayatkan kepadaku dari Malik dari Nafi dari Abu Said alkhudri bahawa utusan Allah, selawat dan salam ke atas baginda, bersabda : Jangan jual emas dnegan emas melainkan suka sama suka dan jangan lebihkan satu bahagian atas bahagian yang lain. Jangan jual perak dengan perak melainkan suka sama suka dan jangan lebihkan satu bahagian atas bahagian yang lain. Jangan jual sesuatu yang tiadaada di situ dengan sesuatu yang ada.

(Bukhari 2068)

 

 

Yahya meriwayatkan kepadaku dari Malik dari Nafi dari Abdullah ibn Umar bahawa Umar Ibn alkhattab berkata ” jangan jual emas untuk emas melainkan suka sama suka dan jangan melebihkan satu bahagian atas bahagian yang lain. Jangan jual perak untuk perak melainkan suka sama suka dan jangan lebihkan satu bahagian atas bahagian yang lain. Jangan jual perak untuk emas, satu darinya di tangan dan yang lainnya diberi kemudian (tangguh/dilambatkan). Jika seseorang meminta kamu menunggu bayaran sehingga dia kembali ke rumahnya , jangan tinggalkannya. Aku takut rama ke atas kamu. Rama adalah riba. (rama adalah istilah dimana seseorang mengambil barang dahulu, dan bayarannya diberikan kemudian) (muwatta Imam malik)

 

Yahya meriwayatkan kepadaku dari Malik bahawa dia mendengar bahawa alQasim ibn Muhammad berkata , ” Umar ibn Alkhattab berkata , ” Satu dinar untuk satu dinar dan satu dirham untuk satu dirham dan satu sa’ untuk satu sa’. Sesuatu yang akan diambil kemudian tidak boleh dijual dengan sesuatu di tangan. (muwatta Imam malik)

 

 

 

 

 

Imam muslim meriwayatkan bahawa Malik ibn Aws ibn Alhadathan berkata , ” aku berpusing sekitar pasar sambil berkata, ” siapakah yang mempunyai dirham untuk ditukar?” Talhah ibn Ubaydullah , yang mana bersama dnegannya Umar ibn Alkhattab berkata ” Tunjukkan kami kamu punya emas, kemudian kamu datang kemudian apabila pembantu kami ada di sini dan kami akan beirkan kamu perak kamu. ” Umar ibn Alkhattab berkata , ” Tidak, demi Allah kamu akan berikannya peraknya sekarang atau kamu kembalikan emasnya kepadanya, kerana Utusan Allah bersabda ” Perak untuk perak adalah riba melainkan ianya ditukar tangan dengan tangan, Emas untuk emas adalah riba melainkan ianya ditukar tangan dengan tangan, Gandum untuk gandum adalah riba melainkan ianya ditukar tangan dengan tangan, barli untuk barli adalah riba melainkan ianya ditukar tangan dengan tangan, kurma untuk kurma adalah riba melainkan mereka ditukar tangan dengan tangan . ” (Muslim , hadis no. 1586)

 

Malik berkata , ” apabila seseorang lelaki menukarkan dirham dengan dinar dan menjumpai dirham yang buruk daripadanya dan mahu mengembalikannya, pertukaran dengan dinar tersebut terbatal dan dia kembalikan perak dan mengambil semula dinarnya. Penerangan terhadap apa yang dilarang dalam pertukaran ini adalah bahawa Utusan Allah , selawat dan salam ke atas baginda, bersabda , ” Emas untuk perak adalah riba melainkan tangan dengan tangan, ” dan Umar ibn Alkhattab berkata , ”Jika seseorang meminta kamu tunggu untuk bayaran sehingga dia kembali semula ke rumahnya, jangan tinggalkannya. ‘ Apabila di kembalikan dirham kepadanya dari pertukaran selepas dia tinggalkannya, ianya seperti suatu hutang atau suatu penangguhan. Untuk sebab ini, ianya dilarang dan pertukaran itu runtuh (terbatal). Umar mahukan agar semua emas , perak dan makanan tidak boleh dijual untuk sesuatu yang akan dibayar/diberikan kemudian.

 

Beliau tidak mahukan sebarang penangguhan atau kelewatan dalam transaksi jual beli tersebut, sama ada ianya melibatkan satu jenis bahan komoditi atau pelbagai jenis bahan komoditi. ( Umar diakui sebagai salah seorang sahabat yang banyak riwayat riba datang daripadanya. Riba ada kaitan dengan jual beli, dan Umar sebeleum beliau menjadi seorang khalifah umat islam, beliau sendiri terlibat dengan perniagaan. Ini menyebabkan beliau yang ahli dalam perkara ini, banyak menyebutkan tentang etika dalam jual beli dalam menjauhkan diri dari riba)

 

 

 

 

 

Dari hadis-hadis yang dibincangkan, ada beberapa perkara yang perlu diingatkan ketika berurusan dengan emas dan perak.

 

1 – Perlu cash/ tangan dengan tangan/ tunai.

2 – Jika emas tukar dengan emas – perlu sama berat dan tunai.

3 – Jika perak tukar dengan perak – perlu sama berat dan tunai.

4 – Jika tukar emas dengan perak – tunai / tiada penangguhan.

5 – Tidak boleh ditangguhkan/dilewatkan pembayaran.

6 – Jual beli emas dan perak tidak boleh secara berhutang.

 

 

 

Hukum Duit Kertas

 

Shariah atau agama kita adalah tanda kasih sayang Allah. Semua yang ada di dalam syariat adalah datang kepada kita sebagai tanda kita menegnali keagungan Allah dan sebagai cara untuk memperoleh hikmah kebijaksanaan bagi manusia.

 

Shariah tidak memerlukan pembaharuan, yang perlu dibaiki adalah cara hidup kita.

 

Ianya mengikut apa yang halal dan haram, yang mana keduanya tidak terbuka kepada sebarang rundingan. Yang halal jelas, yang haram jelas.

 

Di sana tiadanya istilah ”ia hanya sedikit haram” atau ” ianya hampir keseluruhan halal” yang mana ini semua banyak digunakan oleh manusia yang korup yang banyak diguna pakai oleh para ahli perbankan Islam dan mereka menggunakannya sebagai dalih bagi mengharuskan tindakan mereka.

 

Di sini kami kemukakan dua pendapat umum mengenai duit kertas, yang satu menghalalkan terus duit kertas, manakala satu lagi mengharamkan. Kita lihat kedua-dua pandangan dahulu.

 

 

Pandangan pertama yang mengHARAMKAN.

 

Di sana tiadanya transaksi yang halal yang melibatkan duit kertas kecuali jika kalian menggunakan duit kertas itu dari nilai kertas itu sendiri. Di sana ada beberapa sebab mengapa duit kertas tidak boleh diterima :

 

1] Seseorang tidak boleh menerima amanah dari orang kafir ( duit kertas disandar dengan emas yang berada di negara kafir – rujuk perjanjian bretton woods 1944-1971)

2] Duit kertas adalah kuasa monopoly

3] Duit kertas adalah terbatal dan merupakan kertas janji palsu. (janji boleh tukar dengan emas, kemudian tidak boleh)

4] Duit kertas itu sendiri mendokong kewujudan sistem perbankan kerana secara keseluruhannya ianya adalah berpunca dari mereka

5] Duit kertas itu sendiri dicipta dari hutang yang membawa bersamanya bunga/interest/riba.

6] Duit kertas adalah pemaksaan nilai ke atasnya , dan jual beli tidak boleh dilakukan dalam keadaan terpaksa

7 ] setiap hari nilai yang ada pada duit kertas itu dihilangkan.

 

Sistem barter adalah halal, yang mana kamu bertukar barang dengan sesuatu barang dagangan yang bagus.

 

Apabila duit kertas dilibatkan dalam transaksi – ianya menjadi jual beli yang buruk. Ini kerana, dari 7 sebab yang diberikan berkaitan duit kertas, kamu menukarkan sesuatu yang buruk dengan sesuatu yang baik. Sedangkan Allah menyuruh kita agar tidak melakukan sesuatu jual beli dengan cara batil.

(rujuk surah annisa : ayat 29)

 

Dalam ayat yang sama, Allah menyeru agar manusia tidak membunuh diri sendiri.

Dua dosa ini, adalah dosa besar.

 

 

 

Pendapat kedua yang menghalalkan duit kertas.

 

Pendapat ini adalah pendapat sebilangan besar orang yang ada ilmu pada hari ini.

Ini termasuklah Doktor Yusof Qaradawi dan Zaharuddin Abdul Rahman.

 

Ini dari fatwa Muasirah, karangan dr Yusuf Qaradawi di dalam kitabnya :

 

”Wang kertas ini telah menjadi wang yang digunakan seluruh dunia. Bagaimanakah ingin membatalkan hukum riba padanya sedangkan semua manusia bermuamalat dengannya, tidak lagi dengan emas dan perak? Sesiapa yang memillikinya dianggap kaya walaupun tidak mempunyai simpanan emas dan perak. Dengan wang ini, lelaki menjadikan mahar, diguna dalam jual beli, sewa dan membayar diat. Semua muamalat melalui duit kertas sudah mencapai tahap emas dan perak. ”

 

 

Ini bermaksud – hukum yang jatuh kepada emas dan perak, juga diguna pakai dalam duit kertas.

 

Ini termasuklah :

1 – perlu tunai.

2 – tidak boleh bertangguh

3 – tidak boleh berhutang apabila berlaku urusan pertukaran duit.

 

 

 

Pandangan KAMI : duit kertas yang ada hari ini, adalah darurat bagi kita. Saya tidak kata ianya halal, malah pendapat kami cenderung pada pendapat pertama.

 

Maksud darurat bagi kami adalah, apabila di tempat anda ada kedai yang menjual barangan yang sama tetapi satu menerima dinar dirham dan satu lagi hanya menerima duit kertas dalam jual belinya, maka menjadi kewajipan bagi kita untuk membeli di kedai yang menerima dinar dirham.

 

Jika tiada kedai yang menerima dinar dirham di tempat anda, maka usaha kita diperlukan untuk mengeluarkan diri dari suasana darurat ini, iaitu dengan mengembangkan pengetahuan terhadap dinar dirham di kawasan masing-masing yang dengan hasil usaha ini, peniaga menerima dinar dirham sebagai muamalat jual beli mereka.

 

Darurat tidak membuatkan kita terus selesa dalam keadaan tersebut, bahkan kita perlu berusaha keluar dari situasi darurat ini. Ini maksud darurat bagi kami.

 

(duit kertas – debu riba)

 

Perbincangan Hukum Jual Beli Emas Perak dengan duit kertas.

 

Apa yang dibincangkan pada ruangan ini, adalah merujuk kepada pandangan yang mengatakan duit kertas adalah halal. (kerana itu bagi kami, duit kertas ini sebenarnya telah menyusahkan kehidupan kita dalam halal haram)

 

Apabila dikatakan duit kertas halal, maka di sana, ada beberapa perkara perlu kita ketahui dalam urusan jual beli emas perak dan duit kertas yang sudah jatuh padanya hukum emas perak.

 

Dibawah ini beberapa contoh trend membeli emas perak pada hari ini.

 

1 – Bayar dahulu, dapat barang kemudian.

 

Di sini, ada dua situasi yang berlaku.

 

i- Pembeli Z ingin membeli emas dari penjual A. Penjual A meminta pembeli Z agar kunci harga dengan membayar dahulu. Kemudian, barang akan diposkan.

 

Apa yang terjadi adalah, penjual A ketika mendapat duit yang sudah di bank in kan kepadanya, emas yang diminta sebenarnya tiada di tangan penjual A. Penjual A mengambil duit yang dibank in tersebut, dan membeli emas dari penjual B, kerana stok barang biasa di rujuk pada penjual B.

 

Di sini kita melihat, penjual A sebenarnya menjual apa yang tiada padanya. Ini bukan jual beli, ini menipu dalam jual beli. Sepatutnya A perlu jujur beritahu, bahawa emas tiada di tangannya, dan dia menjadi wakil bagi pembeli Z untuk mendapatkan barang dari penjual B.

 

Kesalahan kedua yang terjadi pada penjual A adalah, dia melewatkan pemberian emas kepada pembeli Z. Syarat jual beli emas perak adalah tangan dengan tangan. Tunai.

 

Apa yang terjadi, penjual A dapat dahulu duit, emasnya diberikan kemudian. (maksud pos adalah pemberian barang ditangguhkan)

 

Imam muslim meriwayatkan bahawa Malik ibn Aws ibn Alhadathan berkata , ” aku berpusing sekitar pasar sambil berkata, ” siapakah yang mempunyai dirham untuk ditukar?” Talhah ibn Ubaydullah , yang mana bersama dnegannya Umar ibn Alkhattab berkata ” Tunjukkan kami kamu punya emas, kemudian kamu datang kemudian apabila pembantu kami ada di sini dan kami akan beirkan kamu perak kamu. ” Umar ibn Alkhattab berkata , ” Tidak, demi Allah kamu akan berikannya peraknya sekarang atau kamu kembalikan emasnya kepadanya, kerana Utusan Allah bersabda ” Perak untuk perak adalah riba melainkan ianya ditukar tangan dengan tangan, Emas untuk emas adalah riba melainkan ianya ditukar tangan dengan tangan, Gandum untuk gandum adalah riba melainkan ianya ditukar tangan dengan tangan, barli untuk barli adalah riba melainkan ianya ditukar tangan dengan tangan, kurma untuk kurma adalah riba melainkan mereka ditukar tangan dengan tangan . ” (Muslim , hadis no. 1586)

 

Dari hadis ini, Umar melarang Talhah ddari meninggalkan Malik ibn Aws atau beliau perlu memulangkan kembali dinar Malik ibn Aws.

 

Talhah adalah salah seorang sahabat nabi yang telah dijamin masuk syurga, tetapi Umar masih melarang Talhah dari melewatkan bayaran dirham kepada Malik Ibn Aws.

 

Di sini, tiada timbul isu tidak percaya. Walau kedua-duanya suka sama suka agar dilewatkan pembayaran sekalipun, emas dan perak syaratnya tidak boleh dilambatkan, dilengahkan pemberiannya.

 

……Jawab Ibnu Abbas , ” yang demikian itu bukanlah kataku. Sedangkan kamu lebih tahu daripadaku tentang Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda ” Tidak ada riba melainkan pada yang nasiah (bertangguh bayaran/melewatkan).

 

(hadis Bukhari , jilid 2 , hadis no 1071)

 

Pendapat kami : penjual A sudah makan riba yang nyata dengan menangguhkan bayaran. (melalui pos, barang tiada di tangan)

 

Realiti hari ini, banyak manusia menggunakan pembayaran awal dahulu adalah untuk menipu manusia. Barang yang dikatakan dijual itu, rendah kualitinya dibanding dengan apa yang dipamerkan pada waktu permulaan (dalam internet). Di sini, ruang kezaliman terbuka.

 

Walaupun ada juga yang barangannya (emas perak) sama kualitinya, tetapi ianya bukan milik diri, tetapi orang lain punya. Juga di sana wujud ruang penipuan menjual barangan bukan milik sendiri.

 

 

 

ii- Bayar dahulu , barang dapat kemudian.

 

Keadaan kedua ini adalah, barang memang berada di tangan penjual A dan pembeli Z diminta membayar dahulu, dan barangnya akan dipos kemudian.

 

Bagi kami : ini juga termasuk dalam penangguhan dalam bayaran (emas/perak diberikan kemudian melalui pos)

 

Nasihat kami : Jual beli emas dan perak perlu tunai, tangan dengan tangan tanpa berlaku sebarang penangguhan masa.

 

2 – Pembelian emas perak secara Ansuran.

 

Contoh pertama : A dan B bersetuju untuk menukarkan 1 dinar dengan 20 dirham.

 

B waktu itu hanya mempunyai 5 dirham.

Maka A mengatakan, kamu berikan dahulu 5 dirham, dan setiap awal bulan, kamu berikan 5 dirham sehingga cukup 20 dirham, 1 dinar akan diberikan kepada B.

 

Berlaku penangguhan di sini. A pemakan riba yang nyata. Dia patut kembalikan dirham-dirham B semula.

 

Apa yang boleh dibuat adalah : B sediakan 20 dirham di tangan, dan tukar tangan dengan tangan (cash/tunai) dengan A 1 dinar.

Tiada penangguhan di situ, maka urusan jual beli itu sah dan mudahan ada keberkatan.

 

 

Contoh kedua : C mempunyai RM 150 dan berniat membeli 5 gram emas dari D.

D mengatakan harga 5 gram emas bersamaan RM 750 dan mereka bersetuju untuk berjual beli secara tangguh sehinggalah C cukup memberikan RM 750 barulah 5 gram emas diberikan kepada C.

 

Ini RIBA bukan jual beli. Sepatutnya setiap RM 150 yang diberikan itu, D wajib berikan 1 gram emas kepada C. Jika tidak, D wajib kembalikan semula duit RM 150 tersebut.

 

 

——————————————————————

 

 

 

Jika anda mengatakan bahawa duit kertas itu bukan halal, maka berusahalah agar jual beli emas perak ini, dilakukan secara tunai, kerana duit kertas itu sendiri adalah debu riba.

 

Maka apabila pertukaran emas perak dengan duit kertas dilakukan dengan secara tunai, maka yang terjadi adalah kita meminimakan nilai riba yang ada, mudah-mudahan Allah mengampunkan kita.

 

Kaedah fiqh mengajar kita, agar antara dua keburukan , perlu dipilih satu yang paling kurang memudaratkan.

 

 

 

Akhir Kata

 

Dari nu’man bin Basyir radiallahu anhu katanya Nabi Sollahu alaihi wasallam bersabda , ” Yang halal sudah nyata yang haram sudah nyata dan antara keduanya beberapa perkara yang diragukan. Barangsiapa ymeninggalkan apa yang diragukan tentang dosanya, biasanya orang itu meninggalakan pula apa yang sudah nyata berdosa. Dan siapa yang berani melakukan apa yang masih diragukan tentang dosanya, dikhawatirkan ia jatuh pada perkara yang nyata dosanya.

 

Segala macam maksiat adlaah larangan Allah. Barangsiapa bermain-main sekitar larangan Allah, dikhawatirkan ia akan jatuh ke dalamnya.”

 

(Hadis bukhari jilid 2 , hadis 1006)



 

 

Ebook Riba , Akhir Zaman dan Pengembalian Kepada Muamalat Islam

Alhamdulillah, di sini saya ingin berkongsi dnegan kalian , rangkaian atau susunan semua artikel-artikel mengenai riba di dalam sebuah buku.

 

Kalian boleh downloadnya dari laman di bawah. Semoga bermanfaat.

Sila tekan ayat di bawah untuk download bukunya.

Buku elektronik Dunia Riba , Akhir Zaman dan Pengembalian Sistem Muamalat Islam (pdf)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 68 other followers