romantik,kasih sayang dan cinta.

1_924238532l.jpg
Romantik

Hari ni,aku ada kelas therapy di hospital.Perjalanan menaiki bas dan tramvai sedikit sebanyak agak meletihkan,lebih2 lagi aku terpaksa berkejar ke sana,kerana waktu jumaat yang agak lewat berbanding waktu kelas yang bermula 240ptg.Solat jumaat habis jam 200petang.
Setelah turun dari tamvai , aku menyusuri lorong pejalan kaki yang agak licin dek salji yang mengeras.Dalam berkejarannya aku ke hospital,aku terpandang satu pasangan tua(dalam 50/60 lebih) yang berpegangan tangan menyusuri jalan yang licin.Keramahan yang ditunjukkan oleh pakcik tu pada pasangannya amat menyentuh hati.Manakan tidak,walaupun umur sudah lanjut,tetapi kemesraan dan keramahan yang ditunjukkan seolah2 mereka pasangan muda yang melayari rumah tangga.

Aku memikir2kan situasi tersebut dan menyimpulkan, sungguh bahagia pasangan yang berjaya kekalkan kemesraan sehingga hari tua.

Kasih sayang

Setahun yang lalu,satu hari yang serabut dalam musim sejuk yang menyengat tulang aku mengambil keputusan untuk berjalan2 mengelilingi metropolitan moscow dengan menaiki tramvai.Melihat2 keindahan cahaya lampu waktu malam.Sedang aku asyik dengan keindahan lampu tepi jalan dan keindahan warna warni bangunan2 sepanjang jalanan,dua beranak naik tramvai yang kunaiki.Seorang ibu yang aku kira2 dalam lingkungan 30-an dan anaknya yang kurasakan sekitar 7@8 tahun.
Si kecil mengambil tempat dihadapanku,manakala si ibu mengambil keputusan duduk di sebelahku.Selepas itu,aku menyambung lamunanku ke luar tingkap yang sangat dingin.Lamunanku terganggu dengan kelincahan si kecil yang tidak henti2 bertanya si ibu tentang apa yang dia lihat di sepanjang jalan yang dilalui.Si ibu pula tidak jemu menjawab pertanyaan si kecil yang jika aku berada di tempat tersebut,mungkin sudah tidakku layan.Sedang sibuk aku meneliti apa yang diperbualkan oleh kecil dengan ibunya,tiba2 si kecil menunjukkan ke satu arah yang bertentangan dengan si ibu,arah yang bagi aku,tidak pasti apa yang menarik ada di sana.Tatkala ibu sudah mengalihkan ke arah yang ditunjukkan oleh anaknya,sambil mencari2 apakah gerangan yang dimaksudkan oleh anaknya,si kecil terus mengucup pipi si ibu tanpa sempat si ibu berpaling semula ke arah anaknya.Kemudian si kecil terus katakan “я тебя люблю”-saya sayang mama sambil memeluk ibunya.
Ibu muda ini,membalas pelukan si kecil dengan penuh kemesraan.Melihatkan situasi ini,aku tumpang bahagia melihat kasih sayang yang ditunjukkan.Senyuman yang dilemparkan oleh si ibu jelas kelihatan yang dia bahagia kerana tahu anaknya juga menyayanginya seperti dia menyayangi si kecil.Dalam keserabutan isntiusi keluarga yang teruk membelenggu masyarakat barat,tersimpan kasih sayang yang bagiku sungguh bernilai dalam kekalutan kota moscow yang kian tahun mencengkam kehidupan rakyat dengan nilai inflasi yang tinggi.

Hmm..kasih sayang..makin hilang dari masyarakat yang tidak memandang kepentingan instiusi kekeluargaan dalam menangangi masalah sosial yang kian parah.

Cinta

Satu fitrah manusia untuk sayang dan disayangi.Aku juga tidak terlepas dari perasaan ini.Sepanjang tiga tahun di bumi rusia ini,aku mengintai2 disebalik sikap dan perangai masayarakat rusia yang boleh ku ambil dalam memberi maksud cinta.Ku lihat,keberanian masyarakat meluahkan rasa cinta dan bercium2an di mana sahaja yang kulalui,tidak banyak mengajar aku erti cinta.Tetapi situasi tersebut membuatkan diriku memaksa diri untuk menundukkan pandangan dan berpuasa dalam mencari erti cinta yang sejati.Rupa2nya,dalam gejolak yang membelunggu jiwa mudaku ini,tersimpan satu rahsia untuk mengendurkannya.Iaitu,PUASA.Ketika inilah aku rasakan besarnya hikmah berpuasa dalam menangani gejolak jiwa dan fitnah yang berlaku disekeliling.Bila berpuasa,perasaan untuk mengekalkan erti puasa itu membuatkan mata hanya difokuskan pada lantai dan kaki2.Menundukkan pandangan.
Puasa dan menundukkan pandangan sangat memberi kesan dalam menjaga hati.Bila zina mata berjaya dikurangkan,maka berkuranglah hati dari titik2 hitam yang sebenarnya sebagai tempat bermaharajalelanya nafsu dalam jiwa.Dua perkara yang aku baru kurasakan hikmah disebalik pesan Nabi kepada generasi muda yang punya kehendak tetapi tidak mampu untuk mendirikan ‘masjid’ yang suci.

Volgina Street, Konkova,

117437,Moscow.

21 Respons to this post.

  1. Posted by bintun zulkiply on 16 Julai 2008 at 8:24 pm

    penulisan y baik ,teruskan menulis….

    Balas

  2. salam kunjung…suka membacanya.

    Balas

  3. Posted by aishahumaira' on 17 Julai 2008 at 1:54 pm

    tersentuh hati pada keindahan kasih sayang anugerah istimewa dari ILAHI..

    Balas

  4. alhamdulillah,kta nmpk ibrah dlm stiap perkara yg b’laku,bukan hny melihat semata.Allah itu Maha Pengasih dn Penyayang,dn Dia menunggu kta dgn kasih dn syg

    Balas

  5. [...] seorang pelajar perubatan di Russian State Medical University, Moscow. Artikel dipetik daripada blog [...]

    Balas

  6. Posted by secret on 19 Julai 2008 at 6:41 am

    bestnya…

    Balas

  7. Posted by azlin on 20 Julai 2008 at 12:11 pm

    salam..
    sepupu yang jauh..ketemu blog ini dari iluvislam.com..
    aku punya blog juga..namun tidak pasti kamu berminat utk mengetahui

    Balas

  8. Posted by Gan_For on 12 Ogos 2008 at 12:52 pm

    penuh makna…
    memiliki sebuah nilai yang sangat mendalam sehingga membuat orang mengerti tentang makna dari hidup ini

    Balas

  9. Posted by muh on 21 Ogos 2008 at 4:00 am

    penulisan yg5 star..trskan usaha

    Balas

  10. Posted by srikandi on 29 Ogos 2008 at 2:23 pm

    salam
    agungnya kasih ALLAH
    xternilai..

    Balas

  11. Posted by nurul hidayah abdul rahman on 31 Ogos 2008 at 10:32 pm

    salam.terharu bace kisah mcm ni awl2 pagi satu ramadhan..terase sayu hati ini mengenangkan situasi kehidupan kita selaku manusia di ats muka bumi tuhan ni..seperti asam garam sebuah kehidupan,ada keindahn,dan terkadang ada jgk terselit penderitaan..jadi belajar la tuk hargai erti sebuah kehidupan,sblm ajal dtg menjemput

    Balas

  12. Posted by phynine on 13 Oktober 2008 at 5:49 pm

    saya suka tulisan awak…

    Balas

  13. Pok we memang power menulis bab-bab ni…menulis aje ke?bila nak melangkah..demo ni (kalu ore kelate guna nada ni,mesti ada sumting tu…haha)

    Balas

  14. nice artikel

    Balas

  15. salam.artikel yang menarik.ketepikan soal cinta kerana Allah SWT telah menciptakan seseorang untuk adik. moga adik dikurnia isteri yang solehah.amin

    Balas

  16. Posted by zera erika on 2 April 2009 at 4:02 pm

    sy suka bace artikal ini

    Balas

  17. Posted by anis on 16 Jun 2009 at 8:48 am

    salam…
    ske sgt bce artikel nie..

    Balas

  18. Posted by nazneen rafiqah on 22 Ogos 2009 at 11:21 am

    salam taaruf dr ana..asif,ana baru je kenal dgn blog nta..artikel nie walaupun ringkas tp penuh bermakna..ana hrp nta dpt teruskan perjuangan dlm bidg penulisan ini..ana doakan semoga nta terus menjdi syabab yg sentiasa merindui cinta dan kasih syg ALLAH..doakan ana juga ye..

    Balas

  19. salam…artikel ni sgt menarik…ia memberikn maksud sebenar ketiga2 perkataan trsebut…dn kpd siapa harus ditujukan…moga usaha mu ini diberkati Allah…

    Balas

  20. bile bace cite ini..

    byk tauladan yg boleh di ambil..
    sesuai utk smua di bce..
    truskan usaha saudara..

    Balas

  21. byk yg boleh di ambil as pengajaran dlm cite ini..
    teruskan p’kongsian saudara dgn smua kwn2..

    Balas

Balas kiriman ini