Pengajian , Ireland dan Khutbah

Minggu ni, semester baru aku sudah bermula, salah satu subjek baru yang diajar adalah bioethic. Pensyarah yang mengajar aku masih lagi muda, orang Russia sendiri, namanya Mikhail Sergeivich Pershen. Seorang aethies. Bermula kelas lagi beliau sudah memberi fakta ini. Tapi bagi aku pelajaran ini menarik, sangat menarik. Dan sepanjang beliau bersyarah tentang perkembangan etika dalam perubatan, aku tidak berhenti dari menyalin setiap isi-isi yang diberi. Yang paling menariknya adalah , beliau menceritakan tentang sejarah perkembangan manusia berfikir.

Bermula dari era Hippocrates , kemudia sehingga zaman Renaissance , masuk ke zaman Soviet Union dan sehingga zaman ini. Semua idea-idea tentang etika dalam perubatan, sikap manusia pada zaman tersebut dan perkembangannya sehingga hari ini diterangkan satu persatu sebab dan akibat dari timbulnya idea-idea ini. Memang dua jam yang menarik. Walaupun beliau seorang aethies, tapi penerangan beliau tentang peradaban manusia dan kesan agama terhadap gaya hidup manusia, tiada bias. Beliau mengemukakan pandangan dari semua pihak, sehingga membolehkan kami menilai sendiri bagaimana pemikiran-pemikiran ini terbentuk. Tidak sabar mahu menunggu kelas akan datang.

Jaulah sahabat-sahabat

Bermula semester juga bermaksud kembalinya sahabat-sahabatku dari perjalanan menjelajah eropah dan timur tengah. Banyak cerita-cerita menarik dari mereka yang aku dengar. Bermula dari Turki, aku mendengar tentang kehebatan seni bina empayar umat Islam suatu ketika dahulu, kehebatan Sultan Muhammad Al-fateh membuka kota Constantinople, pembaziran empayar Othmaniah pada akhir kejatuhan dengan membina masjid daripada emas, dan banyak lagi cerita-cerita tentang kehebatan ‘banguna-bangunan’ kerajaan Islam. Cerita tentang masyarakat ,sikap mereka sangat kurang diceritakan.

Kemudian, kembali pula sahabat-sahabat dari UK dan Ireland. Mereka kembali, aku lihat banyak perubahan yang boleh dirasa. Ya, memang aku terasa sedikit perubahan yang dibawa. Ada ‘benda’ yang tersembunyi disebalik kepulangan mereka. Cuma aku berdiam sahaja,menunggu masa yang sesuai untuk mencungkil rahsia disebalik semua itu.

Keramahan Masyarakat

Setelah dikorek dari beberapa orang sahabat, semua menceritakan tentang kebaikan masyarakat di sana.Tentang keindahan bangunan tidak difokuskan,tetapi yang diceritakan adalah sikap masayrakat. Baik di Ireland mahupun di UK. Sama ada masyarakat Malaysia di sana mahupun penduduk setempat sendiri. Keramahan dan Kehangatan ukhwah yang diberikan oleh rakyat Malaysia disana sangat memberi kesan dalam perbualan mereka. Aku tidak mendengar cacat cela dari segi perhubungan ,sikap masyarakat Malaysia di sana. Sangat baik. Aku yang mendengar penceritaan semula oleh sahabat-sahabat aku, terasa kesan di jiwa. Apakah aku boleh cuba mencontohi mereka. Punyai pemikiran dan sikap kelas pertama. Itu kesimpulan aku.

Kemudian dari itu, kesan dari cerita-cerita sahabat-sahabat aku, aku merasa sangat rindu pada mereka. Rindu untuk berjumpa dan berkenalan dengan mereka. Tidak pernah aku merindukan pada orang yang aku tidak kenal , tapi kali ni betul-betul aku rasa….tak tahu untuk dirungkaikan dengan kata-kata. Mungkin pada kesempatan yang lain, aku mahu juga berkenalan dengan mereka semua, punyai akhlak yang bagus. Aku jatuh cinta pada akhlak mereka semua. Semua sahabat-sahabat aku mengiyakan serta membenarkan penceritaan oleh ustaz Hasrizal di lamannya.

Cerita sahabat-sahabat aku ini, sangat memberi kesan pada aku. Dan aku berharap agar akhlak-akhlak yang diceritakan , aku boleh cuba amalkan. Jika aku kesempatan, aku mahu pergi sendiri ke sana, berkenalan dengan mereka dan bertanya sendiri bagaimana mereka ada kekuatan untuk buat semua ini, walaupun aku boleh agak jawapannya, tapi aku mahu mendengar sendiri dari mulut mereka untuk mewujudkan suatu kepuasan dalam diri. Hari tu aku tidak kesempatan untuk ke mana-mana, kerana ada beberapa perkara yang perlu aku dahulukan,dan kepentingannya lebih besar.

Khutbah

Semalam hari jumaat, aku diberi kesempatan untuk pulang awal oleh pensyarah. Peluang diberi pulang awal ini, aku terus berkejar kembali ke rumah, menyiapkan teks khutbah untuk diberikan ketika solat jumaat. Masa yang ada hanya sejam setengah. Aku belek-belek khutbah-khutbah lama, jika ada yang menarik untuk diberi pada hadirin. Memang selalu begitulah rutinku, kadang-kadang malam jumaat masa paling pening bagiku, dengan persediaan untuk kelas dan juga persediaan untuk mencari khutbah. Selalunya, pengisian khutbah yang menjadi mangsa. Selalu hambar sahaja. Bukan kerana apa, kerana kurangnya persediaan dari aku sendiri. Selalu jika aku betul-betul tak bersedia, memang aku passkan sahaja pada senior-senior.

Ketika masuk sahaja ke Masjid (kat hostel kami) , aku lihat hanya wajah pelajar-pelajar Malaysia sahaja. Satu senyuman terukir di bibirku, sambil monolog dalam hati, harap-harapla takde russian. Selang beberapa minit, seorang sahabat memberitahu yang pelajar-pelajar russian, semua ada kelas. Tidak dapat hadir, jadi diminta untuk khutbah je dalam bahasa melayu. Dalam masa azan zohor sehingga habis azan jumaat, yang hanya 5 minit, aku cuba mencari isi-isi yang boleh menjana minda hadirin.

Bermula khutbah, dengan mengabaikan teks yang telahku sediakan tadi, aku menggunakan ayat Allah tentang kepentingan ilmu. Ya, ilmu. aku hubungkan dengan pembacaan. Membaca adalah kunci pengetahuan. Dan dari pembacaan adalah kunci kepada bermulanya suatu pembaharuan. Bagaimana Allah mahu mengubah manusia, betul-betul terhasil dengan penurunan wahyu pertama yang menyuruh manusia membaca bahkan mengkaji. Aku cuba untuk menerangkan peri pentingnya perubahan yang mesti dilakukan oleh kita. Keperluan seorang bakal doktor untuk mempelbagai bahan bacaan bukan hanya setakat buku-buku tentang perubatan bahkan melangkaui bidang yang diambil. Kerana dengan pembacaan akan lahir generasi yang berwibawa, merubah masyarakat.

Selain itu, aku cuba hubungkan antara faktor yang menyebabkan kegemilangan kerajaan-kerajaan Islam suatu ketika dahulu adalah kerana mereka mementingkan pembacaan dan pengkajian. Empayar Umayyah, Abbasiah, Othmaniah, Umayyah di Sepanyol, semuanya kerana mementingkan pengkajian dan pembacaan. Sehinggakan granada/Cordova menjadi pusat ilmuwan untuk eropah. Dan kemudian, kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam adalah kerana rakyat alpa, leka dengan hiburan. Leka dengan segala-gala. Tidak lagi menjadikan membaca sebagai suatu keutamaan.

Hasilnya, umat Islam sekarang hanya pengguna produk keluaran negara-negara bukan Islam, paling utama dalam bidang industri dan persenjataan. Kita menjadi lemah hanya kerana kita pengguna sahaja bahan bukan pengeluar bahan. Kita lemah kerana kita kurang membaca, kurang mengkaji. Kita lebih banyak membeli berbanding menghasilkan.

Justeru, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan hadirin sekalian, agar kita sama-sama memperbanyakkan bahan bacaan kita sebagai permulaan dalam kita membuat suatu perubahan yang pasti.

Barakallahu li wa lakum bil quranil ‘azim………

(Khutbah itu tidak terlalu panjang, mungkin ada lagi isi-isi yang aku lupa untuk ditaip di sini).

Selesai habis solat jumaat, aku merasa kepuasan. Betul, kepuasan memberi khutbah. Aku dapati kali ini, hampir semua jemaah merenung padaku tatkala aku menyampaikan khutbah. Angguk pada sesuatu, teliti pada setiap isi yang cuba ku sampaikan. Walaupun aku tahu, ada beberapa saat masa dalam khutbah tu, aku mati kutu dalam mencari isi, tapi selepas itu, keluar bermacam-macam idea lain. Alhamdulillah, aku dipermudahkan. Tidak seperti khutbah-khubtah sebelum ini, yang aku dpati lebih ramai hadirin yang tunduk ke bumi tapi kali ini, aku merasa kepuasan penyampaianku itu. Aku rasa puas, kerana aku tahu aku tidaklah reti sangat berucap ni, cuma kali ni, aku memerhatikan bahawa tahap hadirin untuk meneliti isi khutbah itu tinggi berbanding sebelum ini.Mungkin aku perasan sorang. Aku perlu rujuk sesiapa yang pakar dalam berucap untuk memenangi hati pendengar.Aku harap, aku boleh cuba pada masa akan datang untuk memberi khutbah tanpa teks lagi yang bukan dalam bahasa ibunda, dan paling tinggi , dalam bahasa Russia sendiri dengan gaya yang tersendiri.

Doakan saya ye, agar diberi kekuatan untuk terus berada dalam istiqamah. Au perlu untuk memulakan perubahan ini, agar kesannya turut kena pada masyarakatku. Jika aku sendri cakap tidak serupa bikin, manakan mungkin hadirin akan mendengar apa yang ingin diperkatakan olehku. Aku berdoa agar aku dijauhkan dari menjadi golongan dari surah As’soff ayat 2 dan dijauhkan dari murka Allah pada ayat 3 nya.

Volgina Street, Konkova,

117437,Moscow.

8 Respons to this post.

  1. Tahniah anak!!, Eloklah saya panggil anak kepada mu kerana aku sebagai guru yang dah nak bersara tahun depan. Saya tak tahu sama ada bekas murid saya ada berlajar bersama mu di Russia. Tapi saya pernah mengajar di SEMESTA Raub Pahang.
    Kalau kesedaran ini berterusan hingga kembali ke tanah air insya Allah hidup mu akan dibarkati. Anda boleh melawati saya di alberangque.wordpress.com. atau wadah orang kampung. Sekian TQ

    Balas

  2. Salam. Aku memang puas hati khutbah ko hari tu. Mungkin selari dengan apa yg aku tgh fikirkan, barangkali. Dan mungkin bersesuaian dengan permulaan sekolah, barangkali. Dan mungkin kerana topiknya acapkali didengar dan diperingatkan kembali dalam gaya bahasa yg mudah utk dicerna, barangkali.

    Dan aku bukan jenis memandang siapa yang berucap, aku hanya memandang apa yang diucapkan. Dan aku juga berpuas hati spt mana ko berpuas hati.

    Terus~

    Balas

  3. Terima kasih kerana melawati blog saya….

    Balas

  4. Posted by shayaumil on 10 Februari 2008 at 11:25 pm

    hebat ar gaya penulisan Dr muda
    hehhehehhee
    ana journalism pun, tak kesempatan untuk menulis
    doakanlah kejayaan ana disini…

    Balas

  5. Posted by umaralfateh on 10 Februari 2008 at 11:48 pm

    segala puji dikembalikan pada Allah semata..terima kasih pada anda yang sudi membaca blog yang lebih berbentuk diari ini..

    saya menulis kerana hati mendesak untuk menaip.untuk turut sama berkongsi apa yang dirasa elok untuk dikongsi. disebabkan waktu dihabiskan di meja, dan tidak banyak buat kerja lain selain benda2 wajib, juga jadual waktu yang telah disusun, maka saya menulis ketika waktu2 yang memang meluangkan masa saya menaip.

    terima kasih dan penghargaan dari diri saya kepada anda pembaca2 yang sudi singgah di blog ini.

    Balas

  6. salam ta’aruf dan ziarah … teringin nak berkenalan dgn student2 medic malaysia dr seluruh tempat … keep up da good works … siiru ‘ala barkatillah ;)

    Balas

  7. masyarakat uk sememangnya ramah dan berbudi bahasa,lagi2 kpd org yg mereka snri xkenal.dan mereka2 itu bukanlah muslim.
    walau hanya dgn perkara2 kecil,seperti tolong menahan pintu sehingga semua org yg berderet2 di blkgnya keluar,mahupun meminta maaf andai menghalang perjalanan org di blkg ekoran kesempitan lorong itu,tetapi ianya punyai kesan yg mendalam dalam diri.andainya mereka beragama islam,alangkah bagusnya.

    Balas

  8. Posted by mediccall on 7 Jun 2009 at 3:35 am

    I read and consult Bioethic Curse is a medical textbook that provides a comprehensive overview of Bioethic (download PDF). has also been published in English , Spanish ,French Albanian, Chinese, Croatian, German, Indonesian, Italian, Mongolian, Serbian, and Slovenian.
    http://mediccall.blogspot.com/search/label/Bioethic

    Balas

Balas kiriman ini