Kebenaran yang tersingkap

Seminggu ini

Alhamdulillah, bersyukur. Malam tadi kami pasukan Geng Malaysia,naik ke tangga ke tiga Futsal League setelah mengalahkan sebuah pasukan 6-1. Adei, yang malunya, gol pertama mereka membolosi diriku hanya selepas tidak sampai 20 saat wisel permulaan dimulakan. Aku selalu leka, entah malam tadi apa yang menyebabkan aku mengelamun. Aku bersyukur,niat kami membentuk pasukan ini, adalah salah satu tujuan berdakwah. Kerana, kami satu-satunya pasukan yang semua pemain kami memakai seluar panjang (menutup aurat) dengan sempurna. Kami mahu tunjukkan, yang walaupun dengan menutup aurat, ianya tidak menghalang kajayaan. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, kami boleh dikatakan berjaya untuk melakukan ini. Inilah amal paling kecil kami. Masih berbaki dua perlawanan, kami mohon agar diberi kekuatan agar Islam terus gemilang.

Minggu ni merupakan minggu kedua sem baru, semua subjek baru telah dimulakan. Rupa-rupanya, setelah mengetahui subjek-subjek baru ini, aku perlu membuat semula jadual harianku. Perlu dikemaskini, kerana ke’relax’an yang dikatakan oleh senior-senior, bukannya relax sebenar, hanya kurang tension sahaja, belajar lebih lega. Itu maksud mereka yang baru aku faham. Minggu depan ada beberapa ujian kecil yang perlu dilalui. Setakat ini, subjek-subjek baru amat menarik. Terutama hygiene,surgery, bioethic dan immunology. Belajar surgery paling memenatkan. Hospital yang jaraknya hampir sejam suku menaiki metro. Macam dari shah alam ke seremban (kot).

Kebaikan itu ketenangan

Minggu ni aku nak berkongsi satu benda. Kalau di Maahad dulu, benda ni kami selalu ditekankan , terutama oleh guru tahfizku. Hasanatul abrar saiyiatul muqarrabin (Kebaikan bagi orang ramai, keburukan (kejahatan) bagi orang-orang yang dekat) . Satu istilah yang diguna pakai oleh orang-orang yang dekat dengan Allah. Bila mula-mula dengar benda ni dulu, aku fikir apsal la susah-susahkan diri. Islam itu mudah, kenapa menyusahkan diri?.. Masa mula-mula dulu, aku fikir, kenapa semua benda yang ustaz cerita tu tak boleh?ini tak boleh , itu tak boleh , dan kebanyakannya berkaitan makanan.

Lama-kelamaan, bila aku cuba amalkan apa yang diajar tu, walaupun mula-mula rasa kekok,rasa susah, beban pun ada, tapi lama-lama, rasa best pulak. Ketenangan itu ada disebalik kepayahan yang timbul. Benda utama yang ditekankan adalah makanan. Memang berat betul, masa mula-mula tu. ustaz cakap, dalam makanan ni, 4 benda kamu kena jaga ,

1.Jangan makan maggi. Benda-benda makanan ringan,jajan, junk food, dan semua yang berkaitan.

Sebab apa?.menumpulkan aqal. Nak jaga aqal kita. Kesihatan pun sekali sebab kalau makan benda-benda segera selalu, manfaat yang diperoleh sangat sedikit. Lagipun pakar-pakar perubatan memang mengsahkan yang benda-benda segera ni tidak baik untuk kesihatan. Ustaz cerita , kita umat Islam perlu lebihkan manfaat yang terhasil dari setiap perbuatan kita. Kalau manfaat sesuatu tu lebih kecik dari mudhoratnya , maka perlu dijauhkan. Kalau orang lain nak makan, biarkan, kamu kena jaga. Cuba amalkan, agar diri terpleihara.

Benda ni paling sakit. Sebelum masuk maahad, maggi perisa tom yam selalu aku bedal. Kalau makan, tak ingat orang. Tapi bila dah lama-lama di maahad, selepas ustaz nasihat tu, bila aku kira balik bila dah keluar maahad, hampir 4 tahun setengah aku tak menyentuh maggi. Dan sekarang, dengan keadaan sekeliling aku kat sini, ada gak la aku bantai mee segera ni, bukan cap maggi , tapi cap adabi, tapi sama je dua2 tu. Hanya sentuh beberapa kali selama di sini.
2. Elakkan minum minuman bergas.Kalau air bergas ni, sebab keburukan utama dia, gula tinggi sangat. Banyak keburukan dapat nanti.

3.Kurangkan makan makanan yang masam. Jeruk terutama..Yang ni, memang aku tak minat, jadi , aku tak rasa sangat bila ustaz cerita benda ni.

4. Banyakkan makan di rumah, jangan banyak membeli kat luar. Lebih barakah. Kalau beli di luar, kurangkan ajinomoto, pesan pada tukang masak jangan bubuh ajinomoto. Masa mula-mula memang malu nak buat, tapi dah lama-lama, memang benda ni aku akan bagitau dulu masa order makanan kalau aku makan diluar.

Memang 4 benda ni yang paling utama ustaz suruh amalkan , ustaz kata , banyak lagi yang perlu kamu tahu, tapi sebagai permulaan, buat yang ni dulu. Yang lain-lain kamu akan tahu sendiri bila kamu sudah faham apa itu agama. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan pada aku untuk cuba amalkan apa yang ustaz kata tu. Mungkin sekarang ni, aku sudah boleh agak sendiri apakah benda-benda lain yang menjadi kebiasaan orang awam, tapi keburukan bagi orang-orang yang ingin dekat dengan Allah.

Sebagai contoh, cerita tentang pengambilan hadis. Aku tak ingat siapa. Cuma ada cerita tentang seorang ahli hadis yang meriwayat hadis, mendengar cerita tentang seseorang yang duduk jauh dari tempatnya mempunyai hadis yang berharga. Dengan segeranya, beliau mengembara semata-mata untuk mengambil hadis tersebut. Apabila sampai di rumah orang yang dikatakan mempunyai hadis ini, maka perawi ini, melihat orang yang dikatakan punyai hadis ini, sedang memberi makan pada binatang ternakannya (sama ada ayam/unta ). Dalam memberi makan itu, beliau mengacah-acah bintang ternakannya, atau dengan kata lain, menipu-nipu bintang ternakannya. Bila perawi ini melihat sahaja perbuatan tersebut, beliau terus pulang tanpa terlebih dahulu mendengar hadis yang dipunyai oleh guru ini. Beliau mengatakan “Jika dengan binatang pun boleh ditipu, apatah lagi dengan manusia “.

Kemudian, mendahulukan yang kanan. Setiap pekerjaan, dimulakan dengan kaki/tangan kanan. Walaupun benda kecil , tetapi kesannya sangat besar. Ianya sebagai bukti kita mengambil berat tentang agama.

Ulama itu penunjuk jalan

Yang last sekali, berkenaan boikot. benda ni ramai orang ambil ringan. Tetapi aku dapati para ulama’, sangat mengambil berat tentang perkara ini. Sangat benar apa yang dikatakan Alquran berkenaan para ulama,
“sesungguhnya orang yang paling takut padaKU dari kalangan hamba-hambaKu adalah Ulama’ (orang-orang yang berilmu). Aku tahu tahap aku di mana, dengan ilmu yang kurang, maka aku sedaya upaya mengikuti apa yang para alim ulama’ ini katakan. Perhati pada perkataan , perbuatan mereka,memang menyentuh hati. Mereka lebih memahami agama Allah berbanding diri ini. Sebab itu, aku cuba sedaya upaya agar boleh mengikut jejak langkah mereka. Mengikut dengan kefahaman ilmu yang ada, bukanlah mengikut dengan semberono. Kenapa buat begitu dan begini, semuanya ada dalil, sebab musabab.

Aku pernah menghadiri satu majlis ilmu yang disampaikan oleh Dato’ Ishak Baharom (bekas mufti selangor), yang baru kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Aku mendengar kuliahnya ketika sebelum berangkat ke sini ketika cuti musim panas bulan 7&8 tahun lepas. Masyaallah, setiap kata-katanya sangat menyentuh hati. Lembut,tidak keras, berhati-hati dalam setiap perkataannya, segala nasihatnya seperti teguran seorang ibu, lembut dan ketegasan seorang bapa dalam memberi peringatan.

Ulama (orang-orang yang berilmu terutama yang mengetahui ilmu-ilmu agama), mereka mewarisi ilmu para Nabi. Mereka tidak buat sesuatu atas ikut suka hati, tapi semuanya berpandukan sunnah Nabi, syariat Ilahi. Jika aku tidak mahu ikut para pewaris Nabi ini, pada siapakah lagi yang perlu diikuti?

Volgina Street, Konkova,

117437,Moscow.

3 Respons to this post.

  1. Posted by pakcik_sp on 18 Februari 2008 at 3:40 am

    Tentang bekas mufti selangor…. masa beliau memegang jawatan mufti, org tidak menghargai dan memecat beliau dari jawatan kerajaan yg diberi . Tapi bila meninggal dimakamkan di perkuburan diraja plak tu. Di dunia ALLAH dah tunjuk kemuliaan seorang ulama’, di akhirat tentu lebih lagi. Maka tercengang dan tergamamlah org2 yg menghina,mengutuk bekas dato mufti selangor tu kerana telah dimakamkam di perkuburan diraja… marilah kita fikir wahai manusia….

    **(dato’ ishak baharom dipecat kerana mengeluarkan fatwa bahawa umat Islam haram menyertai pertandingan ratu cantik)

    Balas

  2. Posted by nurul huda on 20 Ogos 2008 at 12:09 pm

    megi?ana mmg tak diajar mkn megi oleh parent ana,tp sejak jd mahasiswa ana tgk sendiri shbat2 ana terpakse mjdikan megi sbgai menu harian diowang..mknn dsini agak mahal berbanding di semenanjung..apapun,terima kasih untk mkluman tu..kita adalah apa yg kita makan ..salamwasilahukhwahfillah

    Balas

  3. salam

    sebenarny sy sdg mencari artikel berkenaan ajinamoto. jd, tersinggah di sini. alhamdulillah. sy jugak x suka kepada perkara2 memudaratkan lebih2 lg berkenaan pemakanan. bukanlah nak kata terlalu menjaga pemakanan, tetapi sy dlm usaha menjaga pemakanan. mengikut pengalaman sy,(semalam) slps makan malam sy mengalami sakit kepala yg teruk. bukan sbb mslh kesihatan lain tapi sy rasa makanan yg saya mkn mengandungi ajinamoto yg sgt byk. pening kepala dsbgny. ajinamoto sy kira sgt bahaya. ia merupakan racun dlm diam.

    wsalam~

    Balas

Balas kiriman ini