Erti Seorang Suami – Siri 1

Hari ni kita berkongsi rasa, dari pandangan saya selaku orang muda, tentang apa ertinya seorang suami. Sedang sibuk menelaah buku physiology, ternampak cebisan nota di atas meja, tentang erti seorang SUAMI. Dan lagi ye fikir pasal benda ni walaupun exam nak dekat.Tengok jam baru 2.43 pagi. Saya huraikan ringkas sahaja.

Sunnatullah dan Syariatullah

Memahami syariatullah , iaitu segala hukum hakam yang termaktub di dalam quran dan hadis. Seorang suami juga, perlu memahami sunnatullah seorang wanita (isteri), yang Allah jadikannya lain dari dirinya. Seorang wanita, sifatnya lain sifat seorang lelaki,pelengkap dirinya, maka perlu difahami akan hakikat seorang wanita yang perasaannya lebih halus dari dirinya.

*Syariatullah pada seorang suami kepada isteri :

Nafkah zahir – tempat tinggal, makan minum .

Nafkah batin – merasa selamat dibawah naungan suaminya, tempat berteduh bagi dirinya, tempat tumpuan kasih sayang , tempat kemesraan dan segala yang berkait rapat dengan perasaan. Inilah hak-hak kejiwaan yang perlu dimainkan peranan oleh seorang suami kepada isterinya.

Seorang suami perlu juga melihat dunia kekeluargaan dari sudut pandang seorang isteri. Kerana seorang wanita punyai pandangan yang berbeza dari seorang lelaki. Kombinasi pandangannya dan isteri memainkan peranan dalam menjamin keutuhan dan keharmonian keluarga.

Kombinasi antara pengetahuan tentang syariatullah dan kefahaman terhadap sunnatullah , insyaallah, akan melahirkan keluarga yang penyejuk di mata penawar di hati, bahagia di dunia cemerlang di akhirat.

Uswah Hasanah

Seorang suami merupakan suri tauladan untuk keluarganya. Segala tindak-tanduknya menjadi perhatian seisi keluarganya. Anak-anak lebih mudah meniru apa yang dibuat berbanding mendengar apa yang diucap oleh ayahnya. Seorang isteri juga lebih mudah mengikut apabila suaminya lebih perihatin terhadap dirinya juga perasaannya.

Seorang suami merupakan pemimpin bagi keluarganya. Jadikan diri contoh terbaik di dalam keluarga.

Amanah (Tanggungjawab)

Menjadi seorang suami merupakan amanah besar yang dipikul bagi seorang lelaki. Bila berjayanya akad nikah, maka seorang lelaki memikul tanggungjawab seorang wanita yang sebelumnya berada di bawah tanggungan ayahnya, kini berada di bawah tanggungannya. Didikan, agama, nafkah dan sebagainya yang ditanggung oleh seorang ayah.

Perkataan amanah ini perlulah selalu diletakkan di dalam minda bahawa bukan perkara kecil dalam membina daulah islamiyah yang terkecil dalam masyarakat,iaitu keluarga. Ilmu memainkan peranan dalam menjalankan amanah sebagai suami, dan juga amanah apabila sudah bergelar seorang ayah.

Matlamat

Seorang suami atau ayah atau lelaki, perlulah punyai matlamat kemanakah hala tuju yang ingin dibawa olehnya dalam kehidupan berkeluarga ini. Sama ada ke syurga atau ke neraka?..Mahu memberikan kemewahan dunia yang sementara dan berpoya-poya selagi nyawa masih ada? Mahu menjadikan anak-anak dan isteri sebagai perhiasan dunia semata atau sehingga ke dalam syurga? Jika mahu dibawa ke syurga, bagaimana caranya, apakah sudah ada?

Matlamat ini perlulah disematkan seboleh-boleh sebelum perkahwinan dilangsungkan , atau selepas bergelar suami. Jika sudah terlajak, masih boleh diperbetulkan matlamat ini, selagi nyawa dikandung badan.

Istiqamah

Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami, sifat istiqamah atau berterusan dalam melakukan amalan sangat-sangat menjadi titik penting dalam menjaga keharmonian dan juga kesan didikan kepada isi keluarga. Jika seorang suami atau ayah, tidak istiqamah dalam perbuatannya, manakan mungkin dia akan menjadi uswah (ikutan) terbaik bagi isteri dan anak-anaknya.

Didikan seroang ayah / suami yang dalam tegasnya terselit didikan, dalam garangnya punyai asuhan dan dalam tuturnya penuh dengan kemesraan. Semuanya perlulah dalam kadar yang berterusan. Didikan kepada anak-anak dan isteri jika tiada sifat istiqamah ini, boleh runtuh sebuah instiusi keluarga.

Kesimpulan

S – Sunnatullah & Syaratullah

U – Uswah hasanah

A – Amanah

M – Matlamat

I – Istiqamah

Sama-sama kita mengambil pengajaran. Buat teman-teman yang bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti musim panas ni, moga Allah luaskan pintu rezeki buat kalian, dan dikurniakan zuriat yang soleh lagi solehah dan sebagai pengganti risalah Islam di hari kemudian.

(Haih, tengah-tengah malam boleh fikir pasal ni….Sudah layakkah saya??…Anda pula bagaimana?..tepuk dada, tanya iman. Sama-sama muhasabah diri.Jangan difikir tentang hidup berkeluarga jika hanya mahu hidup berdua, tetapi fikirkan juga yang ketiga dan seterusnya.

Pengolahan dibuat berdasarkan kefahaman penulis terhadap isu-isu masyarakat.(penulis masih lagi belum berkeluarga)

Volgina Street, Konkova,

117437,Moscow.

17 Respons to this post.

  1. Assalamualikum.
    Syabas Pok We atas artikel ini,
    Bila enta, tulis artikel nie,,seolah2 enta dah berumahtangga.
    Namun reality sebaliknya…
    Mungkin juga ini merupakan catatan hati enta, yang dikira telah bersiap sedia
    untuk menamatkan misi solonya selama ini…
    Wallahua3lam

  2. Waalaikumussalam warahmatullah..

    ameen..ameen..ameennn…
    wah abang shakir..ayat menamatkan zaman solo tu,tak tahu bila.. :) (moga-moga dipermudahkan segala urusan.)

  3. Posted by As on 25 Mei 2008 at 5:46 pm

    He, mantap :)

    Mungkin, sekarang masa untuk menjadi bukan untuk mencari.

    Bagi yang belum bersedia…

    Moga dipermudahkan urusan buat sahabat penulis artikel ini ;P

    wallahu’alam..

  4. [...] Artikel Mei 22, 2008 Difailkan di bawah: Uncategorized — imarad @ 2:26 pm http://umaralfateh.wordpress.com/2008/05/24/suami/ [...]

  5. Posted by Amir AlFateh on 27 Mei 2008 at 2:58 am

    S.U.A.M.I – adakah kita semua sudah bersedia? jangankan bakal isteri sahaja yang dikejar.. namun diri sendiri masih belum terurus.. isteri bukanlah hanya seorang patung yang diperlakukan selepas nikah. Namun, seorang suami mestilah memimpin dalam menentukan hala tuju keluarga nya.

    Satu nasihat yang baik dari penulis. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan penulis.

    Mungkin penulis boleh menambah pula artikel tentang I.S.T.E.R.I dalam blog ini supaya semua orang dapat bersama-sama ambil manfaat daripadanya.

  6. Posted by segenih rubu' on 27 Mei 2008 at 7:56 am

    dalam meracang yang terbaik untuk membina sebuah rumahtangga bahagia, jgn lupa…

    U – UJIAN…
    dalam melayari bahtera rumahtangga, jangan hanya fikirkan daratan yang jauh di depan… tapi bayangkan juga badai yang mendatang.
    apakah kita bisa mengemudi kapal dan segala isinya melepasi ribut taufan atau akhirnya karam di tengah lautan.
    [tepuk dada tanya iman..]

    -ohho…entry kali ni pn bersiri juga ke??? sedang saya masih tertanya-tanya kesudahan ‘mengapa tidak mahu bertuhan??’ :D … rabbena yesa7el 3aleik

  7. Posted by qurratuaini on 27 Mei 2008 at 4:24 pm

    Assalamu’alaikum akh,

    syabas atas post ni. semoga ianya menjadi peringatan dan mendapat manfaat buat para mujahid di luar sana yang akan memikul tanggungjawab dan amanah dari Allah sebagai seorang suami buat mujahidah-mujahidah yang bertuah!

  8. salam alaikum kalian…

    kepada amir alfateh :
    terima kasih atas cadangan…saya ni lelaki, jadi , saya banyak mencari apa yang perlu lelaki buat sebagai suami..jadi, untuk tanggungjawab wanita tu, boleh la tanya perempuan ye… :) .. tugas saya mencukupkan syarat untuk tanggungjawab yang bakal dipikul, yang lain2 , insyaallah, bila kita faham tugas, tiada yang perlu diminta dari seorang isteri..kerana mereka akan faham sendiri dengan contoh yang kita tunjukkan.

    kepada segenih rubu’:
    ni orang mesir ni…hmm…saya suka buat siri, tapi tak reti nak habiskan cerita camne..hihihi…yang ni siri satu, siri dua, sama je, cuma ada beberapa tambahan yang disarankan oleh sahabat saya..tunggu je kot…:)

    kepada qurratuaini :
    dengar nama saudari dah sejuk hati….terima kasih buat saudari sudi menjengah laman yang tak seberapa ni…

  9. Posted by zulhusni07 on 27 Mei 2008 at 9:14 pm

    Masakan pokok bergoyang jika tiada angin…
    Takkan tetiba terfikir jika tiada empunya diri…
    Petanda anta dah nak kahwin laa ni :D

  10. napok gayo… dok lamo doh tuuu…
    ko lamo.. ko napok petando…
    ko guane pokwe??… hehe

  11. baso sek ni, nak pekena kawe ye?…takpe2…no komen…jodoh pertemuan ni di tangan tuhan, mana kita tahu bila jodoh akan datang, ye dak??..so, apa2 hal sebelum hujan turun, baik la kita sediakan payung dulu..heheehe.

    dan kita cuba tengok analogi ni,
    seorang budak kecil dia bercita-cita nak jadi doktor, tapi dia masih kecil, so, dia berusaha bersungguh2 ke arah impiannya itu..walaupun dia tahu lama lagi, tapi dia telah letak kesungguhan dalam merealisasikan impiannya..

    jadi, untuk diri ni, sama je dengan analogi tu. :) hehhe..

  12. coevally says : I absolutely agree with this !

  13. Posted by lanamaya on 9 Jun 2008 at 10:12 am

    Terima kasih atas tazkirah yang dipost ini (juga rentetan post2 lain yang bermunafaat). Semoga menjadi iktibar bagi lelaki Muslim (kerana yang mendapat manfaatnya adalah para isteri juga.. he he)

    Rasa cemburu bila muslimat yang membaca, kerana yang harus baca sebenarnya ialah bakal SUAMI dan SUAMI dan yang pernah jadi SUAMI ! ;p

    Teramat setuju dengan Amir AlFateh : ungkaikan perkataan I.S.T.E.R.I pula selepas ini yea…?

  14. Somehow i missed the point. Probably lost in translation :) Anyway … nice blog to visit.

    cheers, Uncensored
    .

  15. Posted by ulfa ilham on 14 Oktober 2008 at 8:47 pm

    salam ukhuwah fillah..artikel nie mbuatkn sy berfikir ttg hidup berumah tangga..bkn mudah ingin melayar bahtera cinta andai nakhodanya kurang mahir ttg ilmu lautan..=) smg dgn artikel ini mbutkn para suami lbh menilai dri sendri..ameenn..
    perkahwinan adlh medan utk memberi..erti hidup pd memberi..(saifulislam.com)

  16. Posted by ana:laila on 23 April 2009 at 12:21 am

    salam,hmm suka dgn kata2 ni
    ’seorang budak kecil dia bercita-cita nak jadi doktor, tapi dia masih kecil, so, dia berusaha bersungguh2 ke arah impiannya itu..walaupun dia tahu lama lagi, tapi dia telah letak kesungguhan dalam merealisasikan impiannya..’
    bak kata kta kna berusaha dr skrg. usaha tersebut bukan perkara kecil. cthnya berdoa smg dikurniakan pasanga yg soleh/solehah. gtulah…
    dan Allah Yang Maha Mengetahu..

  17. Jazakillah……moga urusan kita dipermudah kan olehNya..amin amin

Balas kiriman ini