Semalam merupakan hari pertama saya membuat praktikal di hospital. Di Rusia, untuk tahun kedua perubatan, disebabkan masih tidak banyak yang dipelajari, maka sukatan untuk praktikal adalah membuat kerja2 yang berkaitan dengan kejururawatan. Semua rakan-rakan telah pulang ke Malaysia menikmati cuti indah bersama keluarga, hanya saya yang gatal kaki untuk cuba mencari pengalaman di sini.
Sepanjang satu [...]
Arkib bagi Bulan Jun 2008
28 Jun
Nilai Seorang Anak
27 Jun
Bermulanya Suatu Keberkatan
Hampir sebulan kelas tamat, hampir sebulan juga tidak kemana-mana. Hanya terperuk di dalam bilik dan sesekali ke universiti untuk menghabiskan test2 yang tertangguh. Hampir sebulan jugalah saya tidak keluar berjalan-jalan. Duduk menghadap buku-buku yang ketika hari-hari biasa tidak berkesempatan untuk dibuka.
Semalam saya sengaja keluar kerana otak ini meminta untuk direhatkan seketika, menghirup udara musim panas. [...]
21 Jun
Penawar Bagi Hati – Syukur
هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالاً شَدِيداً
Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. (Al-Ahzab : 11 )
Ayat ini sekadar pendahuluan,mungkin ada dan mungkin tiada kaitan dengan artikel.
———————————————————————
Syukur merupakan salah satu sifat dari sifat mahmudah. Seorang yang bersyukur adalah seorang yang reti berterima kasih. Jiwa seorang mukmin [...]
13 Jun
Mengapa Tidak Mahu BerTuhan- Episod 5 (Tuhan)
Episod 1(Iman) , Episod 2(Islam) , Episod 3 (Cinta) , Episod 4 (Pagar) , Episod 6 , Mengapa “Mengapa Tidak Mahu BerTuhan?” Ditulis
—————————————————————————————
Petang Sabtu. Cuaca pada hari ini, sangat damai,dengan sinar matahari yang tidak terlalu panas tidak terlalu mendung. Dengan awan stratocumulus, menunjukkan bahawa cuaca petang itu cukup baik. Matahari pula, malu-malu menyembunyikan dirinya di [...]
12 Jun
Coretan Santai
“Pokwe, bila kau nak kahwin?..”
‘Huh..Apsal kau tiba-tiba je tanya cam tu?’
“ye ar, aku bukak laman kau, asyik cerita pasal kahwin je..pasal suami la , isteri la…ko nak kahwin dah ek?”
‘erk…dia tulis pasal kahwin bukan semestinya nak kahwin..Sekadar coretan perkongsian ilmu yang ada.’
“hek elen..ye ye je kau ni..lepas ni apa-apa, terus dapat surat jemputan siap la [...]
6 Jun
Perkahwinan – Kemuliaan Seorang Wanita
Keluarga merupakan asas pada pembentukan sebuah masyarakat. Ia adalah sebuah unit asas yang terdiri dari seorang suami dan isteri, juga jika dikurniakan zuriat, maka ianya menjadi penyempurna kepada sebuah keluarga. Tulisan ini bukan mahu menceritakan apa yang perlu ada pada dalam perkahwinan tetapi apa yang ada pada sebelum perkahwinan. Hasil pengamatan penulis terhadap generasi terbilang [...]
1 Jun
Hati dan diri
Bila membaca tajuk, pasti ada yang bermonolog, apakah yang ingin dibincangkan kali ini??…Hmm..Hari ini, saya sekadar mahu berkongsi rasa sahaja apakah yang terbaik untuk kita dalam mengawal hati kita agar sentiasa berada dalam keadaan berhati-hati, berwaspada dengan fitnah dunia.Dan penghujung dari keadaan ini, untuk sentiasa merasakan hidup kita berTuhan.Perkongsian ini, hanyalah apa yang difikirkan elok [...]
Komen terbaru