Seekor merpati terbang di waktu pagi,
Mencari-cari apakah ia punya rezki hari ini,
Seorang pelajar mengembara ke luar negeri,
Mencari ilmu buat bekalan diri,
Dalam mencari keredhaan ilahi.
Tika mentari mula menyembunyikan diri,
Merpati pulang ke sarangnya buat kesekian kali,
Pelajar kini ingin terbang tinggi,
Kembali ke negeri ibu pertiwi.
*Ditulis di Airport Domodedovo,
Russia (8:45 malam)
——————————————————————–
Malam menjelma lagi,
Sang burung mula merehatkan diri,
Agar esok kembali melalui hari-hari
yang tidak pasti apa yang akan terjadi,
Apa yang pasti,
Dia mesti mencergaskan diri,
Kerana rezki tidak datang sendiri,
Tetapi perlu dicari,dicari dan dicari,
Esok ia akan kembali,
Terbang tinggi mencari-cari apa yang boleh dibawa bekal buat yang setia menanti.
Pelajar cuba menenangkan diri,
Cuba-cuba menghitung diri,
Apa yang ia telah buat selama ini,
Agar orang sekelilingnya merasa kasih sayang yang berharga ini,
Mudah-mudahan esok,
Dia mampu mempertingkatkan lagi,
Keupayaan diri buat kesekian kali,
Agar ianya menjadi bekalan jiwa sanubari.
Oh, ia ingin seperti merpati,
Bebas tanpa perlu dipersoal apa yang ia buat di dunia ini,
Itulah akhirat yang kekal abadi.
*ketika di Airport Tashkent,
Uzbekistan (515 pagi)
——————————————————–
Kini aku terbang tinggi,
Tingginya mengalahkan burung merpati,
Menaiki Boeing 767 dari Uzbekistan ini,
Sambil melihat keluar tingkap di sisi,
Sungguh merasa kekerdilan diri pada kekuasaan ilahi.
Awan berkepul-kepul di sana sini,
Aku hanya memerhati,
Jika aku mati tika ini,
Mungkin tiada siapa yang peduli,
Hanya beberapa orang yang setia menanti,
Mungkin mereka sahaja yang menangisi pemergianku ini.
Masa tiada pernah berhenti,
Kehidupan mereka berjalan kembali,
Ingatan padaku datang dan pergi,
Hanya cicipan doa dari mereka yang menyayangi diri ini.
Kerdilnya diri ini,
Alangkah indah aku hanya burung merpati,
Tidak perlu dipersoal apa yang dibuat di dunia ini,
Tiada seksaan yang menanti diri.
Ya ilahi rabbi,
Ampunilah hambaMu ini.
*Boeing 767 ,Laut Andaman
Tashkent-Kuala Lumpur
——————————————————–
Merpati terjaga lagi hari ini,
Ia melihat sesuatu terjadi,
Melihat merpati-merpati,
Bersabungan sesama sendiri,
Nun di satu sudut,
Helang sibuk memerhati,
Tunggu melihat yang mana mula tewas nanti,
Ia sudah tidak perlu terbang tinggi,
Hanya menanti-nanti,
Seolah-olah rezki kini datang sendiri,
Tidak perlu lagi dicari-cari,
Helang senyum sendiri.
Pelajar bersyukur kakinya sudah dijejakkan di negara sendiri,
Tetapi,
Ia seakan baru terjaga dari mimpi,
Seolah-olah semalam hidupnya hanya fantasi diri,
Dia melihat realiti,
Bangsanya bercakaran sesama sendiri,
Lemah sendi-sendi melihat apa yang terjadi,
Dia tidak tahu dimana mahu dicari kekuatan diri,
Resah gelisah bermain di sanubari hati,
Bagaimanakah ia mahu menghentikan percakaran ini,
Dia sendiri tidak pasti,
Bilakah akan berakhir semua ini.
Pelajar bangun berdiri,
Mencari-cari mereka yang berdiam diri,
Agar turut membantu,
Menghentikan permulaan kehancuran bangsa ini,
Mencari, mencari dan mencari.
Dia menyedari,
Tiada yang dapat membantu umat ini,
Selain membetulkan cara pandang pada akidah yang suci,
Sebagai cara dan gaya hidup di dunia ini,
Inilah yang menaikkan nilai para sahabat Nabi,
Dari kelompok yang membunuh anak sendiri,
Yang bercakaran dan berperang sesama sendiri,
Kepada umat yang mentadbir alam ini,
Ya,
Inilah yang harus dilakukan ketika ini.
*Seksyen 18,
Shah Alam, 40200
Malaysia.
Posted by secret on 18 Julai 2008 at 8:42 pm
aiseymen…puitisnya fewww,pengajaran dan peringatan jzkk =)
Posted by ibnurashidi on 20 Julai 2008 at 3:56 pm
salam..
teringat kisah 1st naik kapal terbang..getaran jantungnya bukan main..ayah sy terus bersila atas kerusi smpai pramugari bagi makanan pun jadi tak lalu nak makan..yerla,fikir mati je masa tu..seronok dlm ketakutan..
Posted by mohd noor fathi on 20 Julai 2008 at 6:03 pm
slam wahh sedap lah kisah ni…smoge sukses
Posted by moja on 20 Julai 2008 at 8:34 pm
salam perkenalan!
Posted by atiah on 21 Julai 2008 at 5:58 am
yang jauh adalah masa lalu..
yang dekat adalah kematian..
hebat anta berkarya
sambil memperingati diri ana atas tujuan hidup ini
moga Allah mengampuni dosa2 kita..amin..
Posted by As on 21 Julai 2008 at 8:14 pm
Puitis bahasa jiwa membawa maksud hati dan minda.
Selamat kembali dan selamat berbakti
Posted by diyana on 22 Julai 2008 at 4:25 am
da very good monolog..
Posted by Rsfatihah on 22 Julai 2008 at 3:27 pm
satu coretan yg penuh brmakna dan mengandungi nilai2 yg boleh diambil sbg pengajaran dlm menempuh hidup d alam pnuh cbrn dan dugaan ini..well done..
Posted by izyan on 26 Julai 2008 at 11:11 am
slm..rupanya msh ada di bumi ni insan yg brhati mulia.moga kita sntiasa istiqamah di jalan kebaikan ni.. smoga berjaya buat saudara..perjuangan harus diteruskan walau di bumi manapun kita berpijak..wsalm..
Posted by saifanly on 31 Julai 2008 at 8:35 am
salaam,…
PUITIS,berSEMANGAT,PATRIOTIK.dan BERSENI1!.
sayu dan sebak baca puisi merpati ni….harap ada sambungan n kalau boleh?! buat kisah KUDA pulak!
anyhow!…DAKWATUHU_fis_SALAAM…
Posted by ultromhh on 12 Ogos 2008 at 1:16 pm
wahh…pokwe,hebat btul…bila merpati tu nak jadi merpati dua sejoli?hehe
Posted by imtiazsofea on 30 Ogos 2008 at 2:08 pm
he..he..he…apa la ultromhh ni..kesitu plk!^-^
jazakk akh,teruskan dakwah dimedan bersalut lumpur ni.Matlamat kita disana…insyaallah…
Posted by nurul huda on 2 September 2008 at 10:44 am
syahdunya…=)