Tatkala soal cinta diperdebatkan, pasti yang terpalit diingatan sebuah kebahagiaan. Cinta yang bermaksud keinginan di hati, kehendak didalam jiwa, berkata tentangnya orang merasa senang dan tenang juga tenteram, akhir dari cinta adalah bahagia.
Itulah definisi cinta yang boleh saya ungkapkan dengan kata.Dengan cinta segala-galanya berubah. Perasaan jadi tidak keruan, hati menjadi runsing jika tidak bersama dengan yang dicintainya, hati menjadi tidak menentu. Tatkala kita dihambat cemburu perasaan, hanyut di dalam api keinginan, kemanakah hala tuju cinta kita? Kepada siapa cinta itu disemai?
Tanda CInta
Tatkala seseorang berada dan hanyut dalam cintanya, ingatannya sentiasa pada si Dia, hatinya cemas mengharap redhanya, Akalnya tertumpu , ingat padanya.
Itulah tanda seseorang sedang bercinta.
Begitu jugalah kita memberi tanda pada cinta pada Allah. Tatkala hati kita redha dengan cinta Tuhan,hati akan sentiasa ingat padanya, akal akan ingat berfikir mencari-cari apakah yang boleh dibuat agar berjaya meraih cintaNYA. Badan dan anggota akan berusaha memberi bukti cinta kita pada Allah. Lidah akan sentiasa memujiNya, tidak lekang melainkan bercerita tentang Allah, apa yang disukai Allah.
Allah suka pada orang yang menyeru kepada kebaikan , maka mulut kita sentiasa menyeru manusia kepada kebaikan.
Allah suka pada manusia yang mencegah pada kemungkaran, maka dengan kuasa dan tenaga juga lidah yang ada padanya, dicegahnya manusia dari menghampiri keburukan.
Segala-galanya dilakukan di atas nama cinta. Dengan cinta, kasih Tuhan tidak bertepi, dengan cinta, Kasih Tuhan janjinya pasti dan dengan cinta, redha Tuhan meniti kehidupan.
Kuasa Cinta
Seorang suami, pulang lewat suatu hari. Isterinya setia menanti. Tetapi penantian malam itu membuatkan si isteri berkecil hati. Si suami mencari akal bagaimana akan dipujuk buah hatinya ini?
Segera didekati isterinya, dan dibisikkan di telinga isteri tercinta,
”Sayang, tadi di pejabat, abang rasa sangat lapar. Abang cek poket abang, ada 50 sen. Lepas tu, cek pulak dompet, tapi ada seringgit je. Masa tu, abang rasa miskin sangat. Tapi lepas tu, abang terpandang gambar ayang kat dompet, abang letak kat dada, rasa tenang dan abang rasa macam abang ni sangat kaya. Dua-dua tu sebab abang ada ayang sebagai isteri. Itu yang membuatkan abang cepat-cepat habiskan kerja dan terus balik. Nak makan dengan buah hati yang tercinta ni…”
Si isteri terus berasa terpujuk, dilangkahkan kakinya ke dapur memanaskan lauk-pauk yang dimasaknya tadi. Rasa bahagia meniti jiwanya.
Begitulah kuasa cinta, tatkala resah , sangat mudah dipujuk dengan kata-kata. Tatkala hilang pedoman, kata-kata dari yang dicintainya cukup membuatkan hati terpandu kembali.
Ketika kuasa cinta suami isteri berjaya menaikkan kembali harapan mereka, inikan pula cinta Tuhan yang pasti lebih tinggi dan lebih agung darinya. Dengan kata-kata Tuhan, hati jadi tenang, dengan kata-kata Tuhan, hati dipandu, dengan kata-kata Tuhan, harapan kembali pulih, semangat juga dikobarkan. Di dunia ini, kita dipandukan dengan kata-kata Tuhan yang tidak akan berubah sehingga hari perhitungan, itulah AlQuran. Selayaknya kita selalu bersama kata-kata Tuhan ini, kerana dengannya petunjuk kehidupan.
Semuanya di atas nama cinta. Mulialah mereka yang mencintai Tuhannya.
Gertakan CInta
Seorang isteri, sangat mencintai suaminya, cuma satu perkara ini, membuatkannya ingin tahu, sejauh mana cinta suaminya.
”Abang, kalau abang taknak belajar solat, taknak cari majlis ilmu, taknak solat jemaah, lebih baik abang ceraikan saya atau saya akan tuntut cerai dihadapan Qadhi kerana abang tak tunjukkan teladan yang baik!!”
Hati si suami gementar. Pucat lesi tatkala perkataan cerai dihamburkan oleh isterinya. Sehari demi sehari, perubahan mula menampakkan hasil pada sang suami. Buku-buku agama mula menghiasi almari, kuliah-kuliah ilmu sudah mula dijadikan tempat menadah ilmu, asal ada majlis ilmu pasti dia akan ada disitu. Perasaan malas dibuang dari kamus hidupnya hanya disebabkan gertakan cinta dari seorang isteri yang inginkan kebaikan darinya.Ilmu dan amal terus dikejar. Siang harinya bekerja, malamnya dengan ilmu. Semuanya dilakukan atas nama cinta.
Begitulah kuasa cinta. Berupaya mengubah seseorang. Dengan cinta, semuanya tiada yang mustahil.
Pernahkah kita mendengar gertakan cinta dari Tuhan , Maha pencipta kepada kita? Tuhan yang sarat dengan cinta, kasih sayang kepada hamba-hambanya.
”Katakanlah, jika bapa-bapamu, anak-anakmu,saudara-saudaramu, isteri-isterimu,keluargamu, harta-hartamu, perniagaan yang kamu takut kehabisannya, dan tempat tinggal yang kamu redhainya lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNYA dan berjihad di jalanNya, maka Tunggulah sehingga Allah mendatangkan urusannnya. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada orang-orang yang fasik!!” Surah At-Taubah:24
Begitulah gertakan Tuhan pada hambanya yang mengaku cinta padaNYA. Perkataan “TUNGGULAH” itu sudah cukup menggentarkan hati-hati mereka yang beriman dan cinta padaNYA. Gertakan yang membuatkan hati sang pencinta resah dan gelisah. Apakah akan dilakukan pada diri ini jika cinta ini tidak benar dan palsu?
Hati menjadi tidak menentu. Yang pasti , hanyalah cuba sedaya upaya memuaskan Sang Pencipta, tempat tumpu cinta. Yang hadirnya cinta ini hanyalah untuknya, segalanya dibuat hanya keranaNYA.
Atas dasar cinta, segalanya diusahakan. Cinta pada keluarga, keluarga takkan terbina jika Allah tidak memberi restu padanya.
Cinta pada harta, harta takkan ada jika Allah tidak sebagai Pemberinya.
Segalanya datang dari Allah, Tuhan yang sarat dengan kasih sayang. Segalanya diberikan kepada kita.
Tatkala diminta ketabahan jiwa, diberikan ujian-ujian yang dengan ujiaan itu, hati menjadi semakin tabah. Tatkala diminta kekayaan, diberikan kesusahan-kesusahan yang dengannya dicari pintu-pintu kekayaan. Tatklala diminta perasaan ketenangan, diberikan keluarga yang dengannya hati rasa tenteram , hidup dalam berkasih sayang.
Maka , di atas nikmat Tuhan kita yang manakah yang menyebabkan kita mengenepikan Cinta Tuhan Semesta Alam?
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah apabila disebut Allah maka gementarlah hatinya, apabila dibacakannnya ayat-ayatnya, maka bertambahlah keimanannya,dan kepada Tuhan mereka bertawakkal” ( al-anfal:2 )
Posted by jamz on 12 Ogos 2008 at 4:14 pm
sob sob..nta memang pakar chenta.
Posted by fairuz on 13 Ogos 2008 at 8:29 am
emm..good..:)
Posted by lina on 14 Ogos 2008 at 11:42 am
syukran kerana menulis artikel ini.banyak ilmu diperolehi.
Posted by Bahasa Melayu « my weblog on 18 Ogos 2008 at 9:49 am
[...] Nilai Sebuah Cinta Tatkala soal cinta diperdebatkan, pasti yang terpalit diingatan sebuah kebahagiaan. Cinta yang bermaksud keinginan di [...] [...]
Posted by nurul huda on 20 Ogos 2008 at 11:57 am
salam ..terima kasih utk pengisian jiwa ni,,semoga saudara diberkati Allah slalu..amin
Posted by savetheforest on 21 Ogos 2008 at 1:41 pm
cinta.. sulit untuk ditulis dengan kata-kata..
Posted by sinar on 26 Ogos 2008 at 11:52 am
Hanya 5 huruf namun penuh makna dan punya chemical power tersendiri..
Posted by huda on 9 Oktober 2008 at 5:26 am
salam.. ya allah bahagia mmg bahagia betul bila m’bace atau m’dgr cerita tentang cinta. sy pn m’impikan seorg suami yg mithali.
Posted by shamimi on 10 Oktober 2008 at 12:05 pm
salam…
besarnya pengertian cinta..saya sering tertanya bagaimanakah cinta kepada ibu bapa kerana Allah?kini baru saya mengerti maksud sebenar cinta..betapa besarnya kurniaan cinta oleh Maha Pencipta, Allah s.w.t..alhamdulillah
Posted by As on 11 Oktober 2008 at 9:11 pm
kuasa cinta..
cinta pada Allah itu plg haqiqi
Posted by SangPelangi on 12 Oktober 2008 at 10:25 am
Huhu.. aku sudah menjadi pengikut setia blog ini. Bukan karya picisan tentang cinta yang sedang dijual murahan di papan media.
Fitrahnya cinta lahir dalam diri, memang mendampakkan sekali.
Bro, sudah berumah tanggakah kamu? Seperti berpengalaman sungguh susun katamu. Hehe..
Posted by umaralfateh on 12 Oktober 2008 at 7:30 pm
terima kasih bro sudi jadi pembaca di laman yang tidak seberapa ni..
soalan yang manis sekali,
saya belum lagi berumah tangga, tapi mungkin dengan doa bro, jodoh saya lebih dipermudahkan..
mudah-mudahan bumi sakura terus subur dengan sinar islam dari kalian di sana.
Posted by SangPelangi on 13 Oktober 2008 at 6:32 pm
Aminn.. terima kasih kawan atas doamu.
Semoga kita semua dapat berbuat sesuatu di tanah tempat kita berpijak.
Dan, semoga jodoh kita dimudahkan dan dicepatkanNya.
Posted by fanazck_ryan on 14 Oktober 2008 at 10:20 pm
Salam Ukhwah Fillah..cinta??sukar nk diluahkn dgn kata2..tapi cinta kpd ALLAH adlh cinta hakiki..jodoh n pertemuan ditgn ALLAH..kita merancang..ALLAH juga merancang..tapi seelok-elok perancangan adlh dr ALLAH..;)
Posted by ulfa ilham on 17 Oktober 2008 at 2:25 am
=)..
Posted by Nur on 20 Oktober 2008 at 11:59 am
salam..=)
tersenyum ana mbaca komen2 di ruangan ni..
cinta Allah cinta utama..btulla,tatkala ht terasa jauh drNya,kita akan melakukn ape jua untk meraih kmbli prsn damai dan cinta Ilahi..
teringat ana pd kata2 lecturer ana ttg sambutan lebaran br2 ni, she’s very busy with her job (lecturers were busy with new curriculum development). dia ade sebut,rs kesibukan yg kduniaan sgt (bnda baik,buat kursus br di ipt ana),tp kduniaan..xtau mcm mane nk buat/ubah sbb bnda tu kne disiapkn on time..hmm,bnr2 buat ana tfkir..
syukron jazilan untk pengisian ni..
Posted by RUAINI AINAYATI on 22 Oktober 2008 at 12:02 pm
SALAM..CINTA ITU SANGAT INDAH DAN SEINDAH CINTA APABILA KITA MEMBERI DAN MENERIMA CINTA..
SYUKRON JAZILAN UNTUK ILMU YANG DIBERIKAN..
Posted by ukhti fizah on 23 Oktober 2008 at 10:19 am
subhanallah… ilmu yang sangat bermanfaat… syukran kena sudi berkongsi….
Posted by zinnirah on 23 Oktober 2008 at 10:37 pm
yup…cinta pd ALLAH plg utama..hakiki…YA ALLAH…semoga kami hambamu ini…mendapat redha & cintaMu…amin.Kuatkanlh kami hambamu ini mengejar cintaMu….teruskan usaha.Wassalam..
Posted by haj_gurl on 24 Oktober 2008 at 2:41 pm
sejuk hati ana andai kata suatu hari nanti ana dapat jadi isteri yang diredhai Allah dan suami….
terima kasih atas cerita yg menyentuh hati ana…
yg penting berusaha dekatkan diri dengan Allah…
Posted by nazneen rafiqah on 22 Ogos 2009 at 7:33 am
syukran atas ilmu yang nta kongsikan bersama..moga dapat dijadikan panduan buat insan2 bergelar remaja yang sering diuji keimanan dan keyakinan terhadap ILLAHI..moga cinta ALLAH dapat menjadi milik kita..ameen