Berakhirnya Percutian

Beberapa hari lagi, cutis semester akan berakhir. Saya akan pulang semula ke tanah Soviet beberapa jam lagi. Indahnya cuti kali ini, pelbagai aktiviti telah dilakukan. Banyak yang memberi pedoman dan pengajaran bagi jiwa ini. Mungkin perkongsian yang sedikit ini memberi sedikit kebaikan buat kita bersama.

Kuliah Maghrib

Antara faktor utama saya pulang ke tanah air , adalah kerana faktor ini. Mendapat semula pengisian jiwa, kekuatan jiwa dalam mengharungi kehidupan. Setiap hari, waktu malam sememangnya diperuntukkan untuk pengajian ini. Banyak pengajan dan nilai yang boleh diambil.

Duduk bersama alim ulama adalah kerinduan yang paling mendalam dalam diri. Duduk bersama mereka merupakan satu rahmat, mengambil ilmu dari mereka penuh berkat. Walaupun harga tiket pulang setiap tahun semakin meningkat, tetapi berbaloinya pulang seketika ke tanah air untuk mengambil keberkatan dari mereka adalah usaha yang saya rasa sangat berbaloi.

Untuk kuliah maghrib ini, selalunya saya akan mencari berulang alik beberapa buah masjid. Hampir setiap malam masjid yang berbeza akan dilawati. Indahnya hidup di Shah Alam kerana hampir keseluruhan masjid yang ada di sini , masjidnya dihidupkan dan diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu. Kuliah maghrib ni selalunya habis sekali dengan solat isya’ dalam pukul 930malam.

Kuliah Haraki

Jika kuliah maghrib selalunya akan dibuat di masjid-masjid, tetapi kuliah haraki selalunya dibuat di rumah-rumah. Kami dididik dengan konsep pemerintahan, cara bergerak dalam mengharungi kehidupan sebagai penyeru kebaikan dan pencegah kemungkaran. Jika aqidah sebagai teras dalam mengharungi kehidupan, maka akhlak sebagai cara terbaik dalam menyeru manusia. Keindahan akhlak sangat dititik beratkan dalam kuliah ini. Dalam seminggu , dua kali kuliah ini akan berlangsung.

Dalam kuliah ini juga , kami dididik mengenai pemerintahan dalam Islam. Bagaimana membina jiwa manusia di dalam pemerintahan. Apa yang perlu diisi jika kemenangan didalam tangan dan bagaimana pengisian ketika Islam tidak memerintah. Segalanya dihuraikan dengan teliti. Ketika pembentangan di dalam kuliah ini, segala aspek ilmu akan diketengahkan. Akhlak,hadis, tafsir dan pelbagai lagi cabang ilmu akan diulas bersama. Jika ada pertembungan antara kuliah maghrib dan haraki, saya akan lebih mendahulukan kuliah haraki.

Jika kuliah maghrib lebih kepada menguatkan kekuatan jiwa, maka kuliah haraki lebih kepada bagaimana mahu bekerja.

Program-program

Ada beberapa program yang saya ikuti sepanjang berada di tanah air. Indahnya berprogram , adalah bertambahnya kenalan baru. Setiap kali bertemu kenalan baru, pasti perasaan ‘kekok’ ada. Rendah diri selalu mendominasi diri. Cemburu pada sahabat-sahabat baru ini dengan komitmen mereka terhadap Islam. Walaupun mereka dari latar belakang yang bagi saya luar biasa, tetapi sifat dan akhlak mereka sangat bagus. Sehinggakan tiada jurang yang mereka bina. Duduk bersama-sama mereka merupakan keindahan ukhwah dalam iman.

Walimatul Urus

Sepanjang-panjang cuti ni, ada 8 pasangan sahabat dari Rusia yang mendirikan rumahtangga. Ada yang sempat saya hadir , dan ada yang tidak boleh hadir. Semuanya disebabkan pertembungan program dan jarak yang jauh. Antara sahabat-sahabat yang memberi kesan pada jiwa saya yang kerdil ni,adalah akmal(20),fakhrullah(23) dan rafeeq(22).

Mereka banyak mencorakkan jiwa ini sepanjang hidup di bumi soviet. Untuk rafeeq, walaupun baru dua tahun berkenalan dengannya, tetapi, keindahan dan kebaikannya sangat terserlah sehinggakan terasa lebih dari 10 tahun berkenalan. Satu hari selepas dari pernikahan rafeeq dan isterinya, nurul asikin , rafeeq memberikan komentar mengenai alam perkahwinan.

“Dalam syukur ada seronok, dalam seronok ada kepuasan, dalam puas ada tenang. Itulah ibadah sunnah penyejuk fitrah. Indahnya pernikahan Islam,diasaskan oleh keimanan.Kemanisan berpanjangan”

Dalam hati kecil ini, bahagia melihat sahabat mendirikan rumah tangga, ditambah dengan sedikit cemburu. Cemburu kerana mereka sudah separuh agama terlaksana, hanya tinggal taqwa sebagai penyempurna iman di jiwa. Selamat pengantin baru buat sahabat-sahabat sekalian.Moga kalian sentiasa kekal bahagia sehingga ke syurga.

Walimatul urus diorang ni, pasti ada keluar “pokwe, anta bila lagi?”. Hanya senyuman meniti dibibir dan kata-kata “Insyaallah, ketemu jodoh tak lama lagi,” sambil meminta didoakan pada diri ini.
Melawat pesakit

Satu hari, abah mengajak mengunjungi sahabatnya di ICU. sudah tiga hari tidak sedarkan diri. Ketika tiba di wad berkenaan, kami melihat pakcik tu hanya ditemani jururawat sahaja. Tiada sanak saudara disisi. Suasana sepi ketika itu agak menyebakkan dada.

Ketika pulang, abah memberi pesan ,

“Bangcik, tengok tadi kan?…Ambil iktibar. Kita kalau cinta manusia, manusia tengok kita apakah kita beri kebaikan padanya di dunia. Bila dah taknampak apa kebaikan pada kita, takde sapa nak duduk kat sisi kita. Tapi bila kita cinta Allah, insyaallah,akan sentiasa ada yang berada disamping kita.”

Abah menasihati bukan hanya merujuk pada apa yang berlaku sahaja, diambil beberapa contoh yang pernah abah alami.

“ini semua bahagian masing-masing, sejauh mana kita beramal di dunia ni”  abah mengakhiri kata-katanya.

Kesimpulan

Cuti kali ini merupakan satu kepuasan bagi jiwa ini. Tahun depan, mudah-mudahan dimurahkan rezeki, dilapangkan nikmat dan rahmat. Agar cuti tahun depan boleh dipenuhkan dengan aktiviti-aktiviti yang seumpama tahun ini dan lebih lagi.

4 Respons to this post.

  1. Salam Takzim Sdr,

    moga selamat sampai..

    Balas

  2. Posted by sinar on 26 Ogos 2008 at 11:49 am

    moga Allah berkati cuti anta..
    Alhamdulillah sudah terisi nampaknya..

    Balas

  3. terima kasih semua…sudah selamat sampai di bumi soviet..

    Balas

  4. “Bangcik, tengok tadi kan?…Ambil iktibar. Kita kalau cinta manusia, manusia tengok kita apakah kita beri kebaikan padanya di dunia. Bila dah taknampak apa kebaikan pada kita, takde sapa nak duduk kat sisi kita. Tapi bila kita cinta Allah, insyaallah,akan sentiasa ada yang berada disamping kita.”

    terkesan dengan kalimah ini..

    Balas

Balas kiriman ini