Cerita-cerita

Bersyukur pada Allah, Pemilik perasaan cinta di dalam jiwa hamba-hambanya. Sudah lama tidak masukkan entry baru, bukan tidak sudi, tetapi beberapa kesulitan yang dihadapi baru sahaja diselesaikan. Alhamdulillah, sudah 2 minggu masuk semester baru, sudah tahun 3 saya bergelar pelajar perubatan. Bebanan tanggungjawab semakin besar, terasa banyak kekurangan di dalam jiwa.

Hari ini, internet baru masuk bilik. Setelah hampir dua minggu kembali ke Moscow. Inilah kali pertama boleh online di dalam bilik sendiri. Bersyukur juga, tahun ini, buat pertama kali, merasa nikmat berada dalam bilik sendiri. Jika sebelum-sebelum ini, hanya ‘menumpang’ di bilik senior-senior, tetapi tahun ini, saya diberi kesempatan untuk punyai bilik sendiri. Teman-teman bilik seorang sudah di tahun 5 dan seorang lagi tahun 4. Berjiran dalam rumah yang sama, seorang warga bangladesh yang sedang membuat PhD.

Sekadar mahu berkongsi cerita-cerita lama yang bermain di fikiran. Seminggu dua ni masih lagi cuba mencari kekuatan dalam memulakan semester baru. Banyak perkara perlu dibuat. Insyaallah, cuba untuk istiqamah memasukkan artikel-artikel baru setiap hujung minggu.

Tudung

Masih segar di ingatan, ketika itu saya masih lagi darjah dua, di sebuah sekolah kebangsaan. Ketika itu, saya selaku ketua kelas, duduk dengan guru bahasa inggeris dan penolong ketua kelas. Kami berbual-bual tentang kehidupan kami, tentang kawan-kawan kelas kami dengan cikgu. Ketika sedang berbual-bual,

“Cikgu, kenapa cikgu tak pakai tudung?” saya bertanya.

sunyi…..

“saya tengok, ramai orang pakai tudung, kami kat sekolah agama, ustaz ajar perempuan kena pakai tudung. Lagipun orang pakai tudung nampak cantik” saya menyambung ayat.

Cikgu masih lagi diam. Entah apa yang difikirkannya. Saya tidak pula tengok riak kemarahan dari mukanya.

“cikgu nak pakai, tapi….”

saya terlupa apakah ayat selepasnya.

Beberapa bulan selepas itu, cikgu mula memakai tudung. Sungguh indah cara memakainya. Suatu ketika, saya dan penolong ketua kelas, duduk lagi bersama di mejanya.

“cikgu, cantik cikgu pakai tudung”

‘terima kasih..’

Kanak-kanak tidak pandai berbohong, suka cakap apa yang terlintas di kepala dan apa yang diajar.

Sungguh, seperti mahu diulang perasaan itu untuk menegur kenalan-kenalan tanpa rasa takut dan gusar apa tindakan mereka.

Perdana Menteri

Ketika darjah 5 (1998), saya ada membaca sebuah buku fekah, didalamnya ada tertulis tentang pemerintahan cara Islam, berkisar tentang rejam, potong tangan .

Ketika di sekolah,

“Ustaz, kenapa Malaysia tak buat hukum Islam ustaz? kalau semua pencuri semua kena potong tangan, takde la orang nak mencuri kan?…”

Ustaz merenung wajah saya. kemudian,

‘hmm..kamu belajar dulu tinggi-tinggi. Bukan masa untuk kamu lagi tanya benda camtu’

Saya terdiam. Soalan itu , baru difahami ketika saya sudah kenal erti dunia ini. Perlu kerja kuat untuk merealisasikan semua itu.

Tentang CInta

Sulit sekali membicarakan perkara ini. Orang kata, umur 20-an ni, waktu kritikal, banyak benda boleh jadi jika tak kena cara. Kerana itu, beberapa buku tentang cinta, berkisar soalan cinta saya pinjam dari kenalan-kenalan. Cuba untuk membuat persiapan dan persediaan agar tidak tergelincir di kemudian hari.

Jika cinta Tuhan, adalah keterpautan hati dan rindu padaNya, ingatan sentiasa padaNya, rindu bertemu denganNYA, maka apakah cinta manusia juga begitu?… Orang tua-tua kata, mereka bercinta selepas berkahwin, tiada pernah mengenali pasangan sebelum kahwin.

Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya bagi diri ini.

Ya Allah, berikanlah cintaMu padaku,

Cintakanlah padaku seorang yang cinta padaMU

Labuhkanlah cintaku pada seseorang yang mencintaiMU.

5 Respons to this post.

  1. Salam dari kejauhan…

    Aneh cara adik menyampaikan maksud… Namun agak menarik! Tahniah dik…

    Hati2 menimba ilmu di tempat orang… Bawalah ilmu itu kembali dan bangunkan anak Bangsamu…demi tertegaknya AGAMA kita dik…

    Terima kasih…

  2. salam buat saudara..

    Aneh?…
    sekadar ingat memori lama sahaja, berkongsi…

    terima kasih sudi melawat saya yang jauh di sini…

  3. Ana rasa main point artilce ni bab last tu…selamat memasuki zaman yang ada angka 2 dihadapan umurnya…

  4. Posted by darah manis on 13 September 2008 at 3:29 am

    teruskan perjuangan, moga ketemu apa yang dicari dan dihajati. Insyaallah.
    Kami sekeluarga doakan dari kejauhan. Moga terus kuat berjuang. ^^

  5. Assalam mu alaikum.
    Nostalgia memang elok diambil pduli.
    Bab minta orang perempuan pakai tudung ana rasa ana banyak pengalaman. Masa tu ana di UPM tahun 70′an. Mula-mula isu tutup aurat ni diperkenalkan. Memang banyak cubaan bagi yang nak buat dan yang suruh buat. Manisnya ialah apabila usaha kita yang berterusan itu berhasil walau pun tak semerta. Kami ada pengalaman meminta rakan siswi dan ada juga pengalaman dengan para pensyarah. Alhamdulillah bila mereka dah faham adalah kesan perubahannya. TQ

Balas kiriman ini