“Insyaallah, tahun ni kita akan teruskan program menyumbang pakaian seperti tahun-tahun lepas. ” saya memulakan bicara selaku wakil biro kebajikan ketika pembentangan untuk mesyuarat Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Moscow).
“Cuma , pada tahun ini kita akan buat dalam bentuk yang lain sedikit. Kita tak guna perkataan derma tetapi kita guna perkataan hadiah buat saudara. Yang mana, syarat untuk memberi mestilah pakaian itu berlipat dan bergosok. Dan dimasukkan dalam beg plastik yang cantik. Jika syarat ini tidak dipatuhi, kita akan menolak sebarang pemberian. “
Memanfaatkan Sifat Memberi
Niat asal pada tahun ini program seumpama ini dibatalkan terus. Acap kali, setiap kali program seumpama ini dilakukan, ianya menjadi medan membuang barangan tidak pakai, barangan yang sudah hilang nilai pada mata. Baju-baju dan seluar-seluar yang dibeli pada suatu masa dahulu, tetapi sudah ada kecacatan dan menyebabkan ianya menjadi suatu beban untuk dipakai oleh pelajar. Kerana itulah setiap kali berlaku program pemberian sebegini ianya menjadi longgokan barangan yang jika dilihat oleh seseorang , hilang minat untuk dijadikan pakaian seharian.
Pakaian yang dibeli suatu masa dahulu dengan harga yang tinggi, kini dijadikan bahan pemberian. Bukanlah menafikan dari banyak-banyak pemberian itu ada yang baik, tetapi hampir 50% dari yang ada, adalah barangan yang lusuh. Membuat sedikit peraturan dan menukar kalimah pada program mudah-mudahan akan membuatkan orang yang betul-betul ingin menyumbang akan dimanfaatkan.
Mudah-mudahan tiada lagi kedengaran suara seperti ini ,
“hei minah, mana baju yang kau beli hari tu?”
‘aku dah sedekah’
“aik, bukan ke kau bersungguh nak beli baju tu hari tu?”
‘ye la, tapi bila dah pakai cam tak best pulak. Malas aku simpan baju yang tak pakai.”
Konsep Pemberian
Sedekah, zakat , sumbangan merupakan himpunan perkataan yang jika diterjemahkan ke dalam bahasa mudah, MEMBERI. Memberi merupakan suatu proses dimana kita mengambil sebahagian dari harta kita dan ditukar milik pada orang lain. Sebaik-baik pemberian adalah pemberian dari harta yang paling disayangi dan paling dihargai pada kaca mata Pemberi.
Jika kebunnya adalah yang paling disayangi, maka kebun itu diberikan hasilnya pada kebaikan, jika emas ditangan yang paling berharga, emas itu disedekahkan, jika baju yang dipakai itu yang paling disukai, baju itu yang disedekahkan. Sebarang pemberian yang diberikan hasil dari sifat menghargai dan menyanyangi barangan itu, pemberian itulah yang paling baik disisi Tuhan.
Ketika kita membaca dan meneliti firman Tuhan yang mengatakan bahawa “kamu takkan sampai kepada yang dinamakan kebajikan sehinggalah menafkahkan apa yang paling kamu sayangi.” (Ali imran-92)
Seorang sahabat Nabi Muhammad, ketika mendengar ayat ini, dia terus mendatangi Nabi Muhammad sambil berkata, bahawa dia mempunyai sebuah kebun yang disayanginya kerana banyak hasil yang diperolehi dari kebun tersebut. Dia menafkankan kebun itu dan isi-isinya pada Nabi untuk dijadikan modal dalam memperjuangkan agama Allah.
Inilah yang ingin kita bina dalam jiwa masayrakat kita. Pemberian yang menampakkan kesungguhan dan ketulusan jiwa.
Jiwa Orang Kurang Berharta
Orang yang kurang padanya harta jiwa mereka tidak terlalu berhajat pada meminta. Bagi mereka , lebih elok dicari harta sendiri walaupun hasilnya tidak banyak sangat. Ini lebih baik dari menjadikan diri hina dengan meminta. Tetapi jika ada yang sudi memberi, ianya suatu penghargaan pada jiwa mereka. Kemiskinan yang melanda tidak menjadikan jiwa mereka kecil, tetapi dengan kemiskinanlah membuatkan jiwa mereka semakin tabah dalam mengharungi kehidupan.
Kemiskinan membuatkan seseorang lebih banyak mengadu pada Pemberi Rezeki, disamping usaha yang dilakukan. Sikap berserah dan mengadu pada yang Sentiasa Mendengar adalah terlebih baik dari meminta-minta dari makhluk.
Pemberian itu Kasih Sayang
“tidak beriman seseorang kamu jika tidak mengasihi saudaranya sepertimana mengasihi dirinya sendiri”
Hadis ini cukup memberi kesan pada mereka yang jiwanya penuh dengan kasih sayang. Apabila kita menganggap rakan-rakan, orang-orang miskin, tetangga, jiran dan sesiapa sahaja sepertimana diri kita sendiri, maka adakah lagi peluang untuk kita memberi sesuatu yang kita sendiri tidak suka?
Baju yang sudah lusuh, maka kita akan jadikan kain buruk berbanding memberi pada saudara kita. Kerana apa? kerana kita pun sudah tidak mahu gunakan pakaian itu, apakah orang lain juga akan memakai pakaian yang sama ? Memberi dengan maksud keperihatinan kita adalah dengan pemberian yang membangunkan jiwa seorang manusia. Jika pemberian dengan barangan-barangan 2nd ini sudah lusuh, maka ianya akan membuat satu penghadang antara orang berharta dengan yang tidak berharta.
Apakah dinding itu?
Dinding pemisah inilah yang menunjukkan kasta. Orang berharta lebih dengan pakaian serba baru, orang miskin dengan pakaian lusuh dan 2nd hand. Orang kaya dengan sikap tidak mengapa jika baju yang tidak mahu guna diberikan pada orang lain, manakala si miskin merasa terhina dengan pemberian yang tidak seberapa. Dinding inilah yang memisahkan dua golongan ini.
Pakaian yang lusuh melambangkan kita menghina golongan yang tidak punya apa-apa ini. Menghina manusia dengan harta sudah cukup menampakkan keadaan jiwa kita yang sebenar. Seseorang yang menghina manusia dengan harta, hartanya lebih hina dari si miskin yang tidak punya apa-apa. Penanda harta yang ada tiada keberkatan , bahkan harta itulah yang membawa kemurkaan Tuhan.
“perkataan yang baik dan pemberian kemaafan adalah lebih baik dari sedekah yang mengirinya dengan suatu yang menyakitkan” (albaqarah-263)
Inilah yang diajar oleh Islam kepada kita. Jika jiwa dan hati tidak sudi untuk memberi, tolaklah pelawaan atau permintaan dari peminta berbanding memberikan sesuatu yang hampir sudah tiada nilai di mata manusia. Cukuplah keperitan jiwa seorang yang tiada harta , janganlah disakiti golongan ini dengan pemberian kita yang cukup menyesakkan lagi dada mereka dengan penghinaan kita yang sebegitu rupa.
Bukalah ruang kasih sayang dalam jiwa kita, berilah penghargaan pada manusia selayaknya seorang manusia itu dimuliakan. Janganlah kesenangan hidup kita menjadikan kita buta hati, buta jiwa dengan perasaan kasih sayang, buta jiwa dari sikap peduli pada perasaan manusia.
“wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..” (albaqarah-264)
Posted by intan farhana izureen on 14 September 2008 at 7:09 pm
tajuk yg bagus….moga2 kte semua lbih memahami konsep memberi selepas ini..@(^_^)@..
Posted by jiwang031 on 15 September 2008 at 4:01 am
KINI TELAH DIBUKA..
PUSAT DOWNLOAD MELAYU
MACAM-MACAM ADA! DOWNLOAD SECARA PERCUMA!!!
►Audio Muzik
►Ceramah & Motivasi
——Audio
——Video
►Ebook
——Majalah
Majalah PC ada,
Majalah PC Xtra ada,
Mangga ada,
————————Ujang ada,
————————Mastika ada,
————————Gila-Gila ada,
————————Majalah Apo? ada,
————————Majalah Gempak ada,
————————Majalah Utopia ada,
————————Majalah Mingguan Wanita ada,
————————Majalah Mastika ada,
————————Majalah Wisel ada,
————————Majalah Arena Bolasepak ada,
————————Majalah Hai ada,
————————Majalah Maskulin ada,
————————Majalah G3 ada,
————————Majalah Max It ada,
————————Majalah Star Soccer ada,
————————Majalah Klik ada,
————————Majalah Remaja ada,
————————Majalah CHIP ada,
————————Majalah Aliran Informasi Pertahanan TEMPUR ada,
————————Majalah Rasa ada,
►Filem
——Versi DVD
————Cerita Indonesia
————Cerita Melayu
————Cerita Orang Putih
——Versi VCD
————Cerita Indonesia
————Cerita Melayu
————Cerita Orang Putih
►Rancangan Televisyen
——8TV
——Astro Ceria
——Astro Prima
——Astro RIA
——AXN
——NTV7
——RTM
——TV3
——TV9
►Video Muzik
——Muzik Indonesia
dan banyak lagi..!!!
Masuk sini= jiwangg.notlong.com
TENGOK DULU BARU TAHU, CAKAP SAJA TARA GUNA
Posted by nourhayati on 15 September 2008 at 6:59 am
salam..
kalau kita tahu semua pemberian yang terbaik adalah barang 2@benda yang kita sayang. maka tidak terjadilah lambakan barang dah lusuh.
pemberian hendaklah ikhlas hanya pada Allah..
Posted by nip on 15 September 2008 at 11:22 am
slm akhi,
bagaimana kalau brg yg diberi itu sudah tidak padan/muat dgn mana2 ahli kluarga, dan blm layak lgi dijadikan kain buruk, adkah dgn memberi kpd jiran yg kurang berada semata-mata utk mengelakkan pembaziran adlh satu penghinaan?
a very nice post, keep on writing, bro!
Posted by azlin on 15 September 2008 at 5:23 pm
assalamualaikum..
dah balik ke moscow ke?..
selamat menempuhi madrasah ramadhan untuk kali ini..
Posted by azlin on 15 September 2008 at 5:28 pm
cepatnye balas..ade ym x?..add la kalau ada..
Posted by umaralfateh on 15 September 2008 at 5:34 pm