Mengenali Moscow (Masjid-masjid di Rusia)

(Artikel ini artikel lama, minta maaf ye jika ayat-ayat tidak sedap. Ayat-ayat ketika masih bertatih dalam dunia penulisan (walaupun sekarang ni baru nak merangkak)

————————————————————————-

Hari ni saya terperap dalam bilik,tak boleh nak keluar mana.Lambakan buku yang perlu dibaca,membuatkan masa untuk berjalan-jalan terpaksa dilupakan buat seketika (walaupun bukan selalu ada masa berjalan).Dalam masa yang sama, saya membelek-belek gambar-gambar lama.Gambar-gambar masjid terutamanya.

Banyak kenangan manis bila difikirkan kembali tentang masjid-masjid ni.Manakan tidak,masa ketika mula-mula datang, majoriti senior kata cuma ada satu dua sahaja masjid.Tapi, setelah mengenali muslim-muslim di masjid, mereka kata ada 4 buah masjid.Dan bermula dari sampai sehingga dua bulan pertama, Allah mempermudahkan diri ini menjumpai keempat-empat buah masjid tersebut.

Dengan berbekalkan bahasa rusia yang tidak seberapa, alhamdulillah, selama dua bulan tersebut , dipermudahkan oleh Allah dalam kembara mencari masjid2 ni.Masjid prosek mira : 45minit dari hostel .Letih kalau pergi masjid ni.Selalu dalam metro mesti tertidur. :) Masjid pertama saya kunjungi dan masjid yang hampir semua pelajar tau.

Majoriti pengunjung masjid ini adalah dari kalangan negara-negara bekas jajahan soviet, negara yang berakhir hurufnya dengan -tan. Tadjikistan, Uzbekistan dan pelbagai tan-tan lagi.

Masjid Sejarah : Hampir setiap minggu masjid ini akan saya lawati. Masjid paling kerap saya kunjungi.Best.Tenang. Sangat berbeza ketenangan yang hadir ketika melawat masjid di Malaysia.

Pernah saya ajak seorang teman melawati masjid ini, ketika pulang, dia menyuarakan suara hatinya pada saya.

“we, kenapa rasa lain ek bila masuk masjid tu?”

‘maksudnya?’

“ermm…Sangat tenang. Tak pernah rasa perasaan tenang macam tu. Duduk kat Malaysia tak rasa macam tu. Kenapa ye?”

‘tak tahu la. tapi mengikut sejarahnya, masjid ni dibina betul-betul atas kesungguhan masyarakat Islam di sini. Dari permulaan binaan dia, duit-duit dia, semuanya orang islam sendiri yang sumbang. Sehinggakan orang-orang yang buat masjid ni pun, dari kalangan orang-orang yang jaga solat dia. tu kot sebab dia lain dari Malaysia, walaupun ada sesetengah masjid di Malaysia tu, ada je yang jaga pembinaan masjid dari awal sampai habis, tapi tak banyak. Masjid di Malaysia, ada tu, orang yang tak pernah solat pun , tapi dia buat masjid. Tak tahu la nak cakap macam mana.

Mungkin itu menyebabkan masjid sini dia rasa tenang dia lebih’

Masjid ni jaraknya lebih kurang 35 minit dari hostel.Masjid kedua yang diketahui.

masjid Otrodnoe : Berjarak dalam 1jam 15 minit dari hostel. Baru 3kali dilawati.Jauh sangat walaupun dalam moscow.Masjid paling besar.Ada sekolah agama sekali.Ada 2 ruang utama dewan solat, satu untuk sunni dan satu lagi syii.Ketika mula mengetahui tentang masjid ini,mula-mula memang tidak  tahu di mana letaknya masjid ni.

Hanya dengar orang-orang masjid cakap kat otrodnoye je(utara moscow),lepas tu, dengan tawakkal, saya menaiki bas dan ikut sahaja bas itu ke mana dia nak pergi.Dua tiga kali tukar bas.Last skali, ketika sudah sejam bertukar-tukar bas , terasa mahu berputus asa.

Tiba-tiba, ternampak dua buah menara dari jauh. Setelah diperhati, sangat-sangat bersyukur kerana itulah masjid yang dicari. Kemudian,terus sahaja saya berhenti di stesen berdekatan.

Memang rasa bersyukur betul.Ingatkan mula-mula nak putus asa dah, tapi masa nak putus asa  tu lah jumpa.Terasa dekat betul Tuhan dengan diri.Subhanallah.Memang best betul.Masa ni juga saya pertama kali makan masakan orang rusia,  orang masjid belanja. Palmeni namanya(daging bersalut tepung). Pertama kali jumpa terus belanja.Memang berbesar hati sungguh. Gambar ni diambil masa kali ketiga saya sampai,  datang dengan dua orang rakan,sebab tu ada gambar ni.Ini Masjid Taman Kemenangan.Dibina kerana memperingati para syuhada yang bersama-sama membentengi negara dari serangan Jerman dan perang dunia ke-2.

Tandas masjid ni paling lawa dari tiga tandas masjid di atas.Puas hati.Seolah-olah masuk tak nak keluar dah.huhuhu.Masa ni dia tengah dalam proses membaik pulih.Dekat dengan embassy malaysia, dalam 30minit berjalan kaki dari embassy.(letih2)..secara keseluruhan, dalam sejam juga nak ke masjid ni. Baru empat kali rasanya saya pergi masjid ni. Jauh.

Masjid Tver 3jam dari Moscow, dalam perjalanan ke St. Petersburg. Saya datang masa program keluar dengan tabligh..Huhuhu.. Tiga hari tak cakap bahasa melayu.Dengan bahasa rusia yang baru mencecah setahun setengah, berjaya juga diharungi..huhuhu…depan masjid ni, gereja.Masjid ini jika azan, sampai luar dengar.Macam kembali ke tanah air sendiri.Masa dengar azan dari menara masjid,aduhai, rasa rindu pada suara azan di udara terubat.Kalau masjid-masjid di Moscow, suara azan hanya di dalam perkarangan dalam masjid sahaja dengar.

Masjid di Nizhninovgorod

dari kiri: rafeeq , saya, mustakim

8jam dari Moscow.Bandar baru.Kalau kat malaysia, bandar dia lebih kurang seperti kajang,selangor (rasa-rasanya).atau sungai petani,kedah.Masa ni , pergi ramai2. Naik keretapi. Bandar baru tapi dah hampir seratus tahun dah walaupun nama dia bandar baru. (Berbanding dengan moscow-1147 diasaskan.) Sebab tu dikatakan bandar baru sebab dia banding dgn Moscow..

Volgina Street, Konkova,

117437,Moscow.

10 Respons to this post.

  1. Subhanallah.
    Aku sebenarnya sangat berminat dengan kembara seperti ini. Teringin untuk melihat tempat-tempat berlegarnya suara azan bila dilaungkan. Lebih-lebih lagi di tanah bertuan kafir.
    Lepas ni aku cadangkan kau bergambar dengan tuan imamnya sekali, dan seisi penghuni di dalamnya. Oh, pasti nostalgia sekali.

    p/s: Masjid Taman Kemenangan itu memang namanya begitukah? Apa sebutannya dalam bahasa Rusia?

  2. hehehe… sengaja letak terjemahan, memartabatkan bahasa melayu. :)

    namanya park pobedi , pobedi = menang .

    kalau prospek mira tu, prospek seperti yang diketahui, mira tu maksudnya world,dunia.

    kiranya prospek mira = pandangan/harapan dunia… kot..hihihi..tak reti sangat nak translate2 ni..

    nizhniynovgorod tu lebih kurang macam ni maksudnya, nizhniy = bawah,rendah , nov = baru , gorod = bandar . maksud keseluruhan.. macam yang ditulis.

    kalau tver tu, nama tempat ..maksudnya macam firm , hard.. lebih kurang camtu la…tak menarik sangat nak mentranslate tempat2 kat sini..huhu..

    adei, terpanjang pulak…orang minta satu kita bagi empat..huhu… :)

  3. Wah, ini namanya beri karipap dibalas Pizza oleh jiran. Hihihi.
    wah-wah. kau memang belajar bahasa Rusia ya. Pasti bertahap tinggi. Hehe.

  4. kagum ngn entry nih…kdg2 bile kte dok kat negare islam xrase bile kehilangan nikmat azan dan susah dpt masjid…alhmdlh ktsni mmg byk masjid..berape tapak jek jmpe msjd..jmpe msjd..

  5. Salam Perjuangan dan Salam Perantau…..

    Bersyukur kepada Allah kerana di Rusia masih ada sinar Nur Islam.

    Bila lar agaknya nak mengembara sambil belajar dan berdakwah macam nie yer…..

    Sudah masuk tahun ke berapa umaralfateh study kat Russia???

    Bila nak balik Malaysia, terutamanya MML ???
    Nanti boleh la bagi movivasi dan dorongan untuk bakal pemimpin Islam…

  6. :) baru tahun ke 3..

    ana tidak pandai mana dalam berucap..sudah dua tahun tidak menjejakkan kaki di mml..

    rindu makin membuak, tapi rasa malu pula mahu kembali, terasa diri ini lain dari dulu ketika keluar. :)

    ada rezeki, insyaallah, tahun depan pulang..cuma kesempatan untuk ke kelantan akan cuba dicari insyaallah..

  7. Satu info yang menarik dan bermaklumat. Ana amat tertarik sekali di atas pengalaman adik tadi. Untuk berkongsi pengalaman Ana di Jordan pula (1992 – 1997 ) sila kunjungi ibnuwalid.blogspot.com dan abunusaircty.blogspot.com Selamat Datang – Ahlan wa Sahlan ke blog saya

  8. menarik masjid2 di russia..sy di bidang seni bina..mmg teringin melihat masjid2 seluruh dunia..semoga Allah kurniakan rezeki mampu melawat tempat2 menarik di negara org. di harap dpt update blog anda dgn cerita2 menarik berkait seni bina di sana.. salam.

  9. Posted by husna on 12 November 2009 at 5:15 pm

    hi nama saya husna aya nk krm salam dkt abg saya di moscow …….. hotel cosmos

  10. siapa ye nama abang?..
    beliau datang kerja?

Balas kiriman ini