Sehari Bersama Ustaz Amin

Alhamdulillah, terubat sudah hati ini apabila diberikan satu rahmat berupa perjumpaan dengan seorang pendakwah juga  seorang yang amat mengasihi anak-anak yatim.

Satu hari ini, saya dan sahabat-sahabat lain mengambil peluang cuti di hujung minggu melawat ustaz Amin (Muhammad Abdullah Al-amin) (tekan nama ustaz untuk masuk ke blognya), yang baru tiba dari Malaysia pada hari khamis yang lalu.

Kedatangan Ustaz Amin ke sini adalah sebagai Pensyarah sebuah fakulti di Moscow State University – MSU ( University No 1 di Russia).

Dari pagi , seawal 9 pagi, kami sibuk menyediakan juadah untuk makan sekali bersama ustaz Amin. Tepat jam 12, setelah semuanya siap, kami berenam bertolak ke MSU.

Dari MSU , kami membawa ustaz ke sebuah pusat membeli belah, untuk mencari-cari tempat yang boleh kami duduk sekali dan menikmati juadah.

dsc_0144

(Pinggan plastik warna hijau dan tupperware kami bawa dari rumah)

Apabila sudah sampai , kami mengambil tempat duduk.

”Haa, sebelum tu, ustaz nak berkenalan dulu. jap, biar ustaz ingat..siapa  umaralfateh, syazwan , afiq…? ”

Saya mendengar tersenyum simpul.

”Ustaz, saya syazwan… saya juga umaralfateh.. (ketawa sedikit) .. saya kalau dalam alam internet, lebih suka guna umaralfateh..tapi dalam realitinya, saya guna nama syazwan.. jadi, umaralfateh dan syazwan tu, orang yang sama, saya..”

”oowh…” ustaz juga tersenyum..

”Jadinya, kamu sekolah mana dulu? ” soal ustaz pada kami.

”Maahad Muhammadi kota bharu ..” saya menjawab.

”Maahad jugak, sekali..” fakhrul menambah.

”Ustaz maahad laki jugak kan dulu? .. ke masa tu tak pisah lagi? ”

”Haah, ustaz maahad juga dulu, dah pisah dah..di jalan pengkalan chepa tu la..”

”Laa, ni reunion senior junior la ni kan?…” Raimi menambah.

Kami semua tersenyum.

Banyak yang kami perbualkan. Keramahan Ustaz membuatkan kami  tidak berasa kekok. Baru berjumpa sudah boleh senyum ketawa. Kemesraan seperti begitu mudah meniti.

Isu sejarah, isu bahasa, isu aqidah, isu ummah yang banyak membelenggu kepala ni, banyak yang diluahkan.

”Saya tak suka sangat belajar ilmu ni tanpa ada guru dihadapan, terasa kusut je kepala. Alhamdulillah, ni dah luah semua dan dapat penjelasan , rasa lapang je dada ni..”

dsc_0151

Beginilah tekunnya apabila ilmu sedang dibicarakan. Usrah di shopping complex.

dsc_0149

Saya pun tak tahu apa yang sedang dibicarakan ketika ini. Ustaz membawa buku kemana sahaja..mencatat ilmu di dalamnya. Banyak juga bahasa rusia yang dicatat.

6 Respons to this post.

  1. slalu tgk ustaz dlm tv3(al-kuliyyah) jer..

  2. :)
    tengok dalam tv dan berjumpa semuka lain perasaannya..

  3. Posted by narumi aizawa on 18 Mac 2009 at 9:43 pm

    salam,
    di sebelah kiri ustaz tu, afiq ye? isterinya nama dayah?

  4. kepada narumi aizawa :

    salam..
    ya, sebelah kiri ustaz itu afiq mohd nor, suami kepada hidayah jaris.

  5. [...] Sehari Bersama Ustaz Amin « Umaralfateh’s Weblog [...]

  6. Posted by Mazlan on 26 Mac 2009 at 3:05 pm

    Assalamualaikum Ustaz,

    Salam sejahtera dari Desaria. tentunya Ustaz sibuk dengan kuliah dan kerja harian. Tentunya menggembirakan hendaknya.

    Kami tumpang gembira dapat melihat gambar2 yang di blog ini.

    Jumpa lain kali.

    Salam mesra dari Abg Lan~

Balas kiriman ini