Apa yang menariknya berada di bumi yang mempunyai 4 musim ini adalah, merasai dan memahami sendiri kehidupan dan kematian.
Tika musim sejuk, semua pohon, tiada bunga langsung, seolah-olah kayu yang mati.
Tika musim bunga menjelma, tidak disangka pohon yang disangka mati , mengeluarkan pucuk pertamanya.
Ada perkara yang tidak boleh difahamkan dengan kata-kata, cukup sekadar melihat alam, kuasa Yang Maha Mencipta sudah dapat dirasa.
—————————————————–
Ini pohon kedua, yang setiap hari saya akan melaluinya, berada dihapadan bangunan utama universiti.
Gambar entri semalam, berada dihadapan bangunan hostel kami.

keadaan tika musim sejuk sudah menghampiri usia tua.

mula memanjang

keesokan harinya

mula menghijau (dari putih semalam, hijau hari ini)

pucuk daun baru keluar (5hari kemudian)

Dedaunan sudah berani menampakkan diri

keindahan dedaun mula menampakkan seri

hari ini
Posted by amnah on 16 Mei 2009 at 12:39 am
Mencari Allah melalui ciptaan-Nya
moga ketemu~