Sebuah telvisyen, dibuka.
Kebetulannya, sebuah iklan sedang ditayangkan.
Seorang wanita berpakaian singkat dan ketat, melakukan sebuah senaman ringkas.
Selepas sahaja senaman ringkas tersebut, pulang menikmati secawan susu, beberapa ketika kemudian, dia mulai berkata-kata ,
” Mahukan tubuh yang cantik dan tulang yang kuat?
Saya menjaganya dengan meminum susu dan bersenam selalu.”
Paparan di kaca televisyen memaparkan bentuk pinggang yang rampin dan susuk tubuh wanita tersebut.
Masa berlalu.
Ianya dipertonton sehari demi sehari, setahun demi setahun.
Sehingga jelas di fikiran generasi manusia, kecantikan adalah dari penampilan, badan yang kurus, pakaian yang singkat, rambut yang panjang teurai.
Sebuah Kisah Yang Lain , Realiti Yang Sama
Dibuka sebuah televisyen.
Pekerjaan yang baik adalah dari bilik-bilik yang berhawa dingin, gaji yang tinggi, kereta mewah, rumah yang besar tersergam indah.
Semuanya bermula dari pendidikan, deretan A , keputusan yang diperoleh dari sijil-sijil diperlukan.
Di dada-dada akbar, majalah-majalah, papan-papan iklan, semuanya memperkatakan perkara yang sama.
Dari sehari ke sehari, setahun demi setahun.
Sehinggalah generasi manusia sudah menangkap apakah nilai sebuah kehidupan ini.
Kecantikan aku bagaimana dipandangan manusia?
Kemewahan aku dimana tahapannya?
A aku, bolehkah ditandingi manusia?
Semuanya berfikir, pola yang hampir sama.
Sehari demi sehari,pekerjaan yang sangat diperlukan negara, diheboh-hebohkan, kecantikan yang diperlukan, dipaparkan dan diwar-warkan.
Semuanya menuju kepada suatu kehidupan yang sepertinya, diatur-atur.
Generasi ini, perlu bekerja sebegini begini.
Generasi mendatang, begini begini.
Tidak kalah seperti robot-robot yang diprogramkan untuk berbuat kerja.
Kemodenan Dari Kaca Mata ”Mereka”
Sebuah drama dibuat.
Pelakonnya, berpakaian tidak seperti sepatutnya.
Dua orang pelakon utama berborak-borak sambil berjalan-jalan di satu kawasan.
Minda sedar manusia menangkap dan tertumpu pada dua orang watak utama, dalam masa yang sama minda separa sedar menangkap suasana di sekeliling dua orang watak utama tersebut.
Masyarakat berpegang tangan tanpa sebarang ikatan.
Pergaulan lelaki perempuan, berada berhampiran dua orang tersebut.
Kebanyakan kenderaan-kenderaan yang melalui kawasan tersebut terdiri dari kenderaan kenderaan mewah.
Minda separa sedar manusia menangkap apa yang berada di sekeliling dua watak utama tersebut juga kawasan-kawasan sekitarnya.
Ini dijalankan, sehari demi sehari, setahun demi setahun.
Sehingga tertanam di dalam jiwa manusia, bahawa suasana kemodenan dan gaya hidup di dalam televisyen itulah yang menunjukkan kemodenan sejati.
Sehari demi sehari.
Ianya berlarutan.
Ianya senjata terbaik sesebuah kerajaan untuk menakluk rakyat.
Rakyat disibukkan dengan perkara-perkara berkaitan perut masing-masing,dalam masa yang sama mereka rakus menghisap dan menjerut kehidupan rakyat.
Barangan yang ingin dilariskan, tidak perlu banyak dilakukan, hanya mengulangi perkara-perkara yang sama terhadap sesuatu generasi sehingga jelas ia menjadi seperti sudah realiti , bahkan tidak sekali-kali.
Mereka yang kaya, semakin bertambah kaya dengan manipulasi yang dilakukan terhadap rakyat jelata.
Kerusi pemerintah semakin empuk ditukar-tukar , silih berganti malam dan siang.
Kenapa Perlu Tahu Perkara Ini?
Inilah yang dilakukan oleh kerajaan taghut setiap zaman.
Dari generasi ke generasi.
Setiap zaman , kerajaan yang memerintah punyai cara tersendiri bagi menjerut leher rakyat dalam keadaan tanpa disedari.
Nabi dan Rasul diutuskan bagi membebaskan manusia dari belenggu yang dicipta ini.
Membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia, kepada perhambaan kepada Allah, Pencipta Alam Semesta.
Hakikat Kehidupan Dunia
Begitulah hakikat kehidupan ini, hampir tidak jelas yang manakah kebenaran yang manakah keburukan.
Jalan menuju kebenaran itu, dilihat terlalu sukar diperoleh.
Jalan kebatilan itu sangat mudah dilalui.
Seolah-olah, kebatilan dan keburukan itulah kebenaran, manakala kebenaran itu merupakan suatu kekejian.
Kehidupan yang bercampur-campur, bersimpang siur, hampir tidak dapat dibezakan yang mana realiti yang mana fantasi.
Umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap gelita.
Siapakah yang boleh membezakan seekor semut hitam yang berjalan-jalan di atas batu hitam di malam yang gelap?
Hasil pendidikan yang diperoleh, tidak dapat tidak ianya perlu kepada sebuah cahaya, cahaya yang menyuluh di malam yang gelap, menerangi semut hitam di atas batu yang hitam.
Bagaimanakah mahu mengetahui kebenaran hakikat kehidupan dunia ini?
Ianya menggunakan formula yang sama dalam menerangi semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap, cahaya yang menyuluh di dalam kegelapan.
Cahaya ini tidak diperoleh dari lampu picit, lampu kereta atau lampu kalimantang, bahkan ianya cahaya yang hadir, diperoleh dari Allah,itulah NUR.
Hanya mereka yang diberikan NUR oleh Allah boleh menyuluh hakikat kehidupan ini.
Beruntunglah mereka yang mendapat NUR dari Allah, Pemberi Nikmat dan Petunjuk , yang dengannya mata boleh melihat apa yang benar apa yang batil, telinga boleh mendengar,membezakan apa yang baik apa yang buruk, hati boleh memahami apa sebenar yang terjadi.
Tanpa NUR ini, manusia hanyalah robot-robot yang dikontrol oleh ”mereka-mereka” yang tahu memanipulasinya.
Tanpa NUR ini, Quran tidal lebih hanyalah buku-buku yang menjadi perhiasan di rak-rak, almari almari. Tidak diguna melainkan hanya untuk sebahagian dari waktu, tidak dibaca melainkan dari waktu-waktu tertentu, dan ianya tidak lebih dari perkataan-perkataan yang dicetak yang tidak punya nilai.
Tanpa Nur ini jugalah, umat islam tidak tinggal melainkan hanyalah panggilan dari nama-nama yang tertera pada kad pengenalan diri.
Tidak dikata-kata tentang kemuslimannya, melainkan dari waktu-waktu yang terbatas waktunya.
Masjid-masjid tersergam indah, dibina dengan penuh kemegahan tetapi jauh dari petunjuk-petunjuk dari Tuhan.
Tidak diguna melainkan dari sedikit waktunya.
Tidak dikenali melainkan sedikit dari masanya.
Mereka-mereka yang mempelajari ilmu,punyai pengetahuan sehingga bergelar ilmuan dan golongan intelek, tidak lain , hanya lebih menjauhkan manusia dari rahmat dan nikmat Allah.
Segala yang dibuat pemerintah yang mahukan rakyatnya tunduk pada mereka, ilmuan-ilmuan ini memberikan kebenaran dan memujuk manusia mematuhi apa yang telah ditetapkan.
Apa Keperluan Mengenali Dunia?
Mengenali kebaikan dan keburukan sesuatu merupakan suatu perkara yng penting dalam mebuat sesuatu pilihan.
Mengenali kebaikan yang ada di dunia, maka mudah untuk merebutnya.
Mengetahui keburukan yang dibawa oleh dunia, membuatkan kita mudah berhati-hati dengannya.
Kutiplah kebaikan walau ianya ditangan orang-orang bukan muslim kerana ianya barang kebijaksanaan yang tercicir oleh muslim.
Tiada yang lebih berharga melainkan kesedaran danĀ kepekaan terhadap tanggungjawab yang mengiringi kita sebagai manusia.
Hidup ini adalah pilihan, apakah mahu memilih kebaikan ataupun keburukan, semua sudah diberikan akal.
Pilihan untuk menentukan baik buruk kita dihadapan Allah , bermula dari kehidupan di dunia ini.
Pandai memilih, mudahlah perjalanan yang dilalui.
Salah memilih, awaslah, kelak satu hari nanti ianya akan diperhitungkan.
—————————————————————————————————————————————————
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2)
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3)
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4)
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5)
Di dalam Kitab Tuhan : Sapi Betina
Posted by as on 26 Jun 2009 at 4:56 pm
makin seram dengan realiti dunia..yang mengejar dunia semata-mata
Posted by along on 27 Jun 2009 at 12:36 am
wow..tak sangka..akhirnyer keluar jugak satu artikel macam ni…or am i just understand the whole thing baru baru ni..? but most important is to understand and to act. eventho setiap manusia itu hanya mendapat NUR jika mendapat hidayah Allah, tetapi kita juga perlu berusaha ke arah tersebut. musuh kita sentiasa bekerja siang dan malam tanpa henti, tanpa kenal penat lelah. kita harus lebih hebat!
Posted by Affuan on 27 Jun 2009 at 1:46 pm
artikel yang panjang, maksud yang dalam..
Posted by sinar on 30 Jun 2009 at 10:04 am
dunia oh dunia…
ramai yang tertipu dengan hambatannya hingga lupa akhirt sana
ps:: sudh tukar tmplate bru…nice..hijau yg mendamaikn
Posted by SangPelangi on 1 Julai 2009 at 5:40 pm
Aku terdiam, malah bulu romaku tiba-tiba sedikit menegang. Aku kira banyak benarnya dari tulisanmu. Benar bahawa kita sebenarnya sudah terpengaruh dengan sedikit tipuan persepsi songsang di kaca televisi.
Senang digambar suasana mewah.
Sihat dilakar tubuh langsing malah seksi.
Hakikat dan Nur. Oh keduanya amat terkait.
p/s: Seperti gatal tanganku untuk mengundang artikel ini bertandang ke akhbar. Kerana aku kini di bidang penerbitan. Hehe. Saja ingin memberitakan pada kamu. Salam bertaut lagi.
Posted by umaralfateh on 1 Julai 2009 at 11:41 pm
salam tautan dari tanah soviet.
selepas membaca komen kamu,terutama yang akhir sekali, tidak tahu apakah yang mahu dibalas.
jika dari hati kecil ini, segala apa yang tertulis di dalam laman sesawang aku ini, sangat mengharapkan agar jika ada kebaikan padanya, disebar luaskan,
mudah-mudahan mencelikkan mereka yang kabur, membangunkan mereka yang duduk, membangkitkan mereka yang sedar.
jika kamu ingin meneruskan usahamu, aku menyerahkan segalanya pada kamu, terpulang apa yang terbaik untuk kamu di bidang tersebut untuk membuat suntingan atau apa sahaja yang kamu fikirkan.
terima kasih buat kamu.
**sekadar nota buat kamu, aku tidak boleh meninggalkan komen di laman kamu.entah mengapa, sudah dicuba berkali-kali. setiap kali ingin menghantar komen, akan keluar satu box kecil ”the page sangpelangi.com says :FAILED TO ADD YOUR KOMEN”
Posted by ahmad on 17 September 2009 at 7:49 am
salam,
Dunia adalah tempat manusia tertipu, tempat dimana yang baru jadi buruk, yang muda jadi tua , hidup kepada mati. Manusia datang dari perkataan “nasiya ‘ bermaksud lupa. kita sering lupa, lupa kepadaNya kerana tertipu pada kesenangan dunia. oleh itu saudara-saudaraku sama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain , agar kita selamat dalam menjalani hidup ini. amin