Buat Pengunjung Yang Dihormati

Alhamdulillah, tiada pujian yang selayaknya melainkan dikembalikan kepada Pemberi NikmatĀ  dan Rahmat, Allah , Tuhan Yang Maha Tinggi.

Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih buat kalian yang masih sudi melawat laman ini walau sudah lama saya tidak memasukkan artikel terbaru.

Mudah-mudahan dengan setiap lawatan yang dilalui Allah ganjarakan dengan satu kebaikan, itulah niat memperoleh kebaikan.

Sudah hampir seminggu peperiksaan akhir semester berakhir, alhamdulillah, sudah melepasi tahun 3 di sini, separuh perjalanan menjadi seorang yang bakal digelar pengamal perubatan, juga bertambahnya bebanan tanggungjawab yang bakal dipikul.

Suka kiranya saya berkongsi serba sedikit apa yang sedang dijalankan.

Pertamanya, sedang mengulangkaji kembali pengajian-pengajian yang lalu sebagai persediaan memasuki semester baru, yang merupakan tahun-tahun klinikal.

Kedua , sedang membaca bahan-bahan rujukan berkaitan beberapa perkara, salah satunya mengenai minda separa sedar manusia, bagaimana seseorang yang menguasai subjek ini boleh menguasai minda manusia lain dalam bentuk yang besar, atau dengan kata lain menggunakan media sebagai satu bentuk menguasai manusia berfikir.

Ketiga, sedang membuat satu susunan semula pengajian sejarah. Berkaitan jatuh bangunnya kerajaan islam bermula zaman Nabi Muhammad Sollahu alaihi wa sallam sehinggalah ianya kejatuhan khilafah usmaniyah. Aspek sebelum ini yang sering ditekankan hanyalah dalam aspek politik, bagaimana islam dikembangkan dan polisi-polisi yang kerajaan islam lakukan.

Jika mahu dikatakan kajian, tidak juga, mungkin hanyalah menyusun kembali perkembangan masyarakat islam dalam bidang pengetahuan.

Yang paling ditekankan mungkin perubatan sendiri disebabkan saya sendiri berada di dalam bidang ini.

Mungkin disebabkan perkara ini, saya ada sedikit masalah untuk memasukkan artikel-artikel terbaru. Mungkin memerlukan sedikit masa lagi.

Terakhirnya, sedang membuat praktikal di hospital.Hampir setiap 3 hari, akan tidur sehari semalam di hospital.

In sya allah, apabila keluangan tiba, saya cuba untuk memasukkan artikel-artikel terbaru.

Terima kasih buat kalian, moga Allah permudahkan urusan kehidupan kalian dan dilimpahkan nikmat dan rahmat dari sisiNYA.

2 Respons to this post.

  1. moga ALLAH permudahkan urusan penulis blog ini juge.. =)

  2. Assalaamu’alaikum….

    Salam ukhuwwah dalam kebaikan. Semoga sentiasa berjaya dalam menempuh kehidupan yang penuh mencabar dan jadikan cabaran itu sebagai pendorong menuju kejayaan. Untuk mengapai kejayaan memerlukan pengorbanan yang tulus dan ikhlas untuk mendapat manfaatnya. Menulis itu mudah. jangan dipayahkan. Menulis dan terus menulis. Salam kenal dari Sarawak.

Balas kiriman ini