Mencari Jodoh Dengan Istikharah
‘‘Asalamualaikum wan, nak tanya, macam mana nak buat solat istikharah?..versi yang sangat-sangat betul? ” seorang sahabat nun jauh merentasi benua bertanyakan saya suatu hari.
”Nak yang macam mana? ”
”yang cam betul2 nya…nak mintak petunjuk dalam memilih jodoh ”
”erm..dah ada calon ke belum?”
”dah.. camni ..tatau nak tunang atau nak kawen terus”
”anta dah tekad? .. jap..nak susun ayat ”
Lama saya berdiam.
”ada dua cara istikharah..” saya memulakan bicara.
‘’satu – anta kumpul maklumat, buat perbincangan , cari pro n kontra , sebelah sana macam mana, belah anta macam mana, kemudian, bila anta dah sampai satu tahap, semua dah tersedia, anta solat istikharah, mudah2an apa yang anta nak pilih selepas tu, suatu pilihan terbaik.
solat istikharah lebih kepada penyerahan hati kita kepada Allah, bila kita serah diri pada Allah, hati akan tenang. ketenangan diperlukan bagi membuat sesuatu keputusan tanpa sebarang sifat gopoh atau apa2 yang tercela.
jadi, bila anta dah faham benda ni, akan datang tidak akan datang perasaan menyesal, kerana kefahaman diri kita bahawa keputusan kita dahulu merupakan setelah kita berusaha secara optimum dalam mendapatkan keputusan dan diserahkan kepada Allah
cara kedua
solat dahulu istikharah, kemudian baru mulakan perbincangan semua sekali macam disebutkan…mudah-mudahan segala yang lahir masa perbincangan adalah datang dari ketulusan jiwa untuk membina sebuah masjid yang mulia.bukan dari sifat kegelojohan dan kegopohan.
jadi, bagi kita sebagai muslim, atas kita nak buat macam mana.
cara satu, atau dua..dua2 boleh .”
”ermmm…cam pas solat ..doa kan…ermm cam ne nak tahu
pilihan yang baik tu
datang dalam mimpi? atau ketenangan ke camne ke..” Beliau menyambung sedikit kemusykilan.
”kebiasannya, tekad yang kuat terhadap sesuatu keputusan. mimpi tidak menjadi syarat. ada yang Allah beri petunjuk dengan mimpi, ada yang Allah beri petunjuk dengan nasihat dari mak ayah sendiri, ada yang Allah beri petunjuk dengan tekad dan perasaan yang kuat terhadap sesuatu keputusan. yang pasti, jika kita benar2 berserah, ketenangan akan hadir.
jadi atas anta macam mana nak membaca sesuatu situasi tu sebagai pentujuk dari Allah”
”Bila dah betul-betul berazam nak buat keputusan tu, tawakkal pada Allah, mudah-mudahan itu menjadi pilihan terbaik anta.”
Tudung Dan P akaian
”wan, macam mana ye aurat ni? ”
”macam mana apa? ”
”erm..kalau orang perempuan pakai pakaian, dia pakai tutup badan semua, tapi ketat. Macam mana ye tu?..boleh ke? ”
Saya memandang wajah sahabat yang seorang ini, sering bertanyakan kemusykilan yang dihadapi.
”’hmm..macam ni, aurat ni kita kena tahu apa benda dia.
Apa yang diinginkan dari konsep menutup aurat, adalah kita menutup bentuk badan kita. Ingat, BENTUK BADAN. ” saya menekankan perkataan ”menutup bentuk badan” padanya.
Jadi, bila kita dah faham kenapa kita menutup aurat, kita akan faham semua tuntutan agama berkaitan perkara ini, tak kisah pada lelaki atau perempuan, bila kata je tentang tutup aurat, maka akan terhasil di fikiran, bahawa yang ingin ditutup adalah bentuk badan.
Jadi, misalkata kalau lelaki nak main bola, kalau pakai seluar pendek kat luar , dan pakai seluar ketat panjang kat dalam, itu tutup aurat ke? ” sekadar bertanya ingin mengetahui kefahamannya.
”Tak ”
”ok, maksudnya dah faham. Begitulah yang sepatutnya pada lelaki dan perempuan. Bila kita faham yang ni, kita akan faham kenapa Allah suruh wanita melabuhkan tudung mereka sehingga bawah dada ” saya menghabiskan perbicaraan sambil merenung mata beliau.
”hmm…ok..faham-faham. ” senyum simpul beliau dari renungan yang saya berikan.
Posted by sinar on 12 Julai 2009 at 5:08 pm
penerangan yg cukup terang n jelas pasal kedua2 aspek yg ingin diketengahkan…lebih mendekati pembaca