Cerita-Cerita Kehidupan Di Hospital

Doa Bersin

”Aaaacummm!! ” seorang kakak jururawat bersin ketika melalui tempat saya dan kawan saya di hospital.

”Budce zdarova ( Mudah-mudahan kamu sihat ) ” kawan di sebelah saya menyambut.

”Spasiba (terima kasih)  ,” jawab kakak jururawat tadi.

Tiba-tiba,

”aaacummm!! , ” tidak semena-mena kakak tadi bersin kembali.

”Budce zdarova ” kata kawan disebelah saya.

”Spasiba , ” kakak tadi membalas.


Kesimpulan : Dalam islam, apabila sesiapa yang bersin , apabila orang yang bersih berkata alhamdulillah, kita akan menjawab ”yarhamkallah ”.

Satu doa kita buat saudara kita.

Di Rusia ini, orang yang mendengar orang yang bersin mendoakan orang yang bersin tersebut.

Ada sedikit persamaan, tetapi berlainan cara.


Bicara Kesihatan

Semalam satu hari satu malam berada di hospital.

Bermula jam 9.00 pagi semalam kehidupan di hospital bermula.

Saya dan kawan (pelajar rusia) diminta menghantar pesakit ke wad persediaan untuk pembedahan.

Ketika sampai di wad berkenaan, sudah terlantar beberapa orang pesakit di dalam wad berkenaan.

Mata saya tertumpu pada seorang pakcik tua.

Wayar berselirat hampir ke seluruh badan.

Matanya tertutup separuh.

Dadanya berombak-ombak, caranya bernafas seperti ada sesuatu yang menyekatnya dari menarik nafas walau beliau menggunakan alat bantuan pernafasan.

Jika melihatnya bernafas, seperti sangat perit pernafasan yang dilakukan.

Kemudian , kami kembali ke department kami. Kami praktikal di surgery department.

Membuat tugasan biasa. Borak-borak setelah selesai tugasan-tugasan yang diperlukan.

Jam 1030 malam, ada sedikit kekecohan berlaku.

Seorang lelaki dalam lingkungan 40-an dimasukkan ke wad kami.

Setelah didiagnose, ada ulcer sama ada di bahagian perut atau duodenumnya.

Tengok wajahnya, sangat perit.

Doktor pakar datang , cuba membantu.

Setelah meneliti apa yang patut, stomach lavage (pembersihan perut) perlu dilakukan.

Satu tiub dimasukkan ke dalam hidung pesakit, pesakit diminta meminum air, sambil menelan tiub tersebut.

Serta merta dada pesakit menunjukkan penolakan yang kuat, seperti ingin muntah, tetapi diminta agar melalui hidung.

Perit melihatnya.

Setelah lebih setengah jam, dan lebih dari 8 kali proses yang sama diulang-ulang, barulah selesai.

Kami diminta membawa pesakit menjalani ujian x-ray , ultrasound , dan esophagogastroduodenoscopy.

Ketika ujian esophagoduodenoscopy ini, keperitan melaluinya juga bertambah.

Kalian bacalah link yang disertakan di atas.

Setelah selesai ketiga-tiga ujian tersebut, kami diminta membawanya ke wad pembedahan.

Semasa melintasi ruang legar wad berkenaan, saya terpandang satu jasad kaku di satu bucu.

Sepertinya pakcik yang tengah hari tadi.

Sudah tidak bernyawa.

Dua orang anak muda sedang cuba menguruskan jasadnya, seorang agak berisi dan seorang lagi agak kurus.

Yang kurus, kelihatan ingin muntah-muntah mungkin tidak tahan dengan keadaan mayat tersebut.

Saya hanya memerhati dari jauh.

Dalam pukul 2 pagi, baru kami boleh merehatkan badan.

Pukul 630 pagi tadi, saya pulang ke rumah.

Kesimpulan :

1. Jagalah kesihatan anda, ianya sesuatu yang paling bermakna.

Makanlah makanan yang berkhasiat bukan makanan segera , kurangkan minuman bergas, rokok, kurangkan makan organ dalaman seperti hati, jantung dan makanlah buah-buahan sebelum makan bukan selepas makan.

Menjaga makanan sangat penting, kerana dengan makanan yang baik, kesihatan anda terjaga , kerja anda boleh dioptimumkan, dan bukankah mukmin yang kuat itu lebih baik dari mukmin yang lemah?

2. Nyawa yang ada ini merupakan satu kurnian Allah.

Gunalah ia sebaiknya.

Hidup hanya sekali di dunia ni, rugi kiranya jika ia disibukkan pada benda yang menjauhkan kita dari Allah.

———————————————————————————————————————–

4 Respons to this post.

  1. Berada di hospital seringkali buatkan rasa insaf menyelinap masuk dalam jiwa. Bersyukur dengan apa yang ada :)

    Balas

  2. like this post =)

    Balas

  3. Assalaamu’alaikum..

    Tulisan kehidupan di hospital yang dilakarkan oleh anda sungguh mengharukan dan ini memberi keinsafan buat saya untuk menghargai nyawa dan kesihatan. Selamat bertugas dan istiqamah dalam kehidupan yang berkat.

    Balas

  4. Posted by shafifah on 17 Julai 2009 at 7:14 am

    MAJLIS ILMU & ISRA’ & MI’RAJ HUJUNG MINGGU INI

    TARIKH : 17 JULAI 2009
    JAM : 7.00PM
    TEMPAT YAYASAN SOFA, N. SEMBILAN
    PENCERAMAH: HABIB UMAR ALJUFFRI/SYEIKH FUAD

    TARIKH : 18 JULAI 2009
    MASA 7.30PM
    TEMPAT: MASJID BAITUL AMAN

    TARIKH :19 JULAI 2009
    MASA: 6.00PM
    TEMPAT : MASJID TAMAN TAR
    PENCERAMAH :HABIB UMAR ALJUFFRI/SYEIKH FUAD

    Keterangan lanjut klik : http://pondokhabib.wordpress. com

    Balas

Balas kiriman ini