Membina Generasi Tamadun – Membina Generasi Bertanya

Membina sebuah tamadun tidak boleh lari dari yang dikatakan ilmu pengetahuan.

Tamadun merupakan satu sistem masyarakat yang tersusun dan teratur dari segi aspek politik, sosial , ekonomi , pendidikan dan perundangan.

Membina sebuah tamadun, ilmu pengetahuan tidak boleh dikesampingkan.


Al-Quran Membina Generasi Bertamadun

Membicarakan isu tamadun ianya mestilah dalam menitik beratkan soal asas yang membina tamadun itu sendiri.

Kegemilangan tamadun islam sangat didasari dari method yang diajarkan melalui kalam Tuhan, Alquran.

” Iqra – Bacalah ” adalah seruan pertama yang Allah sampaikan melalui perantaraan Jibrail kepada Nabi Muhammad.

Membaca adalah asas kepada kunci pengetahuan.

Membaca juga banyak membuka pintu kegelapan.

Tetapi bagaimanakah sikap yang harus dibawa ketika membaca?

Allah mengajarkan kepada manusia, bagaimana menimbulkan semangat membaca ini melalui ayat-ayat terkemudiannya.

Allah menyuruh manusia dan Dia juga menyediakan prasarana yang secukupnya bagaimana membina aqal dengan membaca.

”Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ianya diciptakan?


Kepada langit bagaiman ianya ditinggikan?


Dan gunung ganag bagaimana ianya ditegakkan?


Dan bagaimana bumi dihamparkan? ” (alqhasyiyah -hari pembalasan – 17-20)

Pembacaan yang betul mestilah pembacaan yang meningkatkan perasaan ingin tahu.

Tentang perkara ini, Allah telah menjelaskan kepada kita, bagaimana Dia menyuruh kita berfikir bagaimana semuanya terbentuk, tercipta?

Bertanya – kenapa , mengapa ,apa , bagaimana itulah yang perlu dilakukan seseorang bagi membina aqal.

Bagi meningkatkan lagi jiwa manusia, Allah memuji golongan yang suka berfikir tentang setiap kejadian sebagai golongan atau kaum yang berakal, kaum yang berfikir .

”….sesungguhnya pada demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasan Allah )bagi kaum yang memikirkan.


….sesungguhnya yang demikian ada tanda-tanda bagi kaum yang memahaminya ” (Lebah  – 11-12)

Generasi Terdahulu

Khalifah Al-Ma’mun seorang khalifah umat islam bani Abbasiyah , yang memerintah kerajaan islam dari hujung Pakistan sekarang sehingga Maghribi.

Ketika pemerintahannya, beliau pernah bertanyakan kepada para ilmuwan (saintis) pada zamannya, berapa banyakkah keluasan bumi yang berada di bawah pemerintahan beliau?

Dengan kata lain, berapakah luas sebenar dunia ini?

Beliau bertanya disebabkan ingin mengetahui berapakah golongan yang sudah menerima dakwah islam.

Dari pertanyaan inilah, timbul semangat dari para ilmuwan bagi mengkaji bumi, dan terbentuknya satu kumpulan yang mencipta PETA.

Alqruan sangat membentuk jiwa para khalifah Islam terhadap penguasaan ilmu.

Bagaimana alquran membawa manusia kepada persoalan berfikir dengan menyediakan alat terbaik berfikir melalui kenapa , mengapa sehinggalah memuji mereka yang berkelakuan demikian.

Melalu kaedah ini, Khalifah Harun Ar-Rashid telah mengarahkan pembinaan Bait Alhikmah ( Rumah Kebijaksanaan) dimana ianya berbentuk sebuah perpustakaan yang mengumpulkan para ilmuwan dan menjadi pusat penterjemahan secara besar-besaran kerajaan Islam ketika itu.

Pembinaan pusat ini telah melahirkan dan membina satu generasi ilmu yang luar biasa.

Buku-buku tinggalan tamadun Parsi, Sanskrit , Greek semuanya habis diterjemah ke dalam bahasa Arab.

Mereka yang bekerja di Bait Hikmah ini bukanlah semua rakyat kerajaan Islam, tetapi ianya merupakan medium ilmu dimana ianya mempermudahkan penguasaan ilmu kepada setiap lapis masyarakat yang pastinya mempunyai kepelbagaian kapasiti dalam menggunakan aqal.

Khalifah memahami bahawa bukan semua rakyatnya mudah untuk menguasai kepelbagaian bahasa bagi mencari ilmu dan pastinya bukan semua rakyatnya adalah golongan yang mewah.

Dengan kerja-kerja terjemahan buku-buku inilah ianya mempermudahkan penguasaan ilmu bagi setiap lapisan masyarakat dan inilah yang sangat dituntut oleh islam iaitu membina umat berilmu pengetahuan.


Seruan Kepada Kerajaan

Jika mahu menceritakan segalanya tentang ketinggian tamadun Islam, bagaimana ianya membentuk manusia berilmu lagi bertamadun , artikel ringkas sebegini tidaklah memadai, tetapi cukuplah bagi membentuk asas berfikir kepada kerajaan, bahawa pemaksaan terhadap isu bahasa sangat membawa implikasi yang besar terhadap rakyat.

Saya tidak memandang rendah terhadap rakyat di Malaysia, tetapi sebagai manusia , sebuah kerajaan perlu meraikan majoriti golongan rakyatnya, bukannya untuk segelintir golongan tertentu.

Sekolah rendah hanyalah prasarana dasar bagi membentuk asas di dalam jiwa dalam menaikkan inspirasi jiwa berfikir.

Rugilah kiranya kita membunuh jiwa yang bersih ini dalam menggapai ilmu dengan membiarkan mereka terus kecewa dengan kegagalan mereka menguasai bahasa yang dinamakan bahasa inggeris ini.

Bahasa terbaik dalam membentuk dasar dan asas ilmu di dalam jiwa anak-anak kecil ini adalah bahasa ibundanya sendiri, yang mana erti ibunda itu sendiri adalah dekat di hati, tempat merujuk seorang anak ketika ia sedih mahupun gembira.

——————————————————————————————————

Rujukan

1. Al-Quran

2. SCIENCE & ISLAM ,  The Empire of Reason By Professor Al-Khalili http://www.youtube.com/watch?v=XU12EjqPBqQ&feature=related

3. http://en.wikipedia.org/wiki/House_of_Wisdom


Satu Respons to this post.

  1. Assalam mu alaikum wr wbt
    Baca, lihat dan tanya – inilah tiga kaedah asas dalam mempertingkatkan pengetahuan
    Setelah ada tiga asas ini gunakan fikiran untuk faham
    Gunakan cerita-cerita dari Al Quraan sebagai panduan
    Gabungkan Pengetahuan, Kefahaman dan panduan untuk menyantuni hubungan antara diri dengan Maha Pencipta serta menyantuni sesama manusia.
    Daripada situ terbinalah adab, Adab dengan Allah (Hablumminal Lah) dan Adab sesama manusia (Hablum minannas)
    Bila adab-adab ini terbina maka zahirlah tamaddun
    Tapi bukan semudah itu. Ini kerangka sahaja. Fikirkan kandungannya……

Balas kiriman ini