Alhamdulillah, syukur di atas nikmat yang Allah berikan sepanjang bulan ramadhan.
Tika saya berada di Malaysia, terutama di kawasan perumahan saya sekitar Shah Alam,jika bertemu pakcik-pakcik , atuk-atuk yang berulang alik ke masjid atau kenalan-kenalan di sana, selalu akan ditanyakan bagaimana keadaan dan suasana beraya di negeri orang.
Bagi kita yang memang berada di luar negara, perkara [...]
Arkib bagi Bulan September 2009
22 Sep
Suasana Raya Di Tanah Soviet
Dikirim oleh umaralfateh dalam Diari Kembara. 8 komen
19 Sep
Salam Aidilfitri
Dikirim oleh umaralfateh dalam Bicara hati. 2 komen
Dengan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidfitri buat semua pengunjung yang rela melaungkan masa kalian di laman ini.
Yang kecil , yang besar , yang berusia, yang seusia , mudah-mudahan Ramadhan yang berlalu benar-benar menjadikan kita manusia muslim yang profesional dalam bertindak.
Pada kesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf jika selama kalian membaca [...]
15 Sep
Musafir Ke Mesir – 13 – Kubu Solahuddin
Dikirim oleh umaralfateh dalam Diari Kembara, Mesir, Sejarah. 2 komen
Kubu Solahuddin ini merupakan kubu yang bersejarah.
Ianya dibina bagi mempermudahkan urusan menjaga kawasan yang dinaunginya dari serangan musuh.
Hari pertama, ketika kami berada di Semenanjung Sinai , kami singgah kubu Solahuddin yang berada di Pulau Firaun.
Kubu ini dikatakan milik Byzantine , kemudian Pasukan Salib.
Pada tahun 1182, Sultan Solahuddin berjaya menawan kawasan ini seterusnya memperkukuhkan kubu pertahanan [...]
12 Sep
Musafir Ke Mesir – 12 – Cairo – Piramid Dan Firaun
Dikirim oleh umaralfateh dalam Diari Kembara, Mesir, Sejarah. Tinggalkan Komen
Hari Ke-4 di Mesir
Hari ini merupakan antara hari yang bersejarah.
Hari ini merupakan hari saya melihat kesan-kesan yang Allah suruh diri ini berjalan memerhatikan kesan-kesan umat-umat yang pernah melakukan kezaliman.
Selepas melawat kubu Solehuddin (akan diceritakan kemudian), kami menuju ke kompleks piramid Giza.
Memasuki kawasan kompleks piramid yang dikelilingi padang pasir, tersergam beberapa piramid.
Mendekati bangunan ini sedikit demi [...]
9 Sep
Musafir Ke Mesir – 11 – Cairo – Masjid Al-Azhar
Dikirim oleh umaralfateh dalam Diari Kembara, Mesir. Tinggalkan Komen
Selepas keluar dari masjid Husain, kami menuju ke Masjid Al-azhar yang terletak kira-kira 100 meter sahaja dari masjid Husain.
Suasana di dalam masjid Azhar, sedikit berbeza dengan masjid saiyidina husain, barangkali mungkin kerana Masjid Husain terletak betul-betul di sebelah pasar.
Dibina pada sekitar 969 Masihi, ianya menjadi pusat pendidikan bagi generasi awal kerajaan Fatimiyah.
Kami ralit berada di [...]
9 Sep
Musafir Ke Mesir – 10 – Cairo – Maqam Saiyidina Husain Bin Ali
Dikirim oleh umaralfateh dalam Diari Kembara, Mesir. 1 Komen
Seharian mengelilingi kota Faiyum, kami keletihan.
Waktu antara Asar dan Maghrib digunakan menghayati kehidupan di kota Cairo.
Menggunting rambut yang panjang, menyejukkan tekak dengan jus buah, Asir.
Selepas sahaja maghrib, saya meneruskan siri musafir melawat maqam antara cucu kesayangan Nabi Muhammad, Husain.
Di maqam ini terdapatnya kepala saidina Husain yang dibawa merentasi padang pasir setelah dipenggal di Kota Karbala.
Di [...]
7 Sep
Musafir Ke Mesir – 9 – Sinai – Maqam Nabi Soleh dan Maqam Nabi Harun
Dikirim oleh umaralfateh dalam Aqidah, Diari Kembara, Mesir, Sejarah. Tinggalkan Komen
Ketika dalam perjalanan kami menuju ke Bukit Tursina, kami singgah pada dua tempat besar dalam sejarah mengEsakan Allah dan penyeruan kepada manusia kepada Allah yang Satu.
Nabi Soleh merupakan seorang Nabi yang diutuskan Allah kepada suatu kaum yang dinamakan Tsamud.
Seruan baginda kepada kaum yang bertamadun ini tidak cukup sekadar penyeruan bahkan diberikan satu bukti bahawa baginda [...]
6 Sep
Musafir Ke Mesir – 8 – Maqam Imam Syafie dan Imam Waqi’
Dikirim oleh umaralfateh dalam Diari Kembara, Mesir, Renungan. 2 komen
Sedikit Kisah Berkaitan Imam Syafie dan Tok gurunya
Pada suatu hari, imam Syafie’ berjumpa gurunya sambil bertanyakan ”Mengapakah aku mengalami kesukaran untuk menghafal?”
Tok gurunya, Imam Waqi’ berkata ” Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi tunjuk kepada pembuat maksiat”
Cerita ini popular dikalangan penuntut ilmu kerana padanya terletak kunci mencari ilmu.
Bagi mereka yang mengejar suatu [...]
5 Sep
Musafir Ke Mesir – 7 – Faiyum – Kincir Air Nabi Yusuf
Dikirim oleh umaralfateh dalam Diari Kembara, Mesir, Sejarah. Tinggalkan Komen
Ingatkah kalian tentang peristiwa 7 tahun kemarau bersangatan yang diiringi 7 tahun yang subur dari surah Yusuf?
Peluang bermusafir ke Mesir , salah satunya menghilangkan rasa rindu di hati terhadap kisah-kisah yang diceritakan di dalam alquran.
Untuk pengetahuan kalian, negeri Faiyum ini merupakan tempat sepertimana yang dikisahkan di dalam alquran.
Perintah untuk merancakkan pertanian sebelum tiba musim kemarau [...]
4 Sep
Musafir Ke Mesir – 6 – Faiyum – Tasik Qarun dan Istana Qarun
Dikirim oleh umaralfateh dalam Aqidah, Diari Kembara, Mesir, Sejarah. 1 Komen
Selepas menikmati keindahan kebun buah, kami meneruskan perjalanan menuju ke Tasik Qarun.
Tasik yang diberitakan tenggelamnya harta-harta Qarun ketika dia dengan angkuhnya mempamerkan harta-hartanya.
Melihatkan tasik ini yang luasnya saujana mata memandang, tidak terbayang akan berapa banyak harta yang ditelan bumi.
Melihatkan tasik ini, tiada yang terbayang melainkan manusia sebesar mana dan sekaya manapun, tidak mampu menyelamatkannya dari [...]
Komen terbaru