Alhamdulillah, syukur di atas nikmat yang Allah berikan sepanjang bulan ramadhan.
Tika saya berada di Malaysia, terutama di kawasan perumahan saya sekitar Shah Alam,jika bertemu pakcik-pakcik , atuk-atuk yang berulang alik ke masjid atau kenalan-kenalan di sana, selalu akan ditanyakan bagaimana keadaan dan suasana beraya di negeri orang.
Bagi kita yang memang berada di luar negara, perkara biasa jika beraya di pejabat kedutaan.
Tapi begitulah, dalam membina hubungan mesra dengan orang lebih tua, apa yang mereka mahu dengar sepanjang kita berbual dengan mereka, bukanlah apa sangat berbanding dengan pengalaman mereka yang lebih dahulu hidup, tetapi adalah melihat sejauh mana kita mahu berKONGSI cerita bersama mereka.
Inilah intipati yang saya dapat berkenalan dengan pakcik-pakcik , abang-abang, atuk-atuk yang sentiasa istiqamah ke masjid.
Jika menggunakan bahasa ringkas, raya di sini tidak banyak berbeza dengan beraya di Malaysia, yang membezakan di sini hanyalah dengan siapa kita beraya.
Jauh dari keluarga, jika kita bijak menghubung tali persaudaraan dengan manusia, kita akan membina keluarga baru di mana sahaja yang kita jejak.
Sekadar coretan awal.
Pagi
Seawal 720 pagi sudah bertolak dari hostel, menuju ke pejabat kedutaan yang dalam lingkungan 40 minit dari hostel.
Syukur, kami antara yang mula-mula sampai dan memulakan sesi takbir di pagi raya.
Setelah selesai solat sunat Aidulfitri, Duta Besar Malaysia di Russia, memberikan ucapan beliau kepada kami.
Bagi saya, ucapan dato kepada kami umpama ucapan seorang ayah kepada anak, atau seorang pakcik kepada anak-anak muda.
Ucapan yang boleh dikatakan biasa, tapi mempunyai makna yang mendalam.
Selepas itu, bermula sesi bermaafan sesama kami dan sedikit jamuan ringan.
Sesi bergambar mengiringi sesi jamuan.

Di dalam metro, menuju ke Pejabat Kedutaan

Bersama ahli bilik . Hazman (baju ungu) dan Hazreen (baju oren)
Tahun ini merupakan kali pertama setelah hampir 9 tahun tidak beraya menggunakan baju melayu.
Menarik rupanya memakai baju melayu ni, baru terasa. Ada sesuatu yang unik pada baju melayu yang baru saya rasakan.
Mungkin kerana sudah lama tidak memakainya.
Dua orang di atas merupakan penyimpan rahsia diri ini, jika kalian ingin mengetahui tentang diri ini, tanyalah mereka.
Baik buruk diri saya, mereka mengetahuinya.
Terima kasih kepada Hazreen yang banyak bersabar dengan kerenah diri ini. Setahun berlalu, banyak mengajar diri saya berinteraksi dengan manusia.
Kepada Hazman, ahli bilik paling lama, sejak saya memasuki university ini lagi. Sudah 4 tahun , banyak terhutang budi kepada kamu.

Pelajar-pelajar kejuruteraan Moscow Aviation Institut

Sebahagian pelajar tahun akhir bersama pegawai JPA
Setiap kali ada perjumpaan besar-besar sebegini, saya suka untuk menjadi salah seorang yang berada di dalamnya, sekadar mahu melihat keunikan ciptaan Tuhan terhadap kejadian manusia disamping peluang meningkatkan keupayaan diri.
Posted by abu Luqman on 22 September 2009 at 5:33 am
Assalamualaikum,
Salam Ukhuwah dan Selamat Hariraya AidilFitri.
Meriah sungguh suasana beraya di Soviet dan saya dapat rasakan akan kemeriahan ini sebagaimana saya rasakan semasa belajar di Jordan dulu ( 1992-1997)
Apapun, semoga kedatangan syawal ini akan memantapkan lagi keimanan kita kepada Allah subhanahu wata’ala.
Posted by bintshaharum on 22 September 2009 at 8:41 pm
Salam. Dijemput ziarah blog sy http://pendambailmu88.blogspot.com/ . komen, kritik dan sebagainya. nampaknya pemilik laman umaralfateh ni mcm tahu ttg hal ehwal hati. tegur andai ada yg tak kena, tersalah n silap dlm blog sy tu. Tq.
Posted by ifbt1 on 26 September 2009 at 8:37 pm
seronoknyee =)
selamat hari rayee….hepy2 sokmo..=)
Posted by Wirdiana on 28 September 2009 at 1:12 pm
Salam..
mohon copy ur web link..tq..
maaf nak tya..
dlm gmbr “Di dalam metro, menuju ke Pejabat Kedutaan” tu..
Abdul Hadi Awang Nila kan? maaf kalau silap..
Posted by umaralfateh on 28 September 2009 at 4:27 pm
salam.
silakan jika ianya memberi manfaat.
benar, di dalam gambar itu abdul hadi awang nila, senior saya, tahun 5.
Posted by Wirdiana on 28 September 2009 at 10:25 pm
Salam..
terima kasih.. sudah pun copy n paste ur link..
sampaikan salam kpd hadi.. ~ex schoolmate form1-3~
moga perjuangan diberkati Allah..
Posted by sinar on 7 Oktober 2009 at 1:19 am
salam aidilfitri maaf zahir dan batin…salam syawal juga…mga kita jga tidak lupa muhasabh ramadhan yg berlalu
Posted by dr. bilyaevo on 31 Oktober 2009 at 12:17 am
entry baru…
entry baru…
entry baru…