Definisi (arterial Hypertension) :
Mengikut Kitab Perubatan Rusia, Penyakit Dalaman , Siri ke-21 : ia adalah keadan dimana tekanan darah di jantung ketika mengepam darah keluar (systole-pengecutan) melebihi 140 mmHg dan tekanan ketika pengumpulan darah bagi pengepaman (diastole-pengembangan) melebihi 90 mmHg.
*** sistem membaca tekanan darah – 140/90
140 – nilai untuk systole
90- nilai bagi diastole
normal – 120/80
Mengikut keadaan ini, tekanan darah tinggi adalah hasil minimum dari sukatan ketika keadaan pesakit dalam keadaan tenang dan tidak memakan apa-apa ubat yang menyebabkan perubahan pada tekanan darah.
Kelaziman
Kebiasaannya hampir 20-30% orang dewasa menderita penyakit ini.
Dan ianya semakin meningkat sehingga 50-60% bagi golongan melebihi 65 tahun.
Tekanan darah tinggi ini kebiasaannya , sehingga umur 50 tahun ,dideritai oleh lelaki , dan bagi yang berumur melebihi 50 tahun, ianya didominasi oleh golongan wanita.
Tekanan darah tinggi jenis sekunder (hasil dari penyakit lain) kebiasaannya merangkumi sekitar 5-10% dari populasi dan bakinya , adalah tekanan darah tinggi jenis primer (penyakit tekanan tinggi).
Pengawalan (Pengaturan) Tekanan Darah
Faktor asas , yang menentukan paras tekanan darah- 1. Pengepaman darah keluar jantung (CV- serdecni vibros)) 2. Rintangan umum salur darah periferi (OPSS – obsyi periferi serdecni sosudictiy).
Peningkatan pada CV dan/atau OPSS akan menyebabkan kepada peningkatan tekanan darah dan sebaliknya.
Beberapa faktor yang menyebabkan peningkatan pada tekanan darah tinggi termasuklah dari faktor dalaman -
1.Sistem renin-angiotensin
2.Symphatetic nervous system
3.baro dan chemoreceptor
4. Kerosakan pada menyahkeluar Natrium dari sistem darah
Bagi faktor luaran (faktor yang boleh dikawal) termasuklah
1.penggunaan Alcohol (arak)
2. Lebihan Garam
3.Kegemukan
4. Tekanan perasaan
Klasifikasi
Bagi Rusia, pengelasan dibahagikan kepada 3 peringkat.
I – Tekanan darah melebihi 160/95 mmHg tanpa kerosakan pada sistem jantung-salur darah .
II -Tekanan darah melebihi 160/95 mmHg beserta sedikit perubahan pada organ sasaran (jantung, buah pinggang , otak , saluran darah mata ) tanpa kerosakan pada fungsi mereka.
III- Tekanan darah tinggi beserta kerosakan pada organ sasaran dan kerosakan pada fungsi mereka.
Klassifikasi yang kedua – mengikut buku-buku Inggeris.
Optimum – <120/<80
Normal - <130/<85
Tinggi dari Normal – (130-139)/(85-89)
Darjah Pertama – (140-149)/(90-99)
Darjah Kedua – (160-179)/(100-109)
Darjah Ketiga – >180/>110
** tanda < bermaksud kurang , dan tanda > bermaksud lebih dari.
Organ Sasaran dan Kumpulan Risiko
Salah satu kesan utama tekanan darah tinggi yang berpanjangan adalah kerosakan pada organ dalaman atau dengan kata lain organ sasaran.
Ianya termasuklah :
1. Jantung
2. Buah pinggang
3. Otak
4. Salur darah
Mari kita lihat apa yang terjadi pada keempat-empat organ ini.
1.Jantung
Disebabkan tekanan darah tinggi ini berkait langsung dengan fungsi jantung dalam mengepam darah, ianya mempunyai beberapa kesan dari tekanan darah tinggi yang berterusan.
Hypertrophy (Jantung bengkak/membesar) – otot-otot jantung menjadi lebih besar, ini menjadikannya memerlukan nutrisi melebihi dari kebiasaan. Kebiasaannya, pertambahan otot jantung berlaku dalam keadaan tiada pertambahan salur darah tambahan. Jika nutriri (darah) tidak dapat dibekalkan kepada seluruh otot , kematian otot jantung akan berlaku. Apabila jantung mati (tidak dapat mengepam darah) , maka otak, organ yang penting , hanya boleh bertahan selama 3 minit , jika lebih, otak akan mati.
Ini menjelaskan kepada kematian pesakit.
Sakit Dada (stenocardia) – sakit yang disebabkan oleh kurangnya darah ke jantung.
Tisu Jantung Mati ( Infarct Myocardium) – Kekurangan nutrisi dari darah menyebabkan sel-sel jantung tidak dapat bertahan, ini menyebabkan kematian sel-sel dan tisu-tisu jantung.
Heart Insufficiency – (tidak tahu mahu translate bagaimana kedalam bahasa melayu)
Kematian Jantung Secara Tiba-tiba – (kurangnya tatabahasa dalam bahasa melayu)
2. Otak
Otak , bahagian terpenting manusia, mengawal setiap tindak balas anggota dan organ-organ badan.
Bagi tekanan darah tinggi yang berterusan , oatak akan mengalami salah satu antara dua -
sama ada trombosis atau pendarahan otak.
3. Buah Pinggang
Fungsi utama buah pinggang adalah seumpama penapis. Ianya diperlukan dalam menapis bahan-bahan toksik dari terus berada di dalam badan, dan fungsi penapisan darah ini terletak pada satu unit kecil di dalam buah pinggang yang dinamakan glomeruli.
Bagi satu buah pinggang, ianya mempunyai beribu-ribu (beratus ribu) glomeruli yang kerjanya sepanjang masa menapis darah dari bahan-bahan toksik.
Ketika tekanan darah yang tinggi, fungsi penapisan pada glomeruli akan menurun. Semakin tinggi darah, penapisan darah semakin sedikit.
Sehinggakan, jika tekanan ini berterusan pada tahap yang tinggi, akan menyebabkan penjerutan arteri buah pinggang, ini akan mengurangkan darah dari terus mengalir ke buah pinggang dan mengakibatkan kekurangan darah pada buah pinggang seterusnya mengakibatkan kerosakan pada fungsi utama buah pinggang.
4.Salur darah
Salur darah yang paling mendapat kesan adalah pada mata. Tekanan darah tinggi boleh mengakibatkan BUTA (tahap kronik)
Kesimpulan
Bagi kita yang mengetahui akan kesan buruk tekanan darah tinggi ini, apa yang boleh kita lakukan adalah mengawal semua faktor-faktor luaran.
Tekanan perasaan – selalunya tekanan ini terbit dari pengaruh sekeliling. Sama ada dari keluarga, isteri, anak-anak, kerjaya. Sebahagiannya, terbit dari ketidak tahuan untuk menguruskan masalah-masalah yang hadir. Maka, perlu bagi kita untuk mengetahui serba serbi yang menyebabkan tekanan perasaan ini boleh dikurangkan.
Kegemukan – masalah lebihan berat badan. Apa yang terpenting dari masalah ini adalah, banyakkan bersenam, makan bila perlu , dan berhenti sebelum kenyang. Memilih bahan makanan sangat penting dalam menguruskan lebihan berat badan. Buah-buahan dan sayur-sayuran penting dalam mengimbangkan gizi makanan.
Garam – bila memasak, jangan bubuh garam lebih banyak dari sepatutnya. Kurangkan makanan yang berjeruk / masin.
Alkohol (arak) – Yang terbaiknya, jauhi terus bahan ini dari kehidupan kita. Arak bukan sahaja akan mengakibatkan masalah tekanan darah tinggi, bahkan kerosakan hati dan perut dan yang terpenting , ianya mengakibatkan hilangnya kewarasan manusia yang dimuliakan dengan akal.
Akal- pembeza antara manusia dan haiwan.
Ceria-ceriakan hidup anda, cuba uruskan masalah yang ada dengan sebaiknya agar ianya tidak menyebabkan tekanan perasaan yang berterusan.
Ini pertama kali saya menulis bab kesihatan, yang saya belajar dari guru.
Mungkin ada serba sedikit kesilapan-kesilapan dalam menterjemah terus dari bahasa Rusia ke bahasa Melayu, ianya kekurangan saya .
Mudah-mudahan ia menjadi titik mula saya berkongsi lebih banyak lagi.
Posted by alberangque on 12 November 2009 at 1:07 am
Assalam mu alaikum wr wbt
Tahniah kerana memulakan penulisan berkaitan kesihatan
Banyak manfaatnya. Kalau untuk guru elok, memudahkan dan membantu membuat penjelasan ketika mengajar
Untuk yang belajar perubatan seperti nurse dan lain-lain sebagai nota
Untuk semua orang sebagai panduan kesihatan.
Posted by Areefah on 12 November 2009 at 9:49 am
assalamualaikum…
Izinkan saya bertanya jika anda ada jwapannya. Saya tak memaksa anda untuk menjawabnya tapi jika anda ada ilmu yang banyak harap dapat kongsi dan tunjuk ajarkan saya. Soalannya seperti yang berikut:
1. Apakah yang dimaksudkan penyakit bengkak jantung dan apakah punca penyakit ini boleh berlaku?
2. Adakah seseorang itu mengalami sakit buah pinggang jika mengalami simptom sengal di sekeliling pinggang dan tidak lawas kencing?
3. Apakah tanda awal bagi penyakit buah pinggang?
4. Adakah seseorang yang beronani besar kemungkinan akan menjadi mandul?
Maaf jika soalan mengelirukan tapi saya sekadang mahu menimba ilmu dari seorang yang bakal bergelar DOCTOR…
Ilal ilqa’
Posted by umaralfateh on 12 November 2009 at 5:28 pm
1. Bengkak jantung atau nama lain adalah hypertrophy. Jantung bengkak bukanlah penyakit, tetapi symptom/petanda/hasil kepada penyakit yang hadir.
Antara beberapa sebab jantung bengkak adalah :
Saluran Aorta (jantung mengepam darah ke salur darah aorta) mengecut ,
Darah mengalir semula kejantung selepas dipam akibat dari injap aorta yang rosak,
Tekanan darah tinggi,
Injap pulmonari mengecut
Kerosakan dinding pemisah ventrikel jantung
dan beberapa lagi penyakit yang tidak saya ketahui.
Kesemua penyakit ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih keras berbanding biasa dan menyebabkan sel-sel jantung membesar. Jika penyakit-penyakit ini dibiarkan berterusan , kerosakan jantung untuk terus mengepam darah akan terjadi.
2. Sengal di pinggang dan kencing tidak lawas merujuk kepada symptom kepada dua jenis penyakit berbeza.
Sengal di pinggang – boleh jadi ianya ada kaitan dengan buah pinggang atau bukan.
Kencing tidak lawas – kebiasannya ia menunjukkan penyakit bahagian bawah salur kencing sama ada ianya ada kaitan dengan pundi kencing atau urethra (salur kencing yang menghubungkan bahagian pundi kencing dengan persekitaran luar badan).
kesimpulan : rujuk pada doktor yang berdekatan dengan rumah saudari.
3. Tanda awal/akhir penyakit buah pinggang –
-Sakit di bahagain kawasan pinggang, yang kadang ianya merebak kebahagian bawah.
-Berubah warna air kencing (kebiasaan jadi warna merah – tanda ada darah – kencing berdarah)
-Langsung tiada air kencing (barah – kanser)
-Buah pinggang bengkak
- Lemah, Letih , Mengurangkan kerja tidak mengurangkan rasa letih (tanda kerosakan buah pinggang)
4. Saya tidak tahu.
Setakat itu sahaja, jika ada keraguan terhadap kesihatan diri atau keluarga atau kenalan, elok saudari rujukkan pada doktor disekitar kawasan saudari. Mungkin akan ada siasatan lanjut yang lebih mengesahkan masalah yang dihadapi.
Semoga diberikan kesihatan berpanjangan.
Posted by Areefah on 13 November 2009 at 4:35 am
Assalamualaikum, terima kasih diatas penerangan anda. Walaupun ada beberapa istilah saya tidak faham dan sudah lupa perkara asas di dalam Biologi tapi serba sedikit saya boleh agak. Semoga menjadi doktor Islam yang disegani. Syukran