Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang tidak pernah putus menurunkan rahmatnya ke atas manusia yang beriman kepadanya.
Beberapa bulan ini, minta maaf, tidak banyak perkongsian yang dibuat.
Alhamdulillah, kini berusaha sedikit demi sedikit semula untuk meneruskan perkongsian.
Baru dikurniakan seorang anak lelaki, sudah berusia hampri tiga minggu.
Lahir tika malam 25 ramadhan , atau secara ikut bulan masihi, 24 ogos , 11.05 malam.
Anak yang kini saya berikan padanya nama Umar Alfaruq atau di dalam surat beranak Umar Faruq disebabkan kerenah birokrasi yang ada.
Alhamdulillah, ucapan untuk segala rasa syukur , ketenangan dan kebahagiaan yang hadir.
Posted by Mukhlisah Nur on 11 September 2011 at 6:52 pm
Alhamdulillah…..
Posted by mkasyah on 24 September 2011 at 11:39 am
Tahniah =)
Mendoakan anak yang lahir itu menjadi anak yang soleh insyaAllah =)
Khairul Asraf
p/s: oh saya dah tak guna blogspot lagi
Posted by din on 10 Oktober 2011 at 5:49 am
SALAM ADMIN….KENAPA ADA MASALAH DGN BIROKRASI??ADAKAH TAK BOLEH LETAK PERKATAAN “AL” PADA NAMA??
Posted by umaralfateh on 10 Oktober 2011 at 10:27 pm
haah…lebih kurang camtu.
depa suh buang al.
kalau tak, tak boleh daftar..
tapi member2 ada je buh al kat anak.