Sebagai permulaan setelah sekian lama, ingin saya kongsikan, sekadar berkongsi untuk sama-sama kita mengambil pengajaran terutama diri saya.
Di Moscow ni, dalam busuk-busuk kota yang penuh dengan fitnah ini, ada kebaikan yang dicurahkan pada mereka yang mahukan.
Ada sebuah kedai madu , di dalamnya penuh dengan madu-madu yang dikumpul dari serata Rusia , dan dikumpulkan. Setiap jenis mempunyai rasa dan warna tersendiri.
MADU ITU MANIS tapi tidak ramai yang menggemarinya. Beruntunglah siapa yang dapat merasainya kerana ia adalah ubat bagi banyak penyakit.
Dalam masyarakat kita, madu ini ada dua jenis maksud.
Yang pertama , madu itulah sejenis cecair yang dihasilkan oleh kumpulan lebah-lebah. Madu jenis ini – ubat bagi segala penyakit.
Di dalam Alquran – disebutkan bahawa – lebah-lebah ini memang sengaja membuat madu lebih dari keperluan mereka agar manusia dapat manfaatnya.
Yang Kedua pula, Madu dalam bahasa melayu kita, adalah seorang lelaki yang mempunyai beberapa orang isteri – dan hubungan isteri lelaki itu dengan isterinya yang lain di panggil juga madu.
Madu jenis ini, hanya benar-benar menjadi madu apabila ianya diamalkan oleh ahli-ahlinya sebagaimana yang diberikan contoh oleh Rasulullah kepada ummatnya. Madu jenis ni juga, boleh menyembuhkan banyak jenis penyakit masyarakat hari ini.
Siapa yang mahukan MADU dan menjadi diri madu di dunia, in sya allah, Allah berikannya madu yang dirasai berpanjangan dunia akhirat.
Bagi orang yang diamanahkan menjaga Madu-madu ini, ada perkara yang perlu diambil tahu dari pesanan Nabi Rasulullah.
Mana-mana lelaki yang mempunyai dua orang isteri dan dia tidak berlaku adil kepada keduanya. Maka dia akan hadir pada hari Kiamat dengan bahunya senget sebelah. (Tirmidzi, Abu Daud, Nasaie, Ibn Majah dan Darimi)
Kedua-dua jenis madu ini, mungkin tidak sempat untuk disimpulkan dalam perkongsian kali ini. Mungkin cukuplah sekadarnya saya kongsikan Madu jenis pertama , iaitulah madu dari lebah.
Kaitan Madu dengan Nabi
Dari Aisyah radiallahu anha mengatakan : bahawa Rasulullah sollallahu alaihi wasallam sangat menyukai makanan yang manis-manis dan madu. Adalah kebiasaan beliau, setelah selesai solat Asar , baginda akan melawati isteri-isteri baginda dan mendekati mereka ,. Maka satu kali baginda menemui (ummul Mukminin) Hafsah dan berada di sisinya lebih lama dari kebiasaan beliau pada hari-hari normal.
Maka segera aku tanyai beliau mengapa di rumah Hafsah sekian lama tidak seperti hari-hari biasa.
Baginda menjawab ” Ada seorang wanita kaumnya menghadianya sebekas madu lantas ia memberi minum Rasulullah sollallahu alaihi wasallam…. sehingga akhir. (Sahih Bukhari , hadis ke 6457)
Dari Hadis yang lain :
Dari Aishah (ummul mukminin) ; Rasulullah sollallahu alaihi wassalam menyukai halwa (manisan) dan madu. (bukhari : 5011)
Usman bin Affan telah membawa kepada Nabi manisan (diperbuat dari kanji, air dan madu) dan Nabi bersabda ”apakah ini , wahai hamba Allah?”
Usman menjawab ‘ Engkau lebih bererti dari ayah dan ibuku , kamu meletakkan mentega dan madu di dalam periuk masak yang diperbuat dari batu , diletakkan ianya di atas batu dan direbuskan. Kemudian kami mengambil bahagian terbaik dari gandum ketika ianya dikisar , dan panggangnya di (dalam) atas mentega dan madu yang di dalam periuk. Ianya kemudian digaul sehingga ianya benar-benar masak dan hasilnya apa yang kamu lihat.” kemudian Nabi bersabda ” makanan ini adalah baik”
(riwayat dari ihya ulumuddin , dari Ibn Saad , op. cit. III Part I)
Satu ketika yang lain, seorang sahabat membawa sebuah bekas berisi madu dan susu dibawakan kepada Nabi , tetapi nabi menolak untuk meminumnya – kerana ianya 2 makanan di dalam satu bekas , dan ianya termasuk di dalam berlebihan. barangsiapa yang merendah diri kepada Allah, akan disanjung dirinya oleh Allah. (rujuk ihya ulumuddin , di dalam jilid ke 20 )
Untuk kelebihan -kelebihan madu, tidak terkira banyaknya telah dijelaskan ramai orang.
dan perkongsian saya kali ini, madu memang terbaik untuk kesihatan dan makanan sehari-hari.
Amalan saya – setiap pagi – sekurang-kurang 3 senduk (saya guna chopstik) atau sudu teh dimakan/diminum.
dan malam sebelum tidur – juga sekitar 3 senduk/sudu.
In sya allah, bila ianya menjadi amalan, badan akan rasa sesuatu yang sihat. in sya allah.
(darah tinggi saya alhamdulillah, sembuh dengan amalan madu dan buah tin setiap hari)




Posted by Faiz Ezra on 16 Oktober 2011 at 11:35 am
syukran for this info….