Penampilan dan Realiti Hari Ini – Siri 1

Segala pujian bagi Allah , Tuhan yang Maha Kaya dan Maha Melihat , yang memberikan kita nikmat iman dan islam yang dengan keduanya membuka ruang cahaya untuk jatuh terus ke dalam hati kita.

Cahaya yang membuatkan kita dalam melihat dunia dengan pandangan yang sebenar, yang seringkali mata tertaipu dengan pandangan kasar dunia.

Mata hati yang hanya dapat melihat melalui ”nur” atau cahaya yang Allah pancarkan ke dalam hati hamba-hambanya, yang hampir sama sifatnya dengan Mata fizikal yang hanya dapat melihat melalui cahaya dari matahari , lampu atau apa sahaja pancaran.

Pandangan mata seringkali hanya melihat apa yang ditampilkan di hadapannya.

Sebagaimana seekor gajah yang dilihat dari hadapan, pasti akan dikatakan bahawa ianya mempunya dua kaki , belalai yang panjang dan telinga yang lebar , manakala mereka yang melihat dari kiri , akan mengatakan bahawa haiwan ini mempunyai satu telinga yang lebar, dua kaki yang besar dan satu ekor yang kecil.
Bagi yang melihat gajah dari belakang, akan lebih menakjubkan jawapannya. Haiwan ini sangat ajaib, mempunyai dua kaki dan satu tali yang dengannya mengimbangkan badannya (yang sebenarnya ekor) dan tidak mempunyai kepala.

Ataupun tiga ornag buta yang dibiarkan di tiga bahagian gajah , seorang di bahagian kepala, seornag dibahagian badan , dan seorang lagi dibahagian ekor.

Persepsi setiap orang buta itu lain berkaitan realiti seekor gajah.

Maka , bagi manusia yang melihat gajah dari arah hadapan, tepi dan belakang akan dapat melihat gambaran jelas dan teliti terhadap realiti seekor gajah.

Itulah pandangan mata yang membuatkan kita terbit tanggapan yang dengan tanggapan ini apabila diulang-ulang mengubah menjadi satu kepercayaan.

Dari pengajaran ini, juga kita dapat mengertikan bahawa pandangan mata itu sangat terhad, ianya boleh dihalang oleh sesuatu dibalik tabir.

Melalui pandangan mata ini, sesiapa yang memahami bagaimana mata berfungsi akan dengan mudah mengexploitasi cara pandang seseorang terhadap sesuatu.

Sebagai contoh yang lain, sebuah minuman atau makanan bertin – yang dikatakan mempunyai khasiat tertentu dan ditulis padanya semua ramuan di dalamnya di bahagian luaran , walaupun secara realitinya, tidak semua yang dibubuh di dalam ramuannya itu ditulis sepenuhnya.

Maka, di sini, seseornag itu memerlukan satu lagi mata bagi melihat realiti yang ada.

Bagi manusia itu, diberikannya dua mata , mata fizikal dan mata hati , atau mata roh.

Mata hati tidak akan berfungsi melainkan adanya cahaya padanya.Cahaya yang mampu membuatkan ia menembusi pandangan kasar mata.

Penampilan dan Realiti

Pada zaman ini, penampila dan realiti adalah sesuatu yang sangat bertenteangan satu sama lain. Jika seseorang menghukum atau mengadili sesuatu perkara hanya berdasarkan kepada pemerhatian luaran dan rational akal, maka dia akan ditipu dan tertipu dan akan membayar harga di atas kesimpulan awal atau fatwa atau pengadilan yang salah atau silap.

Pengetahuan itu adalah sesuatu yang mungkin, tetapi ianya bukanlah hanya lahir dari otak atau akal yang belajar sahaja, ianya juga datang hadir kepada hati yang hidup.

Ingat, selain dari pengetahuan yang didapati dari cara luaran iaitu dengan membaca, melihat, mendengar dan apa-apa yang didapati dari luaran , di sana juga adanya ilmu atau pengetahuan yang hadir dari dalaman, yang hadir dari pancaran cahaya kedalam hati.

Bagi ilmu yang hadir ke dalam hati, hanya diperoleh melalui kebenaran, yang akan menerangi pandangan hati.

Bagi merealisasikan hidupnya pandangan dalaman , pandangan batin atau pandangan hati , seseorang itu pertama sekali perlu memeluk Islam , kebenaran. Selepas seseorang itu memeluk kebenaran, dan kebenaran itu perlu melalui perjalanan dari satu-satunya lidah dan terus masuk meresap ke dalam hati.

Maka resapan itu dikenali sebagai iman , yang dirasai oleh seluruh anggota badan.

Bagi memasuki ke ruang rohani atau batin , seseorang itu perlulah menghidupkan kebenaran yang dipeluknya dengan penuh keikhlasan dan mendekatkan dirinya kepada orang-orang yang dekat dengan Allah.

Allah mengisahkan siapa mereka yang dekat dengan Allah :

”Lelaki-lelaki yang mana perniagaan atau jual beli yang dilakukan mereka tidak membuatkan hati mereka dari terus mengingati Allah ”

Inilah golongan yang dekat dengan Allah, tiada perkara yang membuatkan hati mereka terus subur mengingati Allah, golongan inilah yang dekat dengan Allah.

Tiada sistem ekonomi mahupun wang apapun yang boleh memesongkan manusia sebegini dari menjadi golongan kebenaran , yang mana golongan inilah yang mempunyai cahaya di dalam hati , jiwa mereka.

Buta Mata Hati

Pandangan mata hati adalah pusat bagi manusia. Allah mengishtiharkan di dalam surah alHaj (haji) ayat ke 46 –

”sesungguhnya, bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang terletak di dalam dada (sadr) ”


Kisah antara Nabi Musa dan seorang hamba Allah yang diberi ilmu di dalam surah Alkhafi (Gua) banyak memberikan pengajaran kepada kita.

Apabila Nabi Musa melihat gurunya , merosakkan kapal/sampan dengan melubanginya padahal sampan yang sama telah berbuat baik pada mereka kerana mereka menumpanginya , dipertanyakan kepadanya , mengapakah dirosakkan sampan itu.

Hakikatnya adalah, kapal itu milik orang-orang miskin, yang pemerintah mereka suka merampas kapal-kapal @ sampa-sampan yang masih elok. Dan dijadikan milik raja .

(pemerintah dunia hari ini, seringkali merampas harta masyarakat di atas nama cukai yang pelbagai. Di atas pelbagai nama dan sebab.)

Mata fizikal seringkali menutup dari realiti yang hadir.

”Maka kerana itulah , Nabi Musa , bermunajat kepada Allah , berbunyi – surah Thaha ayat 25 – Wahai Tuhanku , luaskanlah dadaku (sadri)”

Apabila kita memahami di dalam bahasa Arab, ”sadr mahlis” adalah bermaksud pusat perjumpaan atau pertemuan. Maka pusat bagi persepsi atau pusat bagi tanggapan , penglihatan atau pengertian adalah sadr (dada).

Di sini, jika kita cuba fahami maksud doa ini , boleh cuba diterjemahkan dalam bahasa kita

” Wahai Tuhanku , luaskan cara pandanganku ”

”Wahai Tuhanku, luaskanlah persepsi aku”

Kita diajar satu doa yang realitinya , doa yang cukup besar kesannya terhadap hidup kita pada hari ini, yang mana membuatkan kita boleh hidup dalam zaman yang penampilan dan realiti hampir-hampir bertentangan antara satu sama lain.

Tujuan Pencarian Mata Hati atau keRohanian

Tujuan dari pencarian keRohanian melalui ingatan kepada Allah adalah untuk melihat apa sahaja yang tidak boleh dilihat melalui mata kasar. Dengan kata lain, salah satu dari tujuan hidup adalah untuk mendapat ilmu rohani.

Ilmu rohani hanya datang apabila ilmu yang diperoleh melalui luaran dan ilmu dalaman/pandangan hati secara harmoninya bergabung satu sama lain.

Allah telah mengarahkan agar Nabi Musa untuk berjalan sehingga ”pertemuan dua laut” dan di sana baginda akan bertemu dengan hamba Allah yang diberikan ilmu. (surah alkahf)

Pertemuan dua laut itu adalah pertemuan lautan ilmu yang datang dari penglihatan kasar dan lautan ilmu yang hadir dari pencahayaan mata hati.

Apabila dua lautan ilmu ini secara harmoninya atau selaras bertemu didalam satu badan/jiwa individu ,ianya menghasilkan seorang yang paling terpelajar.

Kebiasaan dari semua manusia, penglihatan mata seringkali menutup kita dari realiti.

Para Nabi banyak menunjukkan tauladan, dalam menghadapi dunia – adalah dengan mengasingkan diri kita dari dunia buat seketika.

Pengasingan ini akan menutup pintu bagi pancaindera fizikal kita dan seterusnya membuka pintu hati atau dalaman kita kepada elemen atau dunia yang tidak terjangkau kepada kita.

Inilah cara kita membuka pintu ilmu kepada hati kita, yang pembukaan itu menyalurkan cahaya yang menyuluh kepada ruang kegelapan yang seringkali menutup pancaraindera kita seterusnya meluaskan persepsi atau cara pandang kita.

Ilmu Bagi Hati

Hati (Qalb sebenarnya jantung) – merupakan organ yang sangat kompleks.

Satu riwayat mengatakan ” sesungguhnya lisan/lidah seorang mukmin (yang beriman) adalah refleks bagi hatinya”

Ini bermaksud, bahawa lidah merupakan penterjemah bagi hati kerana ianya mengatakan sesuatu apakah yang terletak di dalam hati.

Di dalam Fisiologi bangsa Cina, disana tertulis bahawa adanya hubungan terus dari lidah ke hati. Mereka mengatakan bahawa apa yang dibuat oleh lidah sangat memberi kesan kepada hati (jantung) , walaupun gerakan lidah itu sudah cukupo memberi kesan kepada hati.

Melalui hadis, hati merupakah ”sumber ilmu”

Golongan yang secara terus ingat Allah (Ahl Zikr) adalah golongan yang memegang atau memiliki cahaya suci atau nur di dalam hati/jiwa mereka yang mereka dpati dari guru-guru yang bersambungan sanad ilmunya.
Cahay dari Allah ini @ nur di dalam hati mereka ini membolehkan mereka untuk melihat realiti berbanding ilusi , dan seterusnya menyuluh dan menunjukkan jalan kepada manusia untuk kembali kepada jalan yang benar.

Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam bersabda ” takutlah @ berhati-hatilah dengan firasat (pandangan hati) seorang mukmin , kerana beliau melihat dengan nur (cahaya) Allah”

Seorang Mulism itu adalah seorang yang melihat dengan dua mata, dan boleh melihat realiti dunia moden ini selayaknya ia.

Kita tidak akan sesekali dapat mengenali dan memahami dunia hari ini selagi kita tidak memahami bahawa segala penampian dunia ini dan yang berkaitan dengan dajjal , adalah bertentangan dengan satu sama lain.

Dan selagi kita tidak menggunakan mata dalaman (mata hati) bersama-sama dengan mata luaran, nescaya akan tertipu dan ditipu dan tidak akan dapat memahami dunia hari ini.

Ianya tidak lain, kita sendiri, yang perlu memulakan dan mengatasi segala penipuan zaman ini.

Ingat , Dajjal di dalam bahasa arab, bermaksud – penipu yang agung.

Ianya bermula dengan pilihan.
Pilihan untuk melihat dalam ke dalam cerminan diri , cerminan yang akan memaksa kita untuk bertanya : bagaimana aku boleh mula perbaiki diri dan dunia sekeliling aku?

Ingat, kita melihat cermin adalah ingin memperbetulkan ketidak baikan yang ada pada diri kita.

Seorang muslim adalah cermin bagi saudaranya.
Dengan kata lain, seorang muslim itu adalah tempat dia melihat kekurangan dirinya, bertanyakan tentang kekurangan dirinya bagi memperbaikinya untuk sesuatu yang lebih baik.

bersambung…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 71 other followers