Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang memberikan kenikmatan yang melimpah-limpah kepada hamba-hambanya walau hambanga itu seringkali leka dan alpa , tetapi kasih sayang yang dicurahkan Allah tidak pernah terhenti disebabkan kealpaan yang terjadi.
Ya Allah, ampunilah dosa kami.
Menghitung Nikmat dan Kemewahan
Apabila kita melihat dunia yang ada pada hari ini, hampir setiap perkara kita hampir ditutup penglihatan kita dari melihat realiti jika tidak kerana ‘nur’ yang Allah berikan pada hati kita.
Pernahkah kita menghitung nikmat sebenar yang kita peroleh dalam satu hari atau dalam satu waktu solat?
Bagaimanakah kita mendefinisikan kemewahan?
Apa yang kita faham mengenai nikmat?
Jika kita menghitung kemewahan, contoh terbaik adalah dari kehidupan Nabi Muhammad keselamatan dan kesejahteraan ke atas baginda dan para sahabat , bagaimana kehidupan sebenar mereka.
Rumah dibeli mengikut kemampuan , tidak berhutang. Jika sengaja memilih membeli rumah secara hutang , maka itulah kemewahan yang berlebihan.
Apabila rumah tidak mampu dimiliki, maka sewa menjadi pilihan.
Rumah yang disewa atau dimiliki, cukup untuk ahli keluarga diami , 3 buah bilik bagi sebuah rumah.
Makanan di atas pinggan, tidak melebihi 1 jenis lauk. Jika berupaya melebihi 1 jenis lauk di dalam satu hidangan, bersyukurlah dan waspadalah , jangan terlalu berlebihan kerana ianya cukup bagi mengisi ruang perut.
Baju yang dipakai, pagi baju lain, petang baju lain.
Maka, apabila 3 jenis hidangan yang disebutkan di dalam alquran di atas meja tersedia , alhamdulillah , nikmat ini terasa sudah melebihi dari secukupnya.
————————————————————-
*berusaha untuk kembali menulis , in sya allah.
