Apa yang terjadi di atas muka bumi ini, semuanya bukan kebetulan.
sebagaimana seorang seorang anak kecil yang keluar dari perut ibu saat kelahiran , kejadiannya bukan kebetulan.
Ianya hasil usaha ibu dan ayahnya , sehingga pertemua dua benih itu menghasilkan gumpalan di dalam rahim si ibu , dan dari situ , sempurna sifatnya , ditiupkan roh yang umpama eletrik yang menghidupkan alat-alat eletrik.
Begitulah kehidupan kita di atas muka bumi ini , tiada satu pun yang terjadi disebabkan kebetulan.
Kita mengetahui kebaikan dan beramal dengannya adalah sesuatu yang amat menyenangkan.
Apabila mengetahui kebaikan tanpa mempedulikan apa itu kejahatan, ianya lebih membuatkan kita jatuh ke lembah kebinasaan berbanding kebaikan.
Sebagai contoh , seseorang tidak tahu berkaitan riya (menunjuk-nunjuk) amalan , agar ianya dipuji.
Pak Samjori mengetahui bersedekah adalah amalan yang baik , tapi sayang , beliau tidak belajar tentang riya. Alhasil , apa sahaja sedekah yang dibuatnya pasti akan dihebohkan pada satu kampung , agar manusia mengetahui kebaikan yang dibuatnya dan memuji-muji dirinya.
Semakin hari , apa yang difikir oleh Pak Samjori adalah mengejar populariti di kalangan masyarakatnya bahawa dialah juara sedeqah , tiada yang boleh menandingi dirinya dalam bab sedeqah.
Beliau satu hari demi hari , menuju ke arah kebinasaan.
Realiti hari ini
Begitulah hari ini , dalam kita sibuk mengajak manusia kepada kebaikan , membangunkan ummah , untuk kembali kepada khilafah , kembali kepada muamalat sebenar melalui duit sebenar , maka dalam masa yang sama kita perlu mengetahui semua kejahatan yang ada di sekeliling agar kebaikan itu tidak dibinasakan oleh kejahatan yang bermaharajalela.
Dalam menyusuri sirah Nabi Muhammad dan para sahabat , mereka adalah bulan dan bintang kita dalam menyuluh malam yang kelam.
Dari ramai-ramai sahabat , ada seorang pemegang amanah Nabi – itulah Huzaifah alYamani.
Pada beliau semua kunci keburukan dan kejahatan disimpan.
Beliau menjadi rujukan sahabat dalam mendepani kejahatan tersembunyi.
Kerana beliaulah , mayat yang meninggal di Madinah tidak disolatkan oleh Umar Alkhattab , jika beliau tidak solat pada mayat tersebut.
Beliau mengetahu munafiq sebenar zamannya.
Maka hari ini, ramai dari kita terjebak ke dalam kebinasaan hanya disebabkan sikap tidak acuh dan menganggap enteng keburukan , kefasadan dan kejahatan yang ada di sekeliling.
Perkara mengetahui jalan cerita, cara bekerja golongan pemusnah , golongan kejahatan ini hampir tidak diketahui oleh golongan kebaikan.
Alhasil , para pembikin kejahatan semakin bermaharajalela dengan kejahatan kerana si pembaik pulih sudah sama-sama mengikut kejahatan.
Allah , sejak dari awal , mengingatkan kita tentang beberapa golongan yang ada di kalangan kita.
Golongan yahudi dan nasrani (kristian) .
Golongan yang membaca kitab , tapi usaha menokok tambah dan membuang ajaran.
Golongan pemerintah yang menguasai manusia.
Kisah sihir yang berleluasa.
Golongan pemerintah dengan sihir yang tidak dapat dipisahkan.
Iblis yang sentiasa menghantar askar-askarnya.
Riba yang berakar umbi.
Semua kisah kehidupan yang ada dalam alquran , sifat-sifat manusia, ada disebut di dalamnya , tetapi sangat sedikit yang benar-benar mengambil pengajarannya.
Hari ini, kita berhadapan dengan satu golongan , yang mana mereka ada persekutuan muslim , kristian dan yahudi dalam memartabatkan satu cita-cita.
Sedangkan yahudi dan kristian tidak pernah berbaik ribuan tahun, hanya pada saat ini, mereka saling membantu.
Kerana apa?
Sedangkan di dalam alquran (almaidah : 82) , yahudi itu tersangatlah kuat permusuhan pada orang beriman , manakala nasrani adalah yang paling dekat kasih sayangnya dengan orang beriman.
Pada saat ini, semua ini terbalik.
ada sesuatu yang tidak kena.
Allah tidak pernah menipu , dan tidak sesekali , dan apa yang Allah katakan adalah benar.
Tidak akan redha kepada kamu yahudi dan nasrani sehingga kamu mengikuti agama mereka (2:120).
Hari ini, perseteruan Yahudi dan Nasrani (golongan pemimpin dan pelobi pimpinan) , adalah di tahap optimum , terhadap manusia beriman.
Perseteruan ini dibantu oleh segolongan pimpinan orang islam , terhadap mereka.
Kalian lihatlah , apa yang ada di Arab Saudi , tempat dan pusat ketenteraan untuk alatan perang Amerika paling besar diluar Amerika , dan paling besar di Timur tengah.
Umat islam dibiarkan jadi sepeti buih, mengikut telunjuk bangsa-bangsa yang rakuskan kekayaan bangsa muslim.
Lihatlah perseteruan bangsa pimpinan orang Islam di dalam NATO , PBB , IMF .
Mereka dengan mudah memperkotak katikkan bangsa muslim dengan kuasa VETO mereka , mereka dengan mudah mengambil EMAS negara Muslim dengan persyaratan di dalam IMF bahawa 1/3 emas simpanan negara perlu disimpan pada mereka.
Ini tidak lain melainkan memiskin ummah dari semua aspek kehidupan.
Miskin harta , miskin pengharapan , miskin ideologi , miskin kekuatan , miskin keyakinan , miskin usaha.
Dan semua kemiskinin ini dijadikan modal untuk menarik ummah dari terus menyebut Tiada Tuhan Selain Allah , atau dibiarkan terus menyebut Tiada Tuhan Selain Allah tapi dijadikan manusia yang menyebutnya hina di pandangan mata manusia.
Semua itu tidaklah memberikan kebaikan kepada bangsa muslim , melainkan kemusnahan dan kerosakan yang membarah.
Dan hari ini , kita melihat , satu demi satu negara bangsa muslim diratah serakus mungkin.
Lihatlah apa kata mereka ,
Iraq , Syria , lebanon , Somalia , Iran , Lybia , Sudan.
Jika kita melihat peta di bawah , tanda-tanda merah itu adalah semuanya yang berdekatan dengan tanah haram israel.
Saat menjadikan Israel sebagai satu kuasa besar dunia semakin dekat.
Apa yang mereka buat sehingga boleh mengeluarkan belanja besar menakluki seluruh kawasan tanah arab?
Arab saudi adalah sekutu terbesar US.
Turkey terikat dengan NATO.
Owh, masihkah kita tidak mahu boikot barangan mereka dengan semua kerosakan yang dibuat?
Sama-sama kita berfikir dan merenung.
