Musafir Ke Mesir – 9 – Sinai – Maqam Nabi Soleh dan Maqam Nabi Harun

Ketika dalam perjalanan kami menuju ke Bukit Tursina, kami singgah pada dua tempat besar dalam sejarah mengEsakan Allah dan penyeruan kepada manusia kepada Allah yang Satu.

Nabi Soleh merupakan seorang Nabi yang diutuskan Allah kepada suatu kaum yang dinamakan Tsamud.

Seruan baginda kepada kaum yang bertamadun ini tidak cukup sekadar penyeruan bahkan diberikan satu bukti bahawa baginda memang sebenarnya Nabi.

Kehebatan bangsa Tsamud ini adalah dalam bidang pembinaan, mereka membina rumah mereka dengan mengukir bukit-bukit dan gunung-gunung dijadikan sebagai rumah dan istana mereka.

Hasilnya, Mukjizat Nabi Soleh juga merupakan suatu bentuk yang melebihi kemampuan teknologi zaman itu, mengeluarkan atau melahirkan seorang unta dari gunung.

Retak sebuah gunung pada suatu hari, dan keluarlah seekor unta yang disaksikan kaum-kaum Nabi Soleh.

Mereka terpinga-pinga, kehebatan mereka dalam mengukir gunung untuk dijadikan rumah terlalu sukar dan memerlukan masa tetapi kelebihan Nabi Soleh ini seperti terlalu mudah baginya.

Apa yang terjadi, golongan bangsawan zaman tersebut semuanya ingkar , yang beriman hanyalah golongan yang lemah dari mata mereka. (al-a’raf – 73-79 –Juzu’ 8 )

Maqam Nabi Soleh

Maqam Nabi Soleh

Maqam di dalam bahasa arab adalah dari jenis isim makan (nama tempat) yang bermaksud tempat berdiri.

Maqam Nabi Soleh ini dikatakan pernah berdirinya Nabi Soleh di kawasan ini.

Ianya seperti Maqam Ibrahim di Mekah yang tidak menempatkan jasad Nabi Ibrahim bahkan hanya tapak kakinya sahaja.

Begitulah Maqam Nabi Soleh ini juga.

Juga dari sumber yang lain, jika bukan Nabi Soleh yang berdiri di sini, seorang mukmin yang soleh pernah berdiri di tempat ini.

Berdiri di kawasan sekitar ini ada membangkitkan perasaan rindu dan perasaan halus yang mengalir lembut menembusi jiwa.

IMG_6459

Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke kawasan Wadi Muqaddas (rujuk Musafir Pertama – klik sini) , di kawasan ini juga terletaknya Maqam Nabi Harun.

Sama seperti maqam Ibrahim dan Maqam Soleh, ianya tidak menempatkan Jasad Nabi Harun, hanya tempat yang diberitakan pernah berdirinya seorang Nabi bernama Harun yang menyeru dan membantu Nabi Musa dalam seruan kepada Bani Israel kepada mengEsakan Allah.

Kisah berkaitan Nabi Harun ada diberitakan di dalam Surah Al-a’raf (juzu’ 9 ) , (142- 155). Surah Toha 25-30 Juzu’ 16 , Surah AlQosos – 31-35.

Pembentangan semula kisah Nabi Musa dan Nabi Harun kepada kami

Pembentangan semula kisah Nabi Musa dan Nabi Harun kepada kami

Iktibar dari kawasan ini adalah perasaan kekerdilan diri.

Semulia-mulia manusia dari kalangan manusia Nabi-nabi yang menyeru manusia telah ditolak dari diterima kaumnya dalam seruan dakwah, apakah diri ini masih mahu berkecil hati jika seruan yang sedikit tidak diterima?

Benar, kawasan ini dan kisah yang terbit sedikit sebanyak membangkitkan jiwa yang tidur.

Pendakian menuju Maqam Nabi Harun

Pendakian menuju Maqam Nabi Harun

Musafir Ke Mesir – 8 – Maqam Imam Syafie dan Imam Waqi’

Sedikit Kisah Berkaitan Imam Syafie dan Tok gurunya

Pada suatu hari, imam Syafie’ berjumpa gurunya sambil bertanyakan ”Mengapakah aku mengalami kesukaran untuk menghafal?”

Tok gurunya, Imam Waqi’ berkata ” Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi tunjuk kepada pembuat maksiat”

Cerita ini popular dikalangan penuntut ilmu kerana padanya terletak kunci mencari ilmu.

Bagi mereka yang mengejar suatu yang dinamakan kejayaan, mereka akan berpegang kepada nasihat ini.

Imam Syafie dan Mesir

Mesir memberikan titik pembaharuan kepada pemikiran Imam Syafie.

Setelah berada di Mesir, banyak pendapat-pendapat atau fatwa-fatwanya yang terdahulu ditukar, sehingga bergelar Qaul Jadid (pendapat baru) .

Di Mesir, Imam Syafie banyak menghabiskan masanya mengajar di Masjid Amru Al-As.

Antara nasihat atau kata-kata Imam SYafie :

“Jika sahih sesuatu hadith maka itulah mazhabku (peganganku)”
(Sila rujuk Imam An-Nawawi dalam kitabnya “Al-Majmuk”, m/s 63 / 2).

” Setiap Hadith dari Nabi Salallahulaihiwasalam itulah sebenarnya pendapat aku cuma sahaja mungkin kamu tidak mendengarkannya dari aku.”
(Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya ” Adabul Syafi’ie” m/s 93

Pintu tempat Imam Waqi' disemadikan

Pintu tempat Imam Waqi' disemadikan

Maqam Imam Waqi'

Maqam Imam Waqi'

Menziarahi kubur-kubur ini, banyak memberikan peringatan dan sentakan kepada hati.

Proses didikan juga ada pada menziarahi kubur-kubur.

Maqam Imam Syafie

Maqam Imam Syafie

Musafir Ke Mesir – 7 – Faiyum – Kincir Air Nabi Yusuf

Ingatkah kalian tentang peristiwa 7 tahun kemarau bersangatan yang diiringi 7 tahun yang subur dari surah Yusuf?

Peluang bermusafir ke Mesir , salah satunya menghilangkan rasa rindu di hati terhadap kisah-kisah yang diceritakan di dalam alquran.

Untuk pengetahuan kalian, negeri Faiyum ini merupakan tempat sepertimana yang dikisahkan di dalam alquran.

Perintah untuk merancakkan pertanian sebelum tiba musim kemarau yang berpanjangan hasil dari tafsiran mimpi raja tika itu oleh Nabi Yusuf telah mengangkat Nabi Yusuf sebagai menteri yang berpengaruh di Mesir, Menteri yang menjaga perbendaharaan bumi Mesir ,boleh dikatakan menteri pertanian atau menteri kewangan.

Dengan kebijaksanaan yang Allah berikan kepada Nabi Yusuf , 7 tahun kemarau tersebut berjaya dilalui dalam keadaan negara-negara sekeliling mereka berada dalam keadaan krisis yang teruk. (surah Yusuf 43-55)

Sehinggakan kemarau ini mempertemukan semula Nabi Yusuf dengan ayahnya dan adik-beradiknya yang terpisah sejak dari kecil.

Kincir Air yang dibaik pulih setiap tahun , sistem yang digunakan melebih 4000 tahun

Kincir Air yang dibaik pulih setiap tahun , sistem yang digunakan melebihi 4000 tahun

Musafir Ke Mesir – 6 – Faiyum – Tasik Qarun dan Istana Qarun

Selepas menikmati keindahan kebun buah, kami meneruskan perjalanan menuju ke Tasik Qarun.

Tasik yang diberitakan tenggelamnya harta-harta Qarun ketika dia dengan angkuhnya mempamerkan harta-hartanya.

Melihatkan tasik ini yang luasnya saujana mata memandang, tidak terbayang akan berapa banyak harta yang ditelan bumi.

Melihatkan tasik ini, tiada yang terbayang melainkan manusia sebesar mana dan sekaya manapun, tidak mampu menyelamatkannya dari siksa Tuhan jika keangkuhan dan kesombongan merajai diri sehingga ia kufur pada Tuhannya, Allah ,Maha  Pemberi rezeki setiap hari.

Seluas mata memandang

Tasik Qarun - Seluas mata memandang

Selepas itu, kami menysuri sepanjang 1/3 pantai ini menaiki kereta dengan kelajuan 80-90 km/j , hampir 30 minit kami menyusurinya.

Sungguh tidak terkata besarnya tasik ini.

Pemandangan Tasik Qarun setelah 30 minit mnyusurinya

Pemandangan Tasik Qarun setelah 30 minit mnyusurinya

Kami meneruskan perjalanan melihat lagi khazanah yang tinggal dari keangkuhan Qarun.

Hampir 20 minit dari tasik ini terletaknya istana yang dikatakan milik Qarun.

Yang tinggal hanyalah kawasan sekitar 1/60 dari bangunan sebenar.

IMG_6957

Iktibar dari kawasan ini sangat besar.

Kehidupan seorang doktor nanti jarang didapati dengan kesempitan bahkan keluasan rezeki, dan ini mengingatkan diri bahawa jangan menjadikan diri seperti Qarun, tertipu dengan harta yang sedikit.

IMG_6949

Kisah Qarun

Situasi era di zaman Nabi Musa dan FIraun digawatkan lagi oleh kemunculan satu watak lain iaitu Qarun yang tampil dengan citra kerakusan hartawan lupa dataran. Al-Qur’an memperkenalkan Qarun sebagai orang yang berasal dari kaum Nabi Musa (a.s.). Meskipun datang dari kaum yang sama (Bani Isra’il), mereka tidak sehaluan. Sementara Musa (a.s.) adalah pemimpin-pembela kaumnya, Qarun pula adalah penindas dan pemeras kaumnya sendiri.

Qarun memang kaya luar biasa. Kunci-kunci khazanahnya sahaja tidak terpikul oleh sejumlah orang perkasa. Beliau mendakwa kekayaannya adalah hasil kemahirannya sendiri, tetapi sebenarnya ia diperoleh secara zalim dengan memeras dan merampas hak bangsanya sendiri. Andainya pemerian al-Qur’an ini dilihat dari perspektif sosio-ekonomi-politik kontemporari, ia merupakan pendedahan tentang sejenis fenomena “penjajahan” ekonomi oleh golongan kapitalis peribumi. Ia bukan penjajahan kuasa luar, tetapi “penjajahan” kuasa dalaman yang tidak kurang bahayanya.

Qarun juga dikatakan mempunyai posisi politik yang cukup strategik. Sebagai salah seorang anggota kabinet Fir’aun, tentu sahaja beliau telah menggunakan posisi politiknya itu untuk mengaut keuntungan peribadi. Selain itu ia juga mempunyai cita-cita politik mengambil alih kedudukanMusa (a.s.) sebagai ketua kaum Bani Isra’il.

Al-Qur’an memberikan pemerian tentang penampilan Qarun yang suka mempamerkan kebesaran dan kekayaannya. Kebiasaan ini dilakukan bukan tanpa motif tertentu. Ia adalah suatu strategi menarik perhatian ramai agar ia dikagumi sebagai wira dan idola.

Dengan mempamerkan kekayaannya ia juga bermaksud menghantar mesej bahawa ia mampu melakukan segala-gala, mengupah, membeli dan membiayai apa sahaja dan berapa sahaja. Seolah-olah ia mahu memberi amaran kepada sesiapa sahaja, jangan cuba-cuba mencabar aku!.

Dalam pemerian selanjutnya al-Qur’an menyebut tentang adanya kelompok yang memang mengagumi Qarun; iaitu golongan mata duitan yang terlalu ghairah untuk menjadi kaya dengan cara apa sahaja. Bagi kelompok materialistik ini, Qarunlah yang menjadi idola pujaan. Mereka ingin menjadi Qarun, kerana ia adalah lambang kejayaan seorang usahawan, kejayaan yang hanya diukur dari jumlah yang tertimbun, tanpa mengambil kira dari mana diperoleh dan ke mana dibelanjakan.

Qarun memang diidolakan oleh para pengagumnya, tetapi pada hakikatnya fenomena keqarunan adalah gejala kehancuran. Kerana itu Qarun mengakhiri hayatnya dengan nasib yang sangat tragik, hancur luluh ditelah bumi. Al-Qur’an memberikan gambaran, bagaimana Qarun terbenam ke dalam bumi bersama rumahnya sekali.

Dari sekian banyak hartanya yang turut musnah, al-Qur’an secara khusus menyebut rumahnya. Mungkin rumah mewahnya (pintu-pintunya diperbuat daripada emas) itulah yang menjadi simbol kekayaan dan kebanggaannya selama ini. (al-Qasas: 76-81). Qarun memang bersalah kerana memeras, menyalahgunakan kekayaan untuk membiayai kegiatan-kegiatan khianat dan pelbagai kezaliman lain lagi. Tetapi ada lagi yang wajar disalahkan, iaitu sistem yang mengizinkan fenomena keqarunan itu berlaku. Sumber – Dr Siddiq Fadzli

Rujukan Al-Barawiy, Rashid, 1978. Al-Qasas al-Qur’aniy: Tafsir Ijtima’iy. Kaherah: Dar al- Nahdah al-‘Arabiyyah

Kisah Qarun 2

Qarun adalah kaum Nabi Musa berkebangsaan Israel dan bukan berasal dari suku Qibthi. Allah mengutus Musa kepadanya seperti diutusnya Musa kepada Firaun dan Haman.

Allah telah mengurniai Qarun dengan harta yang sangat banyak dan perbendaharaan yang melimpah ruah memenuhi almari simpanan-simpanan.

Perbendaharaan harta ini sangat berat untuk diangkat kerana beratnya isi kekayaan Qarun.

Walaupun diangkat oleh beberapa orang lelaki kuat dan tegap pun, mereka masih tidak mampu.

Qarun mempergunakan harta ini dalam kesesatan , kezaliman dan permusuhan dan membuatnya sombong.

Hal ini merupakan musibah dan bencana kepada kaum fakir dan lemah di kalangan bani Israel.

Dalam memandang Qarun dan harta kekayaannya, bani israel terbahagi kepada 2 kelompok.

1. Kelompok orang beriman kepada Allah dan lebih mengutamakan apa yang ada di sisi Allah.
Kerana itu mereka tidak terpedaya dengan harta Qarun dan tidak berangan-angan untuk memilikinya.

Bahkan mereka meprotes kesombongan , kesesatan dan kerusakannya serta berharap agar ia menafkahkan hartanya di jalan Allah serta memberikan kepada hamba-hamba Allah yang lain.

2. Kelompok yang terpukau dan tertipu oleh harta Qarun kerana mereka telah kehilangan tolok ukur nilai, landasan dan asas yang dapat digunakan untuk menilai Qarun dan hartanya.

Mereka menganggap bahwa kekayaan Qarun merupakan bukti keridhaan dan kecintaan Allah kepadanya. Mereka berangan-angan ingin bernasib baik seperti dia.

Qarun mabuk dan terlena oleh meilmpahnya harta dan kekayaan.

Semua itu membuatnya buta dari kebenaran dan tuli dari nasihat-nasihat orang mukmin.

Ketika mereka meminta Qarun untuk bersyukur kepada ALlah atas segala nikmat harta kekayaan dan memintanya memanfaatkan hartanya dalam hal yang bermanfaat, kebaikan dan hal yang halal , justru ia menolak serata berkaya ‘’sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku”

Suatu hari ia keluar kepada kaumnya dengan kemegahan dan rasa bangga sombong dan bongkak.

Maka hancurlah hati orang fakir dan silaulah penglihatan mereka serta berkata ”Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang diberikan kepada Qarun , sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar ”.

Akan tetapi orang-orang mukmin yang dianugerahi ilmu menasihati golongan yang tertipu seraya berkata ”kecelakaan yang besarlah padamu, pahala Allah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh”

Berlakulah sunnatullah atasnya dan murka Allah menimpanya.

Hartanya menyebabkan Allah murka menyebabkan dia hancur, Allah membenamkan harta dan rumahnya ke dalam bumi kemudian terbelah dan mengangalah bumi serta tenggelamlah ia beserta harta yang dimilikinya dengan disaksikan oleh orang-orang bani israel.

Tidak ada seorangpun yang dapat menolong dan menahannya dari bencana itu , tidak bermanfaat harta kekayaan dan perbendaharaannya.

Ketika bani israel melihat bencana yang menimpa Qarun dan hartanya bertambahlah keimanan dan keyakinan orang-orang yang beriman dan sabar.

Adapun mereka yang telah tertipu dan berangan-angan seperti Qarun akhirnya mengetahui hakikat yang sebenarnya dan terbukalah tabir lalu mereka memuji Allah kerana tidak mengalami nasib seperti Qarun.

mereka berkata ” Aduhai benarlah Allah melapangkan rezeki bagi siapa saja yang Dia kehendaki dari hamba-hambanya dan menyempitkannya, kalau Allah tidak melimpahkan kurnianya atas kita benar-benar Dia telah membenamkan kita . Aduhai benarlah , tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah) (alquran)

Musafir Ke Mesir – 5 – Faiyum – Kawasan Pertanian Yang Mendamaikan

Hari Ketiga Di Mesir

Setelah bersarapan pagi, kami membuat perjalanan ke arah barat daya dari kota Qaherah,  negeri bernama Faiyum.

Kota yang mempunyai sejarah yang besar.

Kisah mengenai Nabi Yusuf , kemarau 7 tahun dan subur 7 tahun yang diceritakan di dalam Alquran adalah berkaitan kawasan ini.

Kisah Qarun dan keangkuhannya juga berada di kawasan ini.

Faiyum boleh dikatakan sebagai kawasan pertanian.

Pelbagai jenis pertanian dijalankan di sini.

Dengan berbekalkan air dari sungai nil, hidupan berjalan lancar.

Menyusuri jalanan dengan pemandangan ladang-ladang yang tumbuh subur sangat mendamaikan jiwa.

Pemandangan sekitar Faiyum

Pemandangan sekitar Faiyum

Bunga Matahari - Keindahannya tidak terkata

Bunga Matahari - Keindahannya tidak terkata

Setelah dua jam memanaskan tempat duduk kereta, kami berhenti seketika di sebuah dusun buahan.

Menikmati kawasan yang dialiri oleh sungai, buah-buahan yang berjuntaian dengan pelbagai warna, perasaan damai menggamit jiwa.

Juntaian buah anggur yang siap untuk dipetik

Juntaian buah anggur yang siap untuk dipetik

Dalam kawasan yang sama, dengan cuaca yang kering dan panas, meskipun angin sepoi-sepoi bahasa, cuba menyejukkan wajah dan kepala dengan mengambil wuduk di pancutan air bawah tanah.

pancutan air segar dari bawah tanah

pancutan air segar dari bawah tanah

Musafir Ke Mesir – 4 – Masjid Amru Al-As – Masjid Tertua Benua Afrika

‘Ustaz, hari ni kita akan kemana lagi? ‘ soal saya ketika dalam perjalanan kembali ke kota Qaherah selepas sehari suntuk di Sinai.

”erm..Kita berehat je rasanya malam ni. ”

”Boleh ke kalau kita ke Masjid Amru Al-As?  Jauh ke dari rumah yang ana duduk nanti? ”

”boleh rasanya. ”

Di hadapan masjid Amru Al As

Di hadapan masjid Amru Al As

Terus kereta dilencongkan menuju ke arah Masjid Amru.

Saya sebenarnya merasai juga keletihan hasil dari baru pendakian menaiki Bukit thursina, dan nada ahli-ahli dalam kereta juga bernada keletihan.

Apakan daya, saya hanya ada 4 hari di bumi mesir, peluang sebegini membuatkan keletihan itu tidak berapa di ambil peduli.

Perjalanan ke mesir , lebih-lebih lagi kota Qaherah tidak akan sempurna jika tidak singgah di masjid yang tertua di benua Afrika ini.

Masjid ini merupakan salah satu tempat yang bersejarah dan mempunyai keberkatannya yang tersendiri kerana dibina sendiri oleh sahabat Nabi.

Sahabat yang umpama bintang di langit, penunjuk arah tika waktu kelam.

Dibina dalam tahun 21 Hijrah  ,Amru bin Al-As- salah seorang sahabat Nabi mengambil tempat dalam pembinaannya, yang setahun demi setahun melalui proses pembesaran.

Tiang asal masjid ketika permulaan ianya dibina

Tiang asal masjid ketika permulaan ianya dibina

Setelah mengambil wudu’, saya memasuki masjid.

Entah bagaimana mahu digambarkan perasaan ketika itu, suatu perasaan damai dan rindu tiba-tiba menguasai jiwa.

Ditambah angin yang mengalir, seakan-akan membelai jiwa ini secara halus.

Sungguh tidak terkata.

Mimbar Asal yang sudah tidak digunakan

Mimbar Asal yang sudah tidak digunakan

Berada di dalam masjid ini sangat-sangat mendamaikan.

Perasaan yang sedikit berlainan berbanding masjid-masjid yang pernah saya hadiri.

Mungkin kerana ianya dibina oleh tangan sahabat Nabi, keberkatan yang ada itu mengalir, terasa nikmatnya.

binaan yang dikatakan simbolik kepada 8 orang malaikat yang memegang Arash Allah

binaan yang dikatakan simbolik kepada 8 orang malaikat yang memegang Arash Allah

Musafir Ke Mesir – 3 – Sauna Firaun ( Hamam Firaun)

Setelah selesai kami mendaki Bukit Thursina , kami meneruskan perjalanan menyusuri pantai Laut Merah.

Kami singgah di sebuah tempat yang dikatakan menjadi tempat mandi Firaun dan gua yang menjadi bilik yang panas (sauna).

Firaun ini antara manusia yang hebat,kekuasaannya memerintah Mesir,  kesihatannya sering dijaga , tetapi sayang , kehebatannya itu menyebabkan dia tidak sedar diri sehingga mengaku diri adalah Tuhan yang Maha Tinggi. (surah An-nazi3at – 24)

Air laut di kawasan ini berbau agak busuk. (seperti hanyir-hanyir)

Musafir ke Mesir – 2 – Pendakian Ke Bukit Thursina

Hari kedua, ketika malam masih gelap , dalam sekitar jam 2 pagi, kami mula mendaki ke atas bukit thursina.

Perjalanan selama 3 jam lebih mendaki bukit ini memberikan gambaran kepada diri bahawa pertemuan dengan Allah bukanlah sesuatu yang mudah.

Selalu nikmat yang besar memerlukan perjalanan yang berliku, perlukan kesungguhan.

Itulah peraturan kehidupan.

Untuk cerita Nabi Musa bekata-kata dengan Allah, boleh rujuk surah al-a’raf : 142-145.

Permintaan Nabi Musa untuk melihat wajah Allah secara langsung.

IMG_6640


Sementara menanti matahari Terbit.

Kisah Nabi Musa


Matahari Terbit


Menuruni Bukit

Musafir Ke Mesir – 1 – Perjalanan Menuju Tuhan – Wadi Muqaddas (Lembah Suci)

23 July 2009

Pertama kali saya keluar berjalan mencari sesuatu yang perlu untuk jiwa .

Pembacaan quran yang sering diulang-ulang sering meningkatkan perasaan rindu terhadap tempat-tempat yang menjadi sebutan di dalamnya.

Setelah hampir 5 jam menaiki pesawat dari kota Moscow, kapal terbang yang dinaiki selamat mendarat di lapangan terbang Qaherah.

Setelah hampir 3 jam berehat , saya ditemani oleh 3 orang sahabat yang belajar di Universiti Al-Azhar meneruskan perjalanan ke Sinai. Bermula jam 3 pagi, kami sampai di Wadi Muqaddas sekitar jam 230 petang.

IMG_6488

Sebelah petangnya , kami berjalan menuju ke wadi arbain.

Dalam perjalanan mendaki celahan bukit, kami berhenti di sebuah batu yang dikatakan pernah menacarkan 12 mata air hasil dari ketukan Tongkat Nabi Musa untuk kaum Bani Israel setelah melarikan diri dari Firaun dan tenteranya. (lembu betina – 60 )

air mengalir dari celahan-celahan batu (sudah tidak mengalir)

air mengalir dari celahan-celahan batu (sudah tidak mengalir)

Kawasan ini juga pernah menjadi saksi turunnya makanan dari langit kepada kaum bani Israel – Manna dan Salwa.  (lihat surah lembu betina : 57)

Melihat dengan mata sendiri benar-benar memberikan suatu perasaan tidak boleh diungkap.

Kaum bani israel yang Allah curahkan nikmat dihadapan mata dan dengan bukti seorang Nabi dihadapan mata masih lagi boleh berlaku ingkar.

Apakah diri termasuk seperti golongan mereka?

Setelah bertimpa-timpa nikmat , apakah masih ada perasaan tidak cukup?

Sungguh, bumi ini menjadi saksi bahawa menghidupkan jiwa hamba tidaklah semudah yang disangka.


Patung Samiri

Alquran menceritakan, setelah Nabi Musa mendaki bukit thursina dengan meninggalkan kaumnya sekitar 40 hari, berlakulah fitnah besar terhadap kaumnya.

Pembinaan Patung Lembu oleh Samiri.

IMG_6482

(kawasan yang dipercayai dibina patung lembu dan disembah oleh sebahagian kaum bani israel)

Kepulangan Nabi Musa setelah turun dari Bukit Thursina mendapati kaumnya telah kufur dari iman menyebabkan meningkatnya kemarahan Nabi musa, sehingga menyebabkannya menarik janggut saudaranya. (surah al-a’raf : 150 – juzuk 9 )

IMG_6478

Kawasan yang pernah menjadi saksi seruan kepada mengEsakan Allah.

Kawasan berbukit bukau dan batu-batu di sini sedikit sebanyak memberi kesan kepada hati ini andai kata diri ini hidup pada zaman tersebut, apakah ianya termasuk dari golongan yang beriman atau yang ingkar…

Tika Hati Itu Runsing

Matahari dan bulan silih bergantian malam dan siang.

Selagi keduanya hadir dalam kehidupan, selagi itulah adanya hati yang pelbagai.

Ada manusia yang diberikan kepandaian akal, tetapi bahagian pengurusan hatinya tidak diberikan.

Ada yang pandai dalam mengawal hati, tetapi kurang dalam penggunaan akal.

Juga ada manusia yang bijak dalam mengendalikan kedua-duanya.

Bijak dan pandainya manusia dalam pelbagai bidang terkadang bab yang satu ini sangat kurang diperhatikan.

Dilihatnya berpakaian indah, berkendaraan mewah, tetapi setiap kali ditanya bagaimanakah keadaannya?

Tertekan, runsing, harta yang ada seperti tidak berguna.

Tiada bahagia.

Hati itu runsing jika jaraknya dengan sifat fitrahnya dijauhkan.

Hati itu tertekan tika jaraknya dengan Tuhannya tidak dipedulikan.

Maka , kembalilah kepada yang Menciptakan, pasti akan kembali tenang.

Allah itu Maha Pemberi, Maha Menyanyangi , Maha Mengasihi, ingatlah namanya sebutlah keagungannya, pasti hati akan kembali kepada keadaan asalnya.

Allah , Allah, Allah.