Jodoh Pertemuan, Yang Mana Menjadi Pilihan?

“Wan, aku tak jumpa la orang yang sesuai dengan aku..” keluh seorang sahabat padaku.

“Camne ye, aku tak jumpa r yang betul-betul baik kat sini, dengan kata lain, tak berkenan kat hati aku…” keluh seorang lagi..

Saban hari, pasti ada di antara kita yang mendengar keluhan-keluhan sebegini menari-nari di telinga kita. Seorang pemuda berusaha mencari ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan seorang teman hidup, tetapi disebabkan terlebih mencari, sehingga lupa tentang persiapan diri. Seorang pemudi pula mengharapkan seseorang yang sudi menjadi teman dikala sepi, penyempurna iman pada diri, dengan itu juga mencari, tercari-cari sehingga lupa bahawa diri masih tiada persiapan lagi. Akibatnya, keluhan sahaja yang saban hari menyusul dan menyusul.

Kekecewaan dalam mencari menyebakan ada yang sanggup buang jati diri, yang selama ini menjadi benteng dan juga maruah diri. Terus diambil yang mana dirasa boleh mengisi kekosongan hati. Tanpa usul periksa agama empunya diri. Hanyut, hanyut bersama dunia sendiri. Hanyut dengan perasaan dan hati. Sehingga sudah tidak boleh memikirkan realiti dan mimpi.

Mengapa Menjadi Lebih Baik dari Mencari ?

Mungkin aku bukanlah yang paling layak untuk bercerita tentang bab ini, tetapi apa yang telah dilalui sedikit sebanyak boleh sama-sama dikongsi untuk kebaikan bersama. Seorang lelaki , pemuda khususnya, tanyalah sesiapa yang digelar pemuda, jika ditanya tentang jodoh, pasti mereka akan menjawab mahukan isteri yang solehah, yang tahu jaga diri, yang pandai jaga hati mereka, yang cantik akhlak, yang tahu agama agar boleh bimbing mereka jika tersalah langkah. Aku tidak katakan semua yang mahukan semua pemuda mahukan ciri-ciri ini, tetapi majoriti, jika ditanya jauh di sudut hati pasti akan terbit jawapan-jawapan ini.

Memang susah untuk mencari golongan-golongan yang begini, calon-calon yang kita impikan. Tetapi jika sifat-sifat yang diimpikan pada pasangan itu kita terapkan pada diri, Mahukan yang solehah, berusaha menjadi soleh, mahukan yang pandai menjaga hati kita, kita berusaha menjaga hati orang-orang disekeliling kita, bila kita betul-betul berusaha ke arah kebaikan, pasti tidak susah dalam menemukan orang yang dicari. Banyak terjadi apabila ada pemuda sudah berjumpa dengan pilihan hati, yang ada ciri-ciri, tetapi ditolak mentah-mentah kerana sifat diri yang tidak disukai, sifat suka menyakiti hati orang-orang terdekat menyebabkan sifat itu menjadi buah mulut orang , dan meneybabkan orang tawar hati untuk mendampingi seseorang, walaupun dia ada harta, ada muka, ada keturunan, tapi bila akhlak tiada, runtuh sebuah harga.

Sebutlah buah durian, pasti ramai yang tahu kesedapannya dan keenakannya. Dengan kesusahan untuk mendapatkan isinya, sudahlah buahnya tinggi di atas pokok, bila sudah jatuh, terpaksa pula menghadapi duri-durinya sampaikan ada yang terluka jika tidak tahu membuka isinya. Dari luar dilihat sangat hebat, tetapi bila sudah dibuka isinya , sudah busuk , pasti akan ditinggalkan begitu sahaja. Begitulah perumpaan bagi pemuda yang hebat,yang punya harta , muka, keturunan, tetapi jika akhlak tiada, pasti tiada siapa yang suka. Maka akan ditolak mentah-mentah segala yang datang darinya.

Bagaimana menjadi?

“Wan, aku kecewa la dengan muslimat ni, aku tak jumpa yang berkenan, ada tu, nampak baik tapi mulut laser, ade tu pulak macam menjaga bila depan kita, tapi last-last tau perangai dia, langsung tawar..”

“Ade je yang betul-betul baik. Cuma mungkin yang kau nampak yang ni je, sebab tu tak jumpa. Ramai muslimat kat atas muka bumi ni, kalau tak kat sini kat tempat lain. Usahakan menjadi, dalam menjadi ni, dua syarat utama yang insyaallah, boleh membantu. Petama, tundukkan pandangan ko, kurangkan mata tu melilau-lilau dengan wanita, nampak aurat orang, usaha palingkan, kernaa bila kita jaga pandangan mata ni, hati kita akan terjaga, bila hati terjaga dan bersih, masa tu kau boleh bezakan akan hak dan batil. Kedua, banyakkan puasa. Bila datang je ‘perasaan’ tu, puasalah, insyaallah, ia sedikit sebanyak membantu. Kerana ini pesan Nabi, bila Nabi pesan, banyak terkandung barakah dia. Dan bila makan tu, jangan selalu penuh atau berlebih-lebihan. Jaga makanan yang masuk perut tu. Dua ni cuba amalkan, dan yang lain-lain akan menyusul kemudian.”

Insyaallah, bila dua benda ni terjaga, kita akan dapat rasa nikmatnya ibadah tu. Untuk apa nak dapat nikmah beribadah ?

bila kita dah rasa nikmat ibadah, maka hati kita akan merasa sendiri cinta Tuhan itu tidak bertepi. Dan perasaan yakin akan datang pada kita, bahawa kita ni adalah milik Tuhan, jika kita berusaha mencintai Tuhan , maka Dia sendiri akan memberi orang yang juga mencintaiNYA kepada kita.Dan orang yang mencintai Tuhan, mendahulukan Tuhan dalam segala hal, adalah orang yang bertanggungjawab dalam hal dunia dan akhirat, dan yang pasti merupakan orang yang baik, soleh ,solehah dan muslih(menjadikan orang lain turut soleh). Itu suatu janji yang pasti.

Apa Kesudahannya?

Kerana apa kita bersusah-susah dahulu itu semua ini?..Kerana inilah janji Tuhan, “sesungguhnya setiap kesusahan pasti akan disusuli dengan kesenangan. Sesungguh-sungguhnya (Demi) setiap kesusahan pasti ada kesenangan”… Bila kita berusaha menjadi, dan sudah sampai masa untuk diri melangkah setapak dalam mencari redha Ilahi, disitu kita akan melihat rahmat disebalik kesemua kessusahan ini. Dengan bermula dengan mudahnya penerimaan orang yang dipinang, kemesraan ibu bapa sebelah sana, dan yang terpenting , mahar dan hantaran yang tidak membebankan , hanya cukup sebagai syarat sahaja. Ketika melihat hantaran inilah, jika kita melihat orang yang tidak menjaga diri sebelum itu, pasti pening apabila melihat harga hantaran yang terlalu menyiksa diri. Dimanakah mahu dicari duit sebanyak itu?..Jika tiada, maksudnya melepas si dia, sehinnga dia melihat bahawa perkahwinan itu umpama membeli si gadis dari keluarganya. Keresahan inilah yang sering membelenggu remaja-remaja.

Tetapi jika melihat kepada orang-orang yang menjaga diri mereka, dalam segala hal, perkahwinan mereka cukup lancar, mahar yang tidak terlalu rendah , dan hantaran yang tidak menyesakkan dada.Betul-betul dilihat bahawa perkahwinan penyempurna iman. Alhasil kita melihat, keluarga yang dibina, betul-betul boleh dilihat hasil ketenangan, kedamaian kerana keturunan yang dihasilkan betul-betul bermanfaat bukan sahaja untuk keluarga tetapi masyarakat juga sejuk dan gembira dengan kehadiran mereka. Kejayaan dalam keluarga inilah yang menjadi penentu di mana akhir kehidupan kita.

Volgina Street, Konkova,

117437,Moscow.

22 responses to this post.

  1. Terima kasih akhi syazwan….

    banyak manfaatnya =)

    Balas

  2. percaya saja janji Allah, 24:26.

    jadi yang terbaik, pasti mendapat yang terbaik!

    Balas

  3. Posted by umaralfateh on 29 Februari 2008 at 7:13 pm

    hmm..leokid, ramai yang percaya , tapi yakin belum tentu… ramai orang mudah percaya sebelum melihat, tetapi sedikit je orang yang yakin tanpa melihat…contoh terdekat adalah orang yang masuk islam semasa zaman mekah dan yang memeluk islam selepas kemenangan kota mekah… sama2 kita ambil pengajaran..

    Balas

  4. Posted by dynamaisara on 21 Mac 2008 at 12:10 pm

    saya percaya dengan janji tu..

    walau apa-apa pun kita kena perbaiki dulu diri sendiri..

    “lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..
    lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat”.

    Balas

  5. Posted by najiha on 13 April 2008 at 7:37 am

    salam….
    saya sgt2 sgt2 yakin dgn janji2Nya…janjiNya pasti, firmanNya pasti…
    yakin dgn 24: 26…
    akan tiba masa yg dijanjikanNya…InsyaAllah…

    biar sendiri hingga hujung nyawa
    asal tak sepi dari kasihNya
    kerna seseungguhnya hakikat cinta
    hanya Dia yang Esa…

    saratkan hati ini dgn cinta hakiki
    sehingga kurasai
    NikmatNya, syurgaNya, cintaNya…

    ya ALLAH pimpinlah hambaMu yg amat lemah ini…

    Balas

  6. Posted by Frinzz on 22 April 2008 at 12:50 am

    Ini antara perkara yang paling sukar untuk saya terima sampai sekarang…

    Balas

  7. Posted by nurulakmal on 22 April 2008 at 3:16 am

    artikel yg bagus utk remja2 zaman skrg

    Balas

  8. Posted by ayiezun on 9 Jun 2008 at 5:03 am

    saya setuju dgn awak. kita tak perlu pikirkan sangat tentang jodoh kerna ia akan datang dgn sendirinya.. itu adalah janjiNYA kepada semua makluknya….
    cintai lah DIA lebih dari segala nya.. pasti kita bahagia.. DUNIA DAN AKHIRAT…]

    Balas

  9. 1st time buka blog ni..
    thanks..sgt bermanfaat..
    berusaha menjadi soleh utk mndpt yg soleh..
    mcm tu jg wanita..
    berusaha mnjadi solehah utk mndpt yg soleh..
    iAllah…dgn kekuatan yg ada.
    semua org pasti berjaya mncapai mtlamat tu..
    tp ingat….
    syaitan takkan biarkan manusia ‘bahagia’ utk berbuat kebaikan..~

    Balas

  10. Posted by huda mazlan on 17 Julai 2008 at 6:29 am

    alhamdulillah…very interesting sharing…
    thanx…smoga Allah memberkati anda…

    Balas

  11. Posted by Rsfatihah on 22 Julai 2008 at 4:59 pm

    klu x silap, sblm ni pun sy ada dengar dari akak senior psl mnjadi daripada mncari..slalu je kt surau akak ni jd imam, n slalu bg tzkirah in between maghrib n isyak..best sgt time dgr beliau brbicara..dhla suka buat kitaorg gelak..bru2 ini slps ‘grad’ n dh pun keje jd dentist, beliau dtg kt uni kami with her nice story to tell n share with us..katanya wanita solehah ni ibarat bunga2..smua org suka n berebut2..time blajar,xpyh la nk fikir2 psl kahwin2 o cri pasangan hidup..coz sememangny telah trtulis..katany lg,jgn risau psl jodoh kita ni..sbb jika kita mnjadi yg trbaik, insyaAllah kita juga akn mndpat yg trbaik untk diri kita..kenyataanya beliau kini sedang menunggu masa utk ke alam perkahwinan dgn seorg guru yang juga m’punyai ciri2 yg baik..(klu diikutkan crita yg diceritakn beliau)..hrp kita smua boleh m’buat keputusn trbaik utk dri kita..(in this matter)in conclusion..hehe..MENJADI sememgny LEBIH BAIK dari mencari..

    Balas

  12. Posted by aisyah89 on 24 Ogos 2008 at 2:58 am

    minta izin utk forward link ni kpd kwn2 ana

    Balas

  13. Posted by nurul huda on 2 September 2008 at 10:37 am

    salam….rajn2 la berdoa pd allah supya dkurniakn psgn yg boleh mjdi dahan utk kita berpaut,pohon utk kita berteduh seterusnya mjdi pelindung dan penbimbing kita dlm mgumpul amaln sbgai bekalan di negeri akhirat kela .insyaallah..

    Balas

  14. Posted by siti sabariah on 2 September 2008 at 2:15 pm

    interesting writting~! sangat berguna untuk remaja2 sekarang terutamanya gadis yang masih single dan takut dirinya akan menjadi andartu nanti..Allah Maha Adil, insyaallah, kita akan bertemu jua dengan pasangan yang sesuai. salam.

    Balas

  15. artikel Mencari dan Menjadi pernah dbaca..mg pengisian ini tersemat kukuh di hati,yakin dan percaya pd janji Allah yg Maha Adil..syaratnya,jdlh seorg yg solehah,utk mdapat seorg yg soleh,n begitu jg sbaliknya..
    thniah utk pengisian ini! =)

    Balas

  16. Ya Allah…cukuplah kau saja untukku…sesungguhnya segala yang terbaik hanya dariMu…kepadamu jua aku di kembalikn…insyaallah,org yg baik hanya untuk org yg baik…semoga mendapat yg baik..solehah..teman menyampaikan risalah islam…wassalam

    Balas

  17. Salam ..
    Copy entry untuk dikongsi bersama yea..

    Balas

  18. Alhamdulillah, bagus artikel ni. Sejuk hati saya membaca. Jadi, saya nak bookmark, n follow la setiap artikel dalam blog ni. Tak sia2 kawan saya tunjukkan blog ni.
    Memang banyak silap saya setelah membaca artikel ini, masih banyak kelemahannya.
    Syukran.

    Balas

  19. Posted by nurul iman on 2 Februari 2009 at 10:13 pm

    subhanallah, artikel yg mengubat hati..
    btullah kt shbt kte, jika kita mencintai Allah lbh dr sgl2nya..Allah akan berkali2ganda mencintai kte n akan beri pendamping terbaik utk kte,insyaAllah

    Balas

  20. semua hamba allah yang dilahirkan di dunia sudah tecipta jodoh untuk dirinya cuma samaada lambat atau cepat itu sahaja .apa yang penting kite kena seimbangkan kehidupan bercinta 2 juga belajar jangan dilupakan k

    Balas

  21. Posted by yuyu on 7 Jun 2010 at 11:22 am

    blog nie mmg byk beri kesedaran pda sy,
    mungkin sy terlalu mengharapkan yg terbaik drp kehadiran seseorg,
    sedangkan diri kite ini masih byk lg yg perlu diisikan dgn kewajipan yg perlu kite lakukan.
    insyaALLAH, semoga Allah dpt pertemukan sy dgn insan yg baik dan berakhlak.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 92 other followers

%d bloggers like this: