Perkahwinan : Antara Kemahuan dan Redha

“Pokwe, nak tanye sket…Ape pendapat ko kalau aku kahwin senyap-senyap??”

‘Hmm…sebelum tu, aku nak tanye ko dulu soalan ni. Ape pendapat ko misalkata ko ni seorang ayah, dan tau-tau je, anak ko dah kahwin tanpa pengetahuan ko??..Ape ko buat??’

Sunyi sepi….

“Ala, aku bukan ape, dah setahun dah aku pujuk mak ayah aku nak kahwin, diorang tak bagi, terutama mak aku.”

‘hmm…ade ko tanye kenapa mak ko tak bagi?’

“Itu r, aku dah tanye, alasan dia, suruh habis belajar dulu.Lepas tu, baru boleh nak fikir pasal kahwin-kahwin ni..”

‘Aku tak rasa satu tu je sebab yang mak kau tak nak bagi..Ko kena fikir dalam-dalam pandangan seorang ibu ni camne..’

“Aku tak faham r mak ayah zaman sekarang ni, diorang tak faham keadaan kita camne. Aku takut tak dapat kawal diri je ni, tu yang aku fikir nak teruskan niat aku”..

Serba sedikit dialog yang pernah terjadi suatu ketika dahulu. Konflik tentang perkahwinan, sentiasa membelenggu para pemuda zaman ini. Antara kemahuan diri dan restu keluarga, sentiasa membelunggu pemikiran anak-anak muda, lebih-lebih lagi yang sedang hanyut dibuai cinta.

Mengapa Dihalang?

Inilah antara persoalan utama yang menjadi titik punca. Pandangan seorang ayah, selalunya dalam hal perkahwinan anak-anak mereka sangat ringkas, dan tidak banyak kerenah. Kalau ada pun, hanya berkaitan dengan soal calonnya, berkenan atau tidak , dan selalunya apa yang menjadi pilihan si anak, ayah akan bersetuju. Apa yang dirasakan oleh si ayah, adalah mungkin sudah sampai masanya si anak belajar untuk membina keluarga sendiri.

Berbanding si ibu. Ibu , mendengar namanya sudah sayu. Dialah yang membesarkan, dialah yang mengandungkan kita, dialah yang menyusukan kita, dan ada kala, ketika si ibu sedang makan, terdengar sahaja rengekan anak kecil, anak disegerakan jamahan makanan itu, tetapi selalunya akan ditinggalkan terus juadahnya hanya untuk anak tercinta. Seorang ibu, membesarkan anak-anaknya sepenuh kasih sayang yang ada padanya. Sedihnya anak, pilu baginya, gembira si anak, senyuman dibibirnya, bak kata, setiap perilaku si anak, semuanya berbekas di hati seorang ibu.

“Mak kau tak bagi mungkin sebab sayang sangat kat kau kot, tu yang tak nak lepas tu”

Mungkin ada benar dan mungkin perlu diselidik apa yang menyebabkan terhalangnya kita meneruskan hasrat untuk berumah tangga. Seorang ibu, jarang menolak permintaan anaknya. Buruk-buruk anaknya, itulah buah hatinya. Sebut sahaja permintaan dari si anak, nak masak lemak la, nak nasi beriyani la, nak jajan, apa sahaja kalau dihitung pasti kita akan mengakui seorang ibu jarang menolak permintaan anaknya. Tetapi, mengapakah pada permintaan yang satu ini sangat susah baginya untuk dia menyatakan persetujuannya?

Seorang ibu, apabila dia menyatakan ketidak setujuannya, pasti ada sesuatu yang tersimpul di balik itu. Seorang ibu, apabila menolak permintaan anaknya untuk mendirikan rumah tangga, dia tahu anaknya belum tiba masa lagi untuk diteruskan hajatnya. Ketika ini, apa yang bermain di fikirannya, apakah anakku ini boleh menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab?.. Mungkin soalan ini timbul kerana, dia akan membandingkan sikap suaminya (ayah kita) dengan sikap kita. Jika dia tidak bersetuju, pasti ada yang kurang pada diri kita yang menyebabkan kurangnya keyakinan dia untuk bersetuju dengan hasrat kita.

Bagaimana sikap Kita ?

Selepas subuh, tarik selimut kembali. Selepas makan , letak pinggan di dalam sinki sahaja, mengharapkan ada orang tolong basuhkan. Baj-baju kotor dibiarkan sahaja bersepah tanpa ada inisiatif untuk basuh. Jika inilah sikap kita di rumah, bagaimanakah seorang ibu mahu membenarkan anaknya untuk mendirikan rumah tangga jika dirinya tidak ada sifat bertanggungjawab sekurang-kurangnya pada diri sendiri, inikan pula bila sudah berumah tangga…

Sikap yang ada ini perlulah diubah dalam memberikan keyakinan si ibu bahawa anaknya sudah kenal erti tanggungjawab. Balik rumah , dalam seminggu dua, pujuklah hati si ibu dengan kerja-kerja rumah yang dilakukan. Unjurkan apa sahaja kerja-kerja rumah dari ibu, bahawa biar sahaja kita yang buat. Belikan sedikit cendera hati pada ibu, untuk menarik hatinya. Bila balik rumah, salam tangan ibu, cium tangan ibu. Kalau boleh buat lebih lagi, kucup pipi ibu, bisikkan pada telinganya ‘bang cik sayang mama’. Usahakan cara-cara yang boleh menarik hati ibu ataupun ayah. Keras mana hati ibu untuk melepaskan kita, pasti akan lembut jua akhirnya jika kita memujuk dengan kerja-kerja, kata-kata kita, dan yang terpenting bahawa kita takkan melupakan mereka walaupun sudah berkahwin nanti.

Mengapa Mahu Tergesa-gesa?

Leceh. Mungkin itulah antara yang terbit dari mulut kita bila diberikan penyelesaian untuk masalah yang timbul. Tetapi, perlu ditanya semula, mengapa mahu tergesa-gesa?.. Mungkin dengan kelecehan itulah, tersingkap suatu keberkatan. Perkahwinan bukan hanya kita berkahwin dengan pasangan kita, tetapi kita juga ber’kahwin’ dengan keluarganya. Selain itu juga, kita membesarkan keluarga kita. Kalau sebelum ini, kita hanya ada 3 orang adik, selepas berkahwin, ada 10 orang adik, sebelum kahwin , hanya ada seorang ibu dan seorang ayah, tetapi selepas berkahwin, kita ada dua orang ayah dan dua orang ibu. dengan kata lain, keluarga kita membesar. Dengan membesarnya keluarga ini, benda paling utama kena jaga adalah hati.

Jika dengan kahwin senyap-senyap itu boleh menyelesaikan ‘perasaan’ itu, boleh mengelakkan zina, maka itu hanya satu segi. Tetapi mengapakah dalam bab ini, kita membelakangkan keluarga yang selama ini membesarkan kita? Kita sanggup bersama pasangan kita yang hanya dikenali tidak terlalu lama, dan membelakangkan kasih sayang yang selama ini dicurahkan kepada kita sejak kecil?

Kita mudah mendapat syurga, tetapi kita ikut jalan yang tidak membawa ke syurga. Syurga ada pada ibu, tetapi kita tidak cuba mendapat syurga itu. Redha Allah pada redha kedua ibu bapa, maka apakah dengan membelakangkan keluarga dalam hal membina keluarga ini kita akan mendapat redha Allah pada keluarga yang kita mahu bina itu?… Perkahwinan bukanlah sehari dua, tetapi kalau boleh sehingga hujung nyawa dan sehingga ke syurga. Jika berkahwinnya dengan tergesa-gesa itu atas alasan kerana tidak mahu terjebak dengan zina atau dengan kata lain, kerana nafsu, maka renunglah kembali. Selama manakah nafsu itu akan bertahan. Apakah sampai mati?.. Apakah kesabaran dalam berpuasa itu tidak boleh mengatasi nafsu yang mengawal diri, aduh, sungguh lemah dirimu.

Jika perkahwinan itu dibina atas agama, maka agama tidak akan terlepas dari diri kita sehingga ke syurga kelak. Setiap hari seseorang itu perlukan agama. Agamalah yang membimbing manusia. Apakah kita mahu membimbing anak-anak dengan nafsu atau agama? Perkahwinan yang dibina di atas kecil hati keluarga, kejayaan rumah tangga yang dibina sangatlah tipis berjaya. Tidak ada bukti bahawa perkahwinan yang dibina di atas tergurisnya hati keluarga membina keturunan yang memberi manfaat pada masyarakat. Jika kita berkahwin di kala ini tanpa pengetahuan ibu dan ayah, maka bolehkah kita boleh menjamin anak-anak yang akan dilahirkan dari sulbi isteri kita tidak akan mengulangi apa yang kita lakukan pada ibu bapa kita??…mungkin ianya boleh jadi, lebih teruk dari apa yang kita lakukan pada kedua ibubapa kita?

Bagaimana Jika Sudah Terjadi

Perkahwinan yang telah berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa, eloklah dibawa berbincang kembali dengan kedua ibu bapa. Cubalah sedaya mungkin untuk mengambil hati mereka yang terguris. Mohonlah kemaafan dari mereka. Ceritakan kesilapan yang dilakukan bahawa memang betul-betul kesilapan kita. Pokok utama disini, adalah perbincangan dua mata antara kita dan kedua-dua belah keluarga. Mungkin kesilapan yang yang dirasakan kecil itu,boleh menyebabkan dua keluarga berperang. Berbincanglah dengan nada merendah diri, akui kesilapan yang dilakukan. Moga dengan kesilapan yang dilakukan itu, mematangkan lagi kita. Manusia bukan makhluk sempurna, tetapi ketika melakukan kesilapan itulah yang perlu difikir semula dimana silapnya selama ini.

Yang penting disini, sikap berlapang dada kita dalam menilai sesuatu masalah. Walau sebesar manapun masalah itu, ingatlah , bahawa masalah itu, pemiliknya Allah. Dia memberikan kita masalah agar kita untuk menilai kita sejauh mana keimanan kita, sejauh mana kebergantungan kita kepadanya. Semua benda yang berlaku di atas muka bumi ini, ada sebab musababnya. Jika kita yakin dengan keputusan Allah, kita yakin dengan janji Allah, maka di situ kita akan dapat lihat jalan keluar pada setiap masalah yang timbul. Apa yang penting, cekalkan hati, tingkatkan amal agar keteguhan hati bertambah dan lapangkan dada dalam menilai sesuatu, insyaallah, pasti kita akan nampak jalan keluar di dalam kekusutan yang dihadapi.

Volgina Street, Konkova,

117437,Moscow.

18 responses to this post.

  1. Salam.

    Betul. Bykkan berbincang dengan keluarga. Bykkan berfikir rasional, keperluan dan kepentingan nya, tak perlu ikut emosi sahaja.

    Persiapkan diri juga. Usah mengharap mendapat pasangan yang baik andai diri tak bersedia nak berubah ke arah kebaikan.

    Selalu istikharah. Selalu berdoa. dan Tawakkal lah padaNya.

    Insya Allah, masing-masing akan temui jalan keluar itu.

    * pok we ni bila? macam ada bau2 nasi minyak je ni… hehehe =P

    Balas

  2. Posted by umaralfateh on 1 Mac 2008 at 7:19 am

    salam.. awe, sahabat2 ni bukan tak fikir rasional, tetapi terlebih rasional sehinggakan tidak meletakkan soal perasaan di hadapan. Tidak berusaha memikirkan kekecewaan seorang ibu, tidak memikirkan perasaan ayah, tidak mahu memikirkan perasaan keluarga, berusaha mengepikan perasaan2 ini dari hati..

    Yang difikir adalah, macam mana aku nak sorok perkahwinan ni?…apa nak jaawab nanti kalau macam terboongkar?..Bagaimana keadaan pihak tajaan kalau diorang tahu aku buat ni??…yang banyak berlegar hanyalah persoalan menyorokkan perkahwinan sahaja, sedangkan perkahwinan itu sendiri adalah diwar2kan, dan disitu terkandung seribu satu hikmah..

    Jika yang difikir hanyalah sorokan semata2, sebelum dibuat perkara itu lagi , Allah telah sesakkan dada si pembuat dengan soalan2 yang tidak sepatutnya.

    “haih, awe, anta kepingan nasi minyak ke??..ana boleh tolong masakkan..nasi minyak ni xsusah nak masak, boleh je kalau anta nak makan..xleceh mana pun…hehehhehe (buat2 tak faham)

    Balas

  3. salam ..menarik artikel nie..teringat kat jiran di kg anaknya…belum habis belajar lagi dah nak kawen..kekasihnya juga belum habis belajar lagi…ibu bapa kedua belah pihak menentang keras…kalau nak kawen biar lah habis belajar dulu…dengar2 kawen di Thailand…tinggal di rumah sewa bersama suaminya……
    mahu tak mahu ibu bapa kena terima jugaklah…biarpun hati kecewa…dah dapat anak cucu cairlah hati mak bapak..pelajaranpun tidak terjejaspun…dah jadi doktor….

    pada pendapat saya kalau dah anak nak kawen tu izinkanlah sahaja..

    Balas

  4. Posted by Welcome to Jay Twlight.Com on 1 Mac 2008 at 1:14 pm

    Asalamualaikum…. Manusia diciptakan oleh Allah Subahanataallah sebagai satu satu ciptaanNYA yang terbaik dari yang terbaik. Kelebihaan MANUSIA dari yang lain ialah kerana ianya diberikan satu kelebihan iaitu Boleh mengunakan Akal Dan fikiran sebelum mengambilsesuatu tindakan. Membelakangkan Keluarga untuk mengambil tindakan demi memuaskan kemahuan dan nafsu seperti kawin lari meletakkan MANUSIA itu lebih rendah mertabatnya daripada haiwan yang tidak boleh berfikir. Mereka lupa dari mana asal usul mereka, siapa yang membesarkan dan memberi semuanya sehingga mereka menjadi apa yang mereka dapati sekarang….. Setelah menjadi orang ini pula balasan yang dibalas kepada orang yang telah berkorban selama ini…Manusia begini sepatunya tidak diciptakan menjadi Manusia kerana mereka jenis ini lebih sesuai diciptakan menjadi HAIWAN….

    Balas

  5. Salam wrt.

    Wahh pokwe, ko nie mmg matang habis boleh menulis pasal bab-bab kahwin nie. Ada pengalaman ke? Betul cakap awe, aku pun dah terbau2 nasi minyak nie. Hehe.

    Aku setuju gila ko cakap nafsu tu cuma tahan kejap2 je. Setahun dua bolehlah. Lepas tu dah dapat anak , nak layan karenah mertua, mak bapak sendiri lagi etc, dah nak kena tanggung tanggungjawab yg gilerr sungguh berat.

    Jadi kepada sesiapa yg nak kawen awal2 tu, aku sarankan kumpul la duit banyak2 supaya keluarga mertua anda bakal sayangkan anda. Muehehe.

    Balas

  6. Posted by umaralfateh on 1 Mac 2008 at 3:19 pm

    salam wrt kepada hazreen…

    Alhamdulillah,kuhadapkan syukur pada pemilik pujian…aku beri sedikit penyelesaian agar boleh dibuat panduan kat member2 kita kat sini yang sedang hanyut dibuai mimpi indah..

    Korang ni bab2 makan nasi minyak ni laju je ek..aku boleh je nak masakkan tuk korang,sebab aku pun ade gak belajar buat nasi minyak ni..tak susah mana..tapi korang sediakan la bahan..nak tunggu aku masak sendiri, aih…perut masuk angin dulu la..(saje buat tak faham ape maksud korang)

    menulis ni pengalaman itu perlu, kalau orang cerita tu, cuba2lah hayati perasaan mereka ketika mereka bercerita, masa tu, boleh belajar camne perasaan orang lain..bila kita berbual, jadikan diri kita seperti orang yang bercakap, selami perasaan mereka..kalau mereka bercakap menggunakan perasaan, kita dahulukan perasaan, kurangkan rasional..insyaallah, disitu boleh belajar perasaan orang dan cara orang berfikir..

    tapi, benda2 ni aku selalu gunakan kalau berborak ngan orang lagi tua dari aku, selalunya dengan pakcik2 kat masjid kat umah aku ..diorang kalau borak, banyak pasal nasihat rumah tangga ni,jadi bab teori berkeluarga ni, cam tepu gak r..tapi kene belajar banyak lagi sebab aku xkawen lagi….so, sedikit sebanyak pengalaman orang dah kahwin ni, aku kongsi r serba sedikit kat sini..

    Balas

  7. Posted by anakkawi on 1 Mac 2008 at 9:13 pm

    ahaha, cari la duit keje dulu klo nk kawen pon..

    Balas

  8. Posted by Ajag on 7 Mac 2008 at 1:56 am

    Assalamualaikum saudara umar,
    Soal perkahwinan tanpa pengetahuan ibu bapa ini, saya fikir ia perlu lebih dibincangkan lagi. Disaat pergaulan bebas dan hubungan seks luar nikah yang berleluasa, dan tradisi dan pemikiran ibu bapa zaman sekarang yang kurang bertolak ansur dalam bab berkahwin sewaktu belajar,alternatif ini mungkin diperlukan. Mengapa kita harus menghukum dan memandang serong kepada psgan2 yg bernikah ini, sedangkan lebih ramai lagi pasangan remaja yg terus melakukan maksiat, bercinta dan berasmara mengalahkan mereka2 yg bernikah ini. Mereka ini yg bernikah ini faham yg mana agama melarang pergaulan rapat lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah, dan saya yakin mereka ini tiada pilihan lain.Mungkin pasangan mereka tinggal sebelah rumah,mungkin bekerja sambilan di tempat yang sama,mungkin belajar dalam satu kuliah. Tidak risaukah kita sementara memujuk dan menunggu izin daripada ibu bapa yg mungkin memakan masa bertahun atau tidak dapat langsung itu,daripada hubungan yg bersih, terjebak ke kancah perzinaan (saya memfokuskan hal ini kpd remaja2 yg majoriti,bukan kepada remaja yg tinggi ilmu agamanya yg sudah pasti awal2 mengelakkan diri dari terjebak ke alam percintaan).

    Dan Saya tidak rasa semua yang berkahwin itu hanya kehendak nafsu seks. Mungkin ada yang berkahwin kerana mereka tahu, hubungan percintaan antara lelaki dan perempuan itu adalah dilarang sama sekali oleh Islam, daripada meneruskan di dalam keadaan berdosa, lebih baik bercinta secara halal. Bagi saya, masalah bernikah tanpa pengetahuan ibu bapa ini memang tidak patut dilakukan dan patut dielakkan tetapi tidak patut juga untuk dipandang serong atau dihentam.

    Banyak lagi masalah remaja-remaja Islam yang patut dibincangkan. Mungkin perlu kembali kepada yg masalah yang lebih utama. Ramai lagi remaja Islam yg tidak bersembahyang,ramai yg ber’couple’ tanpa hubungan sah, ramai yg melakukan hubungan seks luar nikah,ramai lg yg tidak berpuasa,ramai lagi yang tidak menutup aurat. Selesaikan dan bincangkan dulu masalah yg lebih utama ini. Saya memohon maaf jika komen ini agak kasar bunyinya atau tidak menghormati tuan rumah. Cuma saya agak sedih apabila topik ini sering dibincangkan diforum-forum atau blog, sedangkan bnyk lagi permasalahan remaja Islam yg lebih utama dan kronik dilupakan.

    Balas

  9. assalamualaikum warahmatullah..
    terima kasih di atas pendapat saudara berkaitan persoalan ini. Saya tidak menganggap ianya suatu yang kasar, dan saya menerima dan menghargai pandangan saudara behubung perkara ni.saya dapat melihat prioriti yang diberikan oleh saudara.

    Isu yang ana bawa, bukanlah mahu menjatuhkan maruah sesiapa,hanya memberikan sedikit jalan keluar jika ianya sudah berlaku. Benda ni jadi isu, apabila sikap segelintir dari pasangan ini, yang berkahwin tanpa pengetahuan masyarakat sekeliling terutama dikalangan masyarakat sesama pelajar ini sendiri. Bila perkahwinan secara senyap ini, mereka senyap terus dari masyarakat. Masyarakat tidak tahu status perkahwinan mereka. Ini menimbulkan fitnah lebih besar. Ia menjadi fitnah kerana bagi yang tidak tahu, akan mengambil sikap “apsal mamat tu boleh je couple,kalau dia boleh, aku pun boleh”.. ini yang menjadi persoalan.

    Terus terang, saya pening dengan realiti yang berlaku walaupun tahu ia perlu juga dihadapi.

    Saya memandang, ia menjadi masalah kerana lebih membawa banyak mudarat apabila sesama pelajar juga dirahsiakan dari umum. sedangkan , sekurang2nya perkahwinan ini , dari pandangan Islam ,ia perlu dihebahkan dengan masyarakat setempat bukan disenyapkan terus sehingga orang tertanya2 tentang status dan keadaan mereka. Ia membawa rahmat bukan fitnah. Bila ia menjadi fitnah, lebih banyak mudarat.

    Saya tahu, mereka yang membaca artikel dan laman2 web yang menyatakan pandangan ni, adalah pembaca yang tinggi ilmu. dan punya cara berfikir tersendiri. Jadi, sebab itu, ana cuba memberi satu bentuk penjelasan secara perasaan dan akal. Mendahulukan pertimbangan rasional dan emosi dalam mebuat keputusan.

    Akhir kalam, saya menghargai pendapat saudara. Matlamat kita sama, tetapi cara berbeza. Saya berlapang dada dan ucapan setinggi2 perhargaan kepada saudara kerana sudi berkongsi buah fikiran saudara.

    Balas

  10. salam
    Perbincangan ini sgt komplicated.. sbb kawen ni melibatkan perasaan sume org disekeliling.. tetapi, perlaksanaannya adlh mengikut hukum yg jatuh bg pasangan tersebut.. jika ia jatuh wajib kawen, itu xde lg pertimbangan dr kedua belah pihak..iaitu sampai tahap berzina. Parent mmg nalurinya nk yg terbaik bg anak2nya.. tp, xsemestinya keputusan mrk diterima bulat2.. manusia itu xsempurna. banyak kisah2 pd zaman rasulullah saw lagi, berkenaan kahwin yg tidak direstui..tapi, rasulullah sbg org yg dihormati memudahkan proses pernikahan tersebut.. cadangan ana, jika anda bercinta smpi rs ditahap wajib kawen, jumpalah org2 yg dihormati/disegani untuk perbincangan..dan minta beliau cuba deal dgn family kita. insyaAllah, kalo kne gayanye selamat kita diijabkabulkan.. :)

    Balas

  11. Posted by jeihan on 13 April 2008 at 2:01 am

    kita impiakan syurga Allah, tapi kenapa perlu kita mengikut jalan yang menjauhkan diri kita dengan Syurga Allah???
    kita dambakan redha Ilahi, tapi kenapa masih juga melakukan perkara2 yang menjarakkan diri kita dgn redha Ilahi???

    “Dan Tuhan mu berfirman, berdoalah kepadaKu. Nescaya akan Aku perkenakan untukmu…(ila akhir ayah) ” [40:60]

    doa tu kan senjata orang mu’min…doalah lah.. doa moga2 dilembutkan hati kedua ibu bapa, dibukakan hati serta dilapangkan dada mereka untuk menerima pilihan serta keputusan kita. kalau kita inginkan sesuatu, mesti kita minta sungguh2 kan? InsyaAllah, antara doa yang mustajab ialah doa orang yang bersungguh2 dan orang yang berusaha. berusaha sebaik mungkin untuk pujuk mereka. insyaAllah, kalau niat kita baik Allah akan permudahkan jalan kearahnya.

    tapi, kalau tak boleh juga, cuba fikir balik baik2, muhasabah diri dalam sedalam dalamnya… mesti ada sebab kenapa masih tak lepas2 juga hasrat di hati ni [a.k.a nk kawen tp mbok ngan pak tetap x izinkan :D] … berlapang dada dan ambil sesuatu perkara tu sbg sesuatu yang positive… sbb dalam hidup ni, x semua benda yang kita nak, kita akan dapat kan? sebab kadang2 kita akan diuji dengan ‘nya’.
    kita ni, minta pada Allah apa yang kita nak sangat2, tapi Allah tu Maha Mengetahui, Dia akan bagi pada kita apa yang kita perlukan sebenarnya. maka, belajarlah kita untuk menjadi orang yang Redha… [2:216]

    Balas

  12. Posted by puteri on 28 November 2008 at 5:12 pm

    i stuju ngan pandangan bhw x smsti nya seseorg itu bkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa dsbb kn mereka nak memuaskn nafsu shj, actually it’s more than that.

    i’m one of ’em, tapi kami masih belum bkahwin hanya baru merancang ke arah itu. hukum wajib utk kami bkahwin, tapi ibu bapa mhalang dsbbkn i masih blaja.
    mase utk tggu i habis blaja lama lagi. how to overcome it sdg kn kami telah bkeinginan utk bnikah? spy kami mjadi d antara golongan manusia yg lebih baik, dpt mbimbing each other dan mengurangkan dosa2 semasa dlm bcouple?..

    dharap u dpt mberi pandangan yg lebih luas lagi, selami lah perasaan dan pandagan golongan yg bnikah tanpa pengetahuan ibu bapa ini dahulu sblm mbuat kesimpulan bhw ia nya semata2 utk overcome nafsu.

    Islam mjadikn pnikahan itu indah dan mudah tetapi kdgkala ibubapa mletakkan syarat yg memudaratkn anak, spt in my case.. habis kn study dulu. sedangkn ramai yg mjadi lebih bjaya dlm pelajaran slps bnikah.

    adakah mereka tfikir?.. kemodenan kdgkala mbuatkn kita semkin mengejar duniawi, tetapi lupa pula utk mdahulukan tanggungjawab utk memudahkn apa yg sepatutnya dpermudahkan.

    Balas

  13. Hmmmm… takpelah kalau dah takder jodoh bagi orang macam saya ni nak buat camner. Umur saya dah 39 tahun. Kerja sebagai Pegawai Sains Sambilan di USM Penang tapi bila ditanya soal nak kahwin kepada mak bapak saya, mereka halang 100% sebab takut saya ni tinggalkan mereka. Padahal saya berulang-alik setiap hari dari Sungai Petani ke USM Penang sejauh 110 km (pergi balik) mereka tak ingat pulak pun. Tahun 2007 saya kerja kat Jabatan Mufti Brunei di Bandar Seri Begawan dan Insya Allah akan kembali ke sana pada tahun 2010 untuk menyambung kontrak selama 10 tahun. Bila saya tunjukkan pada mak ayah saya barang yang saya beli sampai RM10,000 mereka tak kisah tapi kalau tanya bolehkah saya nak kahwin? Mereka tentang habis. Emak saya cakap duit takder nak kahwin. Itulah nasib saya, bukannya takder duit tapi kerenah mak saya sendiri. Saya pernah beri duit sebanyak RM10,000 kepada emak saya tapi itupun tak cukup. Dia nak lebih lagi… maybe RM100,000. Alahai nak cari mana. Jadi, bila saya baca artikel “Kahwin Awal” nampak amat tak cocok pada diri saya. Dulu emak saya cakap minta saya habis belajar dulu, kemudian suruh habiskan Quran 30 juzuk dalam beberapa bulan dulu dan entah apa alasan lagi. Hinggakan ustaz-ustaz kat Jabatan Mufti Brunei terkejut besar apabila mengetahui saya belum berkahwin padahal sudah 37 tahun tetapi apabila saya katakan bahawa ibubapa saya yang tak beri kebenaran, mereka tak dapat nak komen. Ini bermakna, saya hanya turutkan keredhaan mak pak saya kan? Takperlah jodoh ketentuan Allah. Kalau Allah dah tentukan saya tak berjodoh sampai mati pun, itu hak Dia. Kalau difikirkan hati memang saya nak menangis hari-hari bila fikirkan nasib ini tapi saya lelaki, apa guna menangis kalau tangisan darah pun tak akan dapat mengubah apa-apa hatta Tok Waliyullah pun takkan dimakbulkan doanya kalau dia doakan supaya saya dapat berkahwin lantaran doa Nabi Muhammad SAW agar umatnya bersatu-padu pun tak dimakbulkan oleh Allah. Bayangkanlah senario ini. Jadi, cuba tanya Tok-tok Mufti SeMalaysia bagaimana keadaan saya ini? Adakah saya tak kahwin kerana tegahan dan larangan dan segala alasan untuk tidak membenarkan berkahwin oleh makpak saya perlu dipatuhi walaupun saya telah bekerjaya dan umurpun sudah agak lewat. Siapakah Tok Mufti yang boleh beri komen? Dipersilakan!!

    Balas

    • Posted by Ruz on 26 Jun 2011 at 7:36 pm

      Slm..en,azam..i dah baca luahan u tu…hmmm,..berbezanya keadaan u dgn i…u nak kawin tapi family halang…i ni tak terfikir nak kawin tapi family makcik2 i sibuk suruh i cari,mandi bunga la…kdg2 rasa bosan juga dgn diorg punya soala jawab..i ni bknnya ramai kawan…entahla…if u suka kita bertukar pendapat u email jer i streamyxhotspot@gmail.com.TQ

      Balas

  14. Posted by Sahabat Baikku on 4 Mac 2009 at 9:11 pm

    Salam wbt. Hihi.. Azam. Cuba ada waktu² lapang karang, cari gambar baby tecit comey² pastu tunjuk sambil wat aksi senyum comel² kat makpak. tak pun ajakla mak azam jalan², pure² lintas kedai pantin. pastu masuk gi kedai bunga telur ngan barang² hantaran perkahwinan tu aa..kedai pengantin yg meriah la, yg ada bau munge rampai ka munge² apa ka, banyak yg santek², grenti dia suka. lama² nanti manataw terfikir nak wat kenurik tetiba kat rumah lak, nak ada cucu ntuk dibawak mein. orang tua kita ni, bila tengok cucu kecik²..mein loncat²,gelak golek².. leh terubat hati jugak taw. tak pun, pinjam anak kawan sat bawak balik rumah…saje² mein dukung depan makpak tu haa..he,he..
    last² kekadang terkesan jugak di hati tu nanti.
    anak² kecik ni aura dia lein sket.
    biologikal kecik, cumil dan bawak rezeki.
    terusla berusaha, jgn putus asa.

    Balas

  15. Posted by angel on 10 April 2009 at 6:41 am

    SalAm!!
    hurmm, ne masih remaja lagi.. kita ada pertandingan bahas di sekolah!! tajuknya- restu keluarga penting dalam menjana keluarga bahagia..tapi, kami dapat tajuk untuk pembangkang, jadi apa pendapat umaralfateh!! apa perkara paling penting selain restu keluarga??

    Balas

  16. Posted by zul on 7 Ogos 2009 at 8:55 pm

    Salam, aku antara lelaki yg bakal mencecah 30 dn masih xberkahwin. tulisan di atas memberi smgt tuk aku yg redha keluarga mengatasi segalanya…semoga aku dikurniakan kesabaran utk tidak terjebak dlm dosa dan lembah maksiat..semoga juga masih ade harapan utk aku berkahwin…

    Balas

  17. Posted by aina on 31 Januari 2013 at 2:41 pm

    salam,, bile sy bce artikel ni, sy tringat pada sorg kwn baik sy.. kisah dia mcm ni.. dia slh sorg remaja yg terjebak khwn sorok2 nih. dlu mse die pujuk mak ayh die yg die nk khwn dgn suami die tu, mak ayh die x bg, dgn alasan die msh belajar n suami die tu hanya ade spm. slme 2 thun lbh mcm2 cre die pujuk tp still mak ayh die xbg jugak. ayh die deman, klu blh nk menantu doktor. masa sme, sepanjang die belajar kt u, ayah die x prnah bg duit utk die belajar.. siap pakai duit ptptn die lg. Die pn bengang la, ayh die dh tau die student bnyak nk pakai duit, lg ayh die mntak2 so selalu la duit die x cukup buat belanje kt u. ayh die jugak slalu abaikn tggungjawab abg ketua keluarga.. kdg2 duit pt die guna utk bayar sewa rumah, lektrik, dsb.. so mmg x cukup la utk die sara dr sndr.. nsb baik ade suami die mse tu, sanggup tlg die.. support die.. tp bila nk dtg minang mak ayh die xbg plak dgn alasan ade spm je (pdhl suami die tu ade je kerja, n ckup je nk bg nafkah).. pastu di sebabkn kwn sy ni pn x tahan dgn mak ayh die mcm tu, die decide ikut khwn kt thailand.. mmg mse tu die mrh sgt kt mk ayh die.. lgsung x fahami die. even die selalu je mnangis2 crita mslh kt sy.. skrg dh setahun lbh dieorg nikah, suami die pn cadang lepas die convo nanti nk cube pujuk mk ayh kwn sy nie, n dieorg decide nk nikah lg skali brwalikn ayh kwn sy ni. bg sy la kn, kdg2 mak ayh terlalu pkirkn dr sndr tnpa pkirkn prsn anak2 tu sndr..tu yg buat kbnyakn org2 yg bmasalah mcm ni memberontak. so klu kes mcm ni nk salahkn siapa?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 92 other followers

%d bloggers like this: