Apa Boleh Buat Pada Hari Lahir?

*Arteikel yang ditulis tahun lepas,sekadar berkongsi semula apa yang dirasakan baik untuk dirai bersama.

maaf, tiada kesempatan memasukkan entri-entri terbaru.

——————————————————————————–

‘Assalamualaikum, ma. Dok buat apa?’ saya memulakan perbualan dengan ibu.

“waalaikumussalam. Dok saja-saja.Awat telepon ni?..Dok wat apa tu?” suara mama serak-serak sket.Batuk-batuk. Menunjukkan tidak berapa sihat.

‘Dok saja.Baca-baca sket.’

“pukul berapa sana?”

‘Pukul 4.30 pagi.’

“Tak ganggu baca ka ni?”

‘Dak aih. Saja nak tepon mama. Hari ni bangcik dah besar ma.Dah masuk fasa kedua dah(ketawa)’

“laa, tu la.Mama pun dah terlupa. Tu yang rasa bulan May ni ada apa2.Tapi terlupa betul.Haa, dah besar no skang ni.”

‘tu la, ingat baru semalam main rebut-rebut cekodok, rebut tv…(suka2)’

“hmm…awat tepon pagi-pagi ni?Tak dak kelas ka?”

‘saja..nak ucapkan terima kasih pada mama, besarkan kita ni. sampai ke hari ni.’

“sama-sama. tu la, mama lupa betul besday bangcik hari ni.ni nak hadiah apa”

‘ala, tak payah hadiah la. Dah besarkan kita ni sampai skang ni pun dah kira syukur. tak pe la, masa kecik-kecik dulu, kita diraikan, ni dah besar kita la pulak meraikan orang.’

“lagu tu nor…baguih la fikir lagu tu. terima kasih banyak ingat kat mama”

serba sedikit perbualan saya dan ibu pagi semalam.

-Penghargaan kepada seorang Ibu

Kewajaran Meraikan Hari Lahir

Bagi saya, sesuatu tarikh itu kita boleh untuk mengenangnya untuk :

1. Membawa kebaikan pada diri

2.Menghargai pada seorang ibu yang melahirkan

Ramai orang, selalu melihat yang pertama, tetapi selalu terlepas pandang yang kedua.Kalau budak-budak kecil, mereka gembira dengan hadiah-hadiah, tetapi kita yang sudah bukan kecil lagi ni, masa ni lah untuk kita berikan hadiah atau penghargaan pada ibu kita. Kerana disebabkan ibu, kita dilahirkan.

Apa kata, mulai hari ini kita war-warkan pada sahabat-sahabat kita, walaupun benda ni ada yang dah buat, tapi masih tidak ramai.Kita hargai seorang ibu yang disebabkan dia kita ada di dunia ini.

Apa Yang Dicari Tahun ini (teruatama pada Hari Lahir) ?

Kita manusia, banyak yang kita cari tika di dunia ini. Yang paling penting , manusia cari , “Kebahagiaan di dunia mudah-mudahan cemerlang di akhirat.”

Bila kita kata begini, maka akan berbeza hidup kita.Kita akan rasa sendiri perbezaannya. Siapa di antara kita yang setiap hari memastikan diri kita bahagia?..Kebahagiaan kita kena cari.Kita kena pastikan yang hari ini kita bahagia, mudah-mudahan bila kita mati, kita dapat cemerlang di akhirat. Terutama ketika hari lahir kita, bila kita boleh buat yang ini, insyaallah, hari lahir kita akan berbeza.

Kenapa Perlu Diraikan?

Hari lahir ni, bila kita raikan, kita raikan dengan berfikir semula,sebagai salah satu titik perubahan.

Sebagai contoh :

Sebagai seorang suami, fikir semula sejauh mana isterinya bahagia di samping dirinya sebagai suaminya?Apakah sudah terlaksana semua tanggungjawab yang menceriakan isternya?

Sebagai Seorang ayah, berfikir semula, sejauh manakah didikannya terhadap anak-anak itu terkesan dijiwa anak-anaknya?Apakah anak-anaknya bahagia bersamanya dan bangga dirinya sebagai ayahnya?

Sebagai seorang anak,fikirkan semula, sejauh mana dirinya ada dalam hidup ibu ayahnya, selama itu redha mereka berada bersamanya?apakah mereka redha padanya?

Lebih-lebih lagi,

Sebagai muslim, jika sudah meningkat usia, maka pada hari lahir ini, boleh memikirkan sejauh mana diri sudah melangkah dalam mengajak manusia untuk buat baik?dan menegur salah silap dengan ayat-ayat yang manis?

Manusia perlu sebab untuk berubah. Maka jadikan hari lahir sebab untuk satu titik perubahan dengan memikir semula sejauh mana diri kita dengan dunia.

Kita disuruh menghisab diri, jka boleh setiap hari, tetapi apa kata ketika hari lahir kita, kita hisab semula diri kita. Kita hisab dengan lebih ketara , lebih mendalam.

Kenapa perlu kita hisab diri???…

Kerana dunia tidak sempurna tanpa anda. Dunia masih tidak cantik jika tiada anda. Tanpa kamu , dunia ini masih tak sempurna.

Maka di sini kita fikir semula. Jika dunia sudah cantik, sempurna tanpa kita,kita tak perlu dicipta oleh Tuhan. Why should you be cereated? Kenapa kamu?

Jadi, rugi kalau kita tak meraikan. Kita cek balik kekuatan-kekuatan kita, kebaikan-kebaikan yang ada pada kita, yang patut diperkemaskan. Dan kita cek balik mana-mana kelemahan yang patut kita sisihkan dari diri kita.

Jika ini kita dapat buat, maka hari lahir kita akan berbeza. How beautiful if we can do this.

Ada kata-kata dalam agama menyebut : Manusia yang cemerlang adalah hari ini dia lebih baik dari semalam.

Maksudnya : berubah setiap hari.

Kalau dari malas kepada rajin, dari culas kepada berhati-hati.Kalau dari bujang, kepada bertunang, dari bertunang, pada perkahwinan.Maka itu semua satu perubahan.

Bagaimana Mahu Meraikan?

Meraikan hari lahir ni, biarlah yang menaikkan perasaan kemanusiaan. Yang membuatkan manusia rasa dihargai.

Kita ambil contoh,

Seorang suami, jika kebetulan hari tu hari lahir isterinya, apa salahnya balik awal sikit dari pejabat, belikan buah tangan untuk isteri. Paling kurang sejambak bunga. Tunjuk bahawa kita menghargai nilai isteri kita pada diri kita. Isteri tak minta balasan dari suami, tapi kalau suaminya menghargai dirinya, itu akan membuatkannya lebih rasa bernilai dan dihargai sebagai seorang manusia.

Atau hari tu, bawa isteri keluar jalan-jalan, katakan padanya tak perlu memasak hari ini , makan diluar, masa keluar itu, bualkan semua kenangan-kenangan dan nostalgia2 indah. Insyaallah, bila benda ni kita boleh buat, rumah tangga akan bahagia.

Penghargaan dari seorang suami sangat berharga bagi seorang isteri.Walaupun sekecil kata-kata , ianya sangat memberi kesan pada jiwa seorang wanita.

Contoh untuk seorang isteri pula (bagi yang bekerja),

apa salahnya kesibukan pada hari kelahiran suami kita kurangkan. Ambil cuti separuh hari, balik rumah, perkemaskan diri, cuba masak masakan yang paling digemari suami. Kalau mahu lebih nampak cantik lagi, beritahu majikan, dua tiga bulan awal yang tarikh sekian-sekian tidak boleh ada kerja yang teruk-teruk. Bila suami balik, sambut dia. Maniskan wajah, indahkan senyuman anda. Berikan dia kejutan selepas dia habis letih. Sama ada berbentuk hadiah atau kata-kata. Ramai yang merasakan ini benda kecil tetapi ianya kadang-kadang memberi impak yang besar pasa sebuah rumah tangga. Ada suami, yang akan kecil hati, hati terasa jika hari-hari istimewa baginya tidak disambut oleh orang yang paling istimewa dalam hatinya.

Jika bentuk-bentuk sebegini boleh dilakukan oleh seorang isteri yang bekerja, maka ia kadang-kadang sudah cukup memberi tahu kepada suami bahawa dalam kesibukan kita bekerja, suami masih sebagai nombor satu dalam hati. Betapa indah apabila sebuah rumahtangga disulami perasaan mawaddah (kasih sayang) dan rahmat antara suami dan isteri dengan sebab perkara kecil ini.

Doa

Akhir sekali, dalam meraikan hari lahir jangan lupa untuk kita berdoa kepada Allah agar mengekalkan diri kita dalam keadaan keimanan juga ketakwaan, serta menjadikan diri kita bermanfaat pada orang lain.

Doakan pada sebuah kebahagaian di dunia dan kecemerlangan di akhirat.

———————————————————————

*Anda bila membaca artikel ini, masukkan sekali dalam pertimbangan bahawa saya hanyalah pelajar sains yang cuba sikit-sikit belajar agama. Sebarang salah silap harap ditegur.Doakan kejayaan saya.

Volgina Street, Konkova,

117437,Moscow.

31 responses to this post.

  1. pada pandangan kerdil saya… yang jarang benar menyambut hari lahir..(seingat saya 2,3 kali itupun kawan membuat kejutan)…

    sepatutnya setiap hari lahir, adalah hari menyambut ibu..kerana dialah yang melahirkan kita pada hari itu. Kita tidak perlu pun bersusah payah melahirkan diri sendiri pada hari tersebut..

    -_-” orang dah mula silap faham erti hari lahir dewasa ni.

    =)

    Balas

  2. Selamat menyambut hari kelahiran . Semoga usia yang menginjak dewasa semakin mematangkan diri dan fikiran. Tiada yang lebih beerti selain menginsafi diri dan bermuhasabah.

    Untuk peperiksaan 30 Mei ini, saya [yang bukan siapa-siapa], mendoakan anda beroleh keberkatan dan ketenangan untuk menjawab segala soalan yang dikemukakan.

    Belajar satu ibadah!

    Balas

  3. Posted by segenih rubu' on 28 Mei 2008 at 9:17 am

    sanah helwa ya gamil…
    kullu sanah wenta bitayyib…Allah yubarik 3aleik
    bitaufeeq wannajah fil imtihan

    -“Kenapa perlu kita hisap diri???…”-mmg gune huruf P ker??? bukan B ???

    biasanya orang kata.. kita mengenali seseorang itu melalui penulisannya… dan kebanyakan artikel yang ditulis dalam blog ni, banyaknya berkisarkan kekeluargaan atau lebih kepada perkahwinan… [sampaikan artikel hari lahir ni pun terselit juga tips suami isteri.. =p] kalau org yang x tahu..boleh sangka yg penulis dah kawen..hehe :D..tapi xpe..banyak manfaat..[moga Allah permudahkan urusan penulis kelak]

    Apa-apa pun… artikel tetap menarik… pendek kate… kita tak hidup tanpa bantuan insan2 disekeliling kita…x kira lah, mak ke..ayah ke..even doktor yang menyambut juga…:)

    Balas

  4. to infinity :
    ya, anda benar. Hari lahir adalah hari meraikan Ibu.

    to bayan :
    terima kasih banyak-banyak di atas persinggahan di laman ini juga di atas doa saudara/i.

    to segenih rubu’ :
    terima kasih atas teguran. betul2, salah taip tu. Memang kene guna “b” bukan “p”…pagi tadi masa taip tu, banyak sangat fikir..huhuhu..

    terima kasih atas doa dan persinggahan saudara ke laman ini..bittaufiq wannajah ilaik aidon….(nak cuba gak bahasa arab) :)

    Balas

  5. Posted by one on 28 Mei 2008 at 4:55 pm

    sanah helwah.

    keep writing and make the world a better place to live.

    ujian adelah lebih berat untuk telinga paling hampir mendengar peringatan, [atau dr perspektif blogging nye, pada mata yang awal membacanya….]

    exam is jst some little check marks on being a physician.nothing more.

    Balas

  6. salam wrt.

    Oh pokwe, emak ko orang utara rupanya. Hehe. Awat tak habaq awai2.

    Anyway, selamat hari lahir.

    Balas

  7. to one :
    terima kasih atas persinggahan saudara.

    to hazreen :
    hehehe..nak habaq lagu mana, tak pernah tanya..
    kami ni, utara dekat sungai petani..
    terima kasih ye..:)

    Balas

  8. Posted by ixora on 28 Mei 2008 at 9:04 pm

    sungai petani? ooh.. saya duduk di antara SP dan AS.

    oh,ya.. menarik tajuk ni.. sebab tu saya klik kt dashboard td.
    selamat hari lahir yg ke-? utk anda. terima kasih sbb kongsi satu entri yg bagus memandangkan smlm ialah hari lahir saya. :)

    Balas

  9. Kewajaran hari lahir adalah tanda penghargaan kepada seorang ibu..terima kasih atas info ni, sangat2 berguna.

    Selamat hari lahir ya!!!:)

    Balas

  10. Posted by loko9691963 on 29 Mei 2008 at 9:26 am

    Tidak dilupakan juga kepada AYAH kita..
    Jika mereka sudah tiada sedekahkanlah (Al-Fatihah wa ghairu zalik) dan apa yang kita mampu..
    Eid Milad ya Umaralfateh…

    Balas

  11. Posted by As on 29 Mei 2008 at 4:12 pm

    Alhamdulillah, bertambah lagi usia, bertambah lagi masa untuk membaiki diri dan menyerahkan segala hanya padaNya. Moga makin besar, makin bertambah kekuatan hati, inshaAllah.

    Salah satu perkara lagi yang boleh dibuat pada hari lahir adalah, berpuasa :)

    Selamat hari lahir, may your dream stay big!

    Balas

  12. to ixora :
    baru masuk 20..huhuh..perjalanan sudah 1/3 dari kehidupan..terima kasih no lawat laman ni..dekat la lagu tu kalau duk antara SP n AS…saya kat Sp selatan.dekat dengan the store tepi sungai tu…dalam 500 meter dari situ..selamat hari lahir juga buat kamu..

    to juliana…
    terima kasih..

    to loko9691963 :
    insyaallah…ayah pun memang tak dilupakan…cuma hari lahir adalah hari ibu kita menanggung kesakitan selepas 9 bulan mengandungkan kita..sebab itu hari lahir hari ibu… :) …bapa, juga terlibat dalam memberi khidmat pada pembesaran kita selama 9 bulan dalam perut ibu..ibu dan ayah..

    to Nurhasanah (As) :
    Puasa….summer2 ni, yang ni paling berat nak laksana…tapi untuk pemuda2 yang masih dalam perjalanan, memang kena buat benda ni..terima kasih ingatkan..

    Balas

  13. Posted by fifteen on 30 Mei 2008 at 7:27 am

    salam…
    hmm,sblum tu,selamat hari lahir buat anta..semoga kematangan dan keimanan bertambah seiring usia.
    Ni lah jgk yg ana fikir ttg apa pelu buat di hari lahir…penghargaan tak terhingga utk seorang ibu..Semoga jadi anak yang terus taat ya..:)
    Utuk exam,Selamat menjalaninya dengan tenang dan dengan bantuan Allah, menjadi mudah..jazakallah..

    Balas

  14. terima kasih pada fifteen..sama juga pada anta/i…saya bertambah umur bukan setakat satu hari tu sahaja, anta/i pun sama juga ..tiap2 hari umur bertambah..sama2 kita tambahkan amalan.. :)

    Balas

  15. salam..SP ke..dkt dgn the store?dkt ngn umah pak ndak ana kot x silap..lame dh x pi..nway,bgus entry..anak soleh..ameen~

    Balas

  16. salam…lama tak dengar berita…apa khabar sekarang???

    Balas

  17. Posted by ana on 5 Jun 2008 at 5:18 am

    Salam…

    Pada pendapat ana, pada hari lahir kitalah, kita harus lebih banyak mengingati ibubapa kita, terutamanya ibu yang telah bersusah-payah melahirkan tanpa mengharap sebarang balasan apatah lagi berbentuk wang.

    Yang pasti, pada hari lahir, kita harus menambah rasa syukur pada Allah.. Kita telah diberikan peluang untuk hidup selama sebanyak umur kita… Apakah dengan umur kita yang telah lalu, kiraan amal baik lebih banyak dari amal buruk.. atau sebaliknya…

    Syukur pada Allah, alhamdulillah, kerana kita diberi lagi masa untuk bertaubat, dan menambah amal yang baik. Hari ni hari lahir saya, so alhamdulillah.. Masih diberikan peluang, sungguh Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

    -moga ibumu sihat2 selalu..

    Balas

  18. salam..ade tambahan ek bwh 2 …?hri tu xde lg kan…

    Balas

  19. fulamak~~
    bez la..
    ana pon sbnanye xsmbut hari lahir nih..
    sbb rase cam ari bese2 jek..
    tp bile dh bace artikel nih
    mnyentuh hati tuh…
    heheh…
    dh taw dh ape nk wat hari lahir nnt..
    insyaAllah…

    Balas

  20. Posted by Bintu 'Abdul Shukor on 27 Jun 2008 at 1:26 pm

    Subhanallah..
    Baru hari ini ana dapat fikroh yg terbaik utk bgmana utk mera’ikan yaum miladuna…
    Barakallahu fik ya akh!ismuka w kitabatuka mumtaz!!!!

    Balas

  21. hari lahir kita patut meraikan ibu kita…
    berfikir sejenak..
    yeah..btui tu..exactly correct..

    Balas

  22. sejuk perut mama Wan…mengandung dan melahirkan Wan..dan mendidik Wan..

    Balas

  23. Posted by saifanly on 30 Julai 2008 at 3:19 pm

    AL-HAMDULILLAH….
    tersentuh hati dengan tulisan saudara, bnyk ilmu yg hamba dapat dalam blog saudara…anyway…
    smoga berjaya dlm membantu anak bangsa yg meLAYU…nih!…dan…diBERKATkan ALLAH hendaknyaaa..AMIIIN…

    Balas

  24. Posted by ashiah on 18 Oktober 2008 at 10:42 pm

    hari lahir…emm kl umur mencecah puluhan, perkara pertama yg sering berlegar adalah mencari pasangan, melangkah ke alam hidup berdua…

    mmg ssh benar nak jmp org yg appreciate parents ms birthday…

    er..bg yg berpasangan, penghargaan dari pasangan pasti amat didambakan…

    hehe kelakar rasanya..namun inilah fitrah kejadian kehidupan manusia ciptaan Allah..

    physiologicallay, psychologically…the desire to be loved and to give love, NORMAL!!!!!

    Balas

  25. Selamat Hari Lahir
    Selamat dari kemurkaan Allah
    Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
    Insyaallah..

    Balas

  26. Special for u…
    Siiru ‘Ala Baarokatillah…

    Balas

  27. Sannah Helwah buat akhi Syazwan…
    Moga umur yang lalu diampunkan Allah Ta’ala, yang berbaki beroleh rahmat dari-Nya.

    Laa orang SP kaa. Sekapai, tapi ana dari Perlis. La la laa… hoho baalik kg. Nak cuti sekolah da pun sok lusa~

    Balas

  28. Oh ana tak perasan ketinggalan rupanya..
    dikejar exam..byk hari2 bahgia teman2 tak sempt ana ikuti

    sanah helwa..moga terus dan terus diberkati Allah..dipercepatkn segala yang baik dan dimudahkn jalan yg diambil

    ps::’kacukn’ utagha juga..baru tahu..

    Balas

  29. aiwah.. bila hati kian bersih fikiran pun akan jernih. Alhamdulillah. Teruskan we

    Balas

  30. Posted by dk aminah on 24 April 2010 at 12:17 pm

    Penghargaan kepada seorang Ibu

    Kewajaran Meraikan Hari Lahir

    Bagi saya, sesuatu tarikh itu kita boleh untuk mengenangnya untuk :

    1. Membawa kebaikan pada diri

    2.Menghargai pada seorang ibu yang melahirkan

    Ramai orang, selalu melihat yang pertama, tetapi selalu terlepas pandang yang kedua.Kalau budak-budak kecil, mereka gembira dengan hadiah-hadiah, tetapi kita yang sudah bukan kecil lagi ni, masa ni lah untuk kita berikan hadiah atau penghargaan pada ibu kita. Kerana disebabkan ibu, kita dilahirkan.

    Apa kata, mulai hari ini kita war-warkan pada sahabat-sahabat kita, walaupun benda ni ada yang dah buat, tapi masih tidak ramai.Kita hargai seorang ibu yang disebabkan dia kita ada di dunia ini.

    Apa Yang Dicari Tahun ini (teruatama pada Hari Lahir) ?

    Kita manusia, banyak yang kita cari tika di dunia ini. Yang paling penting , manusia cari , “Kebahagiaan di dunia mudah-mudahan cemerlang di akhirat.”

    Bila kita kata begini, maka akan berbeza hidup kita.Kita akan rasa sendiri perbezaannya. Siapa di antara kita yang setiap hari memastikan diri kita bahagia?..Kebahagiaan kita kena cari.Kita kena pastikan yang hari ini kita bahagia, mudah-mudahan bila kita mati, kita dapat cemerlang di akhirat. Terutama ketika hari lahir kita, bila kita boleh buat yang ini, insyaallah, hari lahir kita akan berbeza.

    Kenapa Perlu Diraikan?

    Hari lahir ni, bila kita raikan, kita raikan dengan berfikir semula,sebagai salah satu titik perubahan.

    Sebagai contoh :

    Sebagai seorang suami, fikir semula sejauh mana isterinya bahagia di samping dirinya sebagai suaminya?Apakah sudah terlaksana semua tanggungjawab yang menceriakan isternya?

    Sebagai Seorang ayah, berfikir semula, sejauh manakah didikannya terhadap anak-anak itu terkesan dijiwa anak-anaknya?Apakah anak-anaknya bahagia bersamanya dan bangga dirinya sebagai ayahnya?

    Sebagai seorang anak,fikirkan semula, sejauh mana dirinya ada dalam hidup ibu ayahnya, selama itu redha mereka berada bersamanya?apakah mereka redha padanya?

    Lebih-lebih lagi,

    Sebagai muslim, jika sudah meningkat usia, maka pada hari lahir ini, boleh memikirkan sejauh mana diri sudah melangkah dalam mengajak manusia untuk buat baik?dan menegur salah silap dengan ayat-ayat yang manis?

    Manusia perlu sebab untuk berubah. Maka jadikan hari lahir sebab untuk satu titik perubahan dengan memikir semula sejauh mana diri kita dengan dunia.

    Kita disuruh menghisab diri, jka boleh setiap hari, tetapi apa kata ketika hari lahir kita, kita hisab semula diri kita. Kita hisab dengan lebih ketara , lebih mendalam.

    Kenapa perlu kita hisab diri???…

    Kerana dunia tidak sempurna tanpa anda. Dunia masih tidak cantik jika tiada anda. Tanpa kamu , dunia ini masih tak sempurna.

    Maka di sini kita fikir semula. Jika dunia sudah cantik, sempurna tanpa kita,kita tak perlu dicipta oleh Tuhan. Why should you be cereated? Kenapa kamu?

    Jadi, rugi kalau kita tak meraikan. Kita cek balik kekuatan-kekuatan kita, kebaikan-kebaikan yang ada pada kita, yang patut diperkemaskan. Dan kita cek balik mana-mana kelemahan yang patut kita sisihkan dari diri kita.

    Jika ini kita dapat buat, maka hari lahir kita akan berbeza. How beautiful if we can do this.

    Ada kata-kata dalam agama menyebut : Manusia yang cemerlang adalah hari ini dia lebih baik dari semalam.

    Maksudnya : berubah setiap hari.

    Kalau dari malas kepada rajin, dari culas kepada berhati-hati.Kalau dari bujang, kepada bertunang, dari bertunang, pada perkahwinan.Maka itu semua satu perubahan.

    Bagaimana Mahu Meraikan?

    Meraikan hari lahir ni, biarlah yang menaikkan perasaan kemanusiaan. Yang membuatkan manusia rasa dihargai.

    Kita ambil contoh,

    Seorang suami, jika kebetulan hari tu hari lahir isterinya, apa salahnya balik awal sikit dari pejabat, belikan buah tangan untuk isteri. Paling kurang sejambak bunga. Tunjuk bahawa kita menghargai nilai isteri kita pada diri kita. Isteri tak minta balasan dari suami, tapi kalau suaminya menghargai dirinya, itu akan membuatkannya lebih rasa bernilai dan dihargai sebagai seorang manusia.

    Atau hari tu, bawa isteri keluar jalan-jalan, katakan padanya tak perlu memasak hari ini , makan diluar, masa keluar itu, bualkan semua kenangan-kenangan dan nostalgia2 indah. Insyaallah, bila benda ni kita boleh buat, rumah tangga akan bahagia.

    Penghargaan dari seorang suami sangat berharga bagi seorang isteri.Walaupun sekecil kata-kata , ianya sangat memberi kesan pada jiwa seorang wanita.

    Contoh untuk seorang isteri pula (bagi yang bekerja),

    apa salahnya kesibukan pada hari kelahiran suami kita kurangkan. Ambil cuti separuh hari, balik rumah, perkemaskan diri, cuba masak masakan yang paling digemari suami. Kalau mahu lebih nampak cantik lagi, beritahu majikan, dua tiga bulan awal yang tarikh sekian-sekian tidak boleh ada kerja yang teruk-teruk. Bila suami balik, sambut dia. Maniskan wajah, indahkan senyuman anda. Berikan dia kejutan selepas dia habis letih. Sama ada berbentuk hadiah atau kata-kata. Ramai yang merasakan ini benda kecil tetapi ianya kadang-kadang memberi impak yang besar pasa sebuah rumah tangga. Ada suami, yang akan kecil hati, hati terasa jika hari-hari istimewa baginya tidak disambut oleh orang yang paling istimewa dalam hatinya.

    Jika bentuk-bentuk sebegini boleh dilakukan oleh seorang isteri yang bekerja, maka ia kadang-kadang sudah cukup memberi tahu kepada suami bahawa dalam kesibukan kita bekerja, suami masih sebagai nombor satu dalam hati. Betapa indah apabila sebuah rumahtangga disulami perasaan mawaddah (kasih sayang) dan rahmat antara suami dan isteri dengan sebab perkara kecil ini.

    Doa

    Akhir sekali, dalam meraikan hari lahir jangan lupa untuk kita berdoa kepada Allah agar mengekalkan diri kita dalam keadaan keimanan juga ketakwaan, serta menjadikan diri kita bermanfaat pada orang lain.

    Doakan pada sebuah kebahagaian di dunia dan kecemerlangan di akhirat.

    Balas

  31. goood! today is my birthday and so confused nak buat apa today :)
    May god bless u,thanks for sharing your thought! happppyy :D

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 92 other followers

%d bloggers like this: