Kencing Manis – Diabetes Mellitus – ( Pengenalan dan Komplikasi)

Pengenalan

Diabetes Mellitus adalah satu set penyakit dimana badan tidak boleh mengawal jumlah gula (glucosa) di dalam darah.

Secara umumnya, glucosa di dala darah memberikan kita tenaga untuk membuat kerja-kerja seharian, berjalan dengan lenggangnya, berlari mengejar bas , menaiki basikal , membuat bersenam aerobic , memasak ,membasuh dan lain-lain kehidupan seharian.

Dari makanan yang kita makan, gula di dalam darah dihasilkan oleh hati. (organ yang terletak di bahagian rusuk kanan)

Bagi orang yang sihat, paras glucose di dalam darah dikawal oleh beberapa hormon , termasuklah insulin. Insulin ini dihasilkan oleh pancreas , organ yang terletak di antara perut dan hati. Pancreas juga merembeskan beberapa jenis enzim lain untuk proses penghadaman makanan.

Kerja insulin ini adalah membenarkan glucose untuk bergerak keluar dari salur darah dan digunakan oleh hati, otot-otot , sel-sel lemak , dimana ianya digunakan sebagai bahan bakar.

Seseorang yang menghidap diabetes , sama ada penghasilan insulinnya tidak cukup atau insulin tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Jadi, seseorang yang menghidap diabetes, glucosa di dalam darahnya tidak dapat bergerak keluar dari salur darah dan seterusnya tidak dapat digunakan oleh sel-sel, ini menyebabkan ianya berkumpul di dalam darah. Ini bukan sahaja membahayakan sel-sel yang memerlukan glucosa sebagai bahan api, tetapi juga membahayakan organ-organ dan tisu tertentu yang terdedah kepada paras glucosa yang tinggi.


Jenis-jenis Diabetes

Type 1 – Biasanya bawah 23 tahun , jenis ini lebih kepada kecelaruan genetik.

Type 2 – Biasanya atas 45 tahun. Hampir 90% pesakit diabetes adalah jenis type 2 ini.

Jenis-jenis diabetes yang lain, tidak akan dibincangkan di sini.

Mengapa perlu mengetahui jenis-jenisnya?

Setiap jenis yang diketahui boleh diketahui cara dan kaedah merawatnya


Komplikasi dari Diabetes

Paras glucosa yang tinggi di dalam darah disebut hyperglycemia (hyper – terlebih , glyc – glucosa , -emia – dalam darah ).

Untuk jangka waktu yang panjang, hyperglycemia akan merosakkan retina pada mata, saraf , buah pinggang  dan salur darah.

1 – Kerosakan pada retina (lapisan yang sensitif pada cahaya pada mata) disebabkan diabetes adalah faktor yang menyumbang kepada buta.

2 –  Kerosakan pada buah pinggang akibat dari diabetes (diabetic nephropathy ) , penyebab utama yang menyebabkan kegagalan buah pinggang untuk berfungsi , akibatnya perlu melakukan dialysis (pembersihan darah menggunakan alat) secara berterusan.

Gagalnya buah pinggang berfungsi, mengakibatkan air kencing tidak dapat dikeluarkan, ini mengakibatkan pengumpulan toksik-toksik di dalam darah, jika toksik ini dibiarkan berterusan di dalam darah, ia boleh menyebabkan kematian. Kerana itu perlu dilakukan dialysis bagi pesakit yang buah pinggangnya sudah tidak berfungsi.

3 –  Kerosakan pada saraf akibat dari diabetes penyebab utama kepada ulser/barah kaki dan luka yang biasanya menyebabkan kaki perlu dipotong. (kaki sudah tiada)

4 – Diabetes juga mempengaruhi kepada tekanan darah tinggi dan paras kolesterol dan triglyceride yang tinggi. Ini meningkatkan lagi risiko sakit jantung , penyakit buah pinggang dan lain-lain komplikasi kepada salur darah.


Contoh-contoh Keadaan Diabetes Yang Tidak Terkawal

1 –  Kebanyakan jangkitan penyakit yang sekali dengan diabetes biasanya lebih berbahaya. Ianya akan lebih memudaratkan paras gula dalam darah dan menyebabkan penyakit lebih lama untuk sembuh.

2 – Paras gula rendah dalam darah (hypoglycemia) – berlaku dari semasa ke semasa pada kebanyakan pesakit diabetes. ianya berpunca sama ada dari mengambil ubat secara berlebihan , kurang makan , terlepas waktu makan, atau bersenam melebihi dari kebiasaan.

Sangat penting untuk mengetahui dan mengenal pasti keadaan hypoglycemia ini dan bersedia untuk merawatnya.

Sakit kepala, pening , pitam , sangat sukar untuk menumpu pada sesuatu perkara (kurang daya tumpuan) , tangan bergetar/bergegar , dan berpeluh adalah tanda-tanda kurang gula dalam darah.

Anda boleh pengsan jika gula dalam darah anda terlalu rendah.

3 –  Paras gula terlalu tinggi di dalam darah. Pada keadaan ini, badan akan mencuba menghapuskan lebihan gula ini dengan menyingkirkannya ke dalam urine (air kencing). Ini menyebabkan peningkatan kuantiti urine yang tinggi dan seterusnya menyebabkan dehydrasi (kehilangan air yang terlalu banyak) , yang boleh menyebabkan seizure (nyetok dalam loghat kelantan) , koma , dan seterusnya nyawa dicabut (mati).

Ini biasanya dihadapi oleh type 2 diabetes yang tidak mengawal paras gulanya.

—————————————————

** akan disambung pada bahagian akan datang bagaimana untuk menghindarkan dan mengubat penyakit ini.

3 responses to this post.

  1. salam. Bagus we, teruskan penerangan kesihatan begini :)

    Balas

  2. Adakah diabetis berpunca dari genetik atau makanan semata mata.

    Balas

    • Majlis Kesihatan di Rusia – majoriti bersetuju yang diabetes jenis 2 , adalah berkaitan dengan gaya hidup – itulah banyak bergantung pada gaya makanan.

      cara pemakanan yang tidak sihat , terlalu banyak gula putih , gula jagung , air manis , berat badan berlebihan , kurang sayuran dan buah-buahan , lebih makanan karbohidrat dan daging2 – semua ni antara faktor yang termasuk.

      dan ada pendapat lain – mengatakan untuk kanak2 yang dapat diabetes kemungkinan besar hasil dari side effect vaksinasi , bukan silap genetik.

      wallahu alam.

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 92 other followers

%d bloggers like this: