Kencing Manis – Diabetes Mellitus – ( Pencegahan dan Pengubatan)

Golongan Berisiko Tinggi Untuk Menghidap Kencing Manis (Type 2)

1. Umur – lebih dari 35 tahun

2. BMI (body mass index – indeks berat badan) – melebihi 23kg/m2

Cara kira BMI – Berat badan (kg) bahagi ketinggian kuasa dua (dalam meter)

3.Ada sejarah gestational diabetes mellitus (kencing manis ketika mengandung) dan berat bayi melebihi 4.0 kg

4. Tekanan darah 140/90 mmHg

5. Hyperlipidaemia (paras lemak tinggi dalam darah)

HDL – lebih dari 0.9

Triglyceride lebih dari 1.7 mmol/L

**mereka yang mempunyai dua ciri dari perkara yang disebutkan mempunyai kemungkinan menghidap kencing manis.


Simptom-simptom

Dahaga.

Makan berlebihan.

Kehilangan berat badan.

Peningkatan kencing malam.

Keletihan.

Kerap buang air.

Penglihatan berubah.

Luka sukar pulih.

Kebanyakan dari pesakit tiada symptom. Cara terbaik adalah sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital berdekatan setiap setahun sekali.


Pencegahan dan Kaedah Mengurangkan Komplikasi Penyakit

Jika kita mengenali seseorang atau sesiapa yang menghidap penyakit ini atau yang mempunyai kemungkinan mendapat penyakit ini berdasarkan symptom yang telah diceritakan, kita perlu bijak dalam menasihati mereka bagi menjamin kualiti hidup sentiasa berterusan.

Diet : Diet yang sihat adalah kunci utama dalam mengawal paras gula dalam darah dan mengelak dari komplikasi diabetes.

*Jika pesakit jenis obese (kegemukan/lebihan berat badan) dan mempunyai masalah dalam mengurangkan berat badan mereka sendiri, lebih bijak agar mereka meminta pandangan pakar pemakanan atau penasihat utama kesihatan. Mereka akan memberi nasihat dan mengesyorkan makanan terpilih dan program pengubahsuaian berat badan bagi membantu pesakit mencapai matlamat.

* makan secara berterusan ,makanan yang seimbang iaitu yang tinggi dengan serat , rendah lemak tepu , serta rendah kandungan gula.

* Pesakit perlu menceritakan aktiviti makanan seharian , jika boleh, tuliskan setiap makanan yang dimakan ke dalam satu diari, untuk seminggu dan berikan pada penasihat kesihatan , ini bagi membantu penasihat kesihatan memberikan cadangan yang terbaik yang mana perlu dikurangkan atau dibuang dari diet seharian.

* Cuba kekalkan kandungan gula dalam darah dalam keadaan yang seimbang atau di paras normal dengan mengelakkan ianya terlalu rendah ataupun tinggi , dengan makan mengikut waktu.

Jika boleh, elakkan makan dengan kuantiti yang banyak, jika satu hari kebiasaan makan dua kali dengan kuantiti yang tinggi, maka , kini , bahagikan dua kali makan itu dengan empat kali dengan mengurangkan lagi kuantiti makanan pada setiap kali waktu makan.

Bersenam :Senaman berterusan , dalam apa jua keadaan , boleh membantu mengurangkan risiko kita menghidap penyakit diabetes. Aktiviti yang dijalankan boleh membantu mengurangkan risiko meningkatnya komplikasi dari diabetes seperti sakit jantung , lumpuh , penyakit buah pinggang , buta , barah kaki.

* Sekurang-kurangnya, 20 minit berjalan kaki tiga kali seminggu telah terbukti memberikan kesan yang baik. Apa sahaja jenis senaman adalah baik, sama ada pendek atau lama , sedikit senaman lebih baik dari tidak bersenam langsung.

*Jika sebelum ini, menaiki kereta atau motor ke masjid  yang berdekatan rumah, maka cuba berjalan kaki menuju ke masjid dengan menggunakan dua laluan berbeza pergi dan balik.

Satu hari lima kali , senaman yang tidak terlalu sukar.

*Jika pesakit sudah mempunya komplikasi dari diabetes (mata , buah pinggang atau masalah saraf) , mereka mungkin ada limit dari segi jenis dan kuantiti senaman yang mereka boleh buat tanpa menjadikan keadaan mereka lebih teruk.

Bincang dengan doktor yang sentiasa merawat pesakit sebelum apa-apa jenis program senaman yang ingin disertai.

Penggemar Arak/alkohol : Jika boleh, buat jadual tertentu bagi mengurangkan penggunaan arak ini. Jika setiap hari selalu menghabiskan satu tin arak, maka selepas ini, cuba kurangkan kepada separuh , kemudian , kurangkan kepada seperempat ( 1/4) tin sehari , kemudian semakin sedikit.

Kurangkan penggunaan arak sehingga anda terbiasa untuk tidak terus menggunakan arak sebagai minuman harian.

Arak menjadi faktor terpenting dalam merosakkan fungsi pancreas dan meningkatkan risiko menghidap diabetes type 2.

Rokok : Jika anda penggemar menghisap rokok, apa sahaja yang membuatkan mulut anda mengeluarkan asap , ianya salah satu risiko yang meningkatkan paras pada semua  komplikasi  diabetes.

Merokok ini dia menyumbang kepada kerosakan salur darah , penyakit jantung , lumpuh , angin ahmar , pusingan darah yang teruk ke anggota tangan dan kaki.

Jika anda memerlukan bantuan , cuba kurangkan rokok yang dihisap dari sehari ke sehari.

Jika satu hari 12 batang , esok kurangkan kepada 11 , kemudian 10 , sehingga pada satu.

Jika anda boleh selang sehari merokok dan tidak , maka cubalah. sehingga anda boleh benar-benar berhenti dari merokok.

Bermula anda berhenti merokok dan arak, anda akan dapat merasakan sesuatu. Moga Allah mempermudahkan urusan kalian.


Mengawal sendiri kandungan gula dalam darah : Beli alat bagi menguji paras gula dalam darah di hospital atau farmasi terdekat.


Ubat-ubatan : Sebenarnya ubat-ubatan moden yang digunakan tidaklah akan mengubat terus pesakit dari penyakit yang dihidapi, tetapi ianya mengurangkan risiko dari menjadi lebih teruk sahaja.

Apa yang perlu bagi pesakit, adalah cuba sedaya upaya mengikut nasihat doktor dalam waktu memakan ubat pada waktu yang sepatutnya.

Bagi penyakit diabetes ini, apa yang perlu difahami adalah , ianya banyak bergantung pada diri kita dalam mengawal kualiti hidup kita.

Jika kita boleh menjaga makanan , kesihatan , senaman , maka kita akan merasai kualiti hidup yang tinggi .

Bila kualiti hidup kita tinggi, maka mudahlah kita menggembirakan insan tersayang di sekeliling kita tanpa terus merunsingkan mereka terhadap diri kita.

14 responses to this post.

  1. assalamualaikum,, saudara umar alfateh,

    ingin bertanya, saolan saya ni bukan mengenai penyakit diabetes, tetapi mengenai masalah rokok. macam mana nak membantu, kanak-kanak yang cuba2 merokok, then dah sukar nak berhenti. then, effect nya kat budak ni,, siap mata dah berair22,, perform dalam kelas slow. camna nak bantu, sebbnya murid sekarang almost pernah pegang rokok, sebab parent yng suruh belikan. sangat kasihan, kanak2 ni tak bersalah, keadaan ynag memaksa mereka merokok. harap saudara ada candangn, yng boleh membantu , k thanks.

    Balas

    • waalaikumussalam warahmatullah.

      terima kasih di atas soalan.

      ini pendapat saya, mungkin cikgu boleh cuba melawat keluarga murid2 ni ke rumah mereka.

      Buat hubungan baik dengan keluarga mereka.
      bila mengenali murid2 dengan mata kepala sendiri, dan hubungan dengan keluarga juga mesra, maka hubungan hati sudah ada.

      Kita sedang menghadapi manusia, jadi yang pertama yang menjadi sebab orang untuk menerima pandangan kita kerana adanya hubungan hati dan jiwa.

      Mungkin selepas itu, slow2 cikgu boleh mulakan pendekatan yang bagimana cikgu rasa lebih padan pada mereka.

      Nasihatkan ibu bapa mereka tentang peranan ibu bapa, atau paling rendah pun, minta depa kurangkan menyuruh anak mereka membelikan rokok atau sewaktu dengannya.

      berikan kesedaran pada mereka tentang masa depan anak2 depa dan sebagainya.

      mungkin ini hanya pandangan saya sahaja, cikgu boleh buat perbincangan dengan guru besar atau guru-guru lain berkaitan kursus keibubapaan di sekolah atau apa2 bentuk program kesedaran ibu bapa.

      atau program ramah mesra ibubapa dan guru, pendekatan, atas cikgu bagaimana cikgu bina suasana.

      Balas

      • terima kasih kerana sudi memberi pandangan membina

        sebenarnya,, jika pergi melawat keluarga ni, itu saya tak mampu buat, sebab atas alasan tertentu.
        saya harap saudara dapat memberi cadangan sperti contoh22 makanan yng boleh diambil untuk slow down ketagih rokok ni,,,
        ada orng kasi suggestion tuk makn gula22 hacks, boleh ke,, sebbnya, jika saya melawat keluarga ni,, tentu lebih masalah akan timbul,,, saya hanya harap dapat membantu murid ni di sekolah,, sbbnya, murid habiskan 1/2 day nya di sekolah. cikgu lebih dekat dengn mereka. kalau saya mampu membeli contoh2 makann yng saudara suggestkan tu insyallah saya cuba. harap dapat bantu murid22 ynag tak bersalah ni,, dan masa depan mereka akan terjamin,,,

        Balas

        • Minta maaf cikgu, saya masih tidak tahu cara paling efektif.

          Mungkin di sekolah cikgu boleh cuba main isu yang dekat dengan jiwa mereka.

          Gauli mereka seperti anak-anak sendiri, tidak memberikan gelaran tertentu kepada mereka, atau mengasingkan mereka kepada golongan tertentu.

          Mungkin perkara-perkara lain saya akan cuba mengkaji apa yang patut.

          Setakat ini, untuk gula2 hacks tu, hanyalah sekadar mengurangkan bau mulut, ianya tidak membantu mengurangkan penggunaan rokok.

          Balas

  2. Posted by Siti Noor Syazwana on 4 Mei 2010 at 9:07 pm

    Assalamua’laikum…

    Saya ada soalan, jika ibu mengandung yang menghidapi DM dan dikehendaki untuk menyuntik insulin 4x sehari. Dalam masa yang sama, beliau ingin qada’ puasa. Adakah sah puasanya jika dia menyuntikkan insulin itu?

    Tq..

    Balas

  3. Posted by RaF on 6 Mei 2010 at 9:01 am

    Salam kenal, perkongsian info yg bermanfaat, bersama memberi kesedaran mengenai diabetes dan risiko jangka panjang.

    Mohon pandangan, adakah individu berumur bawah 35 tahun, tiada @ kurang berisiko? memandangkan faktor utama diabetes adalah kesan langsung dari pemakanan dan gaya hidup selain faktor genetik.

    Trm ksh.

    Balas

  4. Saudara yang saya kasihi. Dalam dekat 19 tahun saya telah mengalami penyakit pembunuh yang sepi ini (Kencing Manais), selama itu telah saya jagai dengan rapi. Namun bagitu akhirnya saya gagal juga sehingga jari kelingking saya telah pun dipotong. Berpunca dari meremdamkan kaki didalam air panar oleh satu terapi SPA yang akibat nya melecur. Dua hari kemudian dipotong akibat genggren. Soalan saya apakah harus yang perlu saya lakukan untuk supaya dapat saya mengembalikan keyakinan diri saya untuk menghadapi penyakit ini. Terima kasih kerana sudi memberikan nasihat dan maklumat. TQ. Malaysia

    Balas

    • alhamdulillah, syukur bagi Allah yang telah memberikan kita nafas lagi setiap kali kita bangun dari lena.

      bagi saya, 19 tahun itu bukan waktu yang singkat.

      dan panjangnya waktu itu, agak mustahil untuk seseorang menjaga penyakit ini tanpa ada sokongan yang kuat dari ahli keluarga.

      Bersyukur kepada Allah memberikan pakcik keluarga yang sangat memahami, yang mengambil berat terhadap kesihatan pakcik walaupun pusing-pusing ianya bergantung pada diri kita juga, tetapi saya melihat pakcik mempunyai keluarga yang sangat memahami, dan bukan semua orang diberikan keluarga seperti keluarga pakcik, itu satu yang saya nampak pakcik ada dan Allah memberikannya pada pakcik,ketika ramai remaja yang terumbang ambing hidup mereka disebabkan tiada keluarga tempat mengadu.

      keduanya, sedar tidak sedar, kita terkadang bila kita mengharapkan semuanya elok-elok belaka jika kita mengikut semua sekali nasihat doktor,tetapi keadaan sebaliknya berlaku. Doktor bukanlah segalanya, hanyalah sebagai individu yang Allah berikan ubat di tangan mereka.

      inilah yang perlu kita kembali, Allah tempat kembali kita.

      jika pakcik tidak kisah, saya cadangkan pakcik cuba amalkan satu jenis zikir yang dengan zikir ini pakcik amalkan walau dimana sahaja , sama ada di mulut atau di dalam hati.

      ambillah subhanalloh wa bihamdihi, la ilaha illallah , allahu akbar , alhamdulillah atau apa sahaja zikir yang pakcik boleh amalkan setiap hari setiap waktu.

      in sya allah, bila kita sentiasa ingat Allah, Allah akan membantu kita dalam urusan harian kita.

      Kita ingat Allah, dan Allah itu pemilik hati kita, Dialah yang mencukupkan kehidupan kita, Dia juga melapangkan dada kita tatkala kita rasa sempit.

      Nasihat penjagaan makanan dan gaya hidup yang sihat, serta ditambah dengan amalan zikir ini, in sya allah, ianya membantu meningkatkan keyakinan hati.

      Allah, Allah, Allah.

      Terima kasih di atas lawatan di laman ini.

      Balas

  5. Posted by yna on 1 Oktober 2010 at 8:00 am

    saya mempunyai kencing manis sebelum mengandung lagi dan sekarang saya telah hamil oleh itu saya dikenakan suntikan insulin 4x sehari.masalahnya sekarang setia kali lepas suntik insulin,15 minit lepas itu saya mengambil makanan seperti yang di saran kan oleh doktor.saya mengalami pening kpala yang amat sangat.oleh itu saya ingin tahu dimanakan punca pening kepala itu.

    Balas

    • erm..saya tak tahu nak jawap.

      sebab tak tahu berapa banyak yang akak perlu suntik, mungkin terlebih menjadikan ianya kandungan gula dalam darah jadi rendah, jadi tu mungkin akan menyebabkan pening, berpeluh2, konsentrasi kurang.

      dan tak tahu makanan yang dimakan selepas disuntik tu, banyak gula atau kurang gula, jadi, elok tanya doktor akak.

      Balas

  6. salam..sya cuma nak share..saya pernah ada diabetes tapi dah turun since bnykkan pengambilan fiber..tp payah gak nk mkn bnyk2 fiber last2 saya jmp solution, ssesiapa yang ada diabetes, mungkin boleh cuba juga fiber bantu kurang diabetes/diabetes turun dalam 3 hari/GD terkawal dengan pengambilan fiber/ibu sihat anak pun sihat

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 92 other followers

%d bloggers like this: