Memahami isu Sebenar Berat Dinar dan Dirham – 24 karat atau 22 karat atau 72 butir gandum/barli?

Bismillahir rahmanir rahim.

Mudah-mudahan, apa yang dibincangkan disini memberikan kita lebih ruang untuk berbincang.

* saya merupakan seorang yang mempunyai dirham, pernah menyimpan dinar, pernah dan berusaha bermuamalah dengan dinar dirham, dan di antara pengedar dirham/perak/ dan dinar.

————————————

Kita sedang melalui zaman, dimana, masyarakat muslim dan dunia semakin hari semakin sedar akan tuntutan Allah, yang kafir semakin cenderung kepada Islam.

Kit melihat masjid-masjid semakin dihidupkan, majlis-majlis ilmu dipenuhkan, ilmuan semakin dihormati.

Dan mutakhir ini, kita melihat dan menyaksikan umat islam kita kembali menghidupkan sunnah yang hampir pupus dalam muamalah, iaitu mengembalikan dinar dan dirham dalam sistem masyarakat , urusan muamalah sehari-hari.

Dalam perkembangan da merebaknya percetakan dinar dan dirham di nusantara ini (terutama Malaysia, Indonesia, dan Brunei). Kita melihat di sana punya pertembungan atau ketidaksamaan dalam berat dan ketulenan dinar.

Hari ini, kita melihat kepelbagaian jenis dinar yang telah berjaya dicetak dan berada di dalam masyarakat kita :

Dinar 24 karat ( 999)

    • Dinar Nabawi , Dinar Syari: 4.5 gram
    • Dinar GCP , Dinar Negeri Perak , Dinar Logam Mulia : 4.25 gram

Dinar 22 Karat (916 / 917)

    • Dinar kelantan , Dinar Muslim , Dinar Kedah, Dinar Darul Takzim, Dinar Darul Ehsan , Dinar Putra semuanya 4.25 gram

Dan dari pelbagai jenis dinar ini, masing-masing memberikan hujah masing-masing berkenaan isu berat dinar ini dan ketulenan.

Hari ini, kita cuba selami dari sudut sejarah dan dalil-dalil berkaitan berat sebenar Dinar dan Dirham yang sepatutnya di dalam masyarakat.

Bermulanya Sejarah

Pada permulaan islam, diakui, zaman Nabi, yang beredar di dalam masyarakat adalah Dinar dari Parsi dan Rom, yang tika itu adalah dua kuasa besar dunia yang diakui timur dan barat.

Maka di zaman Nabi Muhammad keselamatan dan kesejahteraan ke atas baginda, dan zaman khalifah Abu Bakar, tiada dinar yang yang dicetak sendiri oleh kerajaan Islam.

Tika zaman Umar, satu standard dinar telah ditetapkan bagi memudahkan umat Islam dalam membayar zakat, ini kerana, kerajaan Islam sudah semakin membesar dan melebar, sebahagian dari kerajaan Rom telah jatuh ke tangan umat Islam dan Kerajaan Parsi telah runtuh ke tangan tentera islam.

Penduduk Islam sudah semakin melebar dan meluas. Jika tiada standard yang khusus , masyaarakat akan sukar untuk mengeluarkan zakat harta mereka yang terdiri dari emas dan perak.

Umar alKhattab selaku Khalifah Umat Islam, telah menetapkan :

”(berat) 7 dinar perlu bersamaan 10 dirham”

Kemudian, tika zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, barulah kerajaan Islam mula mencetak sendiri Dinar dan Dirham, dan diukirkan padanya kalimah tauhid padanya, Tiada Tuhan Selain Allah, satu-satunya, tiada sekutu bagi-NYA.

Kemudian zaman berlalu, perkara dinar dirham ini memang sebati di dalam masyarakat Muslim.

Ibnu Khaldun menulis di dalam kitabnya Muqaddimah , dan Allamah Muhammad bin Abdurrahman

Addimasyhqi di dalam Fiqih 4 Mazhab menyatakan :

”…… Ketahuilah bahawa terdapat persetujuan umum (ijma) sejak permulaan islam dan masa Para Nabi dan Rasu, masa Nabi Muhammad, Khulafa’ur rasyidun, sahabat-sahabat serta tabiin, tabiit tabiin bahawa dirham yang sesuai syariah adalah yang sepuluh kepingnya seberat 7 mistqal (dinar) emas. Berat 1 mistqal emas adalah 72 butir gandum, sehingga dirham yang nilainya 7/10 setara dengan 50 dan 2/5 butir. Ijma telah menetapkan dengan tegas seluruh ukuran ini….”

<span>

أما وزنه بالحبوب:

فقد قدر أكثر الفقهاء وزن الدينار الشرعي بزنة اثنتين وسبعين حبة شعير متوسطة لم تقشر وقطع من طرفيها ما امتد</span>

Dari sini, ada poin penting.

1 – berat 10 dirham = 7 dinar

2 – 1 dinar = 1 mistqal = 72 biji barli dipotong hujungnya

3 – berat 1 dirham = 50.4 biji barli

Kita mengetahui bahawa berat 72 biji gandum itu boleh dihitung, tetapi bagaimanakah kita mengetahui secara dekat apakah itu mistqal?

Mistqal apabila dirujuk kepada Al-Maqrizii , ianya adalah 22 qirat (karat). (rujuk Ighatah Imam Al Maqirizi )

Maka, didapati berat sebenar dinar ,

1 dinar = 1 mistqal = 72 biji gandum = 22 qirat (karat)

Mengira berat Dinar.

1 – Beratnya perlu 1 mistqal atau 22 karat

Karat merupakan satu unit berat. Karat juga merupakan satu kiraan mengenai ketulenan emas.

Pertama : Jika ianya merujuk kepada unit berat, maka hari ini, yang diketahui umum, dalam perkiraan antarabngsa, 1 karat itu bersamaan 200 mg dan ada pendapat lain 1 karat bersamaan 198 mg.

Maka 22 karat x 200 = 4400 mg = 4.400 gram

atau 22 karat x 198  = 4356 mg = 4.356 gram

Kedua : jika maksud 1 dinar itu perlu punyai 1 mistqal emas atau 22 karat emas , maka , kita boleh buat simpulan awal. 4.400 gram itu adalah nilai emas yang ada di dalam dinar itu perlu 4.400 gram.

Berapa berat dinar?

Maka , berat dinar sepatutnya adalah :

4.400 g = 22/24 , maka

4.400 x 24/22 = 4.8 gram

Mengikut perkiraan pertama , kita bertemu dua kesimpulan awal untuk berat 1 dinar.

A – 4.356 gram atau 4.400 gram 1 dinar 24 karat,

atau 4.356 gram atau 4.400 gram 1 dinar 22 karat

b – 4.752 gram 22 karat (mempunyai 4.356 gram emas)  atau

4.8 gram 1 dinar 22 karat ( mempunyai 4.400 gram emas)

2 – Berat 72 butir gandum @ barli yang dipotong hujungnya

Satu kajian berat telah dibuat oleh pihak pengurusan Islamic Mint Nusantara (rujuk http://islamhariini.wordpress.com/, menggunakan gandum/barli yang sederhana besarnya, dan dipotong sedikit demi sedikit hujungnya.

Setiap kali dipotong, maka berat akan dihitung.

Sehinggalah hujungnya benar-benar tiada.

Ianya dilakukan secara berulang-ulang.

Didapati, berat minimum 72 butir gandum/barli yang boleh dicapai, hanyalah 4.377 gram , manakala berat maksimum mencecah 4.62025 gram.

Maka, setelah mengira sendiri dan membuat rujukan terhadap tulisan-tulisan khaazanah ulama terdahulu, pihak Islamic Mint Nusantara berpusat di Jakarta, telah berijtihad, untuk mencetak dinar dan dirham seperti berikut :

1 dinar = 4.4432 gram 24 karat

1 dirham = 3.1103 gram 99.99

(apa yang menarik dan ruang yang didapati dari ijtihad dan fatwa mereka (IMN) ini, menjadikan semua syiling coin untuk 1 auns emas semua negara dunia yang dikeluarkan adalah bernilai 7 dinar dan 1 auns perak = 10 dirham )

Di manakah Isunya?

Kita ketahui, hari ini, dua buah Kerajaan negeri di Malaysia telah mengeluarkan Dinar masing-masing yang sama berat berbeza ketulenan.

Apa yang menjadi persoalan, adalah, ini merujuk kepada kerajaan Negeri Kelantan, Dinar yang dicetak oleh kerajaan negeri ini, adlaah mengikut spesifikasi WIM (World Islamic Mint) yang menggunakan 4.25 gram 22 karat bagi satu dinar.

Persoalan yang hadir adalah, WIM melalui tulisan Pengasasnya , Prof. Umar Vadillo :

”There is no place for ijtihad regarding the weight, the weight is the mithqal. But what is the mithqal? WIM says 4.25 gr. Since we could not measure 72 grains of barley accurately, we took our weight from non circulating original Dinars that are still preserved in museums. We took the best coins and average their weights. The result: 4.25 gr. ”

Bagi WIM, ijtihad yang dibuat, adalah berdasarkan kepada Dinar yang tersimpan di museum-museum, bukan berdasarkan kepada berat timbangan sendiri biji barli.

Bagi kami, ijtihad ini boleh jadi benar dan boleh jadi silap.

Kesilapan pertama bagi kami, mereka menyatakan bahawa kita tidak boleh menyukat/menimbang 72 biji barli secara tepat , sedangkan di dalam islam, semua aturan yang dibuat adalah dibawah kuasa manusia.

Kebijaksanaan kita manusia dalam menimbang dan mencari biji barli yang sesuai dan sederhana itulah yang dibawah kuasa kita.

Di dalam islam, tiada yang mustahil.

Ini kerana, bagi kami, ijtihad dibuat setelah semua usaha yang boleh dibuat sudah dilakukan, dan bertemu titik penghujung, iaitu membuat keputusan dari semua yang dilakukan. Dalil, hujah sejarah, nas. Semuanya dimasukkan ke dalam perhitungan, maka ijtihad dilakukan.

Professor Tariq Kahn mengulas isu ini :

ProfTariq Kahn: This is more correct in lieu of the weights and measures established in the early period (4.44gr 24K). The mithqal is the unit of weight not quantity. Thus a 22 carat, 4.25 gram gold coin need approx 22 dinars, not 20, in order to reach correct nisab. Most Abbasid, as well as early Ummayad coins before the AbdulMalik coin, was at 4.5, some even 4.6.grams of pure gold. Thus 20 dinar would easily achieve nisab. A modern coin at 22 carat based on AbdulMaliks coin simply dont suffice, and indicate the lack of proper research, lack of consultation, and oversights of history, when the entire matter is simply handed over to “divine intervention”…….. ”’

Mengapa kita Bertegas Isu berat Dinar ini?

Perbincangan kita yang ada hari ini, dan kebanyakan yang hadir di dalam internet, bukanlah perbincangan atau ingin menegakkan hujah siapa yang akan menang, tetapi hanyalah kerana kita ingin mendapatkan keredaan Allah dengan mengembalikan semula nilai dinar dirham ke dalam masyarakat dan melalui zakat yang akan dikeluarkan.

Dinar dan dirham ada kaitan dengan zakat dan hukum-hukum Allah, maka apabila beratnya dikurangi, tiang agama Islam yang keempat, tidak akan tertegak bahkan lagi, hukum-hukum Allah (hudud) akan menjadi pincang.

Islam itu berdiri dengan 5 perkara, apabila satunya tidak tertegak, bangunan Islam tidak akan bangun, kerana itu kita keluarkan isu ini untuk perbincangan.

Apabila kita bersungguh-sungguh untuk menegakkan semula agama Allah, maka Allah akan permudahkan jalan dan membantu kehidupan kita dunia akhirat.

Apabila dinar dan dirham dicetak dengan pelbagai jenis ketulenan dan berat ini  tanpa ada penyatuan di antara pihak-pihak yang mencetak, maka riba akan mudah mengalir di kalangan masyarakat.

Pertukaran dinar yang tidak sama jenis adalah riba yang nyata. Ini isu besar. penelitian perlu dibuat.

Saranan Kita?

Apa yang kita mahukan, hanyalah, kerajaan Negeri Perak dan Kelantan, melalui wakil mereka, yang kita ketahui, adalah ilmuwan yang unggul, menguji dan menimbang sendiri 72 biji barli ( حبة شعير ) , kemudian buatlah perbandingan yang sesuai dan berijtihadlah.

Kami rakyat akan mengikut jika kalian benar.

——————————————————

Tulisan ini tidak berniat memperlekehkan usaha-usaha yang telah dibuat , dinar-dinar yang telah dihasilkan.

Saya menulis di atas, ada meletakkan sekali, bahawa, isu utama adalah berat, bukan ketulenan.

jika masalah ketulenan, maka, antara 24 karat dan 22 karat, saya cenderung dipilih 22 karat.

dalam masa yang sama, jika ketulenan 22 karat, maka berat emas yang perlu ada di dalamnya juga perlu 22 karat iaitu sama ada 4.40 gram atau 4.356 gram atau berapa saja berat 72 biji gandum yang telah ditimbang. bukan 4.25 gram.

asasnya, seruan saya, adalah WIM membetulkan berat dinar dan dirham mereka.buat masa ini, saya masih menggunakan Dinar dan dirham WIM dan IMN, hanya zakat, saya tidak mengikut WIM.

Membayar zakat guna standar WIM perlu 22 dinar bukan 20 dinar disebabkan nilai emas di dalamnya yang kurang.

Jika saya benar, berdoalah agar Allah memberikan kita kekuatan untuk membantu menegakkan agamanya.

Jika saya silap, betulkanlah, agar tidak terpesong.

——————————————————

Rujukan :

1 – (11) فتح البلدان453، مقدمة ابن خلدون 453، مواهب الجليل2/290، بلغة السالك 1/217، مغني المحتاج 1/389، المصباح المنير 1/200

، شرح المنتهي 1/402، كشاف القناع 2/229

2 – ucapan Prof Umar Vadillo

http://muamalahcouncil.com/component/content/article/109-world-islamic-mint-role-purpose-objectives.html

3 – Islamic Mint Nusantara – fatwa http://islamhariini.wordpress.com/2011/01/02/standarisasi-ukuran-dinar-dan-dirham-dalam-perspektif-sejarah-dan-fiqih-islam/

10 responses to this post.

  1. Posted by yakasaki on 17 April 2011 at 1:20 pm

    sy rasa 20 dinar22K boleh bayarkn zakatnya dg 0,5 (nisfu) dinar22K

    Balas

  2. salam
    saya masih keliru
    apakah standard yg ditetapkan iaitu berat bagi dinar dan dirham
    dalam urusan jual beli di malaysia dan di seluruh dunia
    terima kasih atas maklumat yg diberikan
    moga anda berkati dan dilindungi selalu oleh Allah s.w.t

    Balas

  3. Posted by adjie on 18 September 2011 at 11:12 am

    Salam,

    Saya dari Indonesia menarik sekali membaca tulisan saudara yang mengungkap permasalahan muamalah dinar-dirham di malaysia dan di Indonesia tidak banyak berbeda. Di Indonesia sebagian masyarakat membeli dinar dan dirham untuk investasi. Tetapi dengan keberadaan tiga lembaga yang mengeluarkan dinar dirham yang berbeda, baik harga maupun kadarnya justru membuat kebingungan di kalangan umat muslim Indonesia.
    Kalau boleh tahu sebenarnya ada berapa banyak pihak yang mengeluarkan dinar-dirham di Malaysia dan dimana letak perbedaan mereka?

    Terima kasih,

    Balas

  4. Posted by Ace on 18 Disember 2011 at 9:08 am

    betul, saya mengharapkan nilai yg setara bagi setiap dinar dan dirham tanpa mengira pengeluarnya ataupun keseniannya. nilai standard sgt penting.

    Balas

  5. Posted by PemBukTian on 7 November 2012 at 9:26 am

    Dari Sahabat ‘Ali radhiyallâhu’anhu, ia meriwayatkan dari Nabi Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam,

    Beliau bersabda:
    “Bila engkau memiliki dua ratus dirham dan telah berlalu satu tahun (sejak memilikinya), maka padanya engkau dikenai zakat sebesar lima dirham. Dan engkau tidak berkewajiban membayar zakat sedikitpun – maksudnya zakat emas- hingga engkau memiliki dua puluh dinar. Bila engkau telah memiliki dua puluh dinar dan telah berlalu satu tahun (sejak memilikinya), maka padanya engkau dikenai zakat setengah dinar. Dan setiap kelebihan dari (nishab) itu, maka zakatnya disesuaikan dengan hitungan itu”.
    (Riwayat Abu Dawud, al-Baihaqi, dan dishahîhkan oleh Syaikh al-Albâni)

    Dari hal penulisan di atas perhitungan di atas salah/ga nyambung jika nilai 10 dirham = 7 dinar, kenapa, di atas menghitung perbandingan nilai dinar dgn dirham melalui butiran gandum. ( tidak to the point/bertele-tele)

    Coba di telaah dengan hukum matematika, lihat hadist nabi muhammad, 200 dirham = zakat 5 dirham, 20 dinar = zakat 1/2 dinar/0,5 dinar.

    Saya menggunakan rumus perbandingan agar jelas, (bukan di kira-kira, ilmu pasti),
    sebagai contoh, ketepatan bahwa Nabi Muhammad menggunakan hukum perbandingan (Nabi Muhammad sudah mengerti hukum matematika-matematika sejak dia hidup (junius)).

    contoh saya mau menghitung nilai dinar,
    200 dirham = 5 dirham
    x dinar = 0,5 dinar (1/2)

    200 dirham * 0,5 dinar = x dinar * 5 dirham
    100 dinar.dirhaam = 5x dinar.dirham
    x dinar = 100/5 = 20 dinar
    jawaban betul 20 dinar

    nilai dirham,
    x dirham = 5 dirham
    20 dinar = 0,5 dinar (1/2)

    x dirham * 0,5 dinar = 20 dinar * 5 dirham
    0,5x dirham.dinar = 100 dirham.dinar
    x dirham = 100 dirham.dinar/0,5 dinar
    = 100/1/2
    = (100 * 2)/1
    = 200 dirham
    jawaban betul 200 dirham

    jadi dari rumus perbandingan tersebut karena hasilnya sama maka perbandingan 200 dirham = 20 dinar atau 5 dirham = 1/2 dinar sama dengan nilai 10 dirham = 1 dinar,

    Saya ambil contoh jika saya mempunyai uang 400 dirham dengan menggunakan hukum perbandingan tersebut saya dapat hasilnya dengan tepat

    400 dirham = x dirham
    20 dinar = 0.5 dinar (1/2)

    400 dirham * 0,5 dinar = x dirham * 20 dinar
    200 dinar.dirham = 20x dinar.dirham
    x dirham = 200/20 = 10 dirham
    jawabannya 10 dirham zakat, dengan logika tanpa di hitung pun kita juga pasti paham, jika 200 dirham harus zakat 5 dirham, berapakah jika mempunyai uang 400 dirham, tentu 10 dirham, (betulkan)

    tinggal sekarang di hitung berapakah takaran berat 1 dinar dan 1 dirham gram pada jaman nabi Muhammad, dan jika sudah di ketahui beratnya tinggal ganti nilai 20 dinar dengan berat emas murni tersebut, dan 200 dirham dengan berat perak murni tersebut. Dan yang jelas berat tersebut adalah dalam hitungan emas murni dan perak murni, (bukan campuran)

    Lalu hasilnya tinggal di konversi ke rupiah, sebagai contoh berat 1 gram emas harganya sekitar 450rbu rupiah, dan selalu berubah, tergantung dengan ketetapan permainan politiknya pemerintah indonesia ini dan kerjasamanya dengan amerika laknatullah.

    Jadi dari hadist tersebut, kita sudah mengetahui bahwa Nabi Muhammad dalam berhitung bukan dengan hanya mengira-ngira, dari sanalah kita mengetahui bahwa Nabi Muhammad menghitung sesuatu dengan suatu rumus pasti dan jelas Nabi Muhammad Junius, disanalah sebaiknya kita menggunakan juga rumus pasti dalam menghitung zakat, jangan di kira-kira atau di hubung2kan dengan yang tidak ada hubungan yang hasilnya akan memudharatkan diri sendiri dan orang lain.

    Semoga penjelasan saya di atas dapat membuka mata-mata umat Islam agar lebih berhati-hati lagi dalam menerjemahkan hadist, jangan sembarangan, yaitu dengan ilmu pengetahuan. Semua Pengetahuan hanya milik Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dan saya cuma mengkritisi perhitungan. Insyaallah berguna. Wassalam.

    Balas

  6. I like what you guys tend to be up too. This type of clever work and coverage!

    Keep up the good works guys I’ve included you guys to our blogroll.

    Balas

  7. Helpful information. Fortunate me I found your web site by accident, and I am shocked why
    this twist of fate did not came about in advance!
    I bookmarked it.

    Balas

  8. Wow that was odd. I just wrote an very long comment but after I clicked
    submit my comment didn’t show up. Grrrr… well I’m
    not writing all that over again. Regardless, just wanted to say superb blog!

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 92 other followers

%d bloggers like this: